AMSTERDAM - Kementerian Kesihatan Belanda semalam menyatakan terdapat kemungkinan risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik. Penemuan itu dibuat berhubung satu analisis ke atas penyelidikan saintifik yang dibuat sekumpulan penyelidik Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda. Pihak institut itu bimbang mengenai kekurangan bukti berhubung dengan kemungkinan terdapat risiko kesihatan terhadap pengguna rokok elektronik. Akibat kebimbangan itu, pihak institut tersebut meminta wanita hamil tidak menghisap rokok itu atau di dihisap dekat dengan kanak-kanak. Beberapa pakar kesihatan menyatakan, rokok elektronik yang dilengkapi dengan bateri dan tiub mengandungi nikotin akan membantu berjuta-juta penduduk berhenti merokok. Namun, Timbalan Menteri Kesihatan Belanda, Martin Van Rijn yang memberitahu tentang hasil analisis itu mendedahkan, rokok elektronik juga adalah seperti rokok biasa kerana ia mengandungi nikotin. Rijn berkata, kandungan itu akan menyebabkan perokok akan menjadi ketagih. Menurutnya, tidak ada bukti seperti didakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok bahawa rokok elektronik akan dapat membantu perokok berhenti merokok. - Reuters
|