View: 8341|Reply: 94
|
[Tempatan]
Kos sara hidup meningkat, bukan salah UMNO - Isa Samad
[Copy link]
|
|
Kos sara hidup meningkat, bukan salah UMNO - Isa Samad
2013/12/23 - 16:09:01 PM
Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada UMNO mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan itu adalah perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.
Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu. "Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada UMNO harga tidak boleh turun...kos hidup (tidak boleh turun)...jadi jangan terlalu emosional.
"Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara," katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah Umno sebagai tunjang kerajaan akan disalahkan berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.
Terdahulu Isa merasmikan majlis graduasi sesi 2/2013 Kolej Yayasan Felda di Menara Felda di sini, hari ini.
Katanya, rakyat perlu bersikap rasional bukannya emosional memandangkan kerajaan mengambil langkah proaktif bagi menjaga kestabilan ekonomi negara untuk kebaikan generasi akan datang.
Ditanya mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang memberi amaran akan menggantikan UMNO jika UMNO gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini, Isa berkata Perkasa tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana nasib pertubuhan itu sendiri selama ini dibela UMNO.
Media baru-baru ini melaporkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali semasa Persidangan Agung Perkasa ke-4 mendakwa UMNO menunjukkan banyak kelemahan dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
Isa menganggap kenyataan tersebut berbaur emosi serta tidak rasional kerana tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalas UMNO selama ini bukan suatu tugas mudah.
"Ini suatu pandangan yang terlalu emosi kerana nak ambil alih UMNO itu bukan satu benda yang mudah. Saya percaya mungkin dia (Ibrahim) dalam keadaan yang terlalu emosi," katanya.
Menyentuh cadangan Perkasa yang mahu menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada UMNO, Isa berkata ia perlu mengambil kira semua aspek kerana keadaan ekonomi bukan kuasa Umno dan menteri kabinet.
Katanya, mana-mana pihak harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman.
- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
apa pulak UMNO
DAP yang perintah
negara ini
itu pun Isa tak tahu kah ? |
|
|
|
|
|
|
|
Another BN minister joining Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Ku Nan. If you can't beat them, join them. Fools club. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini salah pengundi BN. Bukan UMNO. |
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 23-12-2013 04:35 PM
Salah PAS PIS PUS....
Salah PKR...
Salah DAP.....
Salah Partai Cap tangan
Yang TIDAK BERSALAH ialah UMNO
Yg TIDAK BERSALAH ialah Pak Mak Menteri.
Yang SALAH dlm hal ini ialah RAKYAT.
RAKYAT yg mengundi partai yg memerintah negara ini.
Dah 13 kali PRU..............masih memberi MANDAT kpd partai tersebut utk memerintah negara.
So , RAKYAT yg berSALAH dlm kenaikan harga barang di negara ini.
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
xde lg gambar makcik tudung merah bersyukur |
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 23-12-2013 04:30 PM
Ini salah pengundi BN. Bukan UMNO.
Ye ke? Tak tau pulak macam tu. Macamana kat Indon, Thailand , Filipina yg jugak kos sara hidup meningkat . Salah BN ke jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
pembangkang bodoh tak reti hasut rakyat undi pembangkang |
|
|
|
|
|
|
|
ape2aje posted on 23-12-2013 04:40 PM
Ye ke? Tak tau pulak macam tu. Macamana kat Indon, Thailand , Filipina yg jugak kos sara hidup me ...
i dah kata ini bukan salah BN... ini semua salah rakyat. Apa lu mau lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur ke hadrat UMNO
Ini semua atas jasa dan pengorbanan UMNO lah
Kalau tak ada UMNO tak merasalah kita kos sara hidup tinggi-tinggi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ape2aje posted on 23-12-2013 04:40 PM
Ye ke? Tak tau pulak macam tu. Macamana kat Indon, Thailand , Filipina yg jugak kos sara hidup me ...
i dah kata ini bukan salah BN... ini semua salah rakyat. Apa lu mau lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua ketentuan Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
- Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk [color=Red]<font color="Red">menjaga keadaan ekonomi negara</font>[/color],
Copy the Code kah kah kah, nak jaga ekonomi negara ka nak jaga piuk nasik sendiri, GLC dan kronies Last edited by boyagombak on 23-12-2013 04:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu. "Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada UMNO harga tidak boleh turun...kos hidup (tidak boleh turun)...jadi jangan terlalu emosional.
kah kah kah. maka sampai kiamatlah faktor ekonomi dunia tidakmenenti ni jadi alasan sengal. Kalu harga minyak dunia turun apsal Mesia tak turu2, maah naik lai adalah. Agaknya kalau harga minyak petrol turun sampai paras terendah pun, mampuihler gomen nak bagi turun harga, Satlg banyakler dia punya koner baring.
inilah gomen koner baring namanya
lalu Isa Somak pun mengonar baringlah disitu hingga terbaring
Lalu lutut Pak Somak suda terkoyak kerana terlalu koner baring
Last edited by boyagombak on 23-12-2013 04:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kenaikan kos sara hidup adalah selari dengan perkembangan ekonomi negara... jadi..sebenarnya kerajaan umno dah berjaya membuktikan bahawa wawasan 2020 bakal menjadi kenyataan..tiada yg salahnya..
betul tu kata isa samadoremon
|
|
|
|
|
|
|
|
Habis salah sape?? Takkan salah babi kot??? Bek undi babi je jadi perdana menteri dan juak2 |
|
|
|
|
|
|
|
ni statement bodo |
|
|
|
|
|
|
| |
|