CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1338|Reply: 1

[Jenayah] Kejayaan Polis Tangani Jenayah, NKRA Cegah Jenayah Hampir Capai Sasaran

[Copy link]
Post time 6-2-2014 03:49 PM | Show all posts |Read mode

February 05, 2014 20:41 PM
Hmmm....


Kejayaan Polis Tangani Jenayah, NKRA Cegah Jenayah Hampir Capai Sasaran


KUALA TERENGGANU, 5 Feb (Bernama) -- Kejayaan polis menangani pelbagai kes jenayah menyaksikan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencegah jenayah tahun lepas hampir tercapai, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya matlamat NKRA berkenaan hanya kurang 0.7 peratus untuk mencapai sasaran lima peratus seperti yang ditetapkan.

Pada keseluruhannya indek jenayah bagi tempoh Januari hingga Disember 2013 menurun 4.3 peratus kepada 147,073 kes berbanding 153,669 kes pada tahun 2012.

Dalam Op Cantas Khas sahaja yang dilancarkan 17 Ogos tahun lepas, polis menangkap lebih 44,000 suspek, katanya pada Program Bicara Tokoh mengenai isu-isu keselamatan negara dari perspektif Polis Diraja Malaysia Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini Selasa.

Turut hadir Naib Canselor UMT Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa.

Dalam operasi itu lebih sejuta orang dan lebih 800,000 kenderaan diperiksa, katanya.

Khalid berkata bagi menangani jenayah terancang, polis menubuhkan pasukan elit taktikal, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) khusus menangani dan menguruskan kes-kes jenayah berat, gengsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia serta sindiket dadah, berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Dalam usaha menangani isu jenayah dadah pula, katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menangkap lebih 170,000 orang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM400 juta tahun lepas.

Katanya nilai rampasan itu meningkat enam peratus berbanding RM381.09 juta sepanjang tahun 2012.

Malah, katanya, pelancaran Op Cantas Khas Narkotik selama sebulan yang berakhir 20 Dis tahun lepas menyaksikan kejayaan polis menangkap lebih 14,000 orang daripada 14,138 kes dengan nilai rampasan RM30.82 juta dan membongkar empat makmal haram memproses dadah dengan menangkap 16 orang.



-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2014 03:50 PM | Show all posts
Rasa cam jenayah makin dhsyat jerr
Cam ne depa kira ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.117221 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list