CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4608|Reply: 17

'Jaga rohani' rahsia awet muda Aida Khalida

[Copy link]
Post time 19-12-2013 01:42 PM | Show all posts |Read mode


NAMA Aida Khalida barangkali bukan asing dalam industri seni lakonan. Biarpun mula dikenali dengan nama Aida Rahim dan kemudian beralih kepada Aida Radzwill, dia masih individu yang sama, mewarnai industri semenjak awal1990-an lagi.

Biarpun sudah tampil berhijab dua tahun lalu, ia tidak sedikit pun menjadi penghalang buat aktres berbakat besar ini, namun akuinya, dia masih mengehadkan tawaran lakonan agar tidak lari dari imej Muslimah.

Bukan sahaja berbakat besar, pesona utama Aida di mata sesiapa sahaja adalah sikapnya yang lemah lembut dan percakapannya yang cukup sopan-santun.

Bahkan, dalam usianya yang sudah melewati angka 50-an dan sudah berstatus nenda, Aida masih kelihatan cantik dengan susuk tubuh yang ramping. Pendek kata, biarpun sudah berusia, namun Aida masih menawan dan berada dalam kelas kecantikannya yang tersendiri.

Apatah lagi, tanpa perlu mendedahkan aurat, atau mengenakan solekan yang tebal, Aida masih mampu untuk menarik perhatian peminat atau sesiapa sahaja.

Oleh kerana itu, ramai pasti tertanya-tanya apakah rahsia yang diamalkan oleh wanita ini dalam memastikan mempunyai wajah yang awet muda dan tubuh yang langsing bagi wanita yang sudah berusia.

Justeru, Zass mendekati Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Seri Angkasa 1994  menerusi drama Tak Ingat tak ingat bagi mendapatkan jawapannya.

Apakah pengertian cantik & sihat bagi anda?

Bagi saya kecantikan adalah hijab yang sempurna bila kita menutup aurat, jaga iman dan menjaga hati. Dari segi kesihatan pula, amat penting kita jaga pemakanan, jalani kehidupan yang sihat.

Sebagai wanita yang sudah berusia, anda masih kelihatan cantik, apa rahsianya?

Tiada apa rahsia yang khusus tetapi saya hanya menjaga makan, bersenam dan menjaga kerohanian saya. Maksud saya cantik ini adalah dari segi rohani, bila kita bersolat. Membaca al-Quran.

Selain itu, adakah anda mengambil ubat-ubatan atau suplemen untuk menjaga kesihatan?

Ya, sekali-sekala penting untuk kita lakukan detox dan saya juga ada mengambil suplemen yang bahan-bahannya berasaskan buah beri untuk kesihatan dalaman. Tapi setiap orang berbeza suplemen yang perlu di ambil.

Jadi amatlah penting untuk kita lakukan pemeriksaan bagi mengetahui apa yang kurang dan lebih dalam badan kita.

Bagi perancangan jangka panjang, adakah anda merancang atau melakukan apa-apa rawatan demi kesihatan?

Tidak sama sekali. Bagi saya kini, apa yang saya amalkan, apa yang saya buat, biarlah mendapat manfaat dan menjadi pahala buat saya. Manfaat untuk saya di akhirat.

Boleh kongsikan rutin harian anda?

Bukan saya nak riak ya, tetapi semenjak saya berhijrah, masa saya banyak saya habiskan dengan mendalami ilmu agama. Sebelum matahari terbit, saya akan ambil masa untuk solat sunat, tahajud dan kemudiannya selepas menunaikan solat Subuh, saya akan membaca al-Quran.

Selepas itu barulah bersenam dan seterusnya tugas harian seperti kerja rumah dan kerja saya sendiri.

Bagaimana pula rutin senaman?

Sejujurnya saya lebih selesa berjoging di rumah sahaja, kerana menjaga aurat saya. Tetapi jika ada masa terluang, saya akan ke gimnasium bersama kawan-kawan. Tapi jarang sekalilah, kerana saya lebih gemar bersenam di rumah sahaja.

Boleh kongsikan rutin pemakanan anda?

Saya lebih banyak amalkan memakan buah-buahan sebelum makan dan minum air suam. Selain itu saya hanya makan seperti biasa, tiada diet khusus.

Ramai wanita gemar meluangkan masa ke spa untuk merehatkan badan, apakah anda juga memilih cara sama?

Oh tentu sekali dan saya ada kawan yang membantu saya untuk berurut kerana sekali sekala badan kita memerlukan rehat setrta berurut dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.

Selain itu, apa aktiviti yang gemar anda lakukan pada waktu luang?

