CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49576|Reply: 264

Sambung belajar - dalam atau luar negara?

[Copy link]
Post time 22-11-2013 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ladybearpink at 5-7-2015 12:31 AM

*Update July 5, 2015

Dah macam diari kecil pulak thread ni. Salam Ramadhan rakan rakan. Alhamdulilah dah hampir 2 tahun buka thread nih. Kalau baca permasalahan saya dulu tentang tak cukup duit untuk sambung Master. Alhamdulilah, dah hampir ke penghujung pengajian. Lagi satu semester terakhir. InsyaAllah awal tahun depan tamat pengajian.

Dilemma sekarang - Patut ke sambung PHD secara part time di dalam negara, local university atau sambung PHD full time di oversea (Europe, Aussie)? Dalam ketidak stabilan ekonomi Msia, kemungkinan peluang perkerjaan kurang walaupun ada kelulusan. Persoalan ni menghantui, takut buat keputusan yang salah dan nak tanya pendapat yg lagi berpengalaman. Ramai forummers yang sedang ambik PHD dalam forum Cari nih, minta pandangan rakan rakan, pro and cons.

Status - Masih bujang, tahun depan berginjak ke usia 27 tahun. Masih tiada perancangan berkahwin atau bertunang. Tenang tenang aja hidup sebagai soloist.

Komitmen - Kereta (masih Myvi 1.3 saya yg dulu, banyak berjasa) dan Alhamdulilah, sudah beli Serviced Apartment satu dan masih dalam pembinaan. InsyaAllah, penghujung tahun depan siap. Ini antara penyebab dilemma, sebab dah ada komitmen kat Msia. Kereta RM512, rumah RM1800 - 1900.

Bidang pengajian - Business Admin. Degree engineering. Sekarang MBA.

Kenapa nak sambung belajar, apa aim/goal - Sejujur nya nak tolong company Msia. Saya sering berkhidmat dengan MNC - US based.  Dah kutip pengalaman sampai dapat jawatan, wang $$. Baru baru ni saya masuk local company sebab saya nak tolong mereka, one of the dept ada kesusahan dan perlukan kepakaran saya. Selepas banyak pertimbangan, saya masuk dengan ikhlas hati nak tolong, tinggal jawatan dan gaji yg $$. Alhamdulilah, kerja okay dan tenang tenang aja. Hati lebih kepada nak belajar di luar negara dan balik berbakti di Msia. Tapi saya kena berhenti kerja sekarang, cari tajaan untuk sambung PHD.

P/s: Bawah ni cerita lama yang saya tak padam, boleh tau flow hidup saya
--------------------------------------------------------------------

Nak minta pendapat kawan-kawan di forum.

Gaji bersih tolak tax, epf, dll: MYR 3000.00
Total perbelanjaan: MYR 2445.00 *82% dari gaji
Saving untuk masa depan & kecemasan: MYR 545.00 *18% dari gaji

Latar belakang: Umur 24, lokasi kerja Bandar Utama, tempat tinggal Kota Damansara.

Masalah: Saya sangat terbeban dengan kos perbelanjaan sara hidup sekarang, saya dah cuba untuk kurangkan perbelanjaan dari semua segi. Minta pendapat kawan-kawan untuk bagi cadangan macam mana saya boleh kurangkan kos hidup. Sebenarnya, sebelum ni semua nya sudah selesa, tapi tahun depan saya nak sambung master, sebab tu berkira-kira cukup ke duit yang ada untuk menampung perbelanjaan untuk meneruskan pengajian. Atau saya patut tangguhkan dulu hasrat untuk sambung master. Saya faham ada MyBrain, tapi hanya tanggung RM10K sahaja, total yuran pengajian RM20K+. Saya perlu sediakan RM500 setiap bulan. Saya dah apply UTM dan UM. Sekarang result application belum keluar tapi saya jenuh memikirkan cukup ke duit untuk sambung belajar.

Saya berkerja dalam bidang yang lain dari degree yang saya ambil dulu. Saya berkira kira untuk sambung MBA (bertepatan dengan kerja sekarang). Working environment saya ni tak perlukan master untuk dapatkan kenaikan gaji dan lain-lain. Cuma saya rasa perlu untuk dapatkan master untuk masa depan saya. Master ni persiapan untuk future career dan sementara bujang dan muda, saya rasa dari segi fizikal, masih mampu untuk berjaga lewat malam untuk belajar.

