View: 8528|Reply: 33
|
Eira kerja keras demi keluarga
[Copy link]
|
|
BIARPUN sudah lama berkecimpung di dalam industri seni, pasangan suami isteri Azad Jasmin dan Eira Syazira, tetap menghiasi panggung dan kaca televisyen. Tambahan pula, dengan kehadiran cahaya mata kesayangan, Amarra Sofea Rose, 11 bulan, membuatkan pasangan ini sedia bekerja keras demi periuk nasi mereka.
Bersyukur kerana mereka masih menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan, pasangan ini turut menceburi bidang perniagaan online, Ayra Closet, yang menjual pakaian, cermin mata serta aksesori sebagai pendapatan sampingan.
Meskipun sibuk dengan agenda masing-masing, baik Azad mahupun Eira, tetap mengutamakan keluarga dan satu-satunya cahaya mata mereka yang kini sedang membesar di depan mata.
Jelas Eira, walau sesibuk mana sekalipun, dia tetap akan memastikan suami dan anaknya terurus dengan baik serta mendapat perhatian yang secukupnya.
“Walaupun saya sibuk, namun saya tetap utamakan suami dan anak, namun, jika jadual saya terlalu padat, saya serahkan Amarra kepada Azad jika dia lapang.
“Sekarang, Amarra semakin membesar dan saya mahu dia dijaga dengan baik. Dia seorang anak yang tidak banyak kerenah. Namun, saya dan Azad sudah berbincang ingin mengambil pembantu nanti.
"Tetapi kami akan sentiasa pastikan Amarra tak dibiarkan berdua dengan pembantu. Mesti akan ada saya atau Azad bersama kerana kami sangat risau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.
Dalam pada itu, Azad memberitahu, dia sangat bahagia dengan kehidupan rumah tangganya. Memuji sikap Eira yang sentiasa memahaminya, Azad berkata, sebagai suami dia cuba memberikan kebahagiaan dan keselesaan buat isteri serta anaknya yang tersayang.
Bagi Azad, merekalah orang yang paling utama dalam hidupnya dan dia sedar berapa pentingnya dia mengatur jadual kerja dengan baik supaya dapat meluangkan masa bersama keluarga.
“Eira banyak menyokong dan merupakan isteri yang sangat bertanggungjawab. Walaupun dia juga sibuk, dia tetap mengutamakan saya dan anak.
“Sejujurnya saya sangat gembira dan bahagia kerana mempunyai isteri seperti Eira. Lagi pula dia semakin cantik dan saya semakin sayang padanya," ujar Azad sambil berseloroh.
Hero Tamil Kolumpo
Meskipun bukan hero kegemaran ramai, namun Azad tetap bersyukur kerana sehingga kini bakatnya masih dipandang.
Terbaru, dia memegang watak utama menerusi filem Kolumpo arahan Bront Palare sebagai Rahul yang merupakan pendatang asing dari India.
Menerusi filem ini, dia terpaksa belajar bahasa Tamil dengan dialek yang sangat pekat dan berbeza sebutannya dengan bahasa biasa diguna pakai oleh masyarakat India di negara ini.
“Bayangkanlah, memegang watak ini adalah cabaran besar bagi saya. Sungguhpun saya tau sedikit bahasa India, tapi saya masih tidak boleh menguasainya. Bagaimanapun, saya mencuba sehinggalah saya dapat membawa watak itu,” katanya yang banyak belajar bahasa Tamil melalui seorang guru bahasa dari India.
Menurut pelakon yang banyak menghidupkan watak komedi ini, dia bersyukur kerana melalui Bront Palare membuka peluangnya untuk memegang watak utama walaupun menyahut cabaran memegang watak hero Tamil.
“Bront nampak kewibawaan saya untuk memegang watak hero. Apa pun, saya sangat bertuah bekerjasama dengannya. Dia seorang yang unik. Walaupun tugas melakonkan watak itu agak berat bagi saya. Tapi saya sanggup menggalasnya,” katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai lakonannya menerusi filem lain, Azad mengakui dia sudah selesai penggambaran untuk 14 buah filem yang dijangka ditayangkan sekitar tahun depan.
“Saya amat gembira dengan hasil kerja keras ini. Semua ini adalah rezeki daripada ALLAH untuk isteri dan anak saya di sisi sekali gus sentiasa memberi sokongan kepada saya,” katanya.
Dalam pada itu, Azad turut meluahkan rasa gembira kerana peminatnya semakin bertambah menerusi laman sosial miliknya. Bagi Azad, itu adalah petanda positif terhadap karier seninya dan membuatkannya lebih bersemangat untuk bekerja lebih keras serta memberikan yang terbaik dalam industri seni.
“Alhamdulillah, peminat banyak menyokong dan menerima kami sekeluarga. Ternyata mereka suka cara lakonan saya dan Eira. Bahkan mereka dapat menerima kami dengan baik dalam bidang seni sehingga ke hari ini.
"Saya berharap mereka tidak akan pernah berhenti untuk menyokong serta memberikan kami peluang lagi mewarnai dunia seni,” katanya.
Eira lebih selektif
Berbeza dengan Azad, Eira Syazira yang lebih dekat dengan watak air mata. Lakonannya yang berkesan mampu membuatkan penonton terheret sama dengan wataknya itu.
Meskipun banyak muka-muka baharu menghiasi kaca TV, namun ia tidak menjadi penghalang buat ibu kepada seorang cahaya mata ini terus beraksi di depan lensa.
“Saya bersyukur kerana masih lagi terima tawaran dan masih menjadi pilihan pengarah drama.
“Walaupun, saya tidak mendapat tawaran berlakon filem namun, saya banyak terima tawaran berlakon drama. Alhamdulillah, ia sekali gus tidak membuatkan saya hilang dalam dunia seni tanah air.