Saya gemar membaca tafsir al-Quran, beberapa tafsir hadis dan sebagainya. Selain itu, saya gemar menghadiri majlis-majlis ilmu.

Apa perkembangan terkini anda?

Semalam (Isnin), saya baharu sahaja selesai mengikuti misi bantuan mangsa banjir ke Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang bersama kumpulan Usrah Fitrah saya. Kami membantu mengagihkan makanan dan membersihkan kawasan sekolah yang dilanda banjir.

Istimewanya majlis ini mendapat tajaan dari pihak Adabi dan masjid Al Muqaramah, Bandar Sri Damansara. Selain itu, esok (hari ini), saya akan memulakan penggambaran sebuah telefilem untuk TV3.

Apa nasihat anda untuk semua wanita di luar sana?

Apa yang kita lakukan, amat penting menjaga hati, iman dan aurat kita kerana dari hati, iman serta auratlah terbitnya kecantikan itu.



Last edited by cef_gango on 19-12-2013 01:47 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 01:50 PM | Show all posts
pe motif dia nk tukar2 nama bnyk kali?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 02:38 PM | Show all posts
aida rahim ke aida radzwill pastu aida khalida....

tp rasa nye rahim tu nama x hasben dia..

radzwill plak nama hasben dia skrg kot...tp ada org tegur tak baik letak nama hasben kat belakang nama ..mcm budaya org barat...cth barrack obama kawin michell apa ntah..bila kawim..michell tu jd michell obama...

last2 beliau dpt hidayah kot..tu tak letak nama hasben dia lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 02:44 PM | Show all posts
crazecousa posted on 19-12-2013 01:50 PM
pe motif dia nk tukar2 nama bnyk kali?

dia agent 007.. harus tukar nama banyak kali
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 03:12 PM | Show all posts
dah nenda rupanya dia ne..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pnh jupe dulu dia ni...kurus kering gila...
Kulit agk gelap skit time tu...tgh tunggu nak shooting..
Sbb dlm tv dok tgk ingat dia ni cam putih gak...
Tp mmg time tu nmpk dia mcm stress n xhepi...
Tp skrg ni nmpk ayu n berseri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2013 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock posted on 19-12-2013 02:38 PM
aida rahim ke aida radzwill pastu aida khalida....

tp rasa nye rahim tu nama x hasben dia..

Sbb da cerai kot... Tu pki nm sendiri jer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukanya baca kisah dia
Wp berlakon tp masih mngikut gaya hidup islam
Ttp menten muslimah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2013 04:17 PM | Show all posts
suka lakonan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 11:26 PM | Show all posts
die ni mmg awet mude pn..sweet je.. suke tgk die.. lakonan pn not bad, klu berckp pn lembut je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 04:49 PM | Show all posts
selfie? woww!!  
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 05:18 PM | Show all posts
ramai artis dulu suka gabungkan nama diorang dgn nama suami. cthnya Wan Chik Daud, pastu dia mitak orang panggil dia wan Chik Ahmad. tak baik gabung nama dgn suami dia kata jahil masa tu. macam juga aida, rahim dan radzwill tu nama suami. dia tukar sebab dah tak nak gabung dgn nama suami dia, bukan sebab dah bercerai tp tak baik dr segi agama. khalida memang nama betul dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 04:09 PM | Show all posts
bukan die dah bercerai ke dgn joe radzwill tu? dulu kene wet caught seingat ai la kann....
tapi die nieyh menten cantik, takde pon nak alter segala bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
asal lain muka dia????
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
owh sebb dh berusia
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke dia ni lembut je bila bercakap.kalau berlakon drama dengan jalaludin hassan watak asben & wife memang romantik sangat2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ex Husband Dia joe radzwill tu pimps ok. Dia pon tahu tu, thats why tuntut cerai. Masa zaman Aku membujang dulu, Ada sorang kawan aku ni memang cun. dia somehow berkenalan dgn joe radzwill thru another friend. joe radzwill selalu call dia ajak keluar bagai. kawan aku pon layan je, later joe radzwill dtg bawa dato' yg ex husb noniswara tu!! ajak pergi private party semua.Lepas Dia introduce kan Kawan Aku kAt ex hubby nonis, Dia pon hilangkan lah. Dah tak call Kawan Aku lagi. Kawan Aku tu pon dating la kejap ngan Dato" tu tak silap. Memang joe radzwill suka buat keja2 cam ni. Jumpa awek cun, Dia Akan intro la kAt saoa2 yg nak. Tapi, Bukan intro free je. Intro bet bayar la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
elokla nenda eda berpisah ngn joe radzwill tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.503367 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list