CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wannienordin

My FLyinG Kiss GirL

[Copy link]
 Author| Post time 17-3-2014 10:09 PM | Show all posts
19

“RAY, repot yang aku mintak semalam mana? Kata pagi tadi nak letak atas meja aku, tak nampak pun?”
Rayyan toleh muka. Kalau tadi dia asyik pandang skrin komputer, sekarang ni terkebil-kebil melihat teman sejawatnya, Borhan yang tengah berdiri di sebalik pintu bilik. Separuh badan nampak, dan separuh lagi dilindungi pintu.

     “Repot apa?”

     “Repot pasal Amriah Holdings. Kelmarin kau cakap tak sempat nak handle client tu, nak handover dekat aku. Dari semalam aku dah mintak repot dia. Mana? Nanti tak sempat aku nak review, petang ni nak pergi meeting dengan board director dia orang dah.”

     “A’ah la. aku lupa pulak. Kejap!” Rayyan bangun dan pergi ke almari di tepi dinding. Mencari-cari seketika.

     “Nah! Sorry, aku tak ingat.” katanya sambil hulur buku yang sudah siap dikepilkan kepada Borhan.

      “Tak ada hal. hari ni kau duduk ofis aje ke? Tak keluar?” Borhan sambut kertas yang dihulurkan Rayyan.

     Rayyan geleng. “Hari ni aku cuma ada meeting dekat Public Bank petang. pukul tiga,”

     “Meeting dekat Public Bank? Eh, bukan meeting tu patutnya esok ke?” Soal Borhan pelik.

     “Esok? Esok hari apa? Meeting hari Rabu,”

     “Ya Allah, Ray. esoklah hari Rabu. Hari ni Selasa. Hari pun dah tak ingat?”

     Rayyan nganga mulut. “Hari ni baru Selasa? Mati-mati aku ingat Rabu! Nasib baik. kalau tak, buat malu aje aku pergi sana tengok-tengok salah hari!”

     Borhan ketawa. “Hari pun dah tak ingat. bahaya ni! Apa yang kau ingat. girlfriend?” Usik Borhan.

     Rayyan juga turut ketawa. Borhan ucap terima kasih lalu menutup daun pintu. Rayyan duduk semula di kerusi dan sambung kerja. Menaip dari pagi, dua muka surat pun tak habis-habis! Entah kenapa tiga empat hari ni bukan main lembap buat kerja. Tengoklah macam tadi, hari pun boleh tersalah? Betul-betul dalam sejarah.

     Baru dua tiga perenggan dia menaip, tiba-tiba dia tepuk dahi. Entah apa yang dia taip, merapu-rapu! Seharusnya laporan yang tengah ditaip sekarang ni mengenai Nilam Holdings, bukan Amriah Holdings. Amriah Holdings nama yang si Borhan sebut tadi. Macam mana boleh dibawa masuk ke dalam laporan ini pulak? Jauh benar beza ejaannya tu. Rayyan, kau ni dah nyanyuk ke. dah tak betul?

      Rayyan cepat-cepat membetulkan kesilapan sebentar tadi. Sambil-sambil itu dia geleng kepala. Baru saja kesilapan tadi diperbetulkan, muncul pula kesilapan-kesilapan yang lain. Penat jarinya nak taip, kemudian betulkan semula. Taip, salah, betulkan lagi. Haiyak! Kalau macam ni sampai bila kerja nak siap? Asyik salah aje. Menaip laporan yang senang pun susahnya macam nak kena buat ujian matematik tambahan. Salah, salah dan salah!
Macam mana tak salah taip, kalau mata aje pandang komputer, tapi otak dekat tempat lain! Jari-jemari aje dekat papan kekunci tapi fokusnya pada perkara lain. Buat kerja, tapi akal fikiran melayang-layang nun jauh di sana. Kalau macam ni, memang sampai esok pagi menaip pun takkan dapat siap. Tengok huruf-huruf ABCD, memang terbayang orang tu.

      Rayyan tarik nafas dalam-dalam. Tak jadi nak terus menaip, dia sandarkan badan. Pejam mata sambil-sambil tu ketuk kepala dua tiga kali. Jangan ingat dia, jangan ingat dia. kenapa nak ingat? Kan dah tak ada apa-apa. Dah putus, dah tak ada kena-mengena dengan dia lagi!
Pergi... pergi... fuh! Pergilah muka kau jauh-jauh. Tak nak terbayang muka kau lagi. Tak heran. tak heran. aku tak heran dengan kau. Tak nak. tak nak nampak muka kau. Pergi.... pergi!

     Rayyan seakan-akan membaca mantera ciptaannya sendiri. Berkali-kali diseru agar wajah tersebut lenyap dari ingatan. Disebabkan wajah tersebut, langsung kerjanya menjadi tergendala. Kerana wajah itu, langsung harinya jadi huru-hara. Dan kerana disebabkan wajah tersebut jugalah otaknya jadi macam tak betul sekarang ni. Kepala otak cakap jangan ingat, tapi hati tetap mahu ingat. ingat. dan ingat! Ya Allah. belum pernah hidup jadi lintang-pukang disebabkan seorang gadis. Kenapa mesti kerana dia, perasaan boleh tak tentu arah hingga begini sekali? Rindunya dengan wajah tu.

     Bila segala mantera-mantera yang diulang sebut langsung tidak mujarab, terus Rayyan buka mata. Bangun dan jalan mundar-mandir. Bercekak pinggang dengan seribu satu rasa yang mencengkam. Dia kemudian menyeluk poket dan mengeluarkan telefon bimbit. Dicari video kesayangannya lalu aksi yang dirakam berbulan lalu diulang tonton. Bibirnya mengukir senyum. Hilang seketika rasa gelisah di dalam hati. Terbang seketika rasa rindu.

     My flying kiss girl... I miss you so much!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2014 10:11 PM | Show all posts
*****

“HELLO, bro. Macam mana plan malam ni? Jadi tak, nak makan Mc’Donald?” Suara Fahmi di hujung talian menggamit gegendang telinganya.

     “Tengoklah. bergantung pada mood!”

     Fahmi ketawa. “Eh, nak pergi makan pun bergantung pada mood? Hai, takkan baru putus cinta dah jadi macam ni. Selalu relaks aje. Frust ke bro.”

     Rayyan mendengus. Tahu Fahmi sengaja hendak mengusik. “Kau dekat mana ni, bro?” Sengaja dia tukar topik.

     “Aku on the way balik ofis. Dalam kereta ni. tadi aku pergi Melawati. Ada kerja sikit dekat sana,”

     “Oh...” Rayyan balas pendek.

     “Eh bro, aku nampak Aireen lah!”

     “Ha?”

     “Aireen! Aku nampak dia. Baru keluar dari kedai pengantin ni.”

     “Aireen? Kau biar betul, bro.”

    “La... betullah! Dia dengan Zubai tadi. Sempat ni kalau aku nak berhenti dan pergi tegur. Kalau kau tak percaya, cakap sendiri dengan dia!”

     “Eh, buat apa aku nak cakap dengan dia pulak?!”

     “A’ah la. nak buat apa lagi? Kau kan dah putus dengan dia, lupa pulak aku!” Fahmi ketawa.

      Rayyan mendengus. “Bro, kau cakap tadi dia keluar dari kedai pengantin?”

      “A’ah! Alah, kedai yang jual barang-barang orang nak kahwin tu. kira kedai pengantin la.”

