CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4916|Reply: 16

CERPEN : Hapus Sudah Bahagia. ~TAMAT~

[Copy link]
Post time 3-3-2014 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Wahai isteriku..

Tiada bahagia yang tidak disulami dengan derita, begitulah sebaliknya. Adanya kamu di sisiku, aku terlalu bahagia hingga terlupa sejenak akan segala kesakitan yang kian hari kian ganas mengasakku. Aku, suami yang hanya tahu membebanimu dengan bermacam-macam masalah hingga terlalu banyak tertangguh hutang nafkahku, zahir dan batin. Namun kau sesekali tidak mengeluh. Tetap sahaja diri ini dilayani umpama seorang raja yang bersemayam gah di atas takhta sedang hakikatnya aku sedang menghitung hari, menanti malaikat Izrail datang menyapaku.

Bertabahlah wahai isteriku. Penderitaanmu pasti akan berakhir tidak lama lagi. Jika mata yang melihat diriku ini sebak, aku lagi sebak menatapmu wahai isteriku. Peluang walaupun hanya singkat hidup bersamamu akan ku abadikan sehingga bercerai rohku dari jasad. Engkaulah isteriku dunia dan akhirat. Maaf kerana tidak mampu meninggalkan harta untuk kau nikmati. Hanya segugus memori indah yang tercipta antara kita untuk diabadikan dalam lipatan kenangan sewaktu kita bersama. Relakan pemergianku. Buat terakhir kali,
‘Aku Cinta Padamu, Nur Suriani binti Rashid.’

                                                                                                Nizam...


Last edited by wipers81 on 3-3-2014 09:35 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2014 06:06 PM | Show all posts

Hapus Sudah Bahagia.


            Mata Suriani menyoroti tubuh yang sedang terbaring lesu itu. Lemah dan sangat tidak bermaya kelihatan suaminya. Air matanya gugur lagi, tidak pernah lekang darinya sejak beberapa bulan ini. Kasihan Nizam. Enam tahun menyulam kasih bersama lelaki itu, begini pengakhiran kisah mereka walau belum sampai ke penghujungnya. Hampir nanar hidup Suriani saat mengetahui kebenaran pahit umpama jadam itu dengan rakus merentap pergi kebahagiaan hidupnya. Hampir rapuh keimanannya dengan ujian yang tersangat hebat ini. Namun hingga kini, Suriani masih bertabah, masih bertahan lagi.

            “Ani..” panggil Nizam. Tutur percakapan lelaki itu perlu didengari dengan betul sekarang. Dia sudah tidak mampu untuk bercakap dengan sempurna.

            “Ya bang. Abang haus ke?” tanya Suriani sebaik tubuh yang kian hari kian mersik itu didekatinya. Sayu pandangan jatuh ke arah tubuh yang dahulunya kekar kini tulang-temulangnya hanya berbalut dengan kulit sahaja.

            “Ani..” ujar Nizam dengan bersusah-payah mahu menyebutnya. Lelaki itu mengangguk lemah.

             Suriani membelai lembut jari-jemari halus yang kian jelas kelihatan tulang-tulangnya. Sebak dia melihat penyeksaan suaminya. Dia mengambil segelas air, lalu menyudukannya ke dalam mulut Nizam, sedikit demi sedikit. Selera makan suaminya sudah hilang sejak sekian lama. Selama ini, Nizam hanya diberikan susu formula untuk kelangsungan hidupnya.

             “Abang. Ani minta ampun dari abang atas apa juga kesalahan Ani pada abang. Maafkan Ani andai tidak dapat menjadi isteri yang baik buat abang.” Dia melihat ada aliran air jernih yang keluar dari tubir mata suaminya. Dia mengesatnya. Dikucup bertalu-talu dahi suaminya itu. Sehingga kini rasa sayang dan cintanya terhadap Nizam tidak pernah berkurang.

             “Abang tidur ya. Nanti Ani suapkan makanan abang.” Ujarnya lagi. Dia mengusap lembut kepala suaminya.

