CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11471|Reply: 72

Sofi Jikan men'diva' di tempat letak kereta?

[Copy link]
Post time 7-2-2014 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Parkir Punya Hal Sofi Jikan Amuk Sampai Buka Baju?   

            

                

Sofi Jikan sememangnya dikenali sebagai pelakon yang mempunyai karisma tersendiri.Sering diberikan watak seseorang yang berlagak pailang dalam filem-filem lakonannya, Sofi nyata berjaya menjiwai karektor hingga mendapat pujian ramai penonton.

Tapi yang tak sedapnya, sikap Sofi dalam lakonan dikatakan terbawa-bawa ke dunia luar. Menerusi satu status yang dikongsikan di Facebook, Sofi dikatakan sombong, berlagak dan mengamuk sampai membuka baju semata-mata kerana isu parkir. Sofi turut didakwa berkata kepada penjaga parkir bahawa dia merupakan pelakon terkenal (superstar).


Benarkah begitu? Maklumlah, status ini cuma cerita sebelah pihak sahaja. Setelah menghubungi Sofi Jikan bagi mendapatkan kepastian, barulah diketahui cerita sebenar. Tidak menafikan berlaku pertelingkahan antara dirinya dengan penjaga parkir, Sofi bagaimanapun menyifatkan insiden itu berlaku kerana dia tidak dapat menerima hakikat pelakon sepertinya mendapat layanan buruk.


Ceritanya, pada hari kejadian Sofi ke sana sebagai tetamu di sebuah syarikat penerbitan namun disebabkan penjaga parkir berbangsa asing tidak mengenali dirinya, dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.


“Saya tidak sekali-kali menyalahkan syarikat penerbitan tetapi diri sendiri yang terlalu sensitif. Bagaimanapun siapa boleh sabar kalau datang sebagai tetamu tapi tidak diberikan parkir sedangkan masih terdapat berpuluh-puluh petak kosong.


“Perkara ini mungkin tidak terjadi jika pekerja itu ada budi bahasa. Jadi saya melayan dia sebagaimana dia melayan saya dahulu,” ujar Sofi.



Ditanya perkembangan terbaru, Sofi kini sedang sibuk dengan filem Gangsterock yang diarahkannya. Filem ini merupakan karya sulung terbitan syarikat produksi YKS Film Maker Sdn Bhd yang merupakan kerjasama antara Yusof Kelana dan Serina Redzuawan.


Gangsterock dibarisi pelakon popular seperti Khir Rahman, Izara Aishah, Saiful Apek, Sharifah Amani, Aqasha, Namron dan Syafie Naswip.
Selain itu, Sofi juga sibuk dengan proses editing album sulungnya berjudul Kasi Sengat yang dijangka keluar penghujung Mac ini. Single pertama, Madu kini sudah mula ke udara dan boleh dimuat turun sebagai nada dering.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 12:34 AM | Show all posts
bukan ka dia nih yang kata nk bersara sebab mengaku terlalu sendu..last2 ada lagi..huhuhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
perasan igt nepal bangla suma knal dia kot... ceh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 12:36 AM | Show all posts
Kesian..jaga pun x kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 12:38 AM | Show all posts
dia ada gene java ke? mcm orang2 sebelah bawah2 jah...patutla guard x kenal..hoho
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Xminat sofi jikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2014 12:44 AM | Show all posts
sapo ni?
tak kenal pong
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 12:45 AM | Show all posts
umur dah 40 bro, tak payah nak pailang2 sgt sampai bukak baju. kang tak pasal2 lu kena serang sakit jantung, saper susah? lu jgk yg susah bro!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nsib x tetak2...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 01:35 AM | Show all posts
dia ni brlakon ok je
cuma akhir2 ni asek lah dpt wtk samseng
lama2 dia pon mnympah,penonton pon mnyampah
kesian, xde org nk bg watak lain

tp ai kurang berkenan kalo plakon men'diva'kn diri sendiri ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 7-2-2014 12:34 AM
bukan ka dia nih yang kata nk bersara sebab mengaku terlalu sendu..last2 ada lagi..huhuhuuh

lps tu kn ade citer psl dia tk pernah kata pun nk brsara tp dia cume tknak blakon watak jahat je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 03:18 AM | Show all posts
ish..tangan itam legam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 04:59 AM | Show all posts
mcm la guard tu kenal semua retis kat mesia ni
ntah2 retis popular tu pn ada gak yg depa x kenal
perasan sgt diva...
len kali mntak company tu bg tau guard  awal2 utk allow kamu parking d ctu ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 05:55 AM | Show all posts
yg jaga tu ingat dia bangla pendatang kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 05:58 AM | Show all posts
yg jaga tu ingat dia bangla pendatang kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 07:12 AM | Show all posts
never liked this guy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lucu ayat men'diva'
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko ingat ko pelakon senang2 nak dpt layanan 5 stars... Choiiii sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:06 AM | Show all posts
kadang-kadang rasa dia nehh mcm over juga laaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:11 AM | Show all posts
tapi menyampah lagi dgn guard yg tau ckp melayu tapi tak fhm apa yg kita ckp...
tau ckp tapi takleh fhm.... ckp lak nk jerit2 cam cari gaduh...
aku pun leh naik angin kalau kene,....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.475041 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list