     Rayyan telan liur. Buat apa Aireen pergi kedai pengantin tu?

    “Mulai dari hari ni, kita putus! Pergilah dekat Rafeeq tu. I tak heran!”

     Maksudnya Aireen memang betul-betul pergi pada lelaki yang bernama Rafeeq? Dia betul-betul jadi kahwin dengan lelaki tu? Alamak. betul ke aku memang tak heran kalau Aireen dan lelaki tu berkahwin???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 10:18 PM | Show all posts
Rafeeq...rafeeq...rafeeq... x senang duduk betul Rayyan ni dgn nama Rafeeq kan? hikhikhik....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:46 AM | Show all posts
wannienordin posted on 17-3-2014 10:18 PM
Rafeeq...rafeeq...rafeeq... x senang duduk betul Rayyan ni dgn nama Rafeeq kan? hikhikhik....

ELOKLAH PILIH RAFEEQ DR RAYYAN DAH TENTU X TERUNA DAH TUH... TAKDE LER AIREEN TERSEKSA NAGN CINTA LAMA LAGI2 PANGAI BOYER JADIAN NIH...TAKKN CUKUP NAK NGAP SORANG TUH AJE...

AIREEN PLEASE PILIH RAFEEQ DEMI MASA DEPN BAHAGIA NGAN ANAK2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 01:41 PM | Show all posts
sellie003 posted on 18-3-2014 09:46 AM
ELOKLAH PILIH RAFEEQ DR RAYYAN DAH TENTU X TERUNA DAH TUH... TAKDE LER AIREEN TERSEKSA NAGN CINTA  ...

yeszzaa... mmg personally dr awl cm lbh tertarik ngn watak Rafeeq, nmpk cam rileks n tenang jek orgnya... heheheee....

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 02:41 PM | Show all posts
kan dah kantoi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2014 08:30 AM | Show all posts
gurlgals posted on 19-3-2014 01:41 PM
yeszzaa... mmg personally dr awl cm lbh tertarik ngn watak Rafeeq, nmpk cam rileks n tenang jek or ...

yup, mmg suka lagi si rafeeq kool jek walupun penh ditolk lamarannya...baik pom yea...yg mamat boya sorg tuh dahlah kaki betina...kaki sentap, moyan pom yea...bila reen x call boleh lak menyundal ngan org lain.. pastu pikir lak reen macm dia gak... jantanz x guna..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 09:22 PM | Show all posts
wawawaaaa... ramai pulak peminat Rafeeq ni ya? hikhikhik...

yela, Rayyan cpt sentap plak bila bab Aireen, padahal playboy patutnya ilek la kan? myb sbb dia CINTA sgt2 kut kt Aireen????

kikikiiii....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2014 09:41 PM | Show all posts
kita sambung lagi.....



20

“AKU punch dulu!”

     Aireen menjerit kecil. Kaki dihentak perlahan. Tangan pula bercekak di pinggang. Hari ni kalah pulak!

     “Sorry darling. hari ni aku menang!” Beatrice ketawa senang hati. Dia jelir lidah pada Aireen.

     Aireen mencebir. Lepas pada Beatrice selesai ketuk kad pada mesin punch card, dia pula mengambil tempat. Mengambil kad yang tertulis namanya lalu turut melakukan perkara yang sama seperti Beatrice tadi. Kalau nak balik kerja, memang beginilah selalunya. Berebut-rebut nak berlumba siapa yang dapat punch dulu. Bukan mereka berdua sahaja, pekerja-pekerja yang lain-lain pun sama. Kadang-kadang dah macam anak ayam berebut nak jadi orang pertama. Bila pagi-pagi nak masuk kerja, tak pula berebut macam ni.

     Aireen dan Beatrice jalan seiringan turun ke tingkat bawah. Bersama-sama dengan beberapa pekerja yang lain. Mereka berbual-bual. Sampai bawah, masing-masing berpecah. Beatrice menuju ke keretanya yang diletakkan betul-betul di hadapan pejabat, manakala Aireen terpaksa berjalan jauh sedikit lantaran ruang letak kereta yang telah penuh sewaktu dia sampai pagi tadi. Dekat sini biasalah, kalau lambat sikit memang jauhlah kena menapak!

     Baru Aireen berjalan beberapa tapak meninggalkan pintu utama pejabat, dia dikejutkan dengan kehadiran satu kelibat berhampiran dengannya. Memandang tenang ke arahnya lalu dihadiahkan sebuah senyuman tipis. Perlahan-lahan orang tersebut bergerak menghampiri dia yang terpaku akibat terkejut dengan kehadiran orang tersebut.

     “Reen, can we talk?”

     Aireen pandang wajah orang tersebut. Beberapa saat sebelum perlahan-lahan dia mengangguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 09:46 PM | Show all posts
*****

“I’M sorry for what I’ve said last time.”

     Aireen diam. Langsung tidak menyahut mahupun menyampuk apa-apa. Wajah lelaki yang sedang duduk berdepan dengannya ketika ini dipandang tenang. Suasana yang santai dan lengang di restoran KFC ketika ini memudahkan mereka berdua berbicara dengan aman. Dibiarkan saja lelaki itu meluahkan apa yang dimahunya. Nampak seperti ada riak gelisah yang terpancar diwajahnya ketika ini.

     “I tak maksudkan apa yang I cakap hari tu. I cuma marah sebab you tiba-tiba mintak putus,”

     Aireen diam lagi.

    “I terkejut! I ingat malam tu nak jumpa you sebab nak lepaskan rindu, tapi tiba-tiba I dapat tahu yang you tipu I. Tak sakit, you cakap sakit. Dan lepas tu pulak, you mintak nak putuskan hubungan kita. Jadi I naik angin. Tapi percayalah, I tak maksudkan apa yang I cakap tu.”

     “Tapi I betul-betul maksudkan apa yang I cakap dan mintak malam tu.” Kali ini Aireen bersuara.

     Rayyan kerut dahi. Kecil anak matanya memandang wajah Aireen.

     “I betul-betul nak break dengan you. I serius.” Tambah Aireen.

     “Tapi kenapa?”

     “Kan I dah cakap sebabnya, I dah tak nak main-main pasal hal ni lagi. cukuplah dua bulan kita berlakon jadi kekasih,”

     “Berlakon? Apa maksud you dengan berlakon? Bila masa pulak kita berlakon?”

    “Ray, as I said before, kita berdua tahu yang percintaan ni bukannya betul sangat pun. Bercinta sebab kalah tenis? Orang lain dengar pun tahu yang benda ni cuma satu benda main-main,”

    “Tapi I tak main-main!” Rayyan bersuara sedikit tinggi dengan riak wajah bersungguh.

     “I tak main-main dalam tempoh waktu dua bulan ni. Bila I cakap rindu, sememangnya I tengah rindu dekat you. Dan bila I panggil you sayang, bermakna I memang sayangkan you. Tak pernah main-main! Kalau tak, I takkan datang semula cari you hari ni. It means I’m really serious!”

     Aireen tergelak kecil. Dan tindak balas dari Aireen itu membuatkan Rayyan tak senang duduk.

     “Kenapa you ketawa? Tak percaya apa yang I cakap ni?”

     Aireen angkat dua-dua bahu. Dengan riak wajah yang bersahaja, nampak sangat yang sememangnya Aireen tak percaya dengan apa yang baru diluahkan oleh Rayyan itu.

     “Ok, kalau you tak percaya, I boleh buktikan!”

