View: 2079|Reply: 0
|
Model gantian Perdana bakal dilancarkan dalam masa terdekat?
[Copy link]
|
|
Model gantian Perdana bakal dilancarkan dalam masa terdekat?
Khabar angin semakin kuat mengatakan model gantian Perdana bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Namun tarikh pelancaran rasminya belum diketahui, tetapi saya menjangkakan paling awal sebelum hujung tahun. Model ini juga dikhabarkan mengekalkan nama Perdana dan buat permulaan ia hanya untuk kegunaan rasmi kerajaan Malaysia bagi menggantikan Proton Perdana dan Inspira. Saya dengar cerita ada versi limosin Accordana ni, tapi untuk PM dan TPM sahaja lah.
* Saya diberitahu pembangunan GSC sedang rancak. Ujian jalan raya juga sedang dibuat ketika ini, tetapi pada sebelah malam. Jadi kepada sesiapa yang ternampak kereta bersaiz Myvi dan bekoyok tebal, ada kemungkinan itulah GSC. Standby lah dengan gajet anda ye, tak sabar nak menunggu spyshots pertama keluar ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|