CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wannienordin

My FLyinG Kiss GirL

[Copy link]
 Author| Post time 24-2-2014 01:13 PM | Show all posts
ovina posted on 24-2-2014 11:02 AM
takde hapdet ke hari ni?

ada... ada...
jap eh kita update, tq!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2014 01:14 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 24-2-2014 12:59 PM
i pun nak minta tolong juga....  
tolong sambung!!!!

okedes!

sy y menurut perintah.... ahaks!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 01:25 PM | Show all posts
9

RAYYAN keluar dari bilik air sambil bersiul riang. Dengan hanya bertuala paras pinggang, dia bernyanyi-nyanyi kecil. Terus dibuka radio dan dikuatkan volume. Mulakan hari dengan riang gembira. Mukanya ceria, senyumannya lebar dan hatinya berbunga-bunga. Gembira, senang
hati dan bahagia.

     Sejak semalam, dia memang tak habis-habis tersenyum dan tersengih sepanjang masa. Agaknya, dalam tidur pun dia boleh menyengih sorang-sorang. Semuanya gara-gara dapat duduk di dapur dan buat roti bersama-sama dengan gadis pujaan hati. Dapat dating dekat dapur, rasanya lebih seronok dari berdating dekat restoran mahal-mahal.

     Dating? Hahaha… Inilah yang buat dia rasa macam nak tergelak. Kalau habis dapur tu berkecah dibuatnya dengan tepung bertaburan sana sini, itu pun boleh dikira berdating ke? Tak pernah terfikir dia akan sanggup kotorkan tangan semata-mata sebab nak tarik perhatian perempuan. Sampai lenguh-lenguh tangan ni dibuatnya nak menguli tepung. Hai, nak mengurat punya pasal.

     Rayyan buka pintu almari. Dibelek satu per satu baju yang tersangkut sambil mulut tak berhenti dari menyanyi. Dikeluarkan satu baju-T lalu dicampak ke katil. Dia bergerak menuju ke meja sambil menari-nari. Dia bergaya di depan cermin. Siap diambil sikat lalu dijadikan mikrofon.

     “I don’t know what this is. Cause you got me good. Just like you knew you would.” Dia menyanyikan lirik lagu Mercy nyanyian Duffy yang kedengaran daripada corong radio. Bersungguh-sungguh nyanyiannya.

     “I don’t know what you do. But you do it well. I’m under your spell.” Dia menyanyi lagi. Kali ini siap pejam-pejam mata. Konon-kononnya tengah menghayatilah tu.

     “You got me beggin’ you for Mercy, yeah yeah yeah. Why won’t you release me, yeah yeah, yeah. You got me beggin’ you for mercy, yeah yeah yeah. Why won’t you release me, yeah, yeah, yeah.I said release… me, yeah, yeah. Oh mak kau yeaeh!” Rayyan baru ingat nak layan menyanyi sepenuh-penuh hati. Tapi tergendala sebab terperanjat bila pusing badan tengok ada orang yang tengah berdiri tegak dekat muka pintu. Terkejut sampai tercampak sikat yang buat mikrofon tadi. Nasib baik tak terlondeh kain tuala bila terloncat terkejut tadi.

     “Myra!” jerit Rayyan sambil menggosok dada tanda terkejut melihat kelibat adiknya itu tengah berdiri tegak sambil bersilang tangan. “Terkejut along. Masuk bilik tak bagi salam!”

     “Salam? Boleh ke nak jawab salam kalau dah syok sangat menyanyi dengan menari tu?” soal Myra dengan tersengih-sengih.

     “Gembira sangat nampaknya ni. Ada apa-apa yang boleh dikongsi bersama?”

     Rayyan tidak menjawab. Dia hanya bergerak ke katil lalu mencapai baju-T. Cepat-cepat disarungkan ke badan. Seksi sangat ni. Kang tergoda pulak adik aku tengok badan yang ala-ala berketul-ketul ni.

    “Along, sharelah. Apa yang happy sangat pagi-pagi ni?” Myra bertanya lagi. Dia berjalan mendekati birai katil.

     Rayyan masih buat tak tahu. Menyibuk betul adik aku sorang ni. Pagi-pagi dah sibuk masuk bilik tanya macam-macam. Orang baru nak buat konsert solo, dia dah muncul rosakkan mood pula.

     “Along?” Myra bersuara merengek apabila Rayyan buat muka tak layan.

     “Tak ada apa-apalah. Hal orang-orang tua. Kalau cerita pun belum tentu budak kecik macam kau faham.” Rayyan menjawab acuh tak acuh.

     Myra mencebik. “Tak faham konon. Ingat orang ni kecik sangat ke sampai nak berahsia? Kalau setakat kisah along yang tengah gila bayang sekarang ni, tak payah nak sorok-soroklah, orang dah tahu.”

     Rayyan terus pandang muka Myra. “Gila bayang? Siapa yang tengah gila bayang?”

     “Alonglah!”

     “Gila bayang apa pulak ni? Tiba-tiba…” Rayyan buat-buat tak mengaku.

     “Eleh, tak mengaku pulak. Sekarang ni bukan along tengah gila bayang dengan budak perempuan bernama Aireen atau nama sebenarnya Siti Aireena binti Abu Kassim. Umur 29 tahun, adik kepada tauke kedai emas CT Jewellery, bekerja dekat Setiawangsa, hobinya suka…”

     “Woo. Apa ni? Mana tahu ni?!” Cepat-cepat Rayyan menyampuk dengan mata yang membulat. Tak sempat Myra nak habiskan ayat yang tak tahu berapa panjang lagi sebenarnya.

     Myra tersengih-sengih. “Budak kecik macam Myra ni, banyak benda yang tahu. Jangan berani nak kutuk-kutuk.”

     Rayyan menghampiri adiknya. “Myra, mana tahu ni? Myra kenal dia ke?” soal Rayyan dengan penuh minat.

     Myra geleng.

     “Habis tu?”

     Myra sengih lagi. “Mama yang bagi tahu.”

     “Mama?”

     Kali ini Myra mengangguk. “Mama bagi tahu along tengah gila bayang.”

     “Mana mama tahu?”

     “Along, itu mama okey? Dia tahulah kalau anak dia tengah tak betul. Lagipun, kalau dah sampai tahap sanggup tinggalkan mama sorang-sorang dekat kedai emas semata-mata nak kejar perempuan, lepas tu sibuk nak tolong orang tu masak dekat dapur, takkanlah mama tak faham-faham lagi? Mama tahu along suka dekat Kak Aireen tu.”

     Rayyan garu kepala. Alamak. Kantoi! Patutlah mama suruh dia pergi rumah Uncle Azmi semalam. Padahal Ucu Kinah ada nak bawa mama balik. Rupa-rupanya mama sengaja.

     “Along… along suka dekat Kak Aireen tu eh? Suka betul-betul ke, suka main-main ni?” Myra menduga. Mungkin sebab tak pasti dengan perangai abangnya sendiri.

     “Mana ada along suka dekat dia. Mama salah faham tu…” Rayyan tak mengaku. Ada ke nak mengaku depan budak tak cukup umur ni?

     “Yalah tu. Betul ke tak along suka dekat dia?” soal Myra lagi.

     “Tak suka. Biasa aje.”

     “Betul ni?” Myra tak puas hati lagi.

     “Betullah. Tak berminat pun."

     “Okey, kalau macam tu tak payahlah orang bagi tahu maklumat yang mama suruh bagi tahu pasal Kak Aireen tu.” Myra angkat kaki.

     “Eh, nanti, nanti! Maklumat apa?”

     “Maklumat pasal hari ni Kak Aireen tu nak pergi main boling dekat Time Square. Kalau tak berminat, tak payahlah orang bagi tahu.” Myra buat muka mengejek. “Pukul 2.00 petang.”

     Rayyan tengok Myra senyum mengejek. Mana dia tahu ni? Entah betul ke tak maklumat dia ni.

     Myra tersengih-sengih lagi. Kelakar tengok muka abangnya yang separuh percaya dan separuh tidak itu. Tadi cakap tak berminat. Tapi bila diberitahu maklumat pasal Aireen tu, muka bukan main bersungguh pula.

     “Mama cakap Kak Aireen tu tak boleh makan ketam. Allergic. Nanti jangan bawa dia pergi makan seafood pulak. Ops, lupa… along tak berminat nak tahu, kan?” Myra buat-buat tutup mulut. Dia cepat-cepat berlari keluar.

     “Kena larikan diri ni. Nanti banyak informasi yang along tak berminat nak tahu, terkeluar pulak,” katanya sambil berlari-lari anak. Terus hilang kelibatnya di sebalik pintu.

     Rayyan sengih sendiri. Buat-buat terlepas cakap pula Myra ni. Nampak sangat yang dia memang nak bagi tahu maklumat pasal Aireen. Entah macam manalah mama korek benda-benda tu semua pasal Aireen ni?

    “Along…” Kedengaran suara Myra memanggil. Rayyan menoleh muka. Ingatkan tadi Myra dah lari keluar. Rupanya dia patah balik.

     “Myra harap sangat along serius kali ni. No more heart breaking.” Serius saja bunyi intonasi suara Myra kali ini. Tidak bernada mengejek seperti tadi. Dia pandang muka Rayyan beberapa ketika. Pandangan yang penuh berharap agar abangnya faham maksud di sebalik kata-katanya itu.

     Rayyan tidak menjawab. Membiarkan pandangan Myra itu menusuk ke dalam anak mata sebelum adiknya itu berlalu pergi. No more heart breaking. I will try my best, sis!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 01:43 PM | Show all posts
*****

HAIYO. Mana ni? Rayyan belek jam di pergelangan tangan. Betul ataupun tidak maklumat yang diberikan oleh Myra ni? Tak nampak batang hidung pun? Dah pukul 2.30 dah ni. Entah-entah main bantai aje adik aku tu!

     Rayyan mula digamit kegelisahan. Mengharap sangat-sangat agar maklumat yang diberi adalah benar dan betul. Kalau boleh nak aje dia telefon Aireen dan bertanya adakah benar dia akan datang bermain boling hari ni? Tapi malangnya, dia tak ada nombor telefon orang tu. Boleh pula dalam banyak-banyak benda yang dibualkan masa buat roti semalam, dia tak teringat nak minta nombor telefon. Bengap betullah.

     Rayyan ketuk kepala sendiri. Semalam, bukan main rancak mereka berdua berbual. Ternyata Aireen jenis yang peramah dan senang untuk diajak berbicara. Dalam sekelip mata sahaja mereka boleh bercakap macam-macam hal. Aireen bercerita mengenai dirinya yang sudah lama bergelar yatim piatu. Kehilangan ibu bapa dan seorang kakak sewaktu kemalangan jalan raya sepuluh tahun yang lepas. Dan sejak itu, abangnya, Azmi, mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga. Menyambung warisan perniagaan kedai emas yang ditinggalkan dan juga menjadi orang yang bertanggungjawab menanggung segala perbelanjaan pelajaran Aireen sewaktu di universiti. Sampailah sekarang ni dah bekerja pun kadang-kadang dia masih minta duit lagi dengan abangnya bila tak cukup.

     Nampak manja juga Aireen dengan abang dia tu. Almaklumlah, mereka hanya tinggal dua beradik sahaja. Samalah macam Rayyan. Jarak usia Aireen dengan abangnya pun jauh. Sebiji macam Rayyan dan Myra. Hai, itu baru hal adik-beradik dah sama. Mesti sebenarnya banyak lagi persamaan antara mereka ni. Harap-harapnya!

