View: 2802|Reply: 5
|
[Buku]
Oh Sudan! Ayah Saya Hero
[Copy link]
|
|
Aku terjumpa buku yang sangat menarik ni semasa di sebuah kedai buku minggu lepas. Ingatkan buku baru terbit rupa-rupanya dah keluar semenjak 2011. Tak sangka ada penulis dari Malaysia yang tulis mengenai pengembaraan seorang remaja dan bapanya ke Sudan. Segalanya dicatat dengan penuh terpeinci bermula dari persiapan di Malaysia. Senarai apa yang perlu dibuat selain beli tiket kapal terbang dan tempah hotel. Persediaan dari segi kesihatan sangat penting iaitu suntikan imunisasi sebab Sudan ni negara dunia ketiga. Pengalaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dalam kapal terbang hinggalah jejak kaki ke Sudan. Semuanya terperinci. |
|
|
|
|
|
|
|
Judul Buku: Oh Sudan! Ayah Saya Hero
Penulis: Imran Yusof
ISBN-13: 978-967-369-095-4
Tarikh Terbit: 10 Jul 2011
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis:
Mengisahkan Zaid seorang remaja lelaki berumur 15 tahun berpeluang mengikut ayahnya, Encik Mustafa, yang bertugas dengan sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa, untuk pergi ke Sudan. Semasa di Sudan dia berkenalan dengan seorang remaja Sudan, Mahdi, yang ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Omdurman, Khartoum, Sudan. Beliau mendengar kisah kesengsaraan penduduk Darfur yang menghadapi perang saudara. Ayah Zaid, Encik Mustafa, keluar untuk satu trip ke Darfur, tetapi tidak pulang-pulang walau pun setelah tempuh beliau berada di Darfur sepatutnya sudah tamat. Sebelum dibawa pulang oleh pihak kedutaan Malaysia, Zaid menemui buku catatan ayahnya yang menceritakan beberapa catatan perjalanan beliau di Sudan. Apakah yang telah berlaku kepada ayah Zaid? Adakah Zaid akan menemui rahsia mengapa ayahnya hilang dalam catatan itu? Atau Zaid tidak akan bertemu semula dengan ayahnya buat selama-lamanya?
http://pts.com.my/buku/oh-sudan-ayah-saya-hero/ |
|
|
|
|
|
|
|
Sudan - tempat orang tak pernah terfikir nak pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya kalau jumpa buku pasal Sudan ni, selalunya memoir atau travelog mengenai orang dewasa (selalunya sukarelawan), yang ditulis oleh orang dewasa. Contohnya buku Heart of Darfur yang ditulis oleh Lisa French Blake. Pengalamannya sebagai jururawat Medecins Sans Frontier - Doctors Without Borders (MSF) yang bertugas di Darfur.
Oh Sudan! Ayah saya hero ni lain pulak. Pengalaman (fiksyen) seorang remaja yang ikut ayah dia pergi Sudan dan buku ni ditulis oleh orang dewasa.
Boleh aku teka penulisnya (Imran Yusof) pernah bekerja dengan Petronas? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|