     “How?”

     “Let’s get married!”

     Aireen membesarkan biji mata. Pandang Rayyan dengan muka tidak percaya, namun kemudian dia ketawa. Ketawa yang lebih besar berbanding tadi.

     “Kenapa you ketawa pulak ni? I cakap betul!”

    Masih lagi Aireen tak berhenti ketawa. Sambil-sambil itu dia geleng-gelengkan kepala. “Kelakarlah bila dengar Romeo ajak I kahwin.” Katanya dengan diringi tawa.

    Rayyan hanya pandang Aireen dengan kerutan yang penuh di wajah. Macam tak percaya Aireen boleh ketawa bila dia luahkan hasrat nak berkahwin.

    “Ray... Ray... tak payahlah susah-susah nak kahwin. Baik you lupakan I. Move on and find a new girlfriend. Romeo macam you ni tak sesuai ada kekasih, apa lagi kalau beristeri!” Aireen ketawa lagi.

     “Yang you ni beria-ia sangat nak putuskan hubungan dengan I, kenapa?!”

     “Sebab I dah tak nak main-main-”

     “No! That is not the answer!” Cepat-cepat Rayyan memotong. “Tell me the truth, why?!”

     Aireen sandarkan badan. Susah juga nak bercakap dengan Rayyan ni. Tiga bulan mengenalinya, baru hari ini dia tahu yang Rayyan termasuk dalam kategori degil, keras kepala, tak faham bahasa dan yang sewaktu dengannya.

     “You want to know why? Okay, I’ll tell you why.” Aireen tarik nafas dalam.

     “Ingat lagi tak malam yang you ajak I keluar, tapi I tak boleh sebab dah janji dengan kawan?”

     Rayyan lantas mengangguk.

     “Well, actually malam tu patutnya I ada makan malam dengan bekas kawan sekolah. Tapi, tak jadi. Kawan I tu ada hal, jadi kami cancel dinner tu. Bila tak jadi keluar dengan dia, I call you untuk ajak you keluar. Tapi you tak angkat. I ingat you merajuk, jadi I pergi kondo you just to surprise my boyfriend kononnya. tapi you tahu apa yang I nampak?”

    Kali ini Rayyan tak cepat-cepat mengangguk. Menggeleng pun tak. Hanya telan air liur sebab rasa berdebar pula tiba-tiba. Adakah Aireen nampak dia dengan.....

    “I nampak you keluar dari kereta dengan seorang perempuan. Very sexy woman. dengan jelas I tengok you peluk dia, gesel-gesel badan dengan dia, pegang pinggang dia, dan you tahu apa yang I nampak sebelum pintu lif tertutup? Should I tell?”

     Rayyan masih mendiamkan diri.

     “I nampak you cium dia, Rayyan. I saw you.”

     Rayyan betul-betul kehilangan suara ketika ini. Aduh. memang tak sangka Aireen boleh nampak dia bawak Fifi balik rumah!

     “I sebenarnya tak marah. Sejujurnya perkara ni sikit pun tak ada buat I rasa naik angin. Rasa sakit hati, sedih sikit dengan kecewa tu adalah. Tapi taklah sampai nak mengamuk tak tentu pasal. Sebabnya, bila I dah nampak benda-benda tu, membuatkan I tersedar. Benda tu macam satu wake up call untuk I sedar tentang siapa you, siapa I, dan ke mana halatuju hubungan kita ni. I rasa kita tak sesuai. So, I want to keep it slow. Kalau boleh tak nak terlalu rapat atau selalu sangat keluar dengan you. Sebab tu I elakkan diri bila you call atau SMS. I ingat kalau I buat macam tu, lama-lama you akan bosan dan akhirnya tak ingat nak cari I lagi. This boyfriend and girlfriend things, it should be over now. You pun takkan rugi apa-apa kalau kita putus.” Panjang lebar Aireen bercakap.

     “Tapi I tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan tu.” Rayyan bersuara perlahan.

     Aireen sengih. “Tak ada apa-apa tapi sampai bawak balik rumah dan masuk bilik?”

     Diam, langsung tak terjawab.

     “Ray, you mungkin tengok I ni jenis yang tak kisah. Happy go lucky, havoc sana sini, but guess what? Deep inside me, I’m just a typical Malay woman. Kalau dulu I boleh sengih dan buat bodoh bila ada perempuan yang datang tiba-tiba dan cium pipi you, tapi kalau sampai tahap ke bilik tidur, I tak boleh terima benda-benda macam ni. Itu dunia you. Go ahead. I just cannot get along with you. Dunia kita berbeza,”

     Rayyan masih mendiamkan diri. Cuba untuk tenangkan hati setelah mengetahui bahawa sifat liarnya sudah terbongkar. Begitu juga dengan Aireen. Tidak lagi bersuara apa-apa. Hanya membiarkan Rayyan melayan perasaan.

     “I can change.” sebaris kata-kata yang keluar dari mulut Rayyan setelah agak lama mereka berdiam. “I sayangkan you, Aireen. I tak pernah rasa macam ni dekat perempuan lain. Kalau you nak putuskan hubungan sebab perangai liar I tu, I mintak maaf. I janji I takkan buat lagi,”

     “Ray...”

     “Kalau you sanggup maafkan I kali ni, I janji akan berubah. I takkan bawak balik mana-mana perempuan lagi. In fact, pandang perempuan lain pun tak. I cuma nakkan you aje sekarang ni.”

     “Ray, janganlah macam ni-”

     “I’m serious, Aireen! I tahu mungkin sekarang ni terlalu awal untuk you percayakan I. Tapi I akan buktikan pada you. I swear! I janji akan berubah!”

     Aireen mengeluh. Aduh. kenapalah masih lagi tak faham bahasa mamat ni? Kalau tahu macam ni perangai dia, dari dulu lagi takkan berkenalan dan berkawan dengan dia. Sengal!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 09:51 PM | Show all posts
ok next!



21

Aireen mengintai dari balik pintu. Memandang kiri dan kanan secara bersembunyi. Memerhati untuk beberapa minit. Apabila dirasakan semuanya selamat, dia melangkah setapak. Toleh sekali lagi ke kiri, kanan, depan dan belakang. Fuh, selamat! Hari ni tak nampak batang hidung dia. Aman hidup.

     Aireen membetulkan kemeja. Cepat-cepat dia berlari ke arah kereta yang diletakkan di seberang jalan. Ditekan punat kereta lalu tergesa-gesa memboloskan diri ke dalam. Dia kena cepat. Tak boleh berlengah-lengah. Nanti tak pasal-pasal terpacul pula muka orang tu dekat tepi tingkap ni. Baik cepat-cepat balik. Bukan senang nak dapat hari yang tenang dan aman tanpa sebarang gangguan macam ni.
Enjin kereta dihidupkan. Tak sempat nak tunggu enjin panas, terus saja gear reverse dimasukkan. Laju Aireen mengundurkan kenderaan lalu meluncurkan kereta meninggalkan kawasan letak kereta pejabat. Meninggalkan rakan-rakan yang lain yang masih lagi belum keluar dari bangunan pejabat. Hari ni dia adalah orang yang paling awal sekali keluar dari ofis, dia orang pertama yang punch card dan dia orang pertama yang balik kerja. Semuanya gara-gara nak lari. Semuanya disebabkan hari ni takut diganggu, didatangi dan juga disapa oleh makhluk manusia yang tak faham-faham bahasa. Rimas!

