CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6163|Reply: 47

[Jenayah] Kelass kau!! Dah keja kat mahkamah masih boleh songlap!!!!

[Copy link]
Post time 3-2-2014 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Kerani Rajin, Tak Pernah Ambil Cuti Tahun – ‘SONGLAP’ RM1.5 Juta!   
      Sepanjang tempoh 18 bulan, seorang kerani wanita yang bekerja di Mahkamah Tinggi Ipoh boleh dijadikan contoh kepada kakitangan awam kerana dia tidak pernah mengambil waktu rehat makan tengah hari atau cuti tahunan. Bagaimanapun, ketika juruaudit datang untuk memeriksa rekod dan buku mahkamah tahun lalu, sebab sebenar komitmen dan ketekunan wanita berusia 35 tahun itu terdedah.


Wanita itu menggelapkan lebih RM1.5 juta wang mahkamah, beliau diamanahkan untuk mengutip denda daripada pesalah kesalahan kecil dan misdemeanor.


Juruaudit membuat laporan polis berhubung kehilangan wang itu dan kerani terbabit digantung daripada tugas sementara siasatan dijalankan.
Menurut polis, kerani itu seorang pendiam dan pekerja yang rajin serta tidak pernah bercuti sepanjang April 2012 hingga September 2013.
Rakan sekerjanya memberitahu polis bahawa kerani itu tidak pernah meninggalkan mejanya, walaupun ketika rehat makan tengah hari dan kelihatan sangat rajin.


Tugas kerani itu ialah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda. Walaupun denda yang dibayar oleh setiap pesalah bukan dalam jumlah besar, tetapi keseluruhan kutipan agak banyak di penghujung hari. The Malaysian Insider diberitahu wanita itu akan mengambil antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap hari.


Dia menggunakan “kelemahan” dalam sistem untuk membuat penyesuaian yang perlu dalam pangkalan data computer mahkamah supaya jumlah yang digelapkan tidak kelihatan dalam akaun.Kerani itu berjaya menyembunyikan aktiviti haramnya sehingga lewat tahun lalu apabila juruaudit datang untuk melihat rekod Mahkamah Tinggi Ipoh.


The Malaysian Insider difahamkan polis sudah menemubual kerani itu dan merakamkan kenyataannya. Bagaimanapun, polis masih belum berjaya menemui wang yang dicuri itu dan sedang cuba memastikan apa yang dibelanjakan dengan wang berkenaan. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan kes itu.

p/s jutawan dengan duit gelapppp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 11:33 PM | Show all posts
tu laa tamak sgt...kalau ambik rm10 sehari kan boleh 'makan' lama
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:34 PM | Show all posts
tuu diaa.a.....

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:35 PM | Show all posts

dh ade la topik nie~
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:38 PM | Show all posts
sesungguhnya bila buat bajet atau adjust bajet ni memang mengasyikkan.....
nak2 bajet utk diri sendiri dgn hasil curian yg perlu dicover....
tinggal tmpat duduk sekejap pun rasa sayang kot....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:39 PM | Show all posts
boleh land people
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2014 11:40 PM | Show all posts
liyanur posted on 3-2-2014 11:38 PM
sesungguhnya bila buat bajet atau adjust bajet ni memang mengasyikkan.....
nak2 bajet utk diri sen ...

mana taknya....ko tinggal 5 minit gi tandas....rm200 ko hilang ...setiap minit tu adalah duit....TIME IS MONEY...yea....

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:43 PM | Show all posts
banyak gilaaa....1k -2k setiap hari....keje kerani ja...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 11:44 PM | Show all posts
hmmmm......terer betol
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:45 PM | Show all posts
mikasa posted on 3-2-2014 11:40 PM
mana taknya....ko tinggal 5 minit gi tandas....rm200 ko hilang ...setiap minit tu adalah duit....T ...

itu pun 1 sbb jugak....1 lg bila dh buat salah takut org terduduk kat tempat dia & cek keje dia....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:45 PM | Show all posts
dah banyak kes pekerja rajin kat opis songlap harta benda opis...kekadang copy dokumen2 penting  opis...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 12:54 AM | Show all posts
noor2 posted on 3-2-2014 11:45 PM
dah banyak kes pekerja rajin kat opis songlap harta benda opis...kekadang copy dokumen2 penting  opi ...

Kau mesti jenis pekerja rajin yang tak songlap khennn?

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 01:01 AM | Show all posts
stinger_attack posted on 4-2-2014 12:54 AM
Kau mesti jenis pekerja rajin yang tak songlap khennn?

potostet IC kat ofis untuk kegunaan sendiri di kira songlap jugak ker?

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 01:06 AM | Show all posts
mikasa posted on 4-2-2014 01:01 AM
potostet IC kat ofis untuk kegunaan sendiri di kira songlap jugak ker?

Jenis songlap kecil....boleh dibasuhi dosa/ kesalahan dengan logging off from work 10 minit lewat dari waktu biasa......

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 01:16 AM | Show all posts
Tak selamat punya...FB dia ada?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 01:20 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 4-2-2014 01:16 AM
Tak selamat punya...FB dia ada?

la...itu pun nak gelak lompat2 ke..??



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 01:25 AM | Show all posts
lavajeans posted on 4-2-2014 01:20 AM
la...itu pun nak gelak lompat2 ke..??

nak minta royalty ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 02:39 AM | Show all posts
Songlap mengelap nie dah perkara biasa dari pihak Atasan lagi , by Atasan you know who I refer to.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 03:05 AM | Show all posts
bodoh punya kerani........ tiru laa anak china kat bawah nie laa


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 03:28 AM | Show all posts
melayu buat kantol

cina buat ok je siap naik gaji lagi.
(sbb profit sharinglah)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.087423 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list