Jakarta: Siapa sangka peserta persidangan memutuskan calon presiden bagi mewakili Parti Demokrat semalam turut dihadiri seorang aktivis yang pernah bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk. Dino Patti Djalal pernah melakukan pekerjaan itu dengan upah AS$10 (RM32) sehari di Kedutaan Indonesia di Washington, AS. Menurut Dino, pengalaman itu dilalui ketika dia berusia 14 tahun dan mengikuti bapanya - yang juga diplomat - bertugas di ibu negara AS berkenaan.
Katanya, dia juga pernah bekerja sebagai penjaga tiket wayang serta pembantu pensyarah ketika masih bergelar pelajar.
Dino berkata, sifat positif penting kerana mampu membantu dalam mencari jalan penyelesaian setiap masalah.
“Saya yakin dengan kerja keras dan keinginan kuat untuk maju, generasi muda kini boleh melampaui prestasi generasi sebelumnya untuk menjadi lebih unggul dan mampu membawa Indonesia menjadi bangsa maju,” katanya.
Dino kini bersiap untuk kembali ke Indonesia. - Agensi
dino dalam diam2 mohon jadi presiden indon eh?
@dino
|