      Sudah seminggu selepas pertemuannya dengan Rayyan di KFC tempoh hari. Dan selepas pertemuan tersebut, nampaknya Rayyan seolah-olah macam naik hantu. Tak betul perangainya. Mereng kepala otaknya. Ingatkan pertemuan tersebut akan menjadi titik tolak tamatnya hubungan main-main antara mereka, tetapi rupa-rupanya tidak.

     Sepanjang seminggu ini, hari-hari Rayyan datang memujuk. Hari-hari Rayyan datang mengacau. Petang-petang nak balik kerja, dah terpacul batang hidung dia tengah tunggu tepi kereta. Hari-hari nak keluar makan tengah hari, dah muncul kelibat dia dengan tersengih-sengih nak belanja makan. Sampaikan memang semua orang dah cam dengan muka dia. Sampaikan satu pejabat ni dah usik-usik dan berlawak jenaka tentang perangai tak betul si Rayyan.

     Aduh... bila orang-orang di dalam bangunan tiga tingkat ni semuanya bergabung untuk mengusik, memang pening kepalanya nak jawab dan terangkan yang dia tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Rayyan, lelaki Romeo yang tiba-tiba gila meroyan!

     Aireen memandu dengan kelajuan sederhana menuju ke Wangsa Maju. Hari ini dia nak pergi gim. Boleh juga dia cuba angkat berat dan kuatkan otot. Mana tahu lengan ni boleh jadi kuat dan kasi pelempang sikit dekat si Rayyan tu. Cakap pakai mulut suruh jangan diganggu, tak faham-faham. Agaknya nak kena pakai kaki tangan baru reti bahasa mamat tu. Muka handsome, tapi sengal! Urgh.

     Masuk ke dalam gimnasium, Aireen terus tukar pakaian dan mulakan senaman. Hari ini dia keseorangan. Beatrice dalam tempoh dua minggu ni sibuk sangat dengan urusan perkahwinan dia. Tak sempat nak datang bersenam. Cynthia dengan Dilaila pula katanya hari ni tak dapat datang sebab sibuk dengan urusan kerja. Harapkan Saiful ajalah yang ada. Itu pun masih tak nampak batang hidung. Tak tahulah sama ada akan muncul ataupun tidak si Saiful hari ni. Kalau dia ada, boleh juga minta tolong Saiful nasihatkan sikit kawan dia yang tengah gila talak sekarang ni. Siang malam tak ada kerja lain, asyik nak mengganggu hidup orang saja. Merosakkan ketenteraman awam betullah!

     Harapan Aireen untuk melihat kehadiran Saiful di gim petang itu, nampaknya tidak kesampaian. Sama seperti ketiga-tiga sahabatnya, Saiful juga tidak datang hari ini. Tinggallah dia keseorangan bertungkus lumus membasahkan badan dengan peluh. Dua jam bersenam, dia mula bersiap-siap untuk pulang. Bosan hari ni sorang-sorang. Sudahlah satu hari ni dekat ofis bosan asyik kena usik dan jadi bahan gosip, datang bersenam pun masih kebosanan lagi. Nanti balik rumah nak ajak Zera, Hani ataupun Anis keluar. Biar relaks sikit. Biar hilang bosan. Biar seronok. Biar...

     Aireen tergamam. Baru saja dia nak angkat beg dan keluar, terus matanya dapat menangkap kelibat Rayyan yang baru masuk. Alamak! Ingatkan hari ni hidup akan aman tanpa gangguan, rupa-rupanya meleset. Tak datang kacau dekat pejabat, dia muncul dekat sini pulak! Tak boleh jadi, kena lari nampaknya.

     Aireen membongkokkan badan. Terkedek-kedek dia berlindung di sebalik apa yang ada disekelilingnya. Sikit demi sikit dia bergerak menghampiri pintu keluar. Dengan mata yang tak putus melihat Rayyan. Nampaknya lelaki itu tengah panjangkan leher. Mencari kelibatnya barangkali. Dan apabila melihat Rayyan bergerak ke arah bertentangan, cepat-cepat dia berlari ke pintu. Ditolak pintu cermin tersebut dan terus berlari keluar. Selamat. Cepat balik, cepat lari. Nanti Rayyan keluar cari dekat luar ni pulak.

     “Reen!”

     Alamak! Difikirkan dia sudah selamat tadi. Rupa-rupanya tidak. Dapat juga si Rayyan ni mengejar. Entah macam mana lelaki ni boleh nampak dia lari keluar tadi.

     “Reen!” Dengan langkah yang laju, Rayyan mengejar. Cepat-cepat menyaingi Aireen dan berdiri di hadapannya. Aireen cuba untuk mengelak. Ke kiri, ke kanan. Kiri dan kanan lagi. Tapi seboleh-bolehnya dihalang.

    “Reen, nantilah. ada benda nak cakap!”

     Aireen berdiri tegak. Nampaknya memang tak ada can langsung nak lari. Dengar ajelah apa yang mamat ni nak cakap.

     “Two minutes! Lepas tu kasi I balik,” Kata Aireen tegas.

     “Two minutes?!”

     “Start from now! One minutes fifty nine second.”

     “Okay… okay.” Rayyan angkat tangan. Tarik nafas dalam-dalam. Dua minit pun dua minitlah. janji dapat cakap dengan Aireen.

     “I dah fikirkan pasal hal kita.” Rayyan memulakan bicara.

     “I tahu yang you tengah marah dan tak percaya dekat I sekarang ni. Jadi, sebagai satu cara untuk buktikan yang I betul-betul nak berubah, I betul-betul nak dan sayangkan you, I dah buat keputusan.” Rayyan seluk poket.

     “I nak kahwin dengan you,” dikeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam saku. Diangkat tinggi separas muka Aireen. Dibuka kotak tersebut lalu terpancar kilauan dari cincin emas putih dan bertatahkan tiga butir berlian kecil.

     “I want to marry you.” Kata Rayyan lembut dan perlahan.

     Aireen tergamam. Baru saja mulutnya ligat mengira waktu yang diberikan untuk Rayyan sebentar tadi, tapi kini lidahnya kelu. Matanya membulat dan jantungnya seakan-akan berhenti. Rayyan melamar?

     “I dah fikirkan pasal hal ni. Dan I yakin, yang I memang betul-betul dah jatuh cinta dengan you. I tak pernah jadi gila ataupun tak betul kejar perempuan macam sekarang ni. I betul-betul nak berubah dan I harap you sanggup terima I. I tahu you adalah perempuan yang boleh dan mampu untuk ubah diri I. I pun dah tak nak jadi liar macam dulu-dulu lagi. Please. will you marry me?”

     Aireen diam tak berkuit. Dipandang ke wajah Rayyan yang betul-betul menunjukkan kesungguhan. Direnung anak mata lelaki itu yang benar-benar memancarkan keazaman. Lama dia memerhati. Hingga akhirnya mulutnya bersuara.

     “No.” Aireen bersuara perlahan. “Sorry, I can’t marry you,”

     Rayyan terpaku. Terkedu apabila lamarannya ditolak sebegitu sahaja oleh Aireen.

     Aireen bergerak sedikit. Mengambil laluan untuk melangkah. Beberapa tapak dia meninggalkan susuk tubuh Rayyan yang berdiri terpaku.

     “Siapa Rafeeq?”

     Aireen terhenti. Menoleh memandang Rayyan di belakang.

      “Siapa Rafeeq? Bakal suami you ke?”