     Sambil-sambil menunggu dan mengharapkan kemunculan orang tersebut, Rayyan berangan-angan tentang segala perbualannya dan Aireen semalam. Sesungguhnya dia amat-amat berterima kasih pada mama yang telah berjaya membuka jalan untuk dia mengenali gadis tersebut dengan lebih dekat. Tak adalah dia pening kepala lagi nak memikirkan jalan untuk berkenalan dengan Aireen. Pembuka jalan sudah dilepasi, tinggal nak teruskan agenda seterusnya saja bagi mendapatkan Siti Aireena atau my flying kiss girl. Wah, belum apa-apa dia sudah ada gelaran untuk gadis pujaan hati itu.

     Aireen memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang ceria. Berambut lurus melepasi paras bahu, berkulit putih kuning dan mempunyai bentuk hidung yang agak panjang dan mancung. Nak kata Aireen tu lawa sangat macam ratu cantik dunia, tak juga. Rayyan pernah berdampingan dengan perempuan yang jauh lebih lawa daripada Aireen. Dia pernah berpasangan dengan wanita yang jauh lebih seksi daripada Aireen. Tapi, perasaan yang dia rasa ketika bersama perempuan-perempuan itu tak sama dengan perasaannya ketika berbual dan berada bersama dengan
Aireen. Senyuman Aireen memang jarang sangat tidak terukir di bibir. Membuatkan dia benar-benar berasa senang dan tenang bila melihat wajah itu.
Lirikan mata Aireen yang sungguh mendamaikan bila matanya memandang. Hai, sebenarnya ini semua adalah kata-kata daripada orang yang dah terkena penyakit angau. Biasalah. Bila hati dah berkenan tu, memang semua benda pasal orang tu boleh buat jiwa rasa tenang, aman, suka,
bahagia, gembira, happy, ceria, terhibur dan… dan… Apa lagi perkataan yang sama waktu dengan benda-benda tu semua? Ah, pendek kata semuanya yang baik-baik ajelah. Orang tu tak payah buat apa-apa, berdiri tegak macam patung pun dia mesti akan cakap cantik, lawa, cun, gerek.

     “Oh, Aireen yang comel!” Rayyan terenjut bila tengah sedap-sedap berangan, ada pula tangan yang menggatal mencuit bahunya.

     Dia pusing belakang. Kelihatan dua orang perempuan yang sedang tersengih-sengih memandangnya. Seorang bertudung dan seorang lagi tidak. Rayyan tidak pasti mereka tersengih sebab kelakar mendengar dia melatah tadi atau sengih sebab kenal dia? Kalau kenal, dia tak kenal pulak minah dua ekor ni.

     “Rayyan, kan?” Perempuan yang bertudung itu membuka mulut bertanya.

     Rayyan angguk. Rasa macam pernah tengok muka budak dua ekor ni. Kenal ke tak eh?

     “Hai… saya Zubaidah. Ini adik saya Zera.” Perempuan tadi tu memperkenalkan dirinya.

     Sah! Memang sah aku tak kenal, rasanya tak pernah berkenalan dengan mana-mana perempuan yang namanya Zubaidah atau Zera. Tapi, macam mana dia orang boleh kenal aku pulak ni? Ini yang susah jadi jejaka pujaan Malaysia ni.

    “Berdiri dekat sini sorang-sorang, tengah tunggu orang ke?” Kali ini yang seorang lagi pula bersuara.

     “Tunggu kawan,” jawab Rayyan teragak-agak. Dia sebenarnya takut sekarang ni. Takut Aireen tiba-tiba muncul dan ternampak pula dia tengah bercakap dengan budak-budak perempuan ni. Nanti mengganggu pelan nak mengurat pula jadinya nanti.

     “Tunggu kawan tu maksudnya tunggu Aireen?”

     Rayyan terus saja kerut dahi. Budak-budak perempuan itu ketawa.

     “Kami ni sepupu Aireenlah. Janganlah buat muka terkejut pulak. Semalam masa dekat rumah Abang Azmi, tak perasan ke kita orang ada dekat sana?” kata perempuan bertudung yang kenalkan bernama dia Zubaidah tadi.

     La… sepupu Aireen ke? Patutlah macam pernah nampak, rupanya semalam baru berjumpa. Inilah budak-budak yang asyik pandang dan sengih-sengih masa dia tengah makan semalam. Kenapalah tak ingat langsung? Kalau dah dekat mata ni hanya nampak muka Aireen, manalah nak perasan muka orang lain dah.

    “Datang sini, sebab nak join kita orang main boling ke?” Perempuan yang bernama Zera pula menyoal.

    “Eh, taklah. Err… kebetulan lalu dekat sini teringin nak main.”

    “Teringin nak main boling sorang-sorang?”

    Kali ini Rayyan seolah-olah terperangkap. Takkan nak main boling sorang-sorang pulak kan? Jarang dibuat orang.

    Mereka berdua ketawa. Ketawa yang besar sedikit berbanding tadi. “Awak ni sebenarnya datang sebab nak jumpa Aireen kan? Tak payah sorok-sorok, kita semua dah tahu awak suka dekat dia.”

     Ya Allah… berapa ramai yang dah tahu aku suka dekat Aireen ni? Siapa yang heboh pasal benda ni? Entah-entah mama! Manalah tahu tengah seronok berborak sakan dekat rumah Uncle Azmi semalam, mama buka cerita pasal dia sukakan Aireen. Rasanya memang tak ada orang lain dah ni. Kalau tak, macam mana sepupu Aireen pun boleh tahu? Agaknya sebab tulah kut dia orang ni semua pandang dan senyum-senyum dekat dia masa tengah makan semalam. Haisy!

     “Aireen belum sampai lagi. Kalau awak berminat, jomlah join kita orang sekali. Kejap lagi Aireen tu sampai.” Zubaidah tersengih-sengih sambil angkat kening sebelah. Dia pusing semula lalu bergerak ke bahagian pendaftaran dengan diikuti oleh perempuan yang bernama Zera tu.

     Rayyan berfikir sejenak. Nak join ke tak nak? Tapi kalau ikutkan, memang dia rancang nak buat-buat terserempak dengan Aireen dekat sini pun. Dah alang-alang sepupu dia ajak join sekali, itu lagi bagus.

    Rayyan mengikut jejak perempuan-perempuan tadi menghampiri beberapa orang lelaki yang tengah sibuk memakai kasut boling. Di situ, dia diperkenalkan dengan yang lain. Azrul, suami kepada Zubaidah. Jimmy, teman lelaki Zera dan Hilman, kawan kepada Jimmy. Bagus juga ni. Dapat dia ambil kesempatan untuk rapat dengan ahli keluarga Aireen. Manalah tahu kut-kut mereka ni semua boleh tolong dia mengurat Aireen. Lagi senang kerja.

     Sedang-sedang elok lepas dia berkenalan dengan budak-budak lelaki itu, kelibat Aireen muncul bersama-sama dengan dua orang perempuan yang lain. Aireen ni buat perjumpaan keluarga dekat sini ke apa ni? Bukan main ramai lagi yang datang nak main boling.

     “Hei, you!” Terdengar intonasi suara Aireen sedikit terkejut bila nampak saja muka Rayyan di situ. “Apa yang you buat dekat sini?”

     Rayyan tersengih-sengih. Baru dia nak jawab, tapi dah ada orang lain yang tolong jawabkan dulu bagi pihaknya.

     “Kita orang terserempak dengan dia tadi. Saja ajak join main sekali. Kesian tengok muka dia boring sorang-sorang.” Zera yang tolong jawabkan.

    “Oh.” Aireen terangguk-angguk. Tanda menerima informasi yang diberikan oleh sepupunya itu sebentar tadi.

    “So, you don’t mind if I join you?” soal Rayyan pada Aireen.

     “La… tak kisah pun. Of course you can join us.” Aireen jawab bersungguh. “Lagipun, setakat kehadiran orang baru ni, takkan menggugat kewibaan I sebagai juara bertahan selama dua tahun berturut-turut.”
     
     Bila Aireen habis cakap macam tu, terus mereka yang lain bersuara tak puas hati. Aireen ketawa besar. Rayyan hanya tersengih-sengih. Cara dia cakap, macam terror main aje. Dan ternyata, memang Aireen power main boling! Markahnya jauh meninggalkan sepupu-sepapatnya tu.
Si lelaki-lelaki pun tak boleh nak kejar. Yang boleh memusnahkan harapan untuk Aireen bergelar juara sekarang ini, hanyalah Rayyan. Ingat Aireen aje terror main boling? Rayyan pun juara kampung lima tahun berturut-turut tau. Hehehe…

      “Hari ni mesti rekod Kak Reen kena pecah. Juara bertahan tumbang di tangan pemain baru. Yes!” Terdengar suara Zera seakan-akan gembira apabila melihat markah Rayyan yang lebih kurang sama dengan markah Aireen. Aireen yang ketika itu tengah berdiri sambil mendongak kepala melihat skrin markah, terus menjelir lidah pada Zera. Lepas tu dia pandang Rayyan dan senyum dengan penuh makna. Eleh… senyum-senyum
nak suruh aku baling masuk longkanglah tu.

      “Ray, pastikan kau strike lepas ni. Kalau strike, gerenti Aireen tak boleh nak kejar markah kau dah. Ini balingan terakhir ni. Selamatkan maruah lelaki yang asyik kalah aje selama ni.” Azrul, suami kepada Zubaidah datang berbisik ke telinga Rayyan sewaktu Rayyan tengah siap sedia nak ambil bola untuk balingan yang terakhir. Nampak sangat dia berharap Rayyan dapat kalahkan Aireen. Agaknya dah boring asyik kalah sebelum sebelum ni. Biarlah bukan dia yang menang, janji bukan Aireen yang jadi juara lagi.

     Rayyan angguk kepala bila Azrul memberikan kata semangat kepadanya. Sebelum mengambil posisi, dia menoleh pada Aireen. Aireen memandang sambil menggigit kuku dengan muka cuak. Mesti dia takut sangat yang dia akan kalah hari ni. Relakslah. macam tengah lawan peringkat antarabangsa nak tayang muka nervous macam tu.

     Rayyan mengambil tempat dan bersedia untuk balingan terakhir. Dengan penuh bergaya dia membaling bola. Mereka yang di belakang bersungguh-sungguh memberikan sorakan, tapi malangnya, bola masuk longkang!

     “Adoi… masuk longkang pulak!” Terdengar suara Jimmy menjerit sedikit. Diikuti dengan keluhan mereka yang lain. Masing-masing tayang muka hampa, melainkan Aireen yang menjerit keriangan. Bukan main suka bola tak kena pin.

     “Ini mesti kes tangan Rayyan dah penat. Kaulah suruh dia uli tepung banyak-banyak! Kan baling pun dah tak betul.” Entah suara siapa pula yang bersuara pula kali ini. Nampak sangat mereka semua mengharapkan kemenangan Rayyan. Sayang seribu kali sayang, ke longkang juga perginya bola tersebut. Punah harapan!

     Rayyan turut tayang muka kecewa. “Sorry, guys. No luck!” Rayyan memohon kemaafan pada yang lain. Dia buat-buat geleng kepala seakan-akan tidak percaya bola masuk ke longkang. Tapi bila pandang muka Aireen, terus dia senyum dan kenyit sebelah mata. Tersenyum simpul Aireen apabila Rayyan layangkan kenyitan nakal tersebut. Main-main mata pulak. Dah melanggar peraturan boling antarabangsa ni!

