View: 6278|Reply: 42
|
[Dunia]
Azan di larang di Masjid al-Ibrahimi
[Copy link]
|
|
Ini Semua salah Islam..menggangu ketenteraman awam...
RAMALLAH 3 Feb. - Pihak berkuasa Israel dilaporkan menghalang Masjid al-Ibrahimi di Hebron melaungkan azan sebanyak 49 kali pada bulan ini atas alasan laungan azan mengganggu penduduk Israel dan menyebabkan kawasan itu menjadi bising. Pengarah Jabatan Wakaf di Hebron, Tayseer Abu Snaineh berkata, pihak berkuasa Israel menghalang masjid berkenaan melaungkan azan ketika masuk waktu solat, tindakan yang dilihat memihak kepada penduduk Yahudi yang melawat bandar lama Hebron.
Tayseer berkata, tentera Israel yang berkawal di pintu masuk masjid berkenaan turut mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas penduduk Palestin sebelum mereka dibenarkan memasuki masjid itu, namun, penduduk Yahudi dibenarkan memasuki masjid tersebut sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh. "enduduk Yahudi juga mencemari kawasan masjid itu dan sering memalukan dan mengejek orang Islam yang sedang solat," katanya. Beliau berkata, tindakan tentera Israel itu merupakan ancaman besar terhadap agama Islam dan mereka dilihat cuba menyekat kebebasan beragama di negara ini yang bertentangan dengan undang-undang Israel.
Masjid al-Ibrahimi yang berusia 1,000 tahun itu merupakan kawasan suci bagi penduduk Islam Palestin selepas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menempatkan makam Nabi Ibrahim serta ahli keluarga baginda. Jawatankuasa khas kerajaan Israel telah membahagikan masjid itu kepada dua bahagian, satu bahagian untuk orang Islam dan satu bahagian lagi untuk penganut Yahudi, selepas tragedi 1994 apabila seorang penganut Yahudi menembak mati 29 orang Islam serta mencederakan 125 yang lain ketika penduduk Islam sedang menunaikan solat Subuh. Isu berhubung laungan azan di masjid telah berlarutan sejak 2011 apabila seorang ahli politik Israel, Anastasia Michaeli mengusulkan satu rang undang-undang bagi mengharamkan azan di masjid-masjid dalam kawasan Israel menggunakan pembesar suara kerana didakwa mengganggu waktu tidur penduduk Israel. Namun, usul itu ditentang hebat oleh aktivis Islam yang mencadangkan penduduk Israel supaya keluar dari kawasan berkenaan sekiranya tidak tahan mendengar laungan azan. - AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakan daya, kita seummah goyim seagama dengan ummah goyim Falastin hanya mampu simpati, kasihan, simpati, kasihan.
Ummah terpilih Bani Israel telah menguasai Falastina dan memandang rendah ummah2 goyim lainnya yang seagama Islam dengan ummah goyim Falastina.
Maka hanya selayaknya ummah goyim diperlakukan di bawah tapak kaki suci mulia Bani Israel yang terpilih itu kerana Bani Israel sedia maklum ummah goyim seagama Islam dengan goyim Falastin takkan mampu melawan apajua tindakan Bani Israel. |
|
|
|
|
|
|
|
kan bagus kalau Islam tak menggalakkan orang yg suara tak berapa nak merdu daripada azan. kadang2 tu aku tgk org yg azan tmpt aku ni suara macam tak ikhlas langsung nak azan. cuba bagi org yg suara lebih merdu laungkan azan, bukan setakat tak menganggu orang non muslim, tapi kemungkinan BESAR dapat menarik non muslim masuk islam lepas dengar kemerduan dan keasyikan laungan azan yg begitu menenangkan hati .... |
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 5-2-2014 04:44 PM
kan bagus kalau Islam tak menggalakkan orang yg suara tak berapa nak merdu daripada azan. kadang2 tu ...
merdu atau tidak suara muazzim tu...beliau tetap dapat pahala setia kali melaungkan azan....
ko yg tarik selimut setiap kali dgr azan subuh dapat apa??? nan hadooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiru mcm spork la - halakan speaker ke langit... |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 5-2-2014 04:41 PM
dah mcm sajak ...
menurut pakar HAM Syumul dalam CI...sepatutnya azan tidak diperlukan meng ...
Apakah bangsa goyim Falastin yang ditakluki, yang dijajahi, yang dikalahkan oleh bangsa terpilih Bani Israel punya hak ke atas tanah mereka yang kini milik penjajah Bani Israel yang bangsanya mulia pilihan Elohim?
Bani Israel mulia suci yang minoriti mengalahkan majoriti ummah goyim Arab sehinggakan ummah goyim Arab melancar kempen 'smackdown' GANYANG ISRAEL lebih tiga dekad. Tapi ummah goyim Arab pula kalah, kalah, kalah sehingga wilayah negara jajahan Bani Israel terpilih Elohim menjadi semakin luas.