     Aireen kerut dahi. Melihat Rayyan yang mula menapak menghampirinya semula.

     “You tolak lamaran I, sebab you dah janji nak kahwin dengan Rafeeq. Betul?”

     Aireen geleng. Waktu itu Rayyan sudah betul-betul berdiri di hadapannya semula.

     “Tipu! I dengar masa bachelor party Beatrice hari tu, si Rafeeq ajak you kahwin. Dan baru-baru ni, Fahmi nampak you dengan Zubai baru keluar dari kedai pengantin. You nak kahwin dengan dia, kan? Sebab tu you mintak break dengan I, dan sekarang ni pulak you tolak lamaran I. You nak kahwin dengan dia!”

     “No!” suara Aireen naik tiga harkat. “I tak pernah setuju nak kahwin dengan sesiapa. Dengan Rafeeq pun I tak nak kahwin, dengan you pun I tak ingin!”

      “Habis tu kalau bukan dengan Rafeeq, dengan siapa? Dengan Amir?!”

      Mata Aireen semakin membulat.

      “Siapa Amir, Reen? Kalau bukan si Rafeeq tu bakal suami you, jadi dengan siapa yang you nak? Dengan I you tolak, Rafeeq pun tak nak, jadi siapa? You nak kahwin dengan siapa?”

      “Dengan sesiapa pun I tak nak kahwin!” Jerit Aireen sekuat-kuat hati. “You tahu tak, perkataan kahwin adalah perkataan yang paling I benci dalam hidup ni! I tak nak kahwin, I tak ingin nak hidup serumah dengan lelaki yang hanya tahu cakap perkataan kahwin, tapi tak tahu nak menilai erti sebenar sebuah perkahwinan! Especially lelaki macam you! Romeo yang hanya tahu nak kejar perempuan, tapi bila dah dapat, dibuang macam kucing kurap. Go to hell dengan niat nak berubah you tu. I’m not buying it!”

      Aireen cepat-cepat melangkah. Langsung tak pandang kiri kanan. Meninggalkan kelibat Rayyan yang terkedu melihat tindak balas Aireen yang langsung tidak diduga tadi. Nampak benar Aireen marah. Jelas benar rasa meluat bila menyebut perkataan kahwin sebentar tadi. Sinar mata Aireen benar-benar menunjukkan bahawa dia sememangnya benci bila diajak kahwin.
Aireen mendengus. Aku tak nak kahwin tahu tak?! Aku tak nak kahwin dengan kau, dengan Rafeeq atau dengan sesiapa sekalipun! Yang tak pasal-pasal melamar aku ni kenapa? Aku tak suka! Tak suka! Aku sangat benci perkataan kahwin tu, tahu tak? Bodoh! Rayyan memang bodoh! Geramnya!

      Aireen menjerit sendiri di dalam hati. Sakit hatinya hati, tak putus-putus dia menyumpah-seranah lelaki yang baru saja meluahkan perasaan untuk memperisterikannya. S.E.N.G.A.L. Maksudnya sengal!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 09:54 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 7-3-2014 02:32 PM
i rasa lps ni mesti rayyan ajak aireen kawin...
dh la nk ajak kapel jenuh memujuk dan 'mengugut'.. ...

heheheeee... nmpknya firasat awk jd kenyataan, nah! Rayyan dah meroyan nk ajak kawen dah tueeeee....



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 08:54 AM | Show all posts
harap2 jgn jd cam cite ariana rose yg kahwin ngan playboy t.adam tu.
biar reen dpt jodoh yg suci murni n ray betul2 bertaubat tanpa terbabit ngan sebarang wanita.
kata ikhlas kannnnnnnnnnnnn

p/s..memandai je. maaf yea
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 12:15 PM | Show all posts
wannienordin posted on 20-3-2014 09:54 PM
heheheeee... nmpknya firasat awk jd kenyataan, nah! Rayyan dah meroyan nk ajak kawen dah tueeeee.. ...

teruk meroyan si rayyan kali ni...

patut airenn bg je se-das td... kata dah angkat berat nk bina muscle...


nak tgk tindakan rayyan seterusnya... playboy mabuk kepayang... hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 04:06 PM | Show all posts
wannienordin posted on 20-3-2014 09:51 PM
ok next!

taulak cemburu...tp cemburu gila2 nih...jenuh ler reen nak nyorok...mmg dah jangka reen tau skandal si ray nih...kira kantoi gak ler... yg salute reen very cool...suka watk horein camni...kalu jantan tuh x leh pakai...blah aje selagi boleh...

wannie syg...bg ray ni kena flying kick girl si reen nih...mana tau waras otak cemburu & moyan dia...huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2014 12:10 PM | Show all posts
kenapaaku posted on 21-3-2014 08:54 AM
harap2 jgn jd cam cite ariana rose yg kahwin ngan playboy t.adam tu.
biar reen dpt jodoh yg suci mu ...

hehehehee.. nk tau Reen bertemu jodoh ngn Ray si kaki boya atau tidak, nantikan seterusnya! ahaks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2014 12:12 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 21-3-2014 12:15 PM
teruk meroyan si rayyan kali ni...

patut airenn bg je se-das td... kata dah a ...

a'ah la kan? patutnya kena tunjuk skill la sket, sia2 je da praktis angkat berat tp tidak diaplikasikan... mungkin boleh apply dlm bab y seterusnya kut?
kasi citer ala2 18SG pulak, hahahahaaa....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2014 12:15 PM | Show all posts
sellie003 posted on 21-3-2014 04:06 PM
taulak cemburu...tp cemburu gila2 nih...jenuh ler reen nak nyorok...mmg dah jangka reen tau skanda ...

Dear sis, sy actually kalo tgk citer drama/movie atau baca buku ke, sy x suka watak heroin y terlalu baik atau lembut, suci murni gitu...

myb sebab sy bkn org gitu agaknya, ala2 kepala angin jd terbawa2 la nk bt watak pompoan pun haruslah ada tegas sikit, tp nk kasi brutal sgt pn x blh takut org lain x suka plak kan? kan? kan?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2014 12:21 PM | Show all posts
nah, amek lg! hehehee...

22

MATANYA meliar memandang sekeliling. Tidak seperti malam-malam sebelumnya, malam ini suasana di restoran tersebut agak lengang. Air pancur yang menghiasi halaman landskap di hadapan restoran ini begitu menyamankan suasana. Alunan gitar yang dimainkan secara perlahan oleh seorang anak muda di atas pentas, sedikit sebanyak dapat memeriahkan keadaan. Setelah penat seharian bekerja, menikmati suasana indah begini sambil menjamu selera memang mendamaikan.

     Rayyan melepaskan keluhan. Dirinya kini terasa amat-amat berlainan sekali. Keadaan dirinya sehari-hari ternyata terlalu berbeza jika dibandingkan dengan jalan hidup yang dilalui sebelum-sebelum ini. Belum pernah lagi dia duduk keseorangan sambil melayan perasaan. Jika dahulu, masa lapangnya diisi dengan pelbagai aktiviti. Jadual sehariannya sentiasa sahaja padat. Waktu malam-malam begini, sudah pasti dia akan menghabiskan masanya di disko-disko sambil dikelilingi oleh wanita-wanita yang cantik, seksi dan menggiurkan. Kalau bukan di disko pula, sudah tentu dia akan mengajak teman-teman setianya untuk bermain tenis di kelab ataupun di gelanggang kondo rumahnya. Tak kisahlah apa jua yang dilakukan, yang pastinya bukan duduk berangan sambil mengeluh-kesah seperti sekarang ini.

