CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2858|Reply: 1

Projek dan bisnes Hartanah - apakah risiko pelabur.

[Copy link]
Post time 25-2-2014 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Saya ingin nasihatkan kepada sesiapa yg teruja untok melabur didalam bisness hartanah. Sebabnya ramai yang sudah terkena. Saya sendiri telah hilang pelaburan RM260,000 setelah masokan wang ke dalam Syarikat kepunyaan Azlan Kazaidin - Jari Hijau. DSyarikat ini telah tutop dan Azlan telah di bankrapkan.

Banyak syarikat yang diujudkan dengan tujuan mengaut keuntungan. Byk yg bukan syarikat 'bona fide'. Ertinya bukan syarikat yang jujur dan ikhlas menjlnkan perniagaan. Ada syarikat hanya mahu menarik pelabur dan setelah byk wang di kutip dari orang awam, syarikat ini tutop dan wang di lesapkan. Ini lah yg yterjadi kepada syarikat Jari Hijau, kepunyaan si bankrap Azlan Kazaidin.

Pelabur bukan lah bodon sgt utk melabur tampa usul periksa tetapi sudah di periksa pun masih byk lobang lobang yang harus di periksa. Misalnya saya di bawa melawat tapak Projek tapi beberapa bulan selepas syarikat di tutop, Pejabat Tanah Shah Alam mendapati tanah itu bukan milik syarikat dan tanah itu masih belum pecah lot. Pejabat Jari Hijau semasa lawatan di buat sangat sibok dengan ramai pekerja pekerja sibok menjlnkan urusan. Jgn terpedaya dgn keadaan ini. Ini semua adalah wayang kulit..satu pertunjukan sebelum wang masok.

Byk syarikat syarikat yang menganjurkan Seminar Hartanah kononnya boleh jadi jutawan bila melabur dalam hartanah. Dont be a fool. Tidak ada jln mudah utk buat duit. Seminar ini menarik ramai anak anak muda yang mahu jadi jutawan dan jadi kaya dengan yuran enyertaan dari RM100 - RM500. Ini adalah bisnes mereka. Dan didalam Seminar ini lah mereka cuba mempengarohi audience supaya melabur. Besar kemungkinan Syarikat hartanah itu adalah kepunyaan family mereka sendiri. Misalnya Azlan Kazaidin sehingga bulan 11 tahun lepas (setelah ia bankrap) masih memberikan ceramah Hartanah sprti yg di iklankan oleh Syarikat adiknya AK Synergy dan abang Azlan memiliki Syarikat Hartanah, sudah tentu mahukan pelabur dan org awam melabur dlm syarikat nya.

Jadi saya nasihatkan kepada sdra sdri, jgn lah masok kedalam pelaburan hartanah ini jika pengetahuan kita sgt terhad.  Saya sudah hilang RM260,000 dan masih mengejar nya dari Azlan Kazaidin. Saya tak mahu sdra sdri sekelian juga menjadi mangsa.

Sekian..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 08:53 PM | Show all posts
menakutkan jer.. tqvm for the valueable info.

kami yang membeli tanah sendiri pun boley tertipu ini pula..nak melabur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.149835 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list