6 Jan – Aktres jelita, Sari Yanti menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya cerewet dalam memilih jurumekap dan hanya menggunakan mekap berjenama sahaja. "Saya tidak pernah cerewet tentang solekan kerana kulit muka saya jenis tidak bermasalah dan boleh guna apa sahaja jenama mekap tidak kira ianya murah atau mahal. "Saya sendiri pun hanya menggunakan bedak jenama Pixie yang berharga RM10 sahaja dan tidak pernah membeli barangan mekap yang mahal," katanya kepada mStar. Tambah Sari, 29, dia tidak pernah menolak mana-mana jurumekap yang disediakan. "Jika sesi fotografi kebiasaannya mereka akan bertanya sama ada saya mahu siapa yang buat solekan, namun saya tidak pernah pula menolak mana-mana jurumekap yang telah disediakan untuk saya."
Last edited by AthirahRahmat on 8-1-2014 10:52 AM
|