     Tetapi sejak akhir-akhir ini, dia bagaikan tiada kudrat untuk melakukan semua itu. Dia bagaikan tidak mempunyai semangat untuk keluar berhibur. Jiwanya terasa sungguh berat untuk kembali bersuka ria seperti dahulu. Hatinya tidak langsung berlonjak-lonjak untuk ke tempat-tempat begitu lagi. Semuanya dirasakan bagaikan satu benda yang sungguh sia-sia. Perasaannya kosong. Belum pernah lagi hati terasa sebegini kecewa. Tidak pernah sekalipun dia berasa kesedihan yang sebegini.

     Sejak kecil, dia tidak pernah kenal apa itu erti kecewa. Apa yang diinginkan pasti akan diperoleh. Jarak usia yang jauh di antara dia dan Myra menyebabkan hidupnya sentiasa dimanjai. Begitu juga di dalam bab pelajaran mahupun berkawan. Tidak pernah sekalipun dia gagal dalam kedua-duanya. Sentiasa menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa juga mendapat mana-mana perempuan yang dimahunya.
Tetapi kali ini, barulah pertama kali dia kenal erti hampa. Sejak mengenali wanita yang bernama Siti Aireena, barulah dia mengerti apa itu rasa kecewa.
     Pertama kalinya dia tidak dapat memiliki sesuatu dengan sebegitu mudah. Dia mahukan gadis itu. Dia perlukan Aireen di sisinya, tetapi mengapa hasratnya itu ditolak mentah-mentah sebegitu sahaja? Mengapa Aireen tidak cuba untuk berlembut dan sekurang-kurangnya memberi peluang yang kedua-dua?

     Sekali lagi Rayyan mengeluh. Kotak yang tersimpan cermat di dalam kocek seluar dikeluarkan. Dibuka lalu direnung cincin tersebut. Cincin yang dibeli olehnya ketika sibuk mencari peluang untuk mendekati Aireen. Ketika itu, dia sendiri tak tahu untuk apa dan pada siapa cincin itu harus diberikan. Namun, setiap yang berlaku itu bagaikan sudah diatur dengan sebaik-baiknya. Kini dia tahu dan yakin cincin itu untuk siapa. Jari manis siapa yang harus disarungkan cincin tersebut.

     Secara jujur, dia sendiri kurang faham apa yang ada pada gadis itu hingga menyebabkan dia jadi begini. Apa istimewanya sangat Aireen itu hingga berjaya menjadikan dia, lelaki yang tidak pernah kenal erti setia bertukar menjadi kalut dan tidak tentu arah sampai macam ni. Tak lalu makan, tak boleh tumpukan perhatian pada kerja dan mungkin juga tak ada semangat nak terus hidup kalau gadis itu masih terus mengelakkan diri darinya.
Adakah kecantikan Aireen yang menjadikan dia gila bayang begini? Atau keseksian gadis itu yang menyebabkan dia terhegeh-hegeh sampai macam ni? Kedua-duanya bukan! Dia sudah bertemu dengan berpuluh-puluh wanita yang jauh lebih cantik dan seksi dari Aireen. Tetapi mereka itu langsung tidak dapat membuatkan hatinya jatuh kecundang.

     Aireen mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sifatnya yang gila-gila, senyumannya yang tidak dibuat-buat dan juga bicaranya yang selamba. Dan wajah panik yang sesekali menjelma, membuatkan Aireen kelihatan comel. Bila dia kelam-kabut, bibir ini pasti akan tersenyum dengan sendiri melihat telatah gadis itu. Ah. kata-kata pujian dari lelaki yang sedang angau. Tiang yang dipadankan dengan baju pun pasti dikata comel dan ayu sekiranya wajah Aireen yang terbayang-bayang.

      Jadi jika sudah kemaruk angau begini, seharusnya diri perlu diubati dengan segera. Jika tidak, penyakit kemaruk itu akan melarat dan merebak dengan lebih serius. Dan ubat kepada penyakitnya ini hanya terdapat pada Aireen seorang sahaja. Tidak ada sesiapa yang mampu menyembuhkan penyakit kemaruk ini melainkan gadis itu. Kemaruk pada keasyikan cinta. Cinta pada wanita yang dirasakan sungguh hebat kerana mampu membuka rasa cinta pada lelaki mata keranjang sepertinya.

     Tetapi masalahnya, adakah penyakit kemaruk cinta ini hanya dialami oleh dia seorang? Adakah gadis yang bernama Aireen itu perlu mengubati penyakitnya sahaja atau ada lelaki lain yang perlukan rawatan yang sama sepertinya juga? Terkena penyakit angau dan kemaruk cinta pada Aireen.
Itu sudah semestinya! Kalau dia, si mata keranjang ini pun boleh sakit tenat hingga sebegini, apa lagi lelaki-lelaki yang lain? Sudah tentu ada yang lain terkena panahan cinta dari Aireen juga. Dia sendiri sudah bertemu pesakit yang lain itu. Lelaki yang bernama Rafeeq. Seorang lelaki yang tidak kurang kacak jika dibandingkan dengan dia. Dan kalau bukan Rafeeq, mungkin juga Amir. Lelaki yang sudah beberapa kali didengari namanya namun belum pernah lagi menemui orangnya. Rafeeq dan Amir!

     Siapa Rafeeq dan siapa Amir? Jawapannya harus diketahui malam ini juga!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2014 01:19 PM | Show all posts
*****

“HAI!”

     Diangkat muka tinggi. Dua susuk tubuh yang baru sahaja sampai disambut dengan senyuman. Walaupun dia sendiri terasa senyuman tersebut tersangatlah hambar, namun sekurang-kurangnya perlu juga dia menunjukkan bahawa kedatangan mereka itu dialu-alukan.

     “Sorry lambat.”

     Dua kerusi yang terletak di hadapan Rayyan ditarik. Kedua-dua mereka yang baru tiba membetulkan kedudukan lalu terus disapa oleh pelayan restoran. Dibiarkan beberapa ketika pasangan tersebut membelek menu, lalu kedua-duanya memesan makanan yang diingini.
Zubaidah pandang Rayyan bila dia selesai membuat pesanan. Senyum sedikit pada lelaki itu. Nampak wajah Rayyan yang tidak seceria selalu. Lazimnya, wajah Rayyan sentiasa kemas dan mempesona. Tetapi malam ini, ada kekeruhan yang terpancar pada wajah kacak tersebut.

    “Eh, ada cincin,” terdengar suara Zera yang berada di sebelah Zubaidah. Dia mengalihkan pandangan lalu jatuh di atas meja. Cepat-cepat dia mengambil kotak cincin tersebut lalu dikongsi belek bersama-sama dengan adiknya itu.

     “Ray, lawanya cincin!” Puji Zubaidah.

     Rayyan angkat kening. Kalau cincin tu lawa tapi tak ada orang yang sudi nak pakai, nak buat apa!

     “It’s for Aireen.” ujar Rayyan pendek.

     “Aireen?” Zubaidah mengulang sebut.

     Rayyan angguk. “Cincin untuk melamar dia.”

     Bulat mata Zubaidah dan juga Zera. Mereka saling berpandangan. Lepas tu masing-masing pandang Rayyan dengan mata yang masih membulat.

     “Really? Bestnya!” jerit Zera dengan nada teruja.

