View: 4764|Reply: 32
|
[Jenayah]
Boroi diculik penyamun
[Copy link]
|
|
REMBAU – Empat penjenayah dengan salah seorang bersenjata parang bukan sahaja menyamun sepasang suami isteri yang bekerja di sebuah ladang ternakan, malah turut melarikan 19 ekor lembu termasuk seekor yang diberi nama 'Boroi'.
Boroi itu menjadi kesayangan pemiliknya kerana pernah memenangi tempat naib johan pertandingan lembu cantik (kategori lembu pedaging) sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Robe Iskandar, 25, dan isterinya, Evi Mansor, 25, mengalami kerugian apabila barang kemas bernilai RM3,000 dan wang tunai RM750 dilarikan perompak tersebut.
Menurut Robe, ketika kejadian, dia yang sedang lena tidur terkejut apabila pintu bilik mereka digegarkan sebelum dilemparkan tong gas.
Katanya, sejurus kemudian seorang penyamun bertopeng masuk dan membuka pintu bagi membolehkan tiga lagi penyamun masuk ke dalam bilik berkenaan.
“Mereka mengikat kami dengan kain pelekat dan turut mengacukan parang panjang ke arah kami serta mengambil barang kemas dan wang tunai," katanya.
Robe berkata, bimbang sekiranya penyamun berkenaan mengangkut kesemua 33 lembu ternakan di ladang berkenaan, dia mendapat helah dengan menyatakan kepada penyamun bahawa ada pekerja lain akan datang ke ladang berkenaan sebelum jam 5 pagi bagi kerja-kerja memotong kambing.
“Saya lihat penyamun berkenaan berbisik dengan rakannya dan mereka kelihatan ingin cepat. Setelah saya yakin mereka melarikan diri, saya berusaha menanggalkan ikatan dan berlari meminta pertolongan ke rumah jiran berdekatan sebelum membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, pemilik ladang berkenaan, Kamarulzaman Budin, 55, berkata, kejadian itu adalah pertama kali berlaku sejak dia memulakan operasi ladang seluas lapan hektar sejak 1998.
"Kerugian setakat ini dianggarkan RM60,000," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintend Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.
Last edited by silentwinner on 8-12-2013 02:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
boroi ni jantan ke betina?siap menang naib johan pertandingan lembu cantik (kategori lembu pedaging) sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009... |
|
|
|
|
|
|
|
Adui, kacukan mana ni?? Urban gile nama.. |
|
|
|
|
|
|
|
amboi tajuk |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa babitkan shahrizat? |
|
|
|
|
|
|
|
menangis kak ijat...... |
|
|
|
|
|
|
|
apa kaitan dengan kat ijat pulop |
|
|
|
|
|
|
|
amboi glemer nama lembu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
confused how did she becomes into the picture? Last edited by tongkatwaran75 on 8-12-2013 01:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
forumer tak beretika... mereka-reka tajuk kunun sensasi semata2 utk meraih populariti. tak pernah belajar ke dari apa yg berlaku dulu. skmm datang rumah hangkut pc bagai kerana fitnah forumer cari.
jenis bodow tak bleh diajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Tokey lembu ni bangsa apa ya? Nama urban betul |
|
|
|
|
|
|
|
Robe..rob..cow robbery. .. |
|
|
|
|
|
|
|
TT x takut ke ngan SKMM..
|
|
|
|
|
|
|
|
mane ade lembu boroi..
dh perutnye mmg gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
rebecca_nur posted on 8-12-2013 02:03 PM
Tokey lembu ni bangsa apa ya? Nama urban betul
mereka berdua bukan tauke.. hanya pekerja dari indon mungkin. taukenya yang kamarulzaman budin tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate posted on 8-12-2013 11:20 AM
apa kaitan dengan kat ijat pulop
mcm xtau pulok, lembu ngan ijat xdapat dipisahkan.........
|
|
|
|
|
|
|
|
RaulRaz posted on 8-12-2013 10:21 AM
boroi ni jantan ke betina?siap menang naib johan pertandingan lembu cantik (kategori lembu pedaging) ...
Bab tu ko kena tanya kat Mod Abang Boroi . Tetapi aku rasa lembu selalunya yang bertanding mosti jantan .
Kecuali dalam kategori lembu bunting . Mesti betina |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lembu gay pun tak kan towkey nak bawa masuk bertanding . Kecuali manusia gay yang berotak lembu jer |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 8-12-2013 02:32 PM
mereka berdua bukan tauke.. hanya pekerja dari indon mungkin. taukenya yang kamarulzaman budin tu. ...
Yerla, baca tak habis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|