Pemimpin ummah goyim Arab mengkhianati perjuangan jihad bangsa goyim Arab Falastina kerana berjanji damai dengan bangsa terpilih Elohim iaitu Bani Israel, menjadi sekutu proksi penaung kepada negara goyim USA yang juga pelindung Bani Israel yang mulia di sisi Elohim itu. (Agaknya bangsa goyim USA ingin mendapat berkongsi restu berkat rahmat Elohim membela nasib kaum Bani Israel yang terpilih itu).
Tambah menyedihkan, bangsa ummah goyim Arab asal Mesir walaupun berjaya sekadar menawan Terusan Suez yang dibina bangsa goyim Anglo-Saxon tidak berbuat apa2 sepanjang tika goyim Falastina dipijak2, diludah2, disembelih sebagaimana yang menjadi amalan mulia adatbangsa Bani Israel yang terpilih itu.
Maka padanlah muka goyim2 bajingan pengkhianat Arab Mesir itu dilanda bala Elohim sehinggakan berlaku kekacauan tiada berkesudahan dalam negara goyim Arab Mesir itu. Maka barulah ummah goyim Arab Mesir sedar makan peluru hidup, kena bom, kena penjara, kena bunuh oleh sniper, digelek kereta kebal yang selama ini dirasai ummah goyim Falastina yang dikhianati oleh saudara seagama Islam & sebangsa goyim Arab Mesir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade posted on 5-2-2014 04:52 PM
merdu atau tidak suara muazzim tu...beliau tetap dapat pahala setia kali melaungkan azan....
ko y ...
kau tak faham maksud aku. pastu buat tafsiran kelaut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 5-2-2014 04:44 PM
kan bagus kalau Islam tak menggalakkan orang yg suara tak berapa nak merdu daripada azan. kadang2 tu ...
kat masjid tempat aku ada seorang muazzin..kalu dia azan memang sedap, lunak....memang berderau darah dan meremang bulu roma dengar...
sebelah masjid ada aparment dan kondo yang majoriti non muslim...tak ada komplen pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
gede-bab posted on 5-2-2014 05:04 PM
kat masjid tempat aku ada seorang muazzin..kalu dia azan memang sedap, lunak....memang berderau da ...
camtu baru bagus.. azan lunak mana ada orang nak komplain malah lebih bersemangat nak sembahyang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba abdi yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W untuk melaungkan azan lima kali setiap hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal.
Terdapat satu kisah, saorang sahabat meminta keizinan dari Nabi Muhammad S.A.W untuk melaungkan.
Namun, Rasulullah S.A.W agak keberatan untuk membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah membenarkannya untuk melaungkan azan Subuh.
Sewaktu ingin menunaikan Solat Zohor, “penduduk langit” iaitu malaikat turun untuk bertemu Baginda S.A.W dan bertanya kepadanya’ “Wahai Rasulullah, adakah kamu tidak solat Subuh pagi tadi??”.
Baginda menjawab, “Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”
Malaikat berkata lagi, “tetapi mengapa kami tidak mendengar azan dilaungkan Subuh tadi??”
Baginda terus berkata, “Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”
Rasa berat hati Rasulullah S.A.W benar-benar ada sebabnya. Baginda S.A.W merasakan hati sahabat tersebut mempunyai masalah menyebabkan laungan azan yang cukup merdu didengar Subuh tadi, dengan penuh tajwid, harakat dan tarannumnya serta penampilannya yang hebatdari segi pakaian, rupa parasnya yang tampan beserta wangiannya yang mahal tidak mampu didengar oleh penghuni langit.
Adapun Bilal Bin Rabah yang kulitnya hitam legam, pakaian yang amat sederhana dan suara tidak semerdu sahabat tadi, azan yang dilaungkannya dapat didengar oleh penghuni langit. Itulah tanda keikhlasan Bilal Bin Rabah.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal tidak dapat melaungkan azan lagi kerana hatinya akan menjadi begitu sebak dan air matanya terus mengalir. Kasih sayang Bilal kepada Rasulullah S.A.W begitu tinggi dan melebihi kasih sayangnya terhadap manusia lain.
Penolakan Bilal Bin Rabah menjadi muazin selepas kewafatan Rasulullah S.A.W bukanlah disebabkan ketiadaan Rasulullah, tetapi kerana Bilal tidak mampu melaungkannya lagi disebabkan perasaan hibanya tatkala menyebut nama ‘Muhammad Rasulullah’. Menariknya, laungan azan oleh Bilal pernah menyebabkan tentera Islam berjaya menawan Kota Baitulmaqdis. |
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 5-2-2014 04:44 PM
kan bagus kalau Islam tak menggalakkan orang yg suara tak berapa nak merdu daripada azan. kadang2 tu ...