              Keadaan Nizam semakin hari semakin tenat. Dia mahu mendambakan diri dengan berbakti untuk Nizam. Tidak tahu berapa hari lagi berbaki sisa hidup suaminya itu. Dia pasrah dan redha dengan takdirnya. Sedaya upaya cuba tidak mahu merungut. Nizam suaminya, seorang anak yatim piatu. Dialah segala-galanya buat Nizam sekarang. Bagi Suriani, Nizam tidak pernah menyusahkannya. Suriani bingkas bangun sebaik melihat suaminya sudah terlena.

             “Dah tidur ke Zam, Ani?” soal suara itu.

             “Dah ayah. Ani nak pergi masak kejap. Ayah tolong tengokan abang kalau dia terjaga nanti ya.” Pinta Suriani.

     “Yalah.”Jawab Rashid kemudian meneruskan membaca suratkhabar.

               Suriani melangkah perlahan. Tubuh Nizam didekatinya. Mata Suriani merenung ke seluruh wajah suaminya. Jatuh lagi air matanya yang entah untuk kali yang keberapa ribu itu. Luluh hatinya saat melihat wajah yang cengkung itu sedang mata kirinya hanya diselaputi oleh sekelompok daging. Kesihatan suaminya semakin menyusut sejak pembedahan terakhir yang berlangsung beberapa bulan lalu. Mata kiri Nizam terpaksa dibuang begitu juga dengan suku dari otaknya yang di sebelah kiri. Kuman barah telah pun merebak di sana.

               Saat Nizam menyatakan tentang penyakit yang dialaminya, Suriani merasakan seolah-olah langit runtuh menghempapnya. Betindan-tindan hingga menyukarkan dia untuk bangun. Hidup bahagia yang diidami untuk selama-lamanya kian kabur dari pandangan. Sekarang, suaminya sedang terlantar kesakitan. Hanya menghitung hari untuk menghela nafas yang kian lemah.

               “Ani, pergilah makan nak. Biar ayah aje yang tunggu Nizam.” Rashid menyentuh bahu anaknya yang sedang teresa-esak itu. Terpalit jua rasa sebak itu pada dirinya. Pantas dia menyeka linangan air mata yang tiba-tiba sahaja terbit. Dia perlu kuat untuk anaknya, Suriani.

               “Ani tak lapar ayah.” Ringkas jawapan Suriani. Kini dia berbaring di sisi suaminya. Membelai tubuh yang tidak berbaju itu. Nampak bonggolan-bonngolan tulang di dadanya terpapar jelas di bawah lapisan kulit lelaki itu.

              “Jangan macam tu Ani. Pergilah makan dulu. Kalau kau sakit, siapa nak jaga Nizam nanti.” Pujuk Rashid. Risau dengan keadaan anaknya beberapa hari ini yang kurang berselera menjamah makanan.

              “Kejap lagilah ayah.” Jawabnya.

               Beberapa hari ini, kurang enak perasaannya, berdebar-debar. Tidak tahu mengapa? Jika ‘panggilan’ untuk Nizam semakin hampir, kuatkah dia untuk meratapi permergian suami tercinta itu? Dia melentokan kepala di sisi Nizam. Wajah Nizam ditatapnya lagi. Perbualan yang berlangsung bulan lalu, dimainkan semula dari kotak rakaman di dalam kepalanya.

               “Ani, kenapa sanggup berkorban untuk abang? Biarlah abang begini. Ani muda lagi, jangan sia-siakan masa depan Ani. Carilah pengganti abang..” terlekat elok jari Suriani di bibir Nizam.

               Nizam menitiskan air mata. Apa yang diluahkan tadi langsung tidak seiring dengan hatinya yang masih terlalu menyayangi Suriani. Nizam kasihankan isterinya yang rela berkorban, menjaganya siang dan malam tanpa merungut walau sepatah pun. Nizam bertuah kerana memiliki seorang isteri yang begitu mulia. Wanita yang mengabdikan diri untuknya sedangkan dia tidak punyai apa-apa pun. Hanya bebanan demi bebanan yang diberikan kepada Suriani sepanjang perkahwinan mereka yang sudah hampir empat tahun terbina itu. Walaupun tanpa kehadiran cahaya mata, mereka bahagia. Namun kini...