     “Best? Apa yang best kalau lamaran yang dibuat, ditolak begitu saja? Orang ajak kahwin, terus dia cakap no!”

     Kali ini mata kedua-dua mereka tidak lagi sebulat tadi. Fikir Rayyan, mereka akan terkejut bila mendengarkan Aireen menolak lamarannya, tetapi kelihatannya kedua-dua mereka tenang mendengarnya. Tiada riak terkejut berbanding ketika mendengar tentang dia melamar Aireen.

     “Kau tak tanya kenapa dia tolak?” Zubaidah menyoal.

    “Nak tanya macam mana kalau waktu nak melamar pun kena cakap kelam-kabut, takut dia lari. Tapi aku dapat rasa, dia tolak lamaran ni sebab dia nak kahwin dengan Rafeeq.”

     “Rafeeq? Abang Ray kenal doktor Rafeeq ke?” kali ini Zera pula bertukar tanya.

     Oh, lelaki tu doktor ke? Aduh, bertambah tercabar pula mendengarnya!

     Rayyan geleng.

     “Tak kenal. Tapi dulu pernah terdengar dia dengan Aireen bercakap. Banyak kali sebut pasal kahwin. Dan baru-baru ni, Fahmi nampak Aireen dengan kau, Zubai baru keluar dari kedai pengantin. Jadi dah tentulah kau orang berdua tengah pilih barang-barang untuk majlis kahwin dia dan doktor Rafeeq tu, kan?” Rayyan pandang Zubaidah.

     Zubaidah sengih. “Aku rasa kau dah salah faham ni.”

    Rayyan kerut dahi.

     “Hari tu, aku dengan Aireen pergi butik pengantin sebab nak tolong Beatrice. Aku ada butik, jadi dah biasa dengan tailor-tailor yang buat baju pengantin. Jadi, Beatrice mintak tolong aku. Bila kebetulan dah pergi butik, jadi kami singgahlah kedai peralatan kahwin untuk tengok-tengok. Bukan sebab Aireen nak kahwin. Dia tak pernah cakap pun yang dia nak kahwin dengan Rafeeq.” jelas Zubaidah.

     Rayyan diam.

    “Aireen dengan Rafeeq dah berbulan-bulan tak berhubung. Apa lagi merancang nak kahwin. Kalau betul mereka nak kahwin, mesti sekarang ni kita orang pun dah sibuk buat persiapan.” sambung Zubaidah lagi.

     Rayyan tarik nafas. Ternyata dia salah faham. Aireen bukan menuju ke alam perkahwinan dengan si Rafeeq tu.

     “Aku perlukan penjelasan. Kalau boleh aku nak tanya Aireen, tapi selalu keadaan tak mengizinkan. Sebab tu aku ajak kau orang berdua keluar, untuk jelaskan segala-galanya. kau orang sepupu Aireen yang paling rapat, mesti tahu semua cerita. Siapa Rafeeq? Dan siapa Amir? Aku betul-betul pening sekarang ni. Hari tu aku dengar Rafeeq ajak Aireen kahwin, lepas tu pulak sebut nama Amir. Dulu pun aku pernah dengar kawan dia sebut nama yang sama. Tell me, who is Rafeeq and Amir in Aireen’s life?”

     Sekali lagi Zubaidah dan Zera berpandangan. Terkebil-kebil kedua-duanya. Nampak seperti Zera memberi isyarat mata agar Zubaidah sahaja yang bersuara menerangkan keadaan. Kedatangan pelayan yang membawa makanan menyebabkan perbualan mereka terganggu seketika. Rayyan dengan sabar menunggu penjelasan dari kedua-dua mereka. Harapannya agar tanda tanya ini akan segera terhapus dengan kehadiran sepupu-sepupu Aireen pada malam ini.

     “Amir tu bekas suami Aireen...” ringkas ayat yang keluar dari mulut Zubaidah. Namun, walaupun ringkas tetap juga membuatkan jantung Rayyan bagaikan terhenti. Bekas suami?

     “Dulu aku, Aireen dengan Amir satu Universiti. Di sanalah Aireen berkenalan dengan Amir dan seterusnya bercinta. Amir merupakan senior yang boleh tahan famous dekat U tu. Sebelum bercinta dengan Aireen, Amir pernah bercinta dengan sorang perempuan lain, tapi terputus sebab katanya keluarga Amir tak suka dengan perempuan tu. Setahun lepas tamat pengajian, Amir dengan Aireen ambil keputusan untuk berkahwin. Tapi sayangnya, perkahwinan tu hanya mampu bertahan dua tahun sahaja. Sekarang ni, dah lima tahun Aireen hidup sendiri dengan membawa gelaran janda muda.” terang Zubaidah lagi tanpa perlu diminta.

    “Dulu-dulu Amir tu nampak macam baik, boleh dipercayai, tak pernah buat perangai. Tapi rupa-rupanya.” Zubaidah geleng kepala.

    “Tiga hari sebelum majlis kahwin, kita orang ada buat bachelor party. Almaklumlah, Aireen dengan Amir adalah pasangan pertama yang berkahwin dari kalangan kawan-kawan. Tapi, entah macam mana masa tengah happy-happy tu, ex-girlfriend Amir datang jumpa Aireen dan cakap yang dia dah bernikah secara senyap-senyap dengan Amir. Of course lah Amir tak mengaku. Jadi, Aireen percayakan dia. Teruskan juga perkahwinan. Mula-mula tu, mereka bahagia. Tapi tak lama. Setengah tahun aje, Amir mula buat perangai. Selalu tak balik rumah, bila balik pulak selalu marah-marah. Alah, macam yang biasa kita tengok dekat dalam TV tu. Macam tulah yang jadi pada Amir dan Aireen. Kadang-kadang tu, sampai dua tiga bulan si Amir langsung tak tunjuk muka. Dua tahun Aireen hidup tunggang terbalik. Cuba nak pertahankan rumah tangga dia, tapi Amir memang buat perkahwinan mereka macam tak ada nilai. Bila disiasat, barulah tahu apa yang ex-girlfriend Amir cakap masa bachelor party tu rupa-rupanya betul. Memang mereka dah bernikah dan sebenarnya, hubungan mereka tak pernah terputus pun! Amir bercinta, berkahwin dengan Aireen semata-mata sebab nak tutup dari pengetahuan keluarganya yang dia dengan perempuan tu masih lagi bersama,”

     “Bila rahsia dah pecah, mulalah Amir dan Aireen bertekak. Gaduh punya gaduh, Amir lafazkan talak. Kena pulak masa tengah bergaduh tu Amir dapat incoming call dari hospital cakap yang isteri dia tu tengah sarat nak beranak. Terus dia keluar rumah. Langsung tak pedulikan Aireen. Dipendekkan cerita, masa Amir tengah seronok sambut baby, Aireen pulak kena berendam air mata sebab keguguran. Kena cerai, kandungan gugur dan suami pula sambut anak dengan perempuan lain. Semuanya berlaku serentak.” dengan panjang lebar Zubaidah bercerita. Sambil-sambil itu dia sumbat bihun goreng ke dalam mulut.

     “Amacam? Sama seperti dalam drama tak, kisah si Aireen ni?” Sambung Zubaidah lagi dengan tersengih-sengih.

