|
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mewujudkan mekanisme khas bagi memastikan ayam yang dibekalkan kepada pengguna Islam hanya diperoleh dari rumah sembelihan yang memiliki pengiktirafan halal.
Cadangan berkenaan akan dibincangkan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku badan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal bagi memelihara kesucian makanan umat Islam.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata isu status halal bukan hanya isu kepenggunaan, tetapi juga isu agama yang perlu dipandang serius oleh semua pihak.
“Soal halal haram soal agama yang tidak patut dipermainkan, sebab ia sensitif kepada pengguna Islam. Dalam hal ini, pengguna juga perlu menggunakan kuasa mereka untuk memastikan bekalan ayam diperoleh dari rumah sembelihan halal.
|
|