CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30107|Reply: 29

Sejarah Awal Di Bangunnya Tembok Besar China

[Copy link]
Post time 3-12-2013 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah Awal Di Bangunnya Tembok Besar China - Tembok Besar China adalah salah satu tujuh dari keajaiban dunia dan sebagai tempat objek pelancongan yang banyak di kunjungi oleh para pelancong tempatan mahupun luar negara. Tahu gak, Konon, beribu-ribu pekerja yang tewas dalam pembuatan tembok tersebut juga ditanam dalam bangunan tersebut. Tembok terpanjang di dunia ini dibuat selama berabad-abad, bahkan hingga 5 dinasti. Wajar saja jika ribuan orang meninggal dalam pembuatan tembok raksasa ini.




Pada zaman masa kerajaan China, tembok ini digunakan sebagai benteng pertahanan ketenteraan kuno yang menghabiskan masa atau masa pembangunan yang sangat lama dengan saiz paling besar di dunia. Tembok China terlihat megah melintang mulai dari bahagian barat sampai ke bahagian timur China dengan panjang 7,000 kilometer!. Sejarah Pembangunan Tembok China di sepanjang Tasik Great Wall boleh dicari sampai abad ke 9 Sebelum Masehi. Pada masa itu kerajaan di bahagian tengah China menyambung benteng dan menara api menjadi satu tembok yang panjang.

Sambungan tersebut merupakan tempat penjagaan tentera di sempadan dengan tujuan untuk lebih mudah mengetahui adanya serangan etnik tertentu yang datang dari bahagian utara China. Pada masa pemimpin Chunqiu, antara kerajaan memang sangat sering berperang. Dan Negara atau kerajaan bahagian yang dipimpin pangeran semata-mata demi keselamatan, lalu berturut-turut membina tembok besar sebagai benteng pertahanan diatas bukit dan gunung yang terletak di kawasan sempadan.



Pada tahun 221 SM, Maharaja Qinshihuang mengeluarkan perintah, tembok-tembok yang telah dibina oleh pelbagai negara bahagian disambung menjadi satu tembok besar, dan berfungsi sebagai kubu pertahanan untuk mempertahankan serangan pasukan kavaleri etnik nomad di padang rumput Mongolia yang terletak di China Utara. Pada masa itu Tekbom China mempunyai panjang mencapai 5.000 kilometer lebih, dan pada masa pemerintaha dinasti Qin, tembok China kembali dilanjutkan sehingga mencapai 10,000 kilometer lebih.

Dalam catatan sejarah pembangunan tembok china, telah menghabiskan masa selama lebih dari 2000 tahun dengan berganti pengusa di pelbagai zaman yang tidak pernah berhenti dalam membina tembok tersebut hingga mencapai total panjangnya mencapai 50,000 kilometer. Ini merupakan ukuran panjang yang cukup untuk mengelilingi bumi satu kali lebih.

Tembok China yang kita lihat dibina sekitar pada zaman Dinasti Ming yang berkuasa antara tahun 1368 hingga 1644. Sementara ujung baratnya berpangkal pada benteng Jiau yang terletak di Negeri Gansu, China Barat, sedangkan ujung timur terletak di pinggir Sungai Yalu yang terletak di wilayah Liaoning, China Timur. Terhitung dari barat sampai ke timur, tembok china telah melewati 9 wilayah, bandar dan daerah autonomi sepanjang 7.300 kilometer, dan sama dengan 14 ribu li China. Sementara itu "Tembok besar tersebut disebut sebagai tembok panjang 10 ribu li di China," di ungkapkan oleh li Wuhan, yang berperanan sebagai pemandu pelancong sebuah agensi perjalanan di Beijing. Dengan demikian, tidak cukup satu hari untuk kita menjalani panjangnya Tembok China.


Sebagai benteng pertahanan, tembok china dibina mengikuti arahnya puncak pergunungan. Topografi yang dilintasi sangat rumit dan rawan. Untuk menyesuiakan diri dengan pelbagai topografi, pelaksanaan pembangunan tembok china melaksanakan struktur yang luar biasa dan berbeza-beza. Semuanya menunjukkan kecerdasan nenek moyang bangsa Cina tentunya. Tembok China yang berliku-liku memanjang dan menyusuri puncak pergunungan hampir mustahil untuk ditawan oleh musuh pada zaman dahulu. Kerana gunung dan lereng yang curam menjadi halangan untuk dilalui.


Menurut Li sebagai pemandu kedua di Beijing, di tubuh tembok besar dibina dengan batu besar berbaur dengan tanah dan batu pecahan, dengan ketingian tembok mencapai 10 meter dan lebar 5 meter, yang dianggarkan cukup untuk 4 ekor kuda yang ditunggangi pasukan perang rondaan berdampingan. Dengan adanya benteng tersebut, tentera sangat mudah untuk melakukan manuver serta mengangkut bahan makanan dan senjata. Pada sisi dalam tembok telah dilengkapi dengan pintu dan tangga untuk naik turun. Tembok China dibina dengan benteng atau menara api pada setiap bahagian.