              “Jangan cakap macam tu bang. Selagi ada kudrat Ani, selagi Ani mampu bertahan, selagi itulah Ani akan setia di sisi abang.” Dia mengucup tangan Nizam.

              “Tapi sampai bila Ani? Abang selalu berdoa, minta Allah S.W.T cabut nyawa abang cepat-cepat. Abang tak nak susahkan Ani. Dah banyak beban yang abang bagi Ani pikul. Banyak nafkah yang tertangguh dari pihak abang. Abang dah tak sanggup lagi Ani,” rintih Nizam. Bukanlah dia mahu menyalahkan takdir, semangatnya sudah hilang untuk terus hidup.

              “Abang, kenapa cakap macam tu? Abang tahu tak yang diri abang bertuah kerana AllahS.W.T telah pilih abang. Mengapa perlu mengeluh bang? Insya Allah, Ani selalu ada kat sisi abang. Percayalah bang, Allah S.W.T tak kejam pada hambaNya. Ani bertuah kerana dapat berbakti kepada abang.” Lembut ucapannya. Dibelai tangan suaminya yang kian kurus itu. Lama dipandang wajah Nizam yang kini sudah tidak mampu untuk berjalan lagi. Separuh tubuhnya kaku, lumpuh.

              “Astaghfirullahalazim. Ku mohon ampun kepadaMu Ya Allah di atas segala kekhilafan hambaMu yang hina ini. Ampunkan aku Ya Allah yang selalu sahaja mengeluh di atas setiap ujianMu.” Rintih Nizam. Juraian air mata mula kelihatan di tubir matanya.

              Suriani sudah tidak dapat menahan lagi. Teresak-esak dia di sisi suaminya. Dia perlu menunjukan kekuatan walau sering sahaja kelemahan menyapanya. Kadangkala, terpesong juga ketabahan dan kecekalan hatinya dengan semua itu namun dengan cepat dia menepis.

             “Uh...”bunyi suara itu. Suriani tersentak.

             “Kenapa bang?” tanyanya sebaik wajah Nizam dipandang. Isyarat itu..

              Pantas Suriani mengatur langkah ke bilik air. Lampin pakai buang suaminya perlu ditukar. Dengan penuh hati-hati dia menatang sebuah besen yang sederhana besar itu. Tersangkut elok di bahu kanannya, sehelai tuala bersih berwarna biru. Suaminya harus dibersihkan.

              “Dah siap bang. Suami Ani dah wangi sekarang.” Pujinya. Disisir kemas rambut suaminya kemudian dibedakan pula wajah Nizam. Wajah tampan yang digilainya suatu ketika dahulu. Perlahan dia mengucup pipi Nizam.

               “Abang, Ani nak solat sekejap, ya.” Ujarnya.

               Bingkas dia bangun, menuju ke bilik air mengangkat wudhuk. Dengan penuh khusyuk dia mengerjakan Rukun Islam yang kedua itu. Usai, Suriani kembali duduk di sisi suaminya. Surah Yassin kini berada di tangannya. Lancar benar bacaannya kali ini. Dia cuba melapangkan dada, menerima semua takdir yang berada di dalam genggamannya. Ya, janji Allah S.W.T terhadap orang yang bersabar itu benar. Dia perlu kuat menerima kenyataan yang semakin menghambatnya sekarang. Terlalu dekat untuk dijauhi.

               “Uh..” panggil suaminya. Terhenti bacaannya. Pantas dia menutup surah Yassin, lalu mendapatkan Nizam.

                “Kenapa bang?” dia mengenggam tangan suaminya yang sejuk ibarat seketul air batu itu. Desahan nafas suaminya kian kencang. Tubuhnya kian kