|
22/01/2014 2:14pm
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki Jerman ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini Ahad lalu kerana disyaki menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine ke negara ini.
Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, setelah imbasan awal yang dibuat terhadap sebuah bagasi mengandungi enam tas tangan wanita, menunjukkan objek yang meragukan.
"Lelaki itu tiba di sini dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan ini merupakan kali kedua dia memasuki negara ini," kata Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari.
Bercakap pada sidang akhbar di sini beliau berkata, hasil pemeriksaan rapi yang dibuat di hadapan lelaki itu, pihaknya mendapati terdapat empat bungkusan yang dibalut dengan kertas karbon disorokkan di bahagian lapisan bawah di dalam empat tas tangan terbabit.
Keempat-empat bungkusan itu mengandungi ketulan kristal dipercayai methamphetamine dengan anggaran berat 3.308 kilogram dan ditaksir bernilai RM628,520. - Bernama
kosmo
p/s slalu keldai betina, arini keldai jantan plak...
|
|