NEGARA
Linda Onn selamat bernikah
Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my
| UNGKU AZHAR
|
AMPANG JAYA – Penyampai radio Suria FM, Linda Onn enggan memberikan kerjasama kepada petugas media ketika majlis pernikahannya yang berlangsung di kediaman keluarganya di Setiahills, Ampang di sini petang semalam. Majlis pernikahan Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 36, dan pasangannya dipercayai selamat dilangsungkan selepas solat Asar petang semalam dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Wartawan Kosmo! yang berkunjung ke kediamannya tidak dibenarkan merakam sebarang visual berbentuk foto mahupun video. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
[url=]
[/url]
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2oil64Eib
Hakcipta terpelihara
|