     Bila masing-masing kecewa tak dapat nak kalahkan juara bertahan, mereka semua dah tak mahu sambung perlawanan lagi. Mereka terpaksa akur dengan kehebatan Aireen. Termasuklah Rayyan yang sudah menghancurkan harapan mereka semua. Mereka kemudian menuju ke McDonald’s. Menjamu selera setelah penat bermain. Rayyan rasa begitu senang sekali berada dalam kalangan ahli keluarga Aireen. Cepat saja dia menjadi rapat dengan mereka semua. Masing-masing jenis yang sporting. Baru jumpa dan kenal, tapi dah boleh borak macam-macam. Dah boleh ketawa dalam pelbagai hal. Kalau kahwin dengan Aireen, mesti seronok dapat bersaudara dengan mereka semua ni.

     Aik, kahwin? Belum apa-apa dah sebut perkataan kahwin?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 01:44 PM | Show all posts
tq3....
tapi mcm tamak je...
nak lagi...      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 01:47 PM | Show all posts
*****

“APA agenda seterusnya?” Sepupu Aireen, yang belum disebutkan nama sedari tadi bersuara menyuarakan pertanyaan. Nama dia Hanisa. Tapi Rayyan dengar mereka semua panggil dia Hani aje. Yang datang sekali dengan Aireen tadi tu. Yang lagi sorang tu pulak Anis, katanya adik kepada Hanisa. Kena hafal nama dan muka masing-masing ni. Kan nak naik taraf jadi keluarga.

     “Apa lagi? Acara wajiblah,” jawab Zera sambil tangan kanan mengambil botol sos dan dihalakan ke mulut.

     “Asyik karaoke aje. Boringlah!” balas Anis. Baru sekarang ini dia bersuara. Dari tadi watak dia senyap aje.

     “Kalau boring, tak payah ikut. Balik terus, tak paksa.” Zera membalas sambil menjeling.

    “Rayyan nak ikut pergi karaoke sekali?” Kali ini suara Zubaidah pula kedengaran. Semua orang pandang muka Rayyan apabila mendengarkan soalan daripada Zubaidah tu.

     Rayyan diam. Dia pandang muka Aireen dan gadis itu pun turut memandangnya. Err… nak jawab apa eh?

     “Kalau semua orang pergi, I pun pergi sekalilah.” Jawapan selamat kepada soalan sebentar tadi.

     “Tapi Aireen tak pergi. Dia nak pergi tengok wayang,” kata Zubaidah lagi.

     Rayyan terdiam. Alamak! Kalau macam tu, nak buat apa aku ikut dia orang pergi karaoke? Baik ikut Aireen tengok wayang.

     “Dengar Aireen tak pergi karaoke, terus lain muka. Tulah… lain kali jangan cakap kalau semua orang pergi. Cakaplah kalau Aireen pergi, I pun pergilah. Salah ayat tadi tu!” Zubaidah bersuara lagi dengan diselangi ketawa kecil.

     “Aireen ikut pergi karaokelah. Mana boleh dia lepaskan peluang nak pergi melalak. Tengok muka Rayyan ni. Takut sangat Aireen tak ada!” Zubaidah menambah dengan tawa yang masih bersisa.

      Rayyan rasa tebal gila muka masa ni. Pandai betul Zubaidah ni nak kenakan dia. Yang lain-lain pun ikut sama ketawa bila Rayyan kena usik dengan Zubaidah. Aireen pula hanya tersengih-sengih. Dia tak kisah ke bila Zubaidah usik Rayyan pakai nama dia? Kalau takkisah, tandanya macam ada can.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2014 01:51 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 24-2-2014 01:44 PM
tq3....
tapi mcm tamak je...
nak lagi...

hohohooooo... mcm keja ketapi plak nk kena upload laju2 nih,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 01:53 PM | Show all posts
tp sblm upload y seterusnya, nk tau jugok ok ke so far citer ni? heheheheee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2014 12:59 AM | Show all posts
10

CONFIRM!
Memang sah dan memang seratus peratus dia tengah gila bayang sekarang ini. Kalau tidak, masakan dia boleh berada di sini sekarang?
Kalau tidak, dia takkan berjalan mundar-mandir di hadapan bangunan ini petang-petang yang panas seperti ini. Selalunya kalau tengah tak ada kerja, dia lebih suka melepak dalam bilik ofis sambil melayari Internet. Tapi sekarang ni, dia sanggup berkejar dan berpanas dekat sini. Memang confirm dia dah kemaruk dan angau dengan perempuan bernama Aireen atau dalam kad pengenalannya tertulis Siti Aireena binti Abu Kassim.

     Semalam, satu hari suntuk dia menghabiskan waktu bersama-sama dengan Aireen dan sepupu-sepupunya itu. Main boling, makan, karaoke dan lepas tu lepak sampai malam dekat rumah Zubaidah dan Azrul. Rumah sewa Aireen terletak dalam satu bangunan yang sama dengan apartmen Zubaidah. Lega sungguh rasa hati bila dapat mengetahui di mana letaknya tempat tinggal si pujaan hati. Tetapi yang paling kelakar ialah dia siap tunjuk alim bersembahyang ketika berada di rumah Zubaidah semalam. Habis, dah semua yang ada jenis tak tinggal sembahyang, jadi takkan
dia nak beri alasan tengah uzur pula.

     Bila pulang ke rumah, tak sampai sejam tangan dah gatal hendak mendail nombor Aireen dan mendengar suaranya. Nasib baiklah semalam dia tidak lupa untuk memastikan nombor telefon Aireen berada di dalam simpanan. Itu pun bukannya diperolehi daripada tuan empunya badan. Pada Zubaidah juga yang dia meminta belas kasihan. Alah, Rayyan, buat malu kaum kerabat playboy sajalah. Nak minta nombor telefon pun boleh
segan dan takut. Cit!

     Panggilan telefon malam tadi memang membuatkan Aireen terperanjat habis. Masakan tidak, mereka baru saja berjumpa pada hari siangnya, malam dah diganggu dengan panggilan telefon pula. Ingatkan Aireen tak mahu melayan, tapi rupa-rupanya dia okey. Berjam-jam jugalah mereka bergayut. Itu pun disebabkan Aireen dah beberapa kali menguap dan mengantuk. Katanya sudah tak tahan mata, esok perlu bangun awal untuk
ke pejabat. Jika diikutkan Rayyan, sambil tidur pun tak mahu letak telefon lagi. Biar dapat mendengarkan suara Aireen berdengkur pun sanggup asalkan dapat lepas rasa rindu. Hmm… orang yang sedang gila bayang, memang beginilah erk?

     Rayyan berjalan mundar-mandir. Ke kiri, ke kanan lima enam kali. Melirik jam di pergelangan tangan lalu melepaskan keluhan. Jalan lagi ke sana sini. Betul-betul tak boleh nak duduk diam. Hati berdebar-debar. Mintak-minta betullah tekaannya hari ni. Harap-harap memang betul orang tu ada dekat sini hari ni. Rayyan mendongak memandang ke atas. Melihat papan tanda yang tergantung di tingkat dua. Kalau diikutkan, inilah tempat di mana Saiful selalu datang untuk bersenam lepas habis waktu kerja. Gimnasium inilah lokasi di mana sahabatnya itu selalu menghabiskan masa setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis. Dan hari ini adalah hari Isnin. Jadi, kalau Saiful selalu datang bersenam dengan Aireen, nescaya Aireen pasti akan ada di sini hari ini.

     Rayyan berdoa-doa dalam hati. Harap-harapnya Aireen akan muncul bila-bila masa dari sekarang. Hari ni hari yang bagus untuk melawat Aireen di gimnasium. Sebabnya, Saiful tak ada untuk menyibuk rosakkan pelan. Sebelum datang sini tadi, dia dah telefon Zairee dulu. Minta kepastian yang Saiful masih lagi ada di pejabat bersama-sama dengan Zairee. Kata Zairee, Saiful tak pergi bersenam hari ni. Kerja tengah banyak. Jadi, selamatlah dia nak datang sekodeng Aireen dekat sini hari ini.

     Hampir setengah jam menunggu, akhirnya hasrat yang dipinta ternyata diperolehi. Susuk tubuh Aireen yang lengkap berpakaian sukan dengan membawa beg galas di belakang kelihatan keluar dari pintu gimnasium. Cepat-cepat Rayyan mengeluarkan telefon bimbit dan meletakkannya di telinga. Buat-buat macam orang tengah bercakap di telefon. Sengaja lalu di depan Aireen tapi mata memandang ke arah lain. Konon-konon
macam tak tahulah yang Aireen ada dekat situ. Rayyan memang betul-betul berlakon. Dia tak nak datang tegur Aireen terus. Nanti nampak sangat. Biar ala-ala Hindustan sikit mereka berjumpa hari ni sebab kebetulan. Bukannya sebab dia memang dah tunggu macam musang berjanggut depan gimnasium dia itu.

     Rayyan bercakap-cakap di talian. Seperti dirancang, memang Aireen perasan akan kehadirannya. Dah lalu betul-betul depan mata, takkan tak nampak pulak. Bila nampak muka Rayyan, cepat-cepat Aireen berdiri depan Rayyan lalu dia menyengih. Melambai tanpa suara. Mungkin dengan niat tak nak mengganggu perbualan telefon Rayyan. Bila Aireen sudah berdiri depan mata, Rayyan buat muka terkejut. Turut mengangkat tangan.

     “Can I call you back? Okay, okay. Bye.” Alahai… berlakon bukan main! Cepat-cepat dia mematikan talian telefon bila Aireen sudah berada di
depan mata.

     “Hai!” Rayyan dengan suara ala-ala terkejut.

     “Hai!” Aireen juga dengan intonasi teruja. “It’s you… again?”

     Rayyan mengangkat kedua-dua belah bahu. “What a pleasant surprise, right? We meet again, again and
again.”

    Aireen ketawa kecil. “You buat apa dekat sini?”

     “Jumpa klien. Baru lepas habis discussion. You pulak? Buat apa dekat sini dengan baju sukan ni?” Skrip yang memang dari pagi tadi dia dah hafal mula digunakan.

     “I dari gim. Memang setiap Isnin lepas waktu ofis, I datang exercise dekat sini,” katanya sambil jari telunjuk menunjuk ke arah bangunan tempat dia bersenam.

     “Oh. Rajin you bersenam. Jaga badan eh?” Rayyan mengusik.

     “Eh, jaga kesihatanlah, bukan jaga badan!” kata Aireen membalas usikan Rayyan.

     Rayyan ketawa.

     “So, alang-alang dah jumpa dekat sini, jom pergi minum? I belanja.” Rayyan mempelawa. Kalau ajak minum, lama sikit boleh belek muka Aireen ni.

     “Alah… Sorry, I dah janji dengan kawan.”

     “Dah janji dengan kawan? Aiseyman.” Rayyan sedikit mengeluh.

    Aireen mengangguk.

    “Tapi kalau you nak, jomlah join sekali. Kawan-kawan I tunggu dekat kafe depan tu aje.” Aireen menunjuk ke arah kedai kopitiam yang berada di hujung bangunan.

     “Kawan-kawan you tak kisah ke?”