     “Walaupun ala-ala drama swasta, tapi itulah hakikat yang berlaku dalam hidup dia. Sekarang ni si Amir tu dah hidup bahagia. Dengar-dengar cerita, anak dah dua dan keluarga dia pun akhirnya terima perempuan tu. Amir sikit pun tak heran dengan apa yang jadi pada hidup Aireen. Datang mintak maaf pun tak pernah. Dengan kawan-kawan pun dia boleh buat selamba, macam tak ada benda yang jadi. Kadang-kadang, aku tengok macam terbalik pulak. Amir yang buat hal tapi Aireen yang malu nak jumpa kawan-kawan. Sampaikan kalau ada alumni pun dia tak nak pergi semata-mata takut terserempak dengan Amir. Tapi jantan tu buat dek. jumpa dengan aku pun boleh borak-borak biasa sedangkan aku ni sepupu Aireen. Tayang muka tak bersalah. Sebab tu, Aireen benci sangat dengan Amir. Kami semua benci dia. Nama yang paling tak boleh disebut dan diucap ialah Amir. Muhd Amir Zani Bin Saifuddin. The worst man ever!”

     Rayyan mendiamkan diri. Menumpukan sepenuh perhatian pada cerita yang disampaikan oleh Zubaidah. Dia tak tahu nak beri reaksi apa pada cerita tersebut. Ada rasa terkejut, ada rasa tidak percaya. Berbaur pelbagai rasa. Patutlah Aireen macam tak suka bila disuruh mengendalikan bachelor party Beatrice dengan Raj dulu. Rupa-rupanya ada sejarah hitam!

     “Rafeeq?” Rayyan menyoal. Kisah Amir dan Aireen sudah diketahui, jadi bagaimana pula dengan Rafeeq? Apa pula kisah Aireen dan lelaki tersebut.

     “Rafeeq...”Zubaidah berhenti seketika. Menyedut minuman.

     “Rafeeq tu kawan baik Amir.”

     Rayyan buat muka tak faham.

     “Setahun selepas bercerai, Aireen berkenalan dengan Rafeeq. Lama juga mereka berkawan. Bertahun-tahun. Dan secara jujurnya, aku rasa hubungan mereka tu boleh dikatakan kategori serius. Keluarga semua dah tahu. Tapi malangnya, beberapa bulan yang lepas terbongkar rahsia yang si Rafeeq tu rupa-rupanya bekas kawan sekolah Amir! Masa sekolah rendah dulu mereka kawan baik. Lost contact bila masing-masing sambung belajar. Katanya mereka berjumpa dan berhubung semula beberapa bulan sebelum Amir dan Aireen berkahwin. Tapi Aireen tak pernah jumpa atau kenal Rafeeq sepanjang dia bersama dengan Amir. Amir tak pernah kenalkan mereka berdua.” Zubaidah berhenti sekejap untuk sedut minuman lagi dan sambung semula.

     “Bila dah tahu tentang hubungan Amir dengan Rafeeq, Aireen tak boleh terima. Dulu, kena tipu hidup-hidup dengan Amir, dan sekarang ni dengan kawan baik Amir pulak. Apa lagi bila dapat tahu doktor yang sambut kelahiran anak Amir dulu, ialah doktor Rafeeq. Lagilah bertambah geram dan sakit hati. Aireen punyalah bercerita segala kisah silam dia pada Rafeeq, tapi rupa-rupanya semua cerita tu Rafeeq dah tahu. Dia dah lama kenal Aireen. Aireen aje yang tak kenal dia! Pandai betul si Rafeeq tu simpan rahsia pasal dia dan Amir.”

     Rayyan geleng kepala. Hai, betul-betul macam kisah drama. Kalau nak dimasukkan ke kaca TV, boleh la ambil Fasha Sandha atau Rita Rudaini untuk berlakon watak si Aireen. Mesti meleleh-leleh air mata penonton dekat rumah tu.

     “Rafeeq tu nampaknya macam sedih sangat bila Aireen dah tak nak berkawan dengan dia. Berkali-kali dia cakap yang dia rahsiakan pasal hubungannya dengan Amir sebab tahu Aireen takkan boleh terima kalau tahu hal yang sebenarnya. Dia kata dia dah lama sukakan Aireen, jatuh cinta sewaktu Aireen masih lagi menjadi isteri Amir. Rafeeq sendiri tak sangka Amir sanggup buat Reen macam tu. Dia tak nak disebabkan Amir, peluang dia untuk kenal dan berkawan dengan Aireen terbantut. And as expected, memang betul pun! Sekarang ni, mana si Aireen tu nak layan dia lagi dah. Tengok muka si Rafeeq pun kalau boleh tak nak!” Zubaidah sambung lagi.

     “To be honest abang Ray... kehadiran abang betul-betul di saat hubungan kak Reen dengan abang Rafeeq sedang dilanda masalah. Kalaulah tahun lepas abang muncul, nescaya tak mungkin abang akan dapat berkawan rapat dengan kak Reen macam sekarang. Dulu mereka berdua tu memang saling sayang-menyayangi, sayangnya boleh dilanda masalah pulak. Kalau tak, mesti tak ada can abang Ray nak jadi boyfriend kak Reen,” sampuk Zera yang sedari tadi membiarkan kakaknya sahaja yang bercerita.

     Rayyan sandarkan badan. Sekarang ini, barulah dia tahu hal yang sebenar. Barulah dia faham tentang kisah hidup wanita pujaannya itu. Berliku-liku!

     “Bila kau cakap dia tolak lamaran kau, kami memang tak terkejut pun. Sememangnya semua dah menjangka yang bukan mudah nak lembutkan hati Aireen untuk kembali semula ke alam perkahwinan. Kalau orang lain ada masalah fobia dengan ketinggian, fobia dengan darah, tapi si Aireen ni pulak masalah dia fobia dengan perkahwinan. Dia pernah cakap, kalau boleh dia dah tak nak kahwin sampai bila-bila!”

     “Takkan sampai macam tu sekali?”

     Zubaidah angguk dengan yakin.

     “Kalau bukan sebab fobia dengan perkataan kahwin, pastinya dah lama si Aireen tu kahwin dengan Rafeeq. Dulu-dulu Rafeeq tak berani nak ajak kahwin sebab tahu Aireen tak bersedia lagi. Sayang, sekarang bila dah jadi macam ni baru sibuk nak ajak kahwin. Lagilah si Aireen tu tak nak. Tak tahulah kalau-kalau kau mampu untuk buat dia setuju. If yes, you must be lucky than him.”

     “Kak Aireen tu, kalau dari luaran memang nampak ceria. Nampak sentiasa happy, tapi degil! Kalau dia dah tak sukakan sesuatu benda tu, memang mati-mati dia takkan suka!” Zera menyampuk lagi dengan penuh bersungguh hingga menyebabkan Rayyan terus bersandar tanpa bergerak-gerak.

     Rayyan ketap bibir atas bawah. Kata-kata Zera itu mengundang resah di hati. Kalau memang Aireen betul-betul berazam untuk tidak mahu berkahwin sampai bila-bila, macam mana? Cincin yang ingin disarungkan ke jari manisnya itu, adakah perlu dicari saja pengganti yang lain? Lagipun Aireen tu janda, mahukah dia berkahwin dengan janda? Mahukah dia mencuba untuk pulihkan semula kepercayaan Aireen terhadap institusi perkahwinan dan membuktikan bahawa tidak semua lelaki itu seperti Amir? Bagaimana?

     Macam mana, Rayyan? Apa yang kau nak buat selepas mengetahui segala-galanya ini???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.102351 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list