View: 14084|Reply: 87
|
Johan Sanggup Tolak Jika Menang Kategori Lawak ABPBH 2013
[Copy link]
|
|
Khamis Februari 6, 2014
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM
Johan dan isterinya Ozlyn Wati
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau Johan (Raja Lawak) mahu menyerahkan trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) sekiranya dia memenangi kategori itu.
Johan berkata, Ebby Yus layak diangkat sebagai juara kerana pelawak itu memiliki bakat serba boleh yang dirasakan wajar untuk diberi pengiktirafan berdasarkan pengalamannya dalam industri hiburan negara.
"Saingan bagi kategori ini boleh dikatakan agak sengit. Kalau anda tanya saya, saya sanggup mengalah. Biarlah dia (Ebby Yus) bersaing dengan tiga finalis lain, barulah gentleman sikit.
"Abang Ebby Yus layak menang pada kali ini kerana dia bukan bermula sebagai pelawak tetapi menempa nama sebagai pelakon dan baru tercalon bagi kategori itu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Selain Johan dan Ebby Yus, tiga finalis yang turut dicalonkan bagi kategori itu ialah Zizan Razak, Jep (Sepahtu) dan Rahim (Sepahtu).
Johan pernah membawa pulang trofi bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada ABPBH 2011 yang diadakan dua tahun lalu.
ABPBH 2013 akan diadakan pada 6 April depan di Genting Highlands, Pahang.
Menurut Johan, dia tidak akan melatah jika gagal mengungguli kategori tersebut kerana anugerah itu tidak penting baginya, tambahan pula dia pernah diumumkan sebagai pemenang untuk kategori berkenaan.
"Saya tak kisah jika menang atau tidak. Jika menang itu satu bonus tetapi jika kalah saya tidak akan melatah. Cukuplah sekadar pernah merasa menang trofi itu sebelum ini," katanya kepada mStar Online .
Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman menunaikan umrah bersama isterinya, Ozlyn Wati pada 8 hingga 16 Januari lalu, Johan memberitahu segala urusannya di Tanah Suci itu dipermudahkan Allah.
'Pengalaman di sana semuanya indah. Alhamdulillah segala urusan saya dan isteri dipermudahkan Allah. Saya bersyukur kerana dapat mengucup Hajarul Aswad.
"Di sana saya turut berdoa agar hubungan saya, isteri dan keluarga terus utuh sehingga ke akhir hayat," katanya.
Tambah Johan, dia juga berasa teruja kerana dapat menjejakkan kaki dan melihat sendiri dengan jelas tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah.
Credits: mstar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Iol pernah tgk golden globe kt youtubr ada pemenang nigga (pelakon sendu) yg menang best tv actor kalahkn plakon legend (x igt nama).. dia rendah diri n rasa x lyk sgt mng, so dia panggil pelakon lama tu naik pentas n dia awardkn trofi tu kt pelakon tu. Emotional sgt moment tu smpi semua org bg standing ovation. X lm lps tu golden globe bg satu lg trofi gantian kt pelakon sendu tu...
Iol teringin nk tgk kt malaysia org baru appreciate org lama mcm kt golden globe tu..yg paling almost jadi hanya time Didie mng abpbh, dia tarik Enot naik stage sbb nk share award tu. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga muncul hari bersejarah ituu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 6-2-2014 08:05 AM
Iol pernah tgk golden globe kt youtubr ada pemenang nigga (pelakon sendu) yg menang best tv actor ka ...
yes.. i like your suggestion. Bukan yg baru kepada yg lama je..tp yg dh slalu menang tu pun sama.... hopefully Fara Fauzana buat gitu kalo dia menang lg. Pastu bg menghargai peminat2 yg dh penat kluar duit stem mengundi dia tu..pi bayar satu tempat dan buat makan2 panggil diorg ni supaya xde yg rasa tertipu or sakit ati... |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tuh. ebby yus kelakor |
|
|
|
|
|
|
|
terbaek la johan... tp camne plak rahim bole shortlist? |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 6-2-2014 08:05 AM
Iol pernah tgk golden globe kt youtubr ada pemenang nigga (pelakon sendu) yg menang best tv actor ka ...
hurmmm bagusnya..yelah kan
tp kat malaysia neh lain,setakat neh cuma ada yg tarik diri takmo bertanding cam ctdk je pun
yg lelain nak gak bertanding takmo tarik diri di kala diri tengah pemes
rela kalah ngan junior bila satu masa nnt dah sendu
mcm pak nil penah ckp dia takkan sesaja nak tarik diri,kononnya biarlah selagi peminat nak undi biar dorang undi
maka tak heran pun retis melesia sanggup wat apa saja asal menang
undi diri sendiri ke apa semua sanggup walo tahu diri tu sendu,tak pemes,takde produk yg dikuarkan ke apa
johan neh mmg nampak tak gila anugerah ke apa
sbb dia selalu nampak rileks2 aja
tak gelabah puyuh,tak desperado bagai..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tunggu zizan ckp camni ade brann
"Saingan bagi kategori ini boleh dikatakan agak sengit. Kalau anda tanya saya, saya sanggup mengalah. Biarlah dia (Ebby Yus) bersaing dengan tiga finalis lain, barulah gentleman siki |
|
|
|
|
|
|
|
Yg malaysia ade tp yg ala2 gian nak naik lagi iaitu paknil.gigih naik nak sampaikan award kat sape tah masa tu..zizan eh? |
|
|
|
|
|
|
|
dia bukan cakap TOLAK .... tp MENGALAH ... at the end kalau menang pun dia REDHA ... (ke aku yg salah faham??? |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 6-2-2014 08:46 AM
aku tunggu zizan ckp camni ade brann
Busan giler dgn zizan... xtau apsal aku x berkenan dgn lawak si zizan ni... johan punya lawak lg sempoi... |
|
|
|
|
|
|
|
Johan yg soleh gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
novlin posted on 6-2-2014 08:49 AM
Busan giler dgn zizan... xtau apsal aku x berkenan dgn lawak si zizan ni... johan punya lawak lg s ...
aku mmg suka lawak johan walo kadang lazer ya hamat
tp johan ni baik hati sgt setia kawan plk tu
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la kalau x tamak kan .. kiki |
|
|
|
|
|
|
|
ebby yus mmg bagus...kalau tak mcm mana boleh dia join pelawak muda utk karoot komedia tu...nasib la dia pandai jga standard..xjoin maharaja lawak sbb xkan menang undi... |
|
|
|
|
|
|
|
tak tamak tu ok terpuji , tapi nak kasi ebi yus , tak brp nak lawak |
|
|
|
|
|
|
|
alaa....iols undi nk kasi johan menang plak taun nie...
kalo johan dah ckp camtu...hmmm..
x kesah laa...apa2 pun.. we luv u johan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|