    Aireen senyum. “My friend jenis yang pantang tengok balak handsome. Jadi, kalau I bawa you pergi minum sekali… I bet they gonna like you.”

     Rayyan senyum ala-ala bangga bila Aireen puji dia balak handsome. “Jom.”

     Rayyan bergerak menyaingi Aireen. Mereka sama-sama masuk ke dalam restoran kopitiam di mana tiga orang teman Aireen sudah sedia menanti. Masing-masing lengkap berpakaian sukan. Ini mesti kawan-kawan gim dia ni.

     Rayyan diperkenalkan kepada mereka. Seorang wanita berbangsa India bernama Beatrice, perempuan Cina bernama Cynthia dan seorang lagi gadis Melayu yang bernama Dilaila. Oh, perempuan-perempuan inilah yang dia nampak berjoget dengan Aireen masa dekat balkoni rumah Zairee. Mesti mereka semua tak tahu yang aku ni adalah lelaki yang kau orang kantoi hari tu kan.

     “Now you meet my click. Geng ABCD.”

     “Geng ABCD?” Rayyan mengulangi nama yang disebut oleh Aireen.

     “ABCD. A for me, Aireen. B for Beatrice, C for Cynthia and D for Dilaila… ABCD, BFF ever!”

     “Hei, Aireen. Dengan semua orang ke kau nak beritahu nama ABCD tu? Mentang-mentang baru perasan hari ni nama geng tu,” tegur wanita India yang tinggi lampai dan kurus.

     “Sorry. Tengah excited sebab benda baru kan….” Aireen tersengih-sengih. Terus dia mempersilakan Rayyan duduk. Dia juga turut melabuhkan punggung. Mereka duduk bersebelahan.

     “So, Rayyan, how did you meet Aireen? Tak pernah tahu pulak Aireen ada kawan lelaki yang handsome macam you ni.” Wanita yang berbangsa Cina itu memulakan perbualan dengan Rayyan.

     “Well, it’s quite a long story. First jumpa masa dekat kedai emas, lepas tu dekat rumah abang aku, semalam bertembung dekat Time Square dan hari ni terserempak dekat sini pulak. Berturut-turut!” Tak sempat Rayyan nak jawab soalan Cynthia, Aireen pula yang jadi tukang jawab.

     “Excuse me, which one is Rayyan? You or him? Kenapa kau pulak yang jawab ni?” tempelak Cynthia, menyebabkan Aireen cepat-cepat tutup mulut dengan tangan.

     “Sorry again,” katanya tersengih-sengih. “Okey, sekarang tanyalah dia. Silakan sesi temu duga. I’ll zip my mouth.” Aireen menyengih lagi.

     Rayyan hanya tersenyum melihat telatah Aireen. Jenis yang banyak cakap juga minah ni. Orang tanya aku, Aireen pula yang sibuk nak jawab. Tapi bagus juga soalan tadi Aireen yang jawab. Sebab kalau tanya aku, mungkin aku akan cakap pertama kali jumpa Aireen masa tengah mengintai mereka semua dekat balkoni. Tak pasal-pasal terkejut pula minah-minah ni semua. Rahsia ni kena simpan dulu. Tak boleh beritahu awal-awal.

     Lepas pada tu, memang banyak betul soalan-soalan yang keluar dari mulut kawan-kawan Aireen. Sama seperti Aireen, kawan-kawan dia semua jenis yang banyak cakap dan selamba. Rayyan rasa seronok. Semalam, dia dapat bergaul mesra dengan saudara-mara Aireen. Hari ini pula, dapat berkenalan dan berbual dengan kawan-kawannya. Nampaknya setakat ini perjalanan untuk mendekati Aireen bukan saja berjalan lancar, malah terlebih lancar. Kalau dapat tackle hati keluarga dan kawan-kawan dia, mesti akan dapat tackle hati tuan punya badan juga.

     Agak lama juga mereka berbual-bual. Bila waktu dah nak masuk senja, barulah masing-masing angkat kaki nak balik ke destinasi masing-masing. Waktu macam inilah yang paling tidak disukai oleh Rayyan. Sama macam semalam-semalam, dia rasa liat betul nak balik. Rasa masih lagi tak puas dan rasa masih lagi tak jemu nak duduk bersama-sama dengan Aireen. Kenapalah cepat sangat waktu ni berputar bila berada bersama dia? Kalau jam boleh berhenti dari berdetik alangkah bagusnya. Boleh duduk lama-lama sampai bila-bila!

     Mereka berpecah. Rayyan keluar seiringan dengan Aireen dan mereka berbual sambil menuju ke bahagian tempat letak kereta. Frust betul Rayyan rasa bila dah sampai di pintu kereta Aireen. Kenapalah dia tak park kereta jauh-jauh sikit? Boleh borak lama-lama lagi.

     “It’s great to meet your friends just now. They are really friendly,” ujar Rayyan memuji teman-teman Aireen.

     Aireen senyum. “So maybe later I can meet your friends too. Mesti dia orang pun handsome dan maco macam you jugak.”

     Rayyan buat-buat kerut dahi dan mencebik. “Yeah, but they still cannot beat me. I’m the champion of the hot guy.”

     Aireena ketawa. “Yalah. Betullah tu.”

     Rayyan turut sama ketawa.

     “Okeylah. I nak balik. Dah masuk waktu maghrib. Jumpa lagi.”

     Rayyan angguk perlahan. Dalam hati betul-betul tak rela hendak melepaskan Aireen balik sekarang ni. Janganlah masuk kereta lagi. Janganlah… janganlah…

     “Aireen!” Rayyan memanggil apabila Aireen baru hendak tunduk masuk ke dalam kereta. Aireen pandang dan angkat kening.

     “Can I… see you tonight? I mean… can I buy you dinner… or something?” Macam teragak-agak pulak dia bercakap. Cakaplah boleh tak nak ajak you date malam ni? Kan senang!

     Aireen tak jadi masuk dalam kereta. “You nak belanja makan?”

     Rayyan cepat-cepat angguk.

     Aireen senyum. “Malam ni tak bolehlah. I ada janji dengan kawan. But thanks. Maybe next time?”

     Rayyan angguk lagi. Dah janji dengan kawan pulak. Sibuk betul hidup Aireen ni eh?

     “Okay, next time.” Dia menjawab lemah. Aireen pusing badan. Nak masuk semula ke dalam perut kereta. Tapi sekali lagi namanya dipanggil oleh
Rayyan.

     “Kawan yang you dah janji nak keluar malam ni… Is it your ABCD click?” Rayyan merujuk nama singkatan teman-teman Aireen yang tadi.

     Aireen tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya melebarkan senyuman dan terus masuk ke dalam kereta. Dihidupkan enjin lalu dia menurunkan cermin kereta.

     “Bye, Rayyan. See you next time!” Dari dalam kereta Aireen melambai. Dia mengundurkan kenderaan, sekali lagi mengangkat tangan, melambai lalu berlalu pergi. Meninggalkan Rayyan yang berada dalam keadaan tidak puas hati.

     Ek eleh minah ni. Dia boleh blah macam tu aje? Kenapa tak jawab dulu bila aku tanya dia nak keluar dengan siapa malam ni? Dah janji dengan kawan-kawan dia yang tadi atau dengan orang lain? Tak dengar pulak kawan-kawan dia tadi cakap nak jumpa malam ni. Kalau bukan dengan si BCD tu, dengan siapa pula dia dah berjanji? Ramai sangat ke kawan-kawan dia ni?

     Entah-entah sebenarnya malam ni dia dah ada date. Temu janji bersama lelaki lain. Alamak. Mesti punya! Kalau tak, kenapa dia tak jawab tadi? Bila ditanya, senyum aje. Agaknya dia ada date dengan lelaki yang dekat restoran dulu tu tak? Lelaki yang katanya nak ajak kahwin. Aduh, macam mana ni? Tak boleh jadi. Rayyan, fikirkan sesuatu. Fikirkan. Fikirkan apa nak buat ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 02:46 PM | Show all posts
11

“KAU biar betul, bro.”

     “Betullah. apa pulak yang tak betulnya?” Rayyan menjawab sambil mata tak putus memandang ke depan.

     “Aku ingat, kau datang ambik aku dekat ofis sebab nak ajak pergi makan. ini ajak sekodeng orang? Lapar ni, bro, dari tengah hari tak makan.”

     “Memanglah nak pergi makan. Kejap lagi. Tunggulah sampai minah ni keluar dulu.”

      Zairee geleng kepala. Tak pernah-pernah Rayyan ajak dia buat benda seperti ini. Siap nak mengintip ke mana dan apa yang orang perempuan ni buat. Macam dah kes berat saja kawan dia yang seorang ini. Patutlah awal-awal masa dalam telefon tadi dia pesan jangan ajak Saiful keluar sekali. Rupanya bukan nak ajak pergi makan, tapi nak suruh jadi pengintip!

     “Dia dah keluar!” Jerit Rayyan. Cepat-cepat dia berikan lampu signal lalu keluar ke jalan raya. Mengikut dari jauh jejak kereta Myvi putih di hadapan.

     “Kau ni dah teruk la, bro! Ada ke sampai nak mengintip mana orang tu nak pergi?”

     “Bukan mengintip, tapi menyiasat, bro. Menyiasat ke mana dan dengan siapa dia keluar, itu aje.” Jawab Rayyan.

     Zairee geleng kepala lagi. Matanya turut sama memerhati kereta yang dipandu laju di hadapan. Rosak… rosak… rosak si Rayyan ni. Kepala otak dia memang dah rosak. Belum apa-apa dah sibuk nak mengintip anak dara orang. Kalau mengintip isteri ke, itu lainlah. Ini makwe pun bukan. Rosak Romeo kalau dah cair dengan perempuan.

     Kereta yang dinaiki oleh mereka berdua mengekori kereta yang dipandu oleh Aireen dengan penuh berhati-hati. Kenderaan yang agak bertali-arus malam ini, membuatkan kereta yang dipandu oleh Aireen tidak boleh lari jauh dari pandangan Rayyan dan Zairee. Kereta Myvi putih tersebut bergerak menuju ke bangunan Great Eastern Mall. Sebaik saja Aireen memakir kenderaan, Rayyan turut sama mencari tempat yang berdekatan.

      “Kau tengok baik-baik dia pergi mana. Jangan sampai terlepas,” arah Rayyan pada Zairee. Dah betul-betul macam penyiasat persendirian.
Mereka berdua terus saja menjejaki langkah Aireen dari jauh. Nampak Aireen memasuki restoran Alexi’s. Mereka juga turut sama masuk ke dalam. Melihat Aireen yang duduk semeja dengan beberapa teman wanita yang lain.

     “Yes! Dia keluar makan dengan geng ABCD dia, bukan ada date!” Rayyan ukir senyum lebar bila tengok teman-teman yang duduk semeja dengan Aireen. Senang dan lapang betul hatinya bila nampak muka Beatrice, Cynthia dan Dilaila. Nasib baik bukan muka lelaki hari tu.

     “Bro, Epul pun ada la...” terdengar Zairee menyebut nama Saiful. Terus anak mata dapat menangkap kelibat lelaki yang baru saja sampai. Alamak, ini yang tak best ni. Belum masanya untuk Aireen tahu yang dia dan Saiful berkawan.

     “Bro, jom kita blah. nanti kantoi kalau Epul nampak,” Rayyan mengutarakan niat untuk beredar.