Pada masing-masing menara api itu, anda boleh menyaksikan pemandangan alam yang begitu indah. Sementara itu, liku-liku anak tembok menjadikannya bentuk yang unik yang boleh kita saksikan. Pada masanya, didalam menara api tersimpan senjata dan bahan pangan. Seluruh menara api akan dinyalakan bila musuh datang, sehingga kabar tersebut langsung disampaikan ke seluruh negeri dalam masa yang sangat singkat.

Selain tempat simpanan pelbagai keperluan, benteng dan menara api yang terdapat di tembok China juga difungsikan sebagai tempat rehat bagi askar pada masa damai, sekaligus kubu pertahanan untuk menangkis serangan musuh pada waktu berperang. Jika anda berjalan di tembok China , anda boleh menggunakan menara api tersebut sebagai tempat melepaskan lelah setelah berjalan sekian kilometer menapaki anak tangga.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2013 12:46 AM | Show all posts


kenapa "The great firewall of Ghina" dikatakan ajaib?....kerana ia besar n panjangggggggggggggggg..kerana pembinaannya kalau ikut status sekarang projek mega-mega, tetapi hanya menggunakan tenaga manusia, dengan teknologi kalau ikut taraf sekarang dikatakan teknologi kuno ler, mengambil masa bertahun-tahun-tahun-tahun...sebab dibuat tanpa meminjam dari bank dunia....tembok tu susunan batu batanya di perbuat dari beras pulut... pada dinasti tu ramai rakyat kebuluran... sbb kalu diceraikn binaan nya .ia dikatakn bleh menutup selurh bumi. haha... ada 99999 batu digunakan.. tapi 1 bkn kt tembok.. tapi kt luar tembok untuk kukuh kan tembok.. dari sumber ternet
sebab daLam dunia nie ade tembok china jer..tembok mLayu, tembok india tak ade..ajaib kerana berjaya 'menghaibkan' beribu-ribu marhaen kerahan tenaga semasa pembinaannya... btw, satu struktur binaan manusia yang boleh dilihat dari angkasa lepas.yg  ajaibnya kerana.. walau sekadar tembok, namunterlalu ramai manusia ingin mengunjunginya sehingga hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 02:18 AM | Show all posts
boleh ke kalo nak berjalan tembok cina dr hujung ke hujung? brp ari ambik masa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:15 AM | Show all posts
kalau jalan amek masa 5 hari je
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:26 PM | Show all posts
Mitos yg masih wujud...tembok besar cina boleh dilihat dari angkasa....angkasawan depa sendiri takleh cari!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kt tembok ni ada disediakan tandas x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 02:17 PM | Show all posts
Ada....tapi kat visitor centre le...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 03:08 PM | Show all posts
alphawolf posted on 13-2-2014 12:26 PM
Mitos yg masih wujud...tembok besar cina boleh dilihat dari angkasa....angkasawan depa sendiri takle ...

neil amstrong pon dengar azan dari bulan.....tak takjub ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 03:34 PM | Show all posts
aku dah sampai sini tapi tak le manjat sampai atas sangat, gayat aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 12:01 PM | Show all posts
Tembok besar China yang famous tu adalah tinggalan dinasti Ming, namun begitu, rupa2nya ada lagi beberapa tembok besar China yang ramai orang taktau, seperti tembok besar Shih Huang Ti, Maharaja pertama dalam sejarah peradaban China, tembok besar Tang, dan beberapa tembok besar lainnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 01:48 PM | Show all posts
alphawolf posted on 13-2-2014 12:26 PM
Mitos yg masih wujud...tembok besar cina boleh dilihat dari angkasa....angkasawan depa sendiri takle ...

encik wolf.. jadi saya nak tanya.. fakta mengatakan boleh nampak dri angkasa itu adakah benar?

saya bebetul tanya ni.. bukan main2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 02:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 10:26 AM | Show all posts
betul ke boleh nmpk dr angkasa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:57 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 13-2-2014 03:08 PM
neil amstrong pon dengar azan dari bulan.....tak takjub ka???

bukankah neil armstrong tak pernah jejak kaki ke bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 12:45 PM | Show all posts
JUSTcircle posted on 14-2-2014 01:48 PM
encik wolf.. jadi saya nak tanya.. fakta mengatakan boleh nampak dri angkasa itu adakah benar?

...

dengar2 nye takleh nampak pun dr angkasa.......tp kalo di zoom dgn teropong dr angkasa, bole la nampak.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 03:47 PM | Show all posts
Gini aje la.....kalau korang ada google earth, zoom sampai takat mana korang boleh nampak tembok tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 03:21 PM | Show all posts
teringin nak g sane..tapi takot plak kalau g china, terus hilang tanpa dikesan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 05:24 PM | Show all posts
jenuh memanjat. 20 langkah pun rasa nak mintak nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:15 PM | Show all posts
Kalo tgok kt Astro saluran apa tah x ingt, ustaz badlishah ckp sal tanda-tanda kiamat tu, tembok besar dibina sbb nak elak dari manusia2 yg akan menghancurkan bumi iaitu yakjuj dan makjuj, camtu la lebih kurang...
wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 03:26 PM | Show all posts
tak pernah sampai lagi situ....teringin gak nak gi tengok...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.095912 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list