Sebelum ni saya menyewa bilik RM 200 di lokasi yang lagi dekat dengan tempat kerja. Tapi kontrak sewa dah tamat dan owner rumah minta kami berpindah. Sekarang menyewa bilik medium, campur utilities (air, electric, astro) RM 430, ini rate yang paling murah saya dapat untuk bilik medium dikawasan ini. Saya menyewa di guarded area sebab working hours saya 7.00 am, kena keluar rumah 6.20 am. Untuk keselamatan, saya terpaksa keluarkan duit lebih sikit untuk sewa bulanan. Saya tinggal bersama owner rumah (masih bujang), jadi rumah memang fully furnished dan bersih.

Saya ada apply untuk kerja part time, tapi tak dapat panggilan lagi setakat ini. Sementara tunggu peluang untuk kerja part time, saya buat overtime (kebetulan kerja banyak di hujung tahun dan boss bagi overtime 2 jam sehari).

Dan tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga/bertunang dan sebagai nya. Maka tiada saving untuk majlis kahwin, dll buat masa ini.

Kereta (Myvi AUTO 1.3) beli on July 2013 514
Saving untuk road tax & insurance kereta & maintenance 236
Bilik sewa & bil air, electric, astro 430
Broadband ($69) & Prepaid ($30) 100
Takaful 100
Ptptn 100
Fuel/Petrol (Full tank $63x2=$126) 130
Parking (Flat rate per day $2x22=$44)
45
Braces monthly payment (Balance as of Oct $1000 *No interest) 200
Perbelanjaan harian ($150 per week) 600


Thank you semua

*Update, saya dah berjaya sambung belajar. Yuran pengajian yang perlu dibayar cuma berbaki RM5550, 26% dari total fee. Dari hasil tabungan extreme, berkat doa dan kritikan membina kawan kawan disini, baki yuran akan dilunaskan secepat mungkin. InsyaAllah another 2-3 months. Saya juga sudah mendapat tawaran kerja yang lagi baik, gaji RM4xxx, ingin membuat rundingan dengan HR supaya naik kan sikit lagi gaji supaya cecah RM5k. InsyaAllah mampu menabung dengan semaksimum mungkin sebab akan berpindah ke rumah keluarga dan akan menaiki public transport ke tempat kerja baru. Kelas, assignment semua dalam kawalan yang baik dan aman aman sahaja. Alhamdulilah walaupun dulu saya rasa niat saya ni mustahil tapi dipermudahkan Allah. Thank you diatas komen anda semua!* Last edited by ladybearpink on 14-3-2014 09:54 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 02:32 PM | Show all posts
Perbelanjaan harian RM600 sebulan? Maybe boleh kurangkan tang situ...  Bajet lunch ai dlm RM7 jah sehari. Mlm jarang mkn, biasanya mkn biskut2, roti atau buah.

Ai gaji bersih lps ditolak EPF semua RM1,900 sahaja. Tinggal di area Ampang, KL.
Peruntukan gaji ai adalah spt berikut:

- Ansuran kereta : RM260.00 (tamat pd Sept. 2015)
- Ansuran brg letrik: RM112.50
- Personal Loan: RM150.00 (tamat pd Oct. 2015)
- ASB Loan: RM141.00
- MARA study loan: RM100.00
- Kad Kredit: RM150.00 (limit RM3.5k jah)
- Maxis BB: RM68.00
- Hotlink Prepaid: RM40.00
- Sewa Bilik (tmasuk api & air): RM250.00
- Petrol & Tol: RM250.00
- Keperluan diri & dapur: RM300.00
- Astro (umah parent kat kampung): RM50.00
- Baki yg boleh masuk tabung ayam: RM28.50

Kalo in case kena renew roadtax insurans keta & maintenance keta, ai akan tolak memana yg boleh tolak, or delay byr bil broadband atau loan MARA ke. Insurans keta ai x tinggi dh, value keta dh turun sampai RM18k jah (beli tahun 2006)..so biasanya renew prepare less than RM400 je bajet.

