Adakah ini bakal pikap pertama KIA? Laman web www.kia-world.net telah memuat naik satu lakaran berwarna trak pikap konsep yang dikatakan bakal menjadi model pikap pertama daripada KIA. Rekaannya diinspirasikan oleh model konsep GT Stinger Coupe yang telah dipertontonkan semasa Detroit Auto Show bulan lalu. Setakat ini tiada sebarang maklumat sahih mengenai kewujudannya dan ada kemungkinan ini adalah salah satu model kajian yang sedang dibangunkan oleh KIA pada masa hadapan.
* Harap model ini pikap seperti lakaran di atas dapat direalisasikan oleh KIA pada masa hadapan. Nampak sporty kan?