     “Tak makan dulu ke? Alang-alang dah masuk restoran ni, aku dah lapar.”

     “Alamak, bro... macam tak makan sebulan la kau ni! Kita makan tempat lain, cepatlah!” Entah apa-apa si Zairee ni. Sibuk nak makan pulak. Orang takut kantoi, dia boleh ada hati nak duduk makan lagi. Tak payah makan dekat sini. Urusan dah selesai. Janji dah dapat tengok dengan siapa Aireen keluar, cukuplah. Dah puas hati.

     Mereka bangun. Baru saja pelayan datang nak ambil pesanan, mereka dah nak keluar. Tapi bila sampai betul-betul dekat pintu restoran, tiba-tiba ada suara yang memanggil nama Rayyan. Alamak, siapa pulak yang jerit kuat-kuat nama Rayyan ni?

     Rayyan dan Zairee tak jadi nak cabut lari. Mereka berdiri sambil memandang sesama sendiri sebelum berpaling memusingkan badan. Nampak orang-orang yang sedang duduk di meja Aireen semuanya sedang memandang ke arah mereka berdua. Sah dah kantoi.

    “Hei, Rayyan!” Dari tempat duduk Cynthia memanggil dan melambai Rayyan. Nak tak nak, terpaksa juga Rayyan angkat tangan dan datang dekat.

     “Rayyan, you buat apa dekat sini?” Soal Cynthia sebaik saja Rayyan sampai di meja.

     “I keluar makan dengan kawan. Meet my friend, Zairee. Zairee, kenalkan ini Cynthia, Beatrice, Dilaila dan yang ini. Aireen,” Rayyan pandang Aireen. Dia senyum. Namun nampak muka Aireen macam tak seceria selalu. Dia senyum sikit aje. Tak lebar macam sebelum-sebelum ni.

     “Hai!” Zairee angkat tangan dan bersalaman dengan mereka.

     “Kau buat apa dekat sini, bro? Bukan tadi kau cakap nak ajak Ray pergi makan sup ekor dekat Seri Gombak ke? Apasal tiba-tiba boleh muncul dekat sini pulak?” terdengar suara Saiful agak garau menegur.

     Zairee sengih. “Perubahan rancangan. tiba-tiba teringin nak makan western food.” macam kerang busuk Zairee sengih. Nasib baik pandai juga dia cari alasan.

     “Aik? You both know each other?” Kali ini terdengar suara Dilaila pula. Macam pelik kedengarannya.

     “Oh, we’re friend. Since study. Ray pun sekali.” Jawab Zairee masih tak hilang sengih dia tu.

     “Really? What a small world. So, since we know each other, why don’t you all join us?” Cynthia mempelawa. “Lagi ramai, lagi meriah.” tambahnya.

     “Well, it sounds great. I pun dah lapar ni.” Zairee tarik kerusi dan terus duduk. Tak tanya pendapat Rayyan sama ada nak duduk makan sekali atau tak. Kes lapar punya pasal. Bongok betul si Zairee ni!

     Bila Zairee dah duduk, Rayyan pun takkanlah nak balik pula. Dia pun turut sama tarik kerusi dan duduk. Betul-betul berdepan dengan Aireen yang duduk bersebelahan dengan Saiful. Dia pandang muka Saiful dan Saiful pandang dengan pandangan yang tajam. Mesti kes tak puas hati sebab Rayyan tak ikut cakap dia jangan kacau Aireen. Tapi Rayyan hanya buat tak tahu. Tak takut pun dengan pandangan tajam Saiful tu. Dia alihkan pandangan pada Aireen pula. Bukan main lebar dia hadiahkan senyuman pada gadis itu.

     Tapi balasannya, senyum sinis aje? Aik, macam tak ikhlas nak senyum dekat aku pulak minah ni. Apa kes?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 02:52 PM | Show all posts
*****

“ARE you stalking me?”

     Rayyan pandang kiri. Nampak Aireen yang tengah berdiri sambil cekak sebelah pinggang. Dia berpaling semula. Teruskan membasuh tangan.

     “No... siapa pulak yang stalking you ni?”

     “You la. Siapa lagi? Bowling, gim, restoran ni. Kalau sekali dua, I percaya kebetulan. Tapi masuk kali ketiga? Sorry, itu bukan kebetulan lagi.” Aireen tengok Rayyan yang masih tekun basuh tangan.

     “You memang mengintip I kan?” Aireen menduga lagi.

     “Apa pulak? Kalau sepuluh kali jumpa pun boleh jadi kebetulan juga. Takdir Tuhan,” Rayyan masih tak nak mengaku.

     “You ingat ini Cerekarama ke nak terserempak sampai sepuluh kali? I tak percaya kebetulan macam tu. Hindustan sangat!”

      Rayyan mengeluh sedikit. Patutlah nampak muka Aireen lain aje tadi. Rupa-rupanya dia dah syak. Cepat-cepat Rayyan buka air, bilas tapak tangan dan ambil tisu. Palingkan badan dan pandang muka Aireen. Tepat-tepat dekat matanya.

     “Oklah. kalau macam tu, I mengaku ajelah. Yes, I am stalking you. Puas hati?” Rayyan terus saja mengaku. Malas la nak banyak-banyak dialog lagi. Lagipun orang tu memang dah syak, kang lagi beralasan, lagi bertambah tak percaya. Mengaku sajalah, lagi senang!

     “Kenapa?” Tanya Aireen sambil kerut dahi.

     “Sebab I suka dekat you,” Jawab Rayyan. Bersahaja.

     “Suka? You baru jumpa I sekali dua, dah suka?”

      “Kenapa? Kalau nak suka, kena jumpa sepuluh dua puluh kali baru boleh rasa perasaan macam tu? Tak mustahil first time jumpa pun kita dah boleh rasa suka.”

     Aireen buat muka. Nampak tak berapa percaya dengan apa yang Rayyan cakap tadi. “Cepatlah, jangan main-main. kenapa you menghendap I?”

    “La… kan I dah cakap tadi. Sebab I suka dekat you,”

     Aireen menggeleng.

    “Suka hatilah sama ada you nak percaya atau tak. Itu terserah! Janji I dah cakap yang I suka dekat you.”

    Aireen pula yang mengeluh sedikit. “Berapa lama you pelan nak jadi stalker ni?”

    “Depends. Mungkin sampai you dah jadi girlfriend I,” Jawab Rayyan.

    “What?!” Aireen macam terkejut sedikit.

    “Yalah. You ingat I saja-saja ke nak jadi pengendap ni? Kan I cakap tadi I suka dekat you. Kalau dah suka tu mestilah I nak jadi boyfriend you,”

     Kali ini Aireen ketawa. Tadi muka nampak macam nak marah, tapi tak tahulah kenapa tiba-tiba boleh ketawa pula.

     “Kenapa you ketawa?” Rayyan pula yang menyoal.

     “Sebab you ni kelakar. Baru few days kita kenal, you dah cakap suka dan nak jadi boyfriend I,”

     “Kenapa? Tak boleh ke?”

    “Of course! Kenal betul-betul pun belum lagi,”

    “Sambil bercinta, sambil tu boleh kenal dengan lebih mendalam lagi.”

    Aireen ketawa lagi. Bertambah kuat tawanya. Sambil-sambil itu dia menggeleng kepala.

   “Crazy,” katanya pendek.

    “Crazy or not, we will decide it later. Now, it’s all about being boyfriend and girlfriend.” tambah Rayyan lagi.
Aireen tak putus ketawa. Sambil geleng kepala dia pusing badan dan melangkah menuju ke meja makan semula. Tempat di mana teman-teman yang lain sedang rancak berbual. Rayyan cepat-cepat mengejar.

     “Tak nak cuba jadi girlfriend I?” Soalnya menyaingi langkah Siti Aireena.

     Aireen menggeleng.

    “Betul?”

    Aireen mengangguk pula.

    “Kalau macam tu, I akan terus jadi stalker. I akan menghendap apa saja yang you buat. I akan muncul di mana saja you berada,”

    “Sampai I setuju jadi girlfriend you?”

    “Yup. Sampai you setuju jadi girlfriend I.”

    Kali ini langkah Aireen dimatikan. Dia pandang muka Rayyan sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan.

    “You ni betul-betul gila la. mengurat pun tak, apa pun tak. takkan tiba-tiba nak bercinta? Mana boleh.”

   “Sekarang I tengah mengurat you la.” Rayyan membalas.

    “Macam ni cara you mengurat I? Tak best langsung!”

     Rayyan ketawa. “Kenapa? You nak bunga dan makan dekat tempat eksklusif baru dikatakan cara mengurat yang best?”

    Aireen geleng kepala. “No. cara mengurat macam tu, I tak minat. Setakat bunga, makan candle light dinner, it’s too common. I nak lain dari yang lain,”

    “Lain dari yang lain? Maksudnya you nak suruh I bawak you pergi mana untuk dating? Bulan? Bintang?”

     Aireen pandang ke dalam anak mata Rayyan. Bersinar-sinar anak mata itu kelihatan bagi menyatakan kesungguhan pada kata-katanya sebentar tadi.

     Aireen tersenyum lebar. Selebar yang boleh hingga membuatkan Rayyan rasa sungguh berdebar-debar. Dekat mana tempat yang Aireen nak pergi? Tengok dari senyum lebar dia macam lain pulak. Entah-entah memang betul dia nak minta dibawa ke bulan atau bintang. Alamak, bahaya ni. kalau betul-betul dia cakap nak pergi sana baru boleh jadi girlfriend, macam mana? Sanggup ke? Bukankah kata pujangga selalu berkata, demi untuk orang tercinta, lautan api pun sanggup diredah. Tapi ini angkasa lepas, macam mana nak redah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 04:54 PM | Show all posts
sebelum smbg lg, ley amek mood dulu x dgn pic ni? terbayang-bayang wajah Rayyan Hafizi!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:28 PM | Show all posts
Jangan sekerat-kerat tau...kalu boleh bgi habis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 12:46 PM | Show all posts
sellie003 posted on 27-2-2014 12:28 PM
Jangan sekerat-kerat tau...kalu boleh bgi habis...

InsyaAllah....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 12:48 PM | Show all posts
12

TIGA minggu yang sungguh sibuk. Sibuk bagi Rayyan dan sibuk juga bagi Aireen. Selain dari sibuk bekerja, kedua-dua mereka juga sibuk mengatur pertemuan demi satu pertemuan. Tidak kira sama ada pertemuan yang berlangsung hanya secara berdua-duaan ataupun ditemani oleh beberapa orang yang lain. Nak tahu dekat mana yang Aireen suruh Rayyan bawa untuk date pada kali pertama? Tempatnya ialah di litar lumba Batu tiga Shah Alam. Main go-kart.
      Dalam banyak-banyak tempat yang ada di Malaysia ni, dalam banyak-banyak lokasi yang terdapat di Kuala Lumpur ni, dekat trek lumba kereta juga yang dipilih oleh Siti Aireena sebagai lokasi pertama dia dan Rayyan keluar bersama. Memang Rayyan rasa macam pelik sikit. Selalunya kalau nak mengurat, dia akan bawa perempuan keluar shopping atau tengok wayang. Ini berlumba? Aireen… Aireen. memang betullah minah ni ada senget sikit kepala dia.
     