Menulis tanpa fakta inilah jadinya. Ko ingat senang ke nak cari bilal utk masjid2 di Malaysia ini?. Yg muda belia banyak jadi bohjan dan penagih dadah/ dada. Sementara yang warak2/ suara merdu pastinya dah dicop oleh masjid2 lebih kaya sedikit (demand). Habis nak tunggu semua bilal suara lemak merdu di masjid alamatnya takde siapalah yg azan. Macam kat tempat aku, masjidnya yg jadi bilal org yang berumur 60-70 tahun, 2 orang, yg muda2 semua jadi mat2 rempit (agaknya mak bapa berhubungan intim tak baca doa agaknya tu yg benih tak baik agaknya) atau jenis x pernah jejak kaki ke masjid. Jadi adakah perlu bilal yg suara tak berapa nak merdu tu diarah tak perlu azan? Macam mana nak tegakkan syiar Islam?. Sila fikirkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih posted on 5-2-2014 05:10 PM
Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas ...
good point...elok si Pailang tu dengar...Azan kerana Allah..kalo kapir tu duduk dekat ummah muazzin sedap merdu pon..kalo hatinya tak terbuka masuk islam...tak leh watper...
|
|
|
|
|
|
|
|
gede-bab posted on 5-2-2014 05:04 PM
kat masjid tempat aku ada seorang muazzin..kalu dia azan memang sedap, lunak....memang berderau da ...
Lol..xde orang komplen perasan azan sedap dan x mengganggu orng..bile orang komplen..dikata menghina islam..;) aptb |
|
|
|
|
|
|
|
zaidi_jb posted on 5-2-2014 05:30 PM
Menulis tanpa fakta inilah jadinya. Ko ingat senang ke nak cari bilal utk masjid2 di Malaysia ini? ...
betul ke SEMUA orang muda2 tu jahat? mat rempit, penagih dadah? pemikiran apa kau ni? cara cakap macam bijak pandai lagi bestari, tapi...
kalau dah takde pilihan orang yg lebih bagus utk azan, so pilih jelah mana2 yg lebih layak. tapi seeloknya yang suara merdu. kalau xde jugak, pilih je sesiapa. itu maksud aku.
jangan asyik nak cari kesalahan orang. kalau asyik cari kesalahan orang, memang yg baik tu kau takkan nampak sebab kau akan nampak kesalahan je semua.
Last edited by Pailang on 5-2-2014 05:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 5-2-2014 05:36 PM
betul ke SEMUA orang muda2 tu jahat? mat rempit, penagih dadah? pemikiran apa kau ni? cara cakap m ...
ape kata ko jadi bilal kat perumahan ko?.
Kan aku ada mention kebanyakan jadi bohjan/ mat rempit/ kalo x jadi kededua tu pun x ramai suka jadi mat masjid (ada aku kata semua ker), yg bagus2 plak lulusan skolah pondok/ agama pastinya disambar utk berkhidmat dgn yg bgi gaji lebih (ada yg demand tp x semua). Aku tulis bukan membuta tuli, tapi drpd pengalaman dan tak semua berminat jadi bilal sebab yg muda2 pastinya bekerja (ni pemuda yg bagus2), yg menganggur ko taula kan x semua suka jejak masjid. Kalo jejak masjid ramai x nak ambik tanggungjawab jadi bilal sbb komitmen kena bangun pagi utk azan subuh (biasa jam 4 dh bangun). Itu hakikat, bukan persepsi yer. Nak harap jabatan agama bagi bilal, hah tggu sampai berjanggut ler. Kdg2 masjid kena lantik sendiri pakai duit tabung masjid sebab takkan satu masjid seorang bilal kena tambah beberapa bilal ( x pengsan ke sebab dahlah bilal tu yg dah tua2/ pencen kalo sorang). Lg satu ko ingat elaun bilal tu cpat dapat ke drpd jabatan agama?. Kdg2 sampai 2-3 tahun baharu elaun bilal diberi, selama menunggu jabatan agama bagi duit elauan bulan2 tu masjid bayarkan elaun. Jadi....???
|
|
|
|
|
|
|
|
robotech posted on 5-2-2014 04:36 PM
Apakan daya, kita seummah goyim seagama dengan ummah goyim Falastin hanya mampu simpati, kasihan, si ...
Islamist boleh menunaikan sembahyang (mohon kebenaran menggunakan perkataan sembahyang daripada Hinduist) tanpa kumandang azan. Kami Sunni takde masalah walau azan takleh |
|
|
|
|
|
|
|
zaidi_jb posted on 5-2-2014 05:55 PM
ape kata ko jadi bilal kat perumahan ko?.
Kan aku ada mention kebanyakan jadi bohjan/ mat rempi ...
kau ni gila ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 5-2-2014 04:44 PM
kan bagus kalau Islam tak menggalakkan orang yg suara tak berapa nak merdu daripada azan. kadang2 tu ...
naikkan elaun azan , pasti suara lemak ,lunak merdu dan terbangung siapa2 yg mendengarnya?
begitu?
ko kenal bilal?
bukan bilal khan...
Bilal juru azan Rasulullah S.A.W tu
suara beliau azab
kulitnya legam.
ko kenal Rasulullah S.A.W?
Kenal ke tidak
hoi aku tanya ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana posted on 5-2-2014 06:03 PM
naikkan elaun azan , pasti suara lemak ,lunak merdu dan terbangung siapa2 yg mendengarnya?
begi ...
ceh, kau rupanya yg reply komen aku... patut la. hahahahahah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|