View: 3918|Reply: 22
|
[Tempatan]
{6}Geng Oxy tertangkap sedang beraksi !
[Copy link]
|
|
AMPANG , 9 Disember : Tindakan tiga lelaki cuba memecah sebuah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini, menggunakan pemotong gas Oxy gagal apabila kejadian itu disedari pegawai bank bertugas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menghubungi polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 pagi sebelum sepasukan peronda (MPV) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kehadiran polis disedari tiga suspek berkenaan yang kemudian cuba melarikan diri. Anggota polis cuba menahan suspek, namun berlaku pergelutan sebelum seorang daripada mereka berjaya diberkas.
“Dua lagi suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Amiruddin berkata, suspek berusia 38 tahun yang berjaya ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan lanjut.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat tiga mesin ATM, namun hanya satu telahpun dipecahkan. Mereka tidak berjaya mengambil wang dalam mesin itu.
“Kami akan memeriksa CCTV bagi mengesan dua suspek yang melarikan diri itu,” katanya memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam keterangan suspek.
Beliau berkata, suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.- Harianmetro
p/s sepandai-pandai kanggaroo meloncat, akhirnya jatuh ke lubang jua...versi Australia...
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan oxy ubat jerawat..kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
pemotong oxy tu menatang ape? |
|
|
|
|
|
|
|
oxy 3 ... yang dua lagi cuti
... |
|
|
|
|
|
|
|
Oxy10 memang berkesan utk jerawat |
|
|
|
|
|
|
|
pegawai bank?
guard mana? |
|
|
|
|
|
|
|
seb bek xbawak pump gun..
mau bkecai gak muka kang |
|
|
|
|
|
|
|
Oh pemotong gas oxy..
Setahu aku oxy tuk jerawat je kn |
|
|
|
|
|
|
|
OXY berkesan untuk jerawat dan jeragat ikan jelawat aman-aman adja konsepnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la pemalas sangat dik. Belum sempat curi duit Elohim dah bayar cash je dik. Rasain loh. |
|
|
|
|
|
|
|
lor yg dua tu ditch kawan dia, xde integriti sungguh penyamun zaman skrg |
|
|
|
|
|
|
|
huh oxy utk jerawat tu taw la |
|
|
|
|
|
|
|
BurningTimes posted on 9-12-2013 09:44 PM
Tu la pemalas sangat dik. Belum sempat curi duit Elohim dah bayar cash je dik. Rasain loh.
Patut kejaan bagi latihan kemahiran memorong ATM kpd pencuri... |
|
|
|
|
|
|
|
oxymoron geng2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
rajin pegawai bank tu OT
nak tutup ledger kah sampai jam 3 pagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|