     Rayyan rasa memang seronok sepanjang dia keluar bersama dengan Aireen. Gadis itu bersifat selamba dan ceria. Sebenarnya, Aireen tidaklah pandai sangat pun nak berlumba kereta, tetapi dia memang jenis yang tak kisah. Sepuluh kali terbabas pun dia boleh ketawa sahaja. Kalah pun tak apa, janji happy. Dan lepas temu janji berlumba kereta, pertemuan kedua-kedua mereka diatur di pusat paint ball pula. Kali ini bersama-sama dengan teman-teman dan sepupu-sepapat mereka. Beramai-ramai bertempur dan bermandi cat.
Masa main paint ball hari tu, dapat juga Rayyan menunjukkan kehebatannya dengan menyelamatkan Aireen dari ditembak dan seterusnya membawa kemenangan kepada pasukan mereka. Dia betul-betul melindungi gadis itu. Rasanya dia lebih rela ditembak dari membiarkan Aireen yang terkena tembakan. Tak sanggup bayangkan kalau Aireen sakit dek terkena bola cat. Nanti tak pasal-pasal lebam pulak lengan atau badan dia. Kalau sepuluh peluru yang datang, sepuluh-sepuluh dia sanggup jadi tembok penghadang bagi menyelamatkan Aireen.
Sampaikan Fahmi menyakat dan memerli berkali-kali tentang dia yang tak pernah ambil berat pada mana-mana perempuan sepertimana dia lakukan pada Aireen. Hal kecil dan remeh macam ni pun dah kelam-kabut nak jadi pelindung.
     
     Selain main go-kart dan paint ball, kedua-dua mereka juga sama-sama mencuba aktiviti rock climbing. Ha, yang rock climbing ini berlaku secara kebetulan tanpa dirancang. Sewaktu mereka sama-sama keluar makan di Sunway Piramid, ada aktiviti memanjat yang sedang diadakan di situ. Bukan main beria-ia Aireen hendak mencuba. Sanggup dia masuk kedai sukan dan beli kasut lalu ditukarkan dengan high heels yang sedang dipakainya dan terus pergi memanjat tembok. Rileks dan bersahaja.

     Tapi tahu pula esoknya dia kompelin satu badan sakit-sakit. Tangan pun bukan main merah dan melecet. Itulah. Tak tahu panjat, nak cuba panjat juga. Nampaknya Aireen memang jenis yang suka nak cuba semua benda. Bila kita tak nak, pandai pulak dia memujuk suruh ikut join sekali. Tak pasal-pasal dengan Rayyan sekali sakit-sakit badan sebab kena panjat tembok dengan main paint ball. Tapi elok juga, kan? Dah lama tak bersenam, main benda-benda macam ni boleh juga sihatkan tubuh badan.

     Sepanjang tiga minggu Rayyan berkawan dan mengenali Aireen, dia berasa sungguh selesa dan tenteram sekali. Selesa kerana dia tidak perlu berlagak maco dan cool sepanjang masa. Dia sentiasa boleh menjadi dirinya sendiri. Tak perlu sentiasa mengeluarkan ayat-ayat romantik untuk memuji ataupun semata-mata untuk mengambil hati. Ini kerana gadis itu juga sentiasa menjadi dirinya sendiri. Tidak terlalu kontrol ayu atau berlagak sopan-santun. Biasa dan bersahaja. Kalau dia lapar, dia akan pesan makanan banyak-banyak. Satu set burger dengan paha ayam pun dia boleh bedal sampai licin. Tak ada nak malu-malu atau cover cun. Tapi tak adalah sampai tahap tak malu langsung. Tak adalah jenis selamba tak ingat dunia. Walaupun makan banyak, tapi tak adalah sampai gelojoh. Walaupun tak cover cun, tapi tak adalah sampai terpekik terlolong dan ketawa berdekah-dekah depan orang ramai. Tetap jugalah menjaga ciri-ciri kewanitaannya itu.

     Cuma dia memang jenis tak kisah. Sporting sangat-sangat. Ada sekali, Rayyan janji nak keluar makan tengah hari sama-sama. Sanggup berkejar dari pejabat dekat Bangsar ke Setiawangsa semata-mata nak datang ambil Aireen di pejabatnya dan makan berdua. Tapi belum sempat nak makan, Rayyan dapat panggilan telefon dan terpaksa pulang atas urusan kerja yang mustahak. Tengok muka Aireen langsung tak marah. Dia rela ditinggalkan sendirian di restoran dan pulang sendiri ke pejabatnya naik teksi.
Bila malam Rayyan telefon, dia tak merajuk langsung pun. Betul-betul faham dengan keadaan komitmen kerja yang kadang-kadang boleh datang datang tanpa diundang. Tak macam sesetengah perempuan yang Rayyan pernah keluar sebelum-sebelum ni. Hal kecil begini pun, muncungnya boleh jadi panjang hingga satu kilometer. Lepas tu, mahu dipujuk macam-macam. Tengok macam Aireen, sporting aje tak perlu nak pujuk-pujuk. Macam inilah baru best!

     Dan sifat sporting Aireen bukan setakat itu saja. Ada pernah sekali sewaktu mereka tengah elok-elok berjalan-jalan dekat KLCC, datang seorang perempuan menegur dan terus cium pipi Rayyan. Mula-mula memang nampak Aireen terkejut dengan tindakan perempuan tu, siap terbeliak biji mata. Tapi sekejap sahaja dan kemudian dia boleh senyum dan buat macam biasa. Langsung tak marah apa-apa!
Rayyan pula yang terkial-kial nak bela diri dan fikir macam mana nak jelaskan. Bodoh betul perempuan yang datang tu. Dia memang tak ingat langsung perempuan mana dan bila dia pernah kenal. Tiba-tiba datang serbu dan tanya kenapa dah lama tak dengar khabar berita. Kalau setakat tanya saja tak apalah, ini siap cium-cium pipi. Depan Aireen? Bongoks!

     Nasib baiklah Aireen memang tak banyak tanya dan soal macam-macam. Relaks, cool dan bersahaja. Terima sahaja apa alasan yang diberikan olehnya tanpa panjang lebar. Hai, kalau dapat buat bini memang bertuah badan!
Main go-kart sudah, paint ball sudah dan rock climbing pun sudah. Jadi untuk agenda yang seterusnya, mereka berdua bersiap sedia untuk berlawan tenis pula. Kali ini, ia merupakan cadangan yang datang dari Rayyan pula. Mana boleh asyik Aireen saja yang ajak main itu ini. Dia pun nak juga ajak main permainan yang dia suka. Dan permainan tersebut sudah tentulah tenis. Permainan yang menjadi kesukaan Rayyan sejak zaman belajar lagi.

    Dan sekarang adalah merupakan pertama kali dia mengajak dan mempelawa makhluk yang berjantina perempuan datang ke kondo dan bermain tenis di gelanggang kondonya ini. Sebelum-sebelum ini, hanya teman-teman lelaki sahaja yang pernah dipelawa untuk datang bermain tenis bersama-sama. Kaum wanita adalah teman untuk bersuka-ria atau berkongsi kegembiraan di disko sahaja. Bukan untuk bersama-sama berkongsi minat yang sama. Tetapi disebabkan Aireen adalah tergolong dalam special case, dia begitu beria-ia mengajak gadis itu dan teman-temannya untuk datang bermain sukan yang diminatinya ini. Paling best, semalam sempat dia keluar shopping dengan Aireen semata-mata untuk membeli raket tenis. Dapat jadikan raket tenis sebagai alasan untuk keluar pun jadilah, asalkan dapat keluar bersama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 12:51 PM | Show all posts
*****

“I tak pernah main tenis la. Takut tak pandai.”

     Rayyan tersenyum. Sudah beberapa puluh kali dia dengar ayat ini keluar dari mulut Aireen. Memang dari masa dia usulkan tentang bermain tenis lagi muka Aireen dah cuak. Panjat tembok tak pulak muka dia cuak macam ni.

     “You kata, you suka tengok tenis. Siap minat Roger Federer lagi,” balas Rayyan.

     “I kata I suka tengok, bukan suka main. Tengok dengan main tak sama, okay?” Aireen membalas dengan suara yang masih ala-ala cuak. Kadang-kadang minah ni memang cepat sangat panik. Muka cuak dia sekarang, samalah macam masa takut Rayyan pecahkan rekod bowling dia dulu. Makin lama makin suka tengok muka Aireen bila cuak, panik atau kelam-kabut.

     “Tak pandai tak apa. Main suka-suka aje,” kata Rayyan untuk menyedapkan hati Aireen sambil sarung kasut Nike biru.
Mereka berdua sekarang ni tengah tunggu yang lain-lain sampai. Janji pukul 8.00 pagi, 8.00 pun tak nampak muka lagi. Kang matahari dah meninggi, baru nak kompelin panas.

    “Nanti malu. Orang lain pukul bola, I pukul angin,” Aireen menyatakan kegusarannya lagi.

    “Aik? Hari tu masa you terhegeh-hegeh nak panjat tembok, you tak malu. Sekarang ni tak reti main tenis, malu pulak? It’s okay. Paling-paling pun you kena bantai gelak dengan Fahmi aje.”

    Aireen mencebir sikit. Memikirkan nak kena jadi bahan gelak inilah yang dia tak sanggup. Masa main paint ball tempo hari dah berbakul-bakul Fahmi ejek dia tak reti main. Nasib baik menang. Itu pun sebab Rayyan yang jadi hero. Kalau tidak, mungkin dialah orang pertama yang akan kena tembak.

    “Nanti you geng dengan I, boleh?” Soal Aireen lembut.

     Rayyan pandang muka Aireen.

    “You geng dengan I, macam masa main paint ball hari tu.”

    “Tak naklah, nanti I kalah. Penatlah asyik nak jadi tukang cover you macam masa main paint ball hari tu. I nak geng dengan Zairee. You partner la dengan Beatrice ke, Cynthia ke,”

    “Alah...” Aireen seakan-akan merengek. “Budak dua ekor tu pun tak pandai main jugak. Nanti kalah teruk. You geng dengan I lah.”

    Rayyan senyum sikit. Tiba-tiba dapat satu idea pulak. “Boleh. Dengan satu syarat,”

    Aireen angkat kening.

   “Kalau kita menang, you kena declare jadi girlfriend I. Officially start from today,”

   Makin tinggi kening diangkat.

   “Come on. dah tiga minggu I tunggu. Susah sangat ke nak setuju jadi girlfriend I?”

   “Tak naklah!” Aireen menjawab pendek.

    “Kenapa tak nak?”

    Aireen diam.

    “You takut eh? Takut sebab I ni playboy?”

    Lantas Aireen angguk dengan yakin. “Nanti I kena dumped. Sia-sia macam tu aje.” Katanya. Di dalam kepala otak merujuk pada sesi pergaduhan dua orang perempuan di restoran tidak lama dahulu. Takut juga kalau dia menerima nasib yang sama seperti Dayang Senandung yang kena tampar dengan perempuan lain disebabkan Rayyan. Tak pasal-pasal. Takutnya!

     Rayyan ketawa kecil. Ini mesti Saiful ada cerita kisah-kisah aku dekat perempuan ni. Tambah-tambah lagi bila tengok ada perempuan selamba badak cium pipi aku dekat KLCC hari tu, mesti tambah takut minah ni.

     “You know what, I tak kira. I tak puas hati kalau you tolak macam tu aje. Dah tiga minggu I tunggu jawapan, takkan senang-senang you nak cakap tak nak.”

    “Tak apalah. Tak jadi nak geng dengan you. Kalah pun kalah lah.” Balas Aireen seakan-akan merajuk bunyinya.

