CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: misssakura

cinta... selamat tinggal

[Copy link]
 Author| Post time 25-2-2014 11:45 AM | Show all posts
Nazim menanda satu persatu kertas tugasan yang dihantar oleh pelajarnya.Matanya semakin lesu kerana keletihan mengadap simbol-simbol dan nombor matematik yang beraneka didalam kertas jawapan pelajar. Nazim bingkas berdiri daripada kerusi empuk untuk meregangkan otot-otot bahu demi menghilangkan rasa kantuk dan penat setelah hampir beberapa jam menilik tugasan-tugasan yang masih menimbun. Dia duduk semula setelah badannya kembali selesa.

“tok...tok...tok...” pintu bilik Nazim diketuk 3 kali dari luar.

“masuk...” seru Nazim dari dalam. Pen merah yang digunakan untuk menanda kertas tugasan diletakkan diatas meja. wajahnya yang menunduk diangkat untuk membalas pandangan tetamu yang datang kebiliknya.

“Assalamualaikum dr... sibuk ke?” soal Jannah dengan senyuman manis.Ditangan gadis itu terdapat beberapa dokumen yang tidak diketahui Nazim.

“waalaikummusalah... ye Jannah. Ada apa awak nak jumpa saya?” balas Nazim pula. Jannah yang asalnya hanya berdiri didepan pintu mara kearah meja pensyarahnya. Dia duduk dihadapan Nazim tanpa disuruh.

“macam ni dr... saya nak minta tolong dr untuk sahkan dokumen ni boleh?”minta Jannah lembut. Dihulurkan dokumen yang mengandungi maklumat kakaknya kepada Nazim. Nazim mencapai dokumen itu sambil menilik satu persatu. Setelah berpuas hati dengan apa yang dilihat, Nazim kemudiannya meletakkan kembali dokumen tersebut diatas meja. ditarik laci meja lalu tangannya mencapai stampad dan cop nama.

“siapa punya dokumen ni?” soal Nazim berbasa-basi. Ditekan cop namanya padavstampad dan diletakkan pada hujung salinan-salinan dokumen yang terdapat didalam fail tersebut.

“kakak saya punya... dia baru habis belajar dan sekarang tengah cari kerja.” Jelas Jannah satu persatu. Nazim mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Setelah semua kertas dicopkan dengan nama dan jawatannya, Nazim menggagau kocek kemeja untuk mendapatkan pen hitam yang sentiasa diselitkan disitu.

“auu...” Jerit Nazim terkejut. Berderau hatinya tatkala melihat terdapat titisan darah merah pada hujung jari telunjuknya.

“kenapa dr?” Jannah turut tersentak. Pelik mendengar jeritan pensyarah matematiknya yang tiba-tiba. Nazim hanya diam tanpa membalas kata-kata Jannah.Dimasukkan sekali lagi tangannya ke dalam poket kemeja untuk mencapai alatan tajam yang tersemat bersama-sama pen hitam lalu dikeluarkannya. Dahi Nazim berkerut seribu dengan apa yang dipegangnya kini.

“siapa punya kerongsang pulak ni? macam mana boleh ada dalam poket baju aku?” desis Nazim didalam hati. Kerongsang bermata biru yang dipegang diletakkan diatas meja kerjanya. Nazim meneruskan kerjanya yang tertangguh tanpa mengambil pusing dengan kehadiran kerongsang misteri itu.

“nah... semoga kakak awak berjaya mendapat kerja yang baik.” ucap Nazim dengan senyuman nipis. Dokumen yang ditandatangan itu dikembalikan semula kepada Jannah.

“terima kasih dr. Saya keluar dulu yer.” Mohon Jannah yang turut membalas senyuman Nazim. Nazim hanya menggerakkan kepalanya, membenarkan Jannah meninggalkan dirinya. Setelah gadis itu keluar, Nazim meneruskan kerja-kerja yang masih lagi belum selesai.





Setelah Jannah keluar daripada biliknya, Nazim mencapai kembali kerongsang bermata biru yang diletakkan diatas meja. berfikir sejenak tentang kehadiran kerongsang misteri.

“kerongsang siapa pulak ni? mak punya ke? Tapi macam mana boleh ada dalam poket baju aku?” bertali arus soalan menerpa ke benak Nazim. Ditilik kerongsang itu dengan penuh tanda tanya. Tiba-tiba dia teringatkan kejadiaan tengahari tadi semasa dia dalam perjalanan pulang selepas melihat pelajar praktikalnya.

“ini mesti kepunyaan perempuan yang aku langgar tadi tu. aduyai... kesian pulak kat minah tu. dah la kena langgar, kerongsang hilang pulak tu.” desis Nazim didalam hati. Terasa bersalah pula mengingatkan kejadian itu, sudahlah dia tidak meminta maaf dengan elok. Pasti berbakul sumpahan diterima dari wanita itu. Nazim mengeluh kecil, kerongsang yang dipegang diletakkan semula diatas meja kerjanya. Malas memberatkan kepala dengan perkara remah temeh.Kalendar yang terpampang elok diatas mejanya ditarik dan diperhatikan. Nazim mengeluh lagi.

“tinggal 3 hari sahaja lagi...” bisik Nazim pada dirinya sendiri.Sebenarnya dia sudah mengalah dalam misi pencarian Soffiya. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk menjejaki gadis itu. sudah pelbagai tempat yang dia singgah hanya kerana untuk mencari Soffiya. Dia sanggup ke Taiping hanya untuk mendengar khabar Soffiya dari teman-teman lamanya. Dia sudah ke seluruh pusat beli-belah di Kuantan dengan harapan akan terserempak dengan Soffiya. Dan kini dia tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjumpai jejak Soffiya. Otaknya sudah buntu, mungkin sudah tiba masanya dia betul-betul mengalah. Nazim meletakkan kepalanya pada kepala kerusi. Penat otaknya mengadap kerja yang menimbun begitu juga penat hatinya memikirkan tentang Soffiya.

“Soffiya... awak kat mana sebenarnya?” seru Nazim dengan mata yang terpejam. Terlayar wajah Soffiya dalam ingatannya. Gadis itu dengan mata yang bundar, mulutnya mungil, hidungnya kecil comel sahaja, bentuk muka yang agak bulat dan rambut si gadis yang lurus dan diwarnakan dengan pewarna merah seolah-olah sedang melambai kearahnya... menjerit dan memanggilnya dengan manja. Adakah Soffiya masih seperti dulu? Degil, nakal dan kuat memberontak?Atau gadis itu sudah berubah?

“Ya Allah... tolong temukan aku dengan dia ya Allah... cukuplah sekali,cukuplah seminit asalkan aku tahu dia bahagia dengan hidupnya. Aku tak akan minta lebih daripada itu. tolonglah hambaMu ini Ya Allah... sampaikan salam sayangku ini padanya... agar dia tahu,dia sentiasa disayangi.” Mohon Nazim dengan matanya masih tertutup. Ada air hangat mengalir dicelah-celah tubir matanya. Sungguh sukar rasanya untuk melepaskan Soffiya pergi dari ingatan buat selama-lamanya. Namun siapa dia untuk melawan? Dia perlu redha jika ini ketentuan untuk dia dan Soffiya.


Last edited by misssakura on 25-2-2014 11:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047587 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list