“Namun, saya agak selektif dan tak mahukan skrip last minit dan tiada jadual penggambaran. Ia susah, kerana saya dah berkeluarga,” katanya yang bakal memulakan penggambaran dua buah drama pada Januari depan.
Rakam single pertama
Pernah mencuri perhatian dengan beberapa lagu tema untuk drama bersiri sebelum ini, Eira bakal muncul dengan single pertamanya tidak lama lagi. Lagu berjudul 'Tersedar Aku' hasil ciptaan komposer Indonesia, iaitu Panji Sakti bakal menjalani rakaman di Bandung pada Januari 2014.
Teruja akhirnya dapat muncul dengan single sendiri, Eira berkata, Tersedar Aku, akan menjadi buah tangan yang bermakna kepada peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.
“Saya selalu tampil dengan OST, dan akhirnya lagu-lagu tu tak ke mana. Jadi Insya-ALLAH, dengan keluarnya single ini, ia akan menjadi siulan dan diterima peminat-peminat saya yang sering menantikan lagu daripada saya,” katanya yang mengakui nyanyian juga merupakan minat utamanya.
http://www.sinarharian.com.my/hi ... i-keluarga-1.229475
|
|
|
|
|
|
|
|
untunglaahhh kawin ngan eira rajin kerje |
|
|
|
|
|
|
|
mitnick posted on 11-12-2013 11:05 AM
untunglaahhh kawin ngan eira rajin kerje
kannnnnnnnnnnn....senang hidup laki nya uols |
|
|
|
|
|
|
|
jual barang cap hayam bangga sangatlah kan..
UAI pernah kata juai barang cap hayam tu duit haram.. vodo betui!!
Head to toe si Eira ni suma barang fake, kesian...
|
|
|
|
|
|
|
|
babyridz posted on 11-12-2013 11:18 AM
jual barang cap hayam bangga sangatlah kan..
UAI pernah kata juai barang cap hayam tu duit haram. ...
maksudnya yang jual baju2 inspired zara lah bagai tu kira haram lah yea
termasuk yg jual beg grade AAAA bagai tu ehh
baju2 yg jual kat uptown tu semua yg kenkonon korea mari walhal china mari
|
|
|
|
|
|
|
|
china rebrand to any brand u want ..
ibu mertuaku pun bulih buatkan kikkiki |
|
|
|
|
|
|
|
mitnick posted on 11-12-2013 11:05 AM
untunglaahhh kawin ngan eira rajin kerje
mamak mmg sentiasa untung dapat bini melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
best azad ni bawa watak rahul....nampak kaliber dia sbg pelakon....wah.....
tgk couple ni kat ketuk2 ramadan, insyaAllah nampak bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
Eeir keja keras
Azad keja asyik mengeras jah |
|
|
|
|
|
|
|
i suka eira ni berlakon. not too much dan tak kayu benau |
|
|
|
|
|
|
|
babyridz posted on 11-12-2013 11:18 AM
jual barang cap hayam bangga sangatlah kan..
UAI pernah kata juai barang cap hayam tu duit haram. ...
I terkejut juga masa browse insta boleh terjumpa her insta dok menjual rayban fake
Pastu baju2 yg dia jual pun jenis kenanga label
Tak pandai nak jaga reputasi langsung.. tak pasal2 peminat dok chop dia pakai barang fake
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 11-12-2013 11:44 AM
maksudnya yang jual baju2 inspired zara lah bagai tu kira haram lah yea
termasuk yg jual beg grad ...
ya haram..
inspired?? cap hayam inspired hapa? nk bg sedap dengarla kot "inspired" lah sangat tiru hak cipta orang
whatever it is FAKE IS STILL FAKE!!
SAY NO TO FAKE!!
dia artis sepatutnya tunjuk tauladan tak sapot barang fake, ni lg jual lagi ada...
dia pun dh sedia pakai head to toe suma barang fake, xpyhla sampai nak jual, byk lg barang leh jual utk buat side income
buat malu saja, dh tu bg anak laki makan duit haram...
|
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 11-12-2013 12:49 PM
I terkejut juga masa browse insta boleh terjumpa her insta dok menjual rayban fake
Pastu baju ...
dah jual barang fake, sah2 pakai barang fake.. eeee ada muka lagi nak kuar jalan2 dgn barang terbukti fake tu...
iols dulu minat sikit2 la eira ni, pas dah jual barang fake cenggini iols ban terus, elok sgt tunjuk "contoh baik" kat fans dia camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg best..dia semakin cantik..amboi.....laki dia |
|
|
|
|
|
|
|
babyridz posted on 11-12-2013 12:54 PM
dah jual barang fake, sah2 pakai barang fake.. eeee ada muka lagi nak kuar jalan2 dgn barang terbu ...
Apa ig eira n....
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat malu kaum artis je pakai n jual barang fake... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku...baguslah...sbb usaha nk tmbh pendapatan...maybe itu je yg mampu die buat...dgn schedule yg full ngan anak lg..ini je yg bole buat...tp mmg nmpk si eira ni work hard |
|
|
|
|
|
|
|
ha ah,, aku pun perasan jual brg2 immitation..
harga boleh tahan mahal gak sebenarnye die ni jual..
aku dlu folow ig die tp disebabkan bnyk sgt menjual brg2
trs aku unfollow.. semak jah.. beside video ig die sume bosan
asik la nk tnjuk die ngn laki die happening..
tak mature lgsg perangai.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia je kerja keras sorang2
kuar tajuk mcm nih...nmpak sgt laki dia tak kisah bini yg kerja keras..
bis laki dia wat aper...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|