    “Kalau macam tu lagi bagus!” Sambut Rayyan dengan muka ceria.

    “Kita lawan?” Kali ini Rayyan pula yang angkat kening.

    “Untuk puaskan hati I and to be fair, kita lawan. I akan suruh Fahmi jadi partner you. Don’t worry, he’s a good player. Dulu masa belajar memang dia pernah wakil U. Dan you pulak, boleh suruh mana-mana member you untuk partner dengan I. Cari yang paling kayu tak pandai main pun tak apa. I rela. tapi, kalau you kalah…” Rayyan tidak menghabiskan ayatnya. Dia angkat tangan, jari telunjuk kanan menunjuk ke arah Aireen dan dirinya sendiri dan kemudian bercantum dengan jari telunjuk kiri.

    “Setuju?” Rayyan angkat kening double jerk.

    Aireen diam sambil kerut dahi. Berfikir-fikir.

    “Kalau I menang, I cuma minta untuk jadi boyfriend you untuk satu bulan je. kalau agak-agak lepas pada sebulan, you rasa tak selesa atau tak ingin nak jadi girlfriend I lagi, I terima. I rela ikut permintaan you,” Aireen pandang muka Rayyan yang bersungguh-sungguh.

     “Oh, come on. It’s only boyfriend and girlfriend thing. Not a big deal. You got nothing to loose.” Rayyan bersuara lagi.

     “Satu bulan?”

    Rayyan mengangguk. “Satu bulan. Lepas tu, ikut suka you.”

    Mula-mula rasa macam tak nak setuju, tapi akhirnya dia mengangguk pula. Tak tahu macam mana boleh angguk, padahal nak cakap tak nak sebenarnya. Tapi bila dah angguk, tak boleh nak tarik balik. Sebab Rayyan terus bangun dan nampak bersemangat bila nampak anggukan tersebut. Laju saja berlari masuk ke dalam gelanggang. Tak sempat Aireen nak cakap apa-apa. Bila nak panggil, orang-orang yang lain pula dah sampai. Kebetulan pula mereka sampai sekali serentak. Terus Rayyan jerit pada Fahmi, suruh dia jadi pasangan dan jurulatih Aireen. Memang sepantas kilat. Langsung tak boleh Aireen nak buat atau cakap apa-apa. Yang hanya sempat dia buat, hanyalah berdoa dalam hati supaya kalah hari ni.

     Ha, kalah? Ada pulak kalah! Kenapa nak kalah hari ni? Patutnya doa agar menang la. Nak kalah sebab teringin nak merasa jadi girlfriend Rayyan ke? Really? Ada hati teringin nak jadi kekasih Mat Romeo tu ke. Erk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2014 01:09 PM | Show all posts
13

PINTU almari dibuka. Blaus labuh berwarna pink black yang tergantung dicapai dan dikeluarkan. Membelek tubuh di hadapan cermin namun dia menggeleng. Dicampak baju tersebut di atas katil. Dicapai pula blaus berwarna biru gelap. Sekali lagi dipadankan ke badan. Dua tiga kali membelek tubuh. Bercekak pinggang beberapa saat dan kemudian baju tersebut juga dicampak di atas katil. Berpaling melihat gantungan-gantungan baju yang ada di dalam almari lalu dia mencapai beberapa baju yang ada. Dilakukan perkara yang sama seperti tadi. Namun tetap tak puas hati dan dicampak semuanya di atas katil.  Dia mengeluh. Kenapa tak ada baju yang sesuai nak dipakai ni? Benci betul bila tengok baju banyak, tapi bila nak pakai, tak ada satu pun yang berkenan.

     Aireen membelek-belek baju-baju yang bergantungan di dalam almari pakaiannya. Hari ini dia ada temu janji bersama dengan Rayyan. Kali ini temu janji yang agak istimewa sikit. Istimewa kerana ia diatur tanpa melibatkan aktiviti-aktiviti lasak seperti sebelum-sebelum ini. Tiada agenda berlumba kereta, tiada bermandi peluh memanjat tembok atau tiada berpenat lari dari ditembak dengan peluru cat. Kali ini, mereka akan bertemu dalam suasana yang lebih santai dan relaks. Pergi makan dan tengok teater.

     Tengah-tengah sibuk nak pilih baju, kelibat Zera dan Hanisa muncul di pintu bilik. Mula-mula mereka hanya perhati dari pintu, tapi akhirnya masing-masing masuk dan melekat dekat atas katil. Geleng kepala bila hampir sepuluh helai baju yang dicapai oleh Aireen, semuanya dicampakkan semula tanpa mahu dipakai.

    “Nak pergi mana?” Tanya Zera mulakan bicara.

    “Tengok teater, “ Jawab Aireen pendek.

    “Dengan?”

    “Rayyan,”

    “Oh… patutlah.” Panjang kedengaran perkataan oh dari Zera dan Hani. Terus Aireen toleh dan pandang mereka.

    “Kenapa cakap patutlah?” Soal Aireen pelik.

    “Patutlah semua baju tak berkenan. Nak keluar dating rupanya.” Jawab Hani.

    “Bukan datinglah. Keluar tengok teater aje,”

    Mereka mencebir. Tak nak mengaku konon.

    “Kak Reen suka dia eh?” Soal Hani bila tengok Aireen kembali membelek baju depan cermin.

    “Suka,” Jawab Aireen namun kemudian dia menambah, “As a friend.”

    “Betul ke?” Soal Hani lagi.

   “Betullah. kenapa tak betul pulak?”

   “Nampak macam suka yang lebih dari kawan aje.”

   Kali ini Aireen pula mencebir sedikit. Budak-budak ni dah mulalah. Pantang ada lelaki yang dia berkawan, semuanya nak dijadikan bahan gosip dan serkap jarang bukan-bukan.

   “Rasanya Kak Reen suka dia lebih dari kawan ni...” kali ini Zera turut bersuara menyokong kata-kata Hani sebentar tadi.

    “Kalau Kak Reen cakap suka macam kawan, kenapa akak kelam-kabut sangat nak cari baju sekarang ni? Selalu tak kisah baju apa pun, main pakai aje. Tapi malam ni. itu tak kena, ini tak kena. Nak pakai cantik-cantik. nampak sangat!”
“Kelam-kabut cari baju, bukan sebab dia. Tapi sebab hari ni nak pergi tengok teater dekat Istana Budaya. Nak masuk situ kan kena pakai formal, tak boleh selekeh-selekeh.”

    Mereka ketawa dengar jawapan dari Aireen tu. Nampak sangat jawapan yang menipu. Tak ada maknanya. kalau setakat sebab nak masuk Istana Budaya, semua baju yang dicuba tadi, semuanya sesuai. Tapi tak berkenan juga.

    “Tak payah sorok-sorok Kak Reen. It’s obvious! Sekarang ni, mana-mana Kak Reen pergi, mesti ada dia. Tiap-tiap minggu keluar, mesti dengan dia. Tiap-tiap malam bergayut telefon, dengan dia. Berlari bila dengar mesej telefon pun sebab dia. Tak perlu nak nafikan. sangat jelas, okay?”
Kali ni Aireen diam. Tak mampu nak berbalas kata semula. Memang apa yang Hani cakap tu betul. Dah sebulan lebih, hubungan dia dengan Rayyan ternyata semakin rapat. Boleh dikatakan hari-hari mereka berbalas SMS, tiap-tiap malam berbual di talian sebelum tidur dan setiap minggu keluar bersama. Kalau bukan sebab suka, takkan dia nak buat benda-benda macam tu kan?

    Bila tengok Aireen tak putus-putus pilih baju, akhirnya Zera keluar dari bilik. Masuk semula selang beberapa minit dengan membawa sepasang baju di tangan. Dipujuk Aireen untuk mencuba baju tersebut. Mula-mula Aireen tak nak, tapi bila dah dipujuk oleh kedua-dua mereka, terus dia mencuba. Dan nampaknya baju tersebut dapat memikat hatinya. Baju dress labuh berwarna hitam tersebut nampak begitu sesuai sekali dengan bentuk badan Aireen yang tinggi dan putih. Hai... dalam banyak-banyak baju, baju orang jugalah yang berkenan. Nampaknya malam ni keluar date pakai baju pinjam. Adoi!

    Bila dah jumpa baju yang berkenan, sesi memilih pakaian terus saja berakhir. Aireen mula sibuk depan cermin dan bersiap-siap nak bermekap pula. Memang selalunya dia jarang keluar tanpa berdandan. Alat solek, satu benda yang wajib berada dalam tas tangan. Biasalah. Orang perempuan. Dan sambil-sambil bersolek depan cermin, kedua-dua sepupunya si Zera dan Hani masih lagi setia duduk atas birai katil menemani Aireen sambil berbual-bual.

    “Kak Reen, tadi Zera dengan Hani pergi klinik doktor Rafeeq.”

    Lantas tangan yang sedang mencolet bedak terus tergendala. Kata-kata yang keluar dari mulut Zera tersebut membuatkan hatinya seakan-akan terhenti. Namun hanya untuk beberapa saat. Dia kemudian kembali menyambung urusan seperti biasa dan berkalih pandang pada Zera yang bersuara sebentar tadi. Diukir senyuman seperti biasa.

    “Ya ke? Buat apa pergi klinik dia? Sakit ke?”

    “Zera cirit-birit. Ajak Hani temankan pergi klinik. Tak apa, kan? Kak Reen tak marah pergi klinik dia kan?”

    “La... nak marah apa pulak? Dah sakit, kenalah pergi klinik.” Aireen senyum lagi sebelum kembali memandang cermin. Terus sambung membelek muka apa-apa yang patut.

    “Kak Reen tak nak tanya ke, doktor Rafeeq tu sihat ke tak. dia ada tanya pasal akak ke tak.” Hani bersuara seakan-akan mahu menduga.
Aireen diam sebentar.

    “Buat apa nak tanya. dia doktor. Mestilah sihat. Kalau sakit, tahulah dia jaga diri dia. Lepas tu buat apa nak tahu sama ada dia tanya pasal akak ke tak. Tak pentinglah.”

    “Kak Reen benci dia?” Soal Hani lagi.

    “Kenapa nak benci dia?” Aireen menyoal balas.

    “Sebab dia kawan baik dengan…” Hani menggantung ayat.

    “Sudahlah Hani. Kita tak payah cakap pasal dia, boleh tak? Nanti tak pasal-pasal boleh tersebut nama orang yang tak sepatutnya. Dia nak berkawan dengan sesiapa, itu hak dia. Akak tak benci dia. Cuma, lebih baik kami buat hal masing-masing dan tak perlu nak ambil tahu pasal sesama sendiri. Ini adalah jalan yang terbaik untuk kami berdua,”

    “Tapi dia suka dekat akak. tadi masa dekat klinik, cara dia sebut nama Kak Reen pun bunyinya lain. Nampak macam rindu sangat. Takkan sebab dia tipu pasal berkawan dengan abang Amir aje, Kak Reen dah tak nak jumpa dia.”

    “Zera!” Aireen terus memanggil nama Zera. Kali ini nada suara macam dah berbunyi lain.

