View: 6635|Reply: 54
|
[Tempatan]
{10} Keluarga 1Malaysia !
[Copy link]
|
|
15 Januari 2014
Kuala Pilah: “Walaupun saya berketurunan Cina dan isteri pula India, saya tiada halangan untuk anak kelima saya itu berkahwin dengan orang Melayu dan beragama Islam,” kata penoreh getah, Sin Yeow Kong, 52, yang mengahwinkan anak perempuannya, Norfizaitun Sin Abdullah, 21 atau nama asalnya, Sin Yin Yin, dengan seorang anggota polis di daerah ini, Mohd Hafizi Ramli, 25, semalam.
Majlis perkahwinan yang diadakan bagi pihak perempuan itu diadakan berhampiran rumah Sin di bangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Dangi, di sini, semalam.
Menurut Sin, dia yang memiliki lapan anak berusia antara 13 hingga 35 tahun dimaklumkan anak kelimanya itu menjalin hubungan cinta bersama anggota polis, Mohd Hafizi yang bertugas sebagai Konstabel di Balai Polis Dangi sejak lapan bulan lalu.
“Selepas dimaklumkan perkhabaran itu, saya tidak pernah menghalangnya dan beberapa bulan lalu dia ada menyatakan hasrat untuk memeluk Islam kerana mahu berkahwin.
“Bagi saya itu keputusan hidupnya dan saya menghormati tindakannya,” katanya yang merestui perkahwinan Norfizaitun.
Kata Sin, baginya semangat 1Malaysia yang diamalkan sejak sekian lama membuatkan fikirannya sentiasa menerima sesiapa saja bersama keluarganya tanpa mengira kaum.
“Saya sendiri yang berketurunan Cina mengahwini isteri, S Kanama yang berketurunan India dari Masai, Johor pada 1982.
“Selain itu, anak ketiga saya juga berkahwin dengan jejaka dari Thailand beberapa tahun lalu dan saya juga tidak pernah menghalangnya,” katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan itu.
Mohd Hafizi yang berasal dari Sintok, Kedah, berkata, dia mengenali isterinya yang juga pekerja salun lapan bulan lalu di daerah ini.
Katanya, dia yang tiga tahun berkhidmat di daerah ini pada awal perkenalan tidak tahu isterinya berketurunan Cina dan India kerana rupa parasnya seperti orang Melayu.
“Selepas berkenalan, barulah saya tahu status sebenar dan memilih berkahwin beberapa bulan lalu.
“Saya bersyukur kerana isteri menerima dan mahu mendalami agama Islam dengan ikhlas hati,” katanya memilih tarikh perkahwinan itu pada Sambutan Hari Maulidur Rasul 2014 sebagai menghormati Rasulullah SAW.
Majlis perkahwinan pasangan itu diuruskan Persatuan KRT Dangi yang diketuai Setiausahanya Norhayati Abdullah yang menjalankan secara gotong-royong. -myMetro
p/s cantik isteri...jaga elok2 keimanannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
PASANGAN pengantin, Mohd Hafizi dan Norfizaitun diapit Sin dan Kanama pada majlis perkahwinan, semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas nie keluar anak kacukan apa entah nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia pun tak macam cina dah? ke teknik mekap? |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang dgr laki cina kawen india |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah org biasa/susah...cuba kalau cina kaya...atau india kaya....mau dia melayu keje gomen.....hehehehehe
susah 1Malaysia lah....Kalau kaya 1Malaysia entah kemana.... Last edited by Simunggu on 15-1-2014 08:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wife dia dah nampak macam muka melayu dah..
iols bayangkan dia kulit wife dia macam melayu, gelap sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.....semoga dpt membimbing isteri ke jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t....amin
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pengantin laki tgn berbalut |
|
|
|
|
|
|
|
Ini yg sangat dibenci umno... perpaduan kaum... |
|
|
|
|
|
|
|
ellZack posted on 15-1-2014 08:18 AM
wife dia dah nampak macam muka melayu dah..
iols bayangkan dia kulit wife dia macam melayu, gelap s ...
rasenye kulit wife die mmg gelap... tgk tangan yg pegang bunga tu, kan gelap... mekap kat muka berlebih2 putihnya.....
|
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace posted on 15-1-2014 09:22 AM
rasenye kulit wife die mmg gelap... tgk tangan yg pegang bunga tu, kan gelap... mekap kat muka ber ...
iols tak perasan pulak tangan dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
puccafan posted on 15-1-2014 08:13 AM
Jarang dgr laki cina kawen india
kwn aku chindian..ayhnya cina.tp rupa dia indian ikut mak dia.cuma mata tu sepet cm cina.nama cina.kitorg memula igt dia ank agkt..hahaha..tp adik pompuan dia cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
tgn pengantin lelaki berbalut kecederaan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_kunyit posted on 15-1-2014 09:30 AM
tgn pengantin lelaki berbalut kecederaan tu..
patut la masam mukanye...
dlm kesakitan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ramai eh cindian kawin melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 14-1-2014 07:33 PM
patut la masam mukanye...
dlm kesakitan...
nampak mcm hafizi ni plak anak kepada keluarga 1 Mesia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 15-1-2014 08:16 AM
biasalah org biasa/susah...cuba kalau cina kaya...atau india kaya....mau dia melayu keje gomen.....h ...
melayu kaya pulak mau sangat ka dengan cina susah ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|