Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa
"Baik mati mencuba daripada mati kecewa". Sebaris bait lagu nyanyian kumpulan 'Oh Chentaku' ini menjadi kata-kata azimat buat penyampai radio juga pengacara Hunny Madu dalam mengejar cita-citanya bergelar penyanyi. Justeru dengan rela hati Hunny nekad meninggalkan kerjayanya sebagai deejay radio sejak hujung Disember tahun lalu.
Menurut Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 29, keputusan tersebut dibuat dengan rela hati kerana merasakan sudah tiba masa untuknya menumpukan perhatia pada dunia nyanyian.
"Saya sudah tak rasa nak buat radio (jadi deejay). Jadi saya nekad berenti pada 31 Disember lalu. Sebenarnya saya merancang sebelum usia 30 tahun, saya nak buat sesuatu yang lain. Sudah enam tahun saya bersama radio, jadi sudah tiba masanya saya mencuba sesuatu yang baru.
"Saya mahu fokus pada bidang nyanyian pula. Selama saya tak berpeluang untuk betul-betul serius dengan nyanyian sebab sibuk dengan komitmen pada radio. Jadi saya korbankan kerjaya di radio demi mencapai impian saya. Selain tu, saya juga kini bergelar penerbit bagi syarikat produksi milik keLuarga saya iaitu MTertain Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu.
"Kami menyediakan perhidmatan program untuk stesen-stesen TV. Setakat ni kami dah terbitkan dua program iaitu 'Raikan Cinta' dan 'Destinasi Ria'", katanya ketika ditemui pada majlis perlancaran Koleksi terbaru barang kemas Habib Jewels, 'Habib Truly Malaysia', bertempat di KLCC, semalam.
Hunny Madu (paling kanan) bersama barisan selebriti popular, (dari kiri) Zara Zya, Lee Yvonne, Yasmin Hani, Kaka Azraff dan Thanuja sewaktu di majlis pelancaran 'Koleksi Habib Truly Malaysian di KLCC, pada Rabu.
Hunny sebelum ini bertugas di stesen radio dibawah rangkaian Media Prima Berhad iaitu stesen radio Fly.FM dan Hot. FM.
Dalam pada itu Hunny berkata meskipun ada yang berangggapan sudah lewat untuknya meneruskan kerjaya nyanyian, namun ibu kepada anak satu ini pantang berundur sebelum mencuba. Malah dia sedia menerima kritikan..........................................................
Baca Lanjut:http://malaysiandigest.com/hibur ... -demi-nyanyian.html Last edited by adik^manis on 27-2-2014 04:47 PM
|