    “Drop the topic, okay? Kenapa tiba-tiba sebut nama orang tu pulak? Kan kita dah janji tak nak sebut nama dia lagi sampai bila-bila.”
Kali ini Zera terus tutup mulut, pandang Hani dan mereka tak berani nak bersuara apa-apa lagi dah. Apa lagi bila dengar nada suara Aireen yang sudah mulai lain macam. Kang tak pasal-pasal boleh bergaduh dan bertekak pula pasal hal remeh-temeh. Lagipun memang salah Zera, kenapa boleh sebut nama Amir? Walaupun nama tu tak ada maksud yang bukan-bukan atau tak baik, tapi amatlah dilarang sama sekali untuk disebut di sini. Di dalam rumah ni dan terutama sekali di depan Aireen. Kalau ikutkan memang semua orang dalam rumah ni tak suka nak sebut nama tu.

    Bila Zera dan Hani masing-masing dah tak berani nak buka mulut, terus Aireen menyambung menyiapkan diri. Tidak mahu topik yang dibangkitkan sebentar tadi mengganggu mood untuk keluar malam ni. Rafeeq ke, Amir ke. dua-dua tolak tepi jauh-jauh. Malas nak fikir dan malas nak layan. Malam ni nak tengok teater, nak pergi makan, dan nak lupa pada masalah. Macam hari-hari semalam yang berjaya dilalui tanpa menserabutkan kepala otak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 01:28 PM | Show all posts
*****

TEPAT jam 10.30 malam, teater yang ditonton akhirnya berakhir. Selesai menonton, Rayyan dan Aireen bergerak ke destinasi lain untuk menjamu selera. Memang mereka dah rancang hanya akan makan selepas tengok teater sebab tak mahu terkejar-kejar. Bila makan, mestilah nak borak-borak. Kalau pergi makan dulu tadi, tentulah tak boleh nak borak panjang, dah kena running pergi masuk dewan teater.

    Rayyan memberi hak kepada Aireen untuk memilih di mana saja lokasi makan malam mereka. Bila Aireen cakap nak pekena teh tarik dan roti nan dekat mamak, terus geleng kepala Rayyan mendengarnya. Pakai cantik-cantik dan vogue macam ni, tapi nak lepak kedai mamak? Oleh kerana awal-awal lagi Rayyan sudah berjanji akan setuju nak makan di mana saja tempat yang Aireen pilih, maka ke restoran mamak jugalah yang dituju mereka berdua. Ingatkan nak restoran eksklusif sikit malam ni. Rupanya mamak! Hai...

    “You know what? Ni kali pertama I keluar date dengan orang perempuan makan dekat mamak,” Kata Rayyan sebaik saja mereka selesai pesan makanan. Menggeleng kepala empat lima kali dengan riak muka macam tak berapa percaya.

   “Really? Takkan tak pernah makan dekat restoran mamak dengan perempuan lain sebelum ni?” Soal Aireen dengan mata dibesarkan.

   Rayyan geleng kepala lagi.

   “Kalau setakat lepak dengan kawan ramai-ramai, itu pernahlah. Tapi kalau untuk dating, tak pernah! Especially on the first date. First date kenalah tempat yang romantik sikit. And this mamak stall? Hmm. Very good choice, Aireen. Very, very good choice.” Rayyan angkat tangan kanan dan buat isyarat bagus.

    Aireen ketawa. “So we just consider this is not a date. boleh? Anggap makan malam biasa dengan kawan-kawan.”

    “Isy, mana boleh? Takkan you dah lupa deal kita. You kalah. So we’re officially girlfriend and boyfriend. Am I right?”

    Aireen ketawa lagi. Tak habis-habis si Rayyan ni dengan perkataan boyfriend-girlfriend dia tu. Bersungguh-sungguh sangat! Entah berapa lamalah agaknya kesungguhan dia tu. silap-silap esok dah bosan dan tak mahu mengaku boyfriend lagi dah. Playboy, bukannya boleh percaya sangat kesungguhan dia tu..

    Mereka berbual-bual. Sering kali perbualan mereka disertai dengan deraian tawa dari kedua-duanya. Bila dah bercerita, memang macam-macam benda menarik dan lucu yang hendak diceritakan. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan pelbagai situasi yang berlaku sepanjang mereka keluar bersama. Dan yang paling mereka suka dan ketawa sakan bila Fahmi yang cuba-cuba nak mengurat Beatrice. Bukan main cucuk jarum waktu mereka sama-sama main paint ball tapi akhirnya tayang muka terkejut dan kecewa bila Beatrice bawa tunang dia sekali masa main tenis kelmarin. Ternganga muka Fahmi tengok tunang Beatrice yang badannya tegap macam bodybuilder. Terus angkat bendera putih, takut kang tak pasal-pasal berderai gigi. Itu yang buat Aireen dan Rayyan tak habis-habis ketawa sampai sekarang ni.

    “I mula-mula memang tak yakin boleh menang. Fahmi tu power main tenis. Tapi I ingat mesti dia tengah bercelaru kepala otak masa tu, sebab tu you all boleh kalah.” Kata Rayyan sambil suap roti nan bersama ayam tandori ke dalam mulut.

     “Itulah. Fahmi nampak geram aje bila si Beatrice lap peluh dekat muka Raj. Agaknya yang bola terkena badan Raj tu, dia sengaja la. Elok-elok orang tu tengah duduk tepi gelanggang, dia boleh bantai smash kuat-kuat.” Aireen turut bersuara sambil tergelak-gelak kecil.

    “I should be thankful to both of them. Kalau bukan dia orang ganggu konsentrasi Fahmi hari tu, I mungkin akan kalah. Disebabkan mereka, I berjaya jadi boyfriend you. Entah-entah, satu hari nanti kalau tiba-tiba I nak deal dengan you untuk ajak kahwin pulak, kena mintak bantuan Beatrice dengan Raj lagi agaknya.”

    Kali ini suara tawa Aireen kuat. Rasa kelakar bila Rayyan boleh keluarkan perkataan kahwin. Amboi...amboi... kahwin konon. Tiba-tiba pulak eh?
Rayyan juga turut ketawa bila Aireen ketawa. Namun tawa mereka berdua diganggu oleh kedatangan seorang lelaki yang datang menegur Aireen. Terus tak jadi nak ketawa panjang-panjang.

    “Reen... lama gila tak jumpa kau!” Lelaki tersebut menegur dengan riak muka yang agak ceria dan terkejut.

    Aireen sengih lebar. Juga dengan muka ceria melihat lelaki tersebut.

    “Mus!” Aireen memanggil nama lelaki tersebut. “Dah lama kan? Bertahun-tahun! Kau apa khabar?”

    “Baik. Tengok badan la. Makin buncit,” Balas lelaki yang dipanggil Mus itu sambil tangan menunjuk ke arah perutnya yang agak bulat.

   “Orang kata, makin buncit maknanya makin seksi.” usik Aireen dan disambut dengan tawa kecil oleh mereka berdua.

    “Kau buat apa dekat sini?” Soal lelaki tersebut.

    “Datang makanlah. dengan kawan. Kenalkan, ini Rayyan. Ray, ini senior I masa dekat U dulu. Muslim.” Aireen memperkenalkan mereka berdua.

    Rayyan hulur tangan dan mereka bersalaman.

    “Si Zubai apa khabar? Dah lama tak jumpa dia jugak. Dah beranak belum?” Mus bertanya tentang Zubaidah.

    “Dia sihat. belum ada rezeki anak lagilah,” jawab Aireen ramah.

    Mus terangguk-angguk.

    “Kau ni, datang makan dekat sini sorang-sorang aje ke? Mana isteri?” Soal Aireen sambil pandang kiri kanan. Mencari-cari kelibat isteri sahabatnya itu.

    “Isteri dekat rumahlah. aku ada janji dengan Amir. Ni tengah tunggu dia la ni.”

    “Siapa?” Aireen menyoal sekali lagi.

    “Amir!” Lelaki tersebut mengulangi nama yang disebutnya sebentar tadi. Namun kemudian, tiba-tiba air muka lelaki tersebut seakan-akan berubah.
“Oh! Erm. Sorry. aku lupa pulak,”

    Aireen diam tak menyahut. Memang jelas sekali wajah Aireen ketika itu betul-betul berubah. Tidak seceria masa mula-mula bertembung dengan Mus tadi. Tapi dia kemudiannya cepat-cepat ukir senyuman. Walaupun dengan muka yang tiba-tiba kelihatan memucat.

    “Sorry, Reen. Aku lupalah.” Terdengar lelaki tersebut sekali lagi meminta maaf.

    “Isy... tak ada apalah. kenapa nak mintak maaf pulak. Dia kan kawan kau. Takkan aku nak marah kau jumpa dia pulak? Tak apalah. kau teruskan agenda kau malam ni. Nanti insya-Allah lain kali kita jumpa lagi,” Aireen senyum lagi. Senyuman yang nampak sungguh seksa kelihatan.

    “Ok, aku chow dulu. nanti bila-bila kita jumpa lagi. Kau simpan nombor aku lagi, kan?”

    Aireen mengangguk. Dia senyum dan lelaki tersebut sekali lagi hulur salam pada Rayyan dan terus berlalu pergi. Bergerak ke hujung restoran lalu melabuhkan punggung di situ seorang diri.

    “I dah kenyang. Jom balik?”

    “Balik?” Rayyan kerut dahi.

    Aireen mengangguk laju.

    “Cepatnya. Tak nak borak-borak dulu? Selalunya orang kalau lepak mamak mesti borak berjam-jam, ini baru habis makan dah nak balik?” Soal Rayyan bila tiba-tiba Aireen ajak dia balik.

    “I letih. Esok nak kerja. Tadi kita dah borak panjang, cukup-cukupla tu. kang esok-esok boleh sambung lagi,” jawab Aireen sambil senyum sikit. Dia capai tas tangan dan terus bangun. Tanda memang betul-betul mahu terus beredar.

    Rayyan yang pada mulanya nak ajak duduk lagi, terpaksa juga bangun. Apa lagi bila tengok Aireen yang dah angkat kaki dan terus keluar dari restoran. Eh, cepat sangat nak balik. Betul ke sebab letih?

     Rayyan terus pergi ke kaunter dan bayar harga makanan. Sebelum keluar, dia sempat toleh ke arah tempat duduk lelaki tadi dan nampak ada seorang lagi lelaki lain yang baru saja sampai. Kedua lelaki tersebut bertegur sapa seketika dan kemudian kedua-dua mereka menoleh ke arahnya. Lelaki yang bernama Mus mengangkat tangan dan senyum. Rayyan turut membalas dan terus melangkah keluar dengan hati tertanya-tanya.
Lelaki yang baru sampai tu Amir ke? Siapa Amir tu? Kenapa Mus terus berubah wajah bila terlepas sebut nama Amir? Dan paling tak faham, kenapa tiba-tiba minta maaf pula? Kenapa? Sebab apa? Dan Aireen, air muka dia terus saja berubah bila dengar nama Amir. Aireen cepat-cepat nak keluar dan balik tadi sebab lelaki bernama Amir tu ke? Apa masalah mereka semua ni? Eiii. apa kes pulak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 01:48 PM | Show all posts
wannienordin posted on 20-2-2014 12:12 AM
*****

      Rayyan memeluk erat lelaki yang sedang diraikan ulang tahun kel ...

Tersengih2 baca...hahahah.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 02:45 PM | Show all posts
wannienordin posted on 20-2-2014 12:58 AM
*****

      RAYYAN menutup mulut. Menahan kuap yang entah ke berapa kali. Sudahlah seme ...

Hhahahah...dasar playboya...nak tau gak sapa minah tuh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.379677 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list