Setakat ni hanya mampu tanggung diri sendiri jah... nk bangi parent pun blum mampu lg... Nk kata selesa pun belum lg. Tp boleh la survive. Menabung pun ai hanya bergantung kat ASB loan tu jah. In-sya Allah kot2 Januari 2014 ni ada increment, boleh la ai hulur kat parent. Kalo dpt increment RM200 pun dh alhamdulillah sgt2. Last edited by leon_mclaren78 on 22-11-2013 02:34 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:33 PM | Show all posts
ada la jugak utk saving, merasa pakai kereta semua..
masih belum tahap susah
sambung belajar tu boleh tangguh sikit kot
or cari company yang boleh tanggung belajar..

tapi ketahui lah oleh kami
kami suami isteri bekerja,
suami sambung belajar @ UTM Space sponsored by company
tapi kami merasa alahai susahnya mcm kais pagi makan pagi  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:37 PM | Show all posts
cadangan aku, tangguh dulu buat master tu dlm setahun dua.. dari ko kena extend sem masa tgh2 belajar.
aku pun dulu, dah confirm jawatan baru sambung.
stabilkan karier dulu, kumpul skit duit utk masa kecemasan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 02:48 PM | Show all posts
leon_mclaren78 posted on 22-11-2013 02:32 PM
Perbelanjaan harian RM600 sebulan? Maybe boleh kurangkan tang situ...  Bajet lunch ai dlm RM7 jah  ...

Best nya kereta dah nak habis bayar

leon_mclaren78 budget makan untuk sebulan berapa? share tips macam mana dapat kurangkan perbelanjaan makan?


kat sini nasi ayam, nasi penyet, nasi goreng semua RM7.00. Ni kedai tepi jalan

lepas ni consider untuk masak bawak bekal je pergi office. hm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 02:52 PM | Show all posts
alepmama posted on 22-11-2013 02:33 PM
ada la jugak utk saving, merasa pakai kereta semua..
masih belum tahap susah
sambung belajar tu bo ...

Thank you share pengalaman

Company ada bagi $1000 per semester. Tapi kena ada result pengajian dulu dan pelbagai terma dan syarat.

Tengah berkira kira untuk tangguh dulu hasrat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2013 02:56 PM | Show all posts
dan lagi mungkin kamu boleh cut cost penginapan dan utilities tu
mungkin kamu boleh menyewa di flat2 kawasan urban dengan kos murah sikit lagi
lagipun elaun utk braces tu akan habis x lama lagi
kalau dapat duit terpijak lebih sikit kasik setel cepat la so bulan2 x burden

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 02:56 PM | Show all posts
zehra2 posted on 22-11-2013 02:37 PM
cadangan aku, tangguh dulu buat master tu dlm setahun dua.. dari ko kena extend sem masa tgh2 belaja ...

zehra2 sambung kat mana dulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2013 03:03 PM | Show all posts
alepmama posted on 22-11-2013 02:56 PM
dan lagi mungkin kamu boleh cut cost penginapan dan utilities tu
mungkin kamu boleh menyewa di flat ...

Tengah mencari cari rumah lain jugak ni.

Petang ni nak meronda kawasan flat untuk tengok ada iklan bilik kosong tak.

Sebab dalam mudah dan ibilik flat tak banyak di iklan kan. Kawan kawan cakap kena ronda kawasan dan cari iklan yang tampal tampal.

InsyaAllah petang ni nak cari.



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:05 PM | Show all posts
gaji besih pon 3k...isk isk ape yg x cukupnye lagi? blom kawen pon x cukup ke...

mane2 yg x patut time xde duit ni cut la dlu...nnt ade rezeki naik gaji baru la continue balek..x giteww?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:16 PM | Show all posts
apa kata wat part time kt calling centre for sat and sunday....leh tambah sikit pendapatan tu....ni mira punya pendapat je...;) have a nice day
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 03:16 PM | Show all posts
Sagoo posted on 22-11-2013 03:05 PM
gaji besih pon 3k...isk isk ape yg x cukupnye lagi? blom kawen pon x cukup ke...

mane2 yg x patut ...

Thank you Sagoo, kalau kahwin bukan lagi senang ke? Husband bayar rumah, dll :p

Tengah nak cut perbelanjaan makanan, masak bawak bekal pergi office.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 03:21 PM | Show all posts
amiraira posted on 22-11-2013 03:16 PM
apa kata wat part time kt calling centre for sat and sunday....leh tambah sikit pendapatan tu....ni  ...

Tq mira Sudah apply, tak dapat panggilan pun lagi setakat ni.

Kerja part time sabtu ahad tu susah sikit sebab off day bukan sabtu ahad.

Setakat ni buat overtime 2 jam sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:27 PM | Show all posts
ladybearpink posted on 22-11-2013 03:16 PM
Thank you Sagoo, kalau kahwin bukan lagi senang ke? Husband bayar rumah, dll :p

Tengah nak cut  ...

kawen kalu...makan minum anak2, pakai anak2, mentenen anak2 je dah beribu...
kalo dpt hasben datok ke tansri xpe..boleh jatuh beban semua kt laki...kalo dpt laki pon gaji lebih kurang ? xkan ko nk bg sume laki ko tanggung?
elok2 hidup bahgia..nnt ko dpt adek baru.....amacam best x?


opis jauh dr rumah ke? brape kilo? keje kota damansara ke kt bandar utama? nk free park le kt taman tu...lepas tu menapak le...xpon, park kt area apartment/kondo kt ngn shell tu..jln sket..tu kalo opis ko dekat2 bandar utama la .. sambil2 jalan bole eksesais....bandar utama area mana? KPMG tower? tv3? OU? ke tempat len?


kota damansara seksyen brapa? naik bus kalo nk jimat... makan nk murah kaluu...beli nasik kt jasko la..kt fudkot jasko kan ade jual nasi lauk murah2 below rm6 kan? xpon bwk bekal....

kalo nk jimat lg...ko beli motor je la..abis cite...parking pon x kene bayor minyak pon brape ringgit je dr KD tu ke Bandar Utama...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:35 PM | Show all posts
kalau bebetul nak sbg master tuh..kena kurangkan perbelanjaan harian..600 per month..actually mcm tinggi jer kos hidup ko tang tu..hehe..

aku sbg master dulu masa gaji 2800 jah
duit yuran aku claim balik dr epf..yuran tak mahal sgt..
kos nak ulang alik p kelas yg mahal

tapi pas grad, dpt balik segala investment yg dikeluarkan semasa sambung study
susah kejap jer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:36 PM | Show all posts
cer try maintain perbelanjaan harian 200 sebulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2013 03:39 PM | Show all posts
baby_pingu posted on 22-11-2013 03:36 PM
cer try maintain perbelanjaan harian 200 sebulan

mohon baby_pingu share tips perbelanjaan 200 sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:41 PM | Show all posts
ladybearpink posted on 22-11-2013 03:39 PM
mohon baby_pingu share tips perbelanjaan 200 sebulan

limitkan ajer 50 hengget seminggu..
bawak lunch box ke opis

mkn luar time weekend saja...
groceries beli kat mydin or kedai2 yg murah..

tak perlu jenjalan sgt time weekend..
dok umah rehatkan badan..
tapi bila dah start study, mmg teda life time weekend pun


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 03:43 PM | Show all posts
Sagoo posted on 22-11-2013 03:27 PM
kawen kalu...makan minum anak2, pakai anak2, mentenen anak2 je dah beribu...
kalo dpt hasben dato ...

Dah pernah park kat taman. Kereta kena pecah. Serik.

Kawan kawan pun ramai dah kena pecah kereta kat taman tu.

Kat shell tu kawan park, lepas tu kene sound dengan perkerja shell.

Sound berkali kali pun kawan masih park kat situ.

Akhirnya, tak tau diorang buat apa kat kereta, kereta tak boleh jalan. Orang workshop cakap ada orang sabotaj kat enjin.

Memang duk makan kat food court tu je Sagoo
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:47 PM | Show all posts
ladybearpink posted on 22-11-2013 03:43 PM
Dah pernah park kat taman. Kereta kena pecah. Serik.

Kawan kawan pun ramai dah kena pecah keret ...

bukan suh park kt shell....parked kt tepi jln sepanjang2 depan skolah, kondo tinggi tu...kan ade kete park tepi tu....ko park kt shell mmg la kene halau..tu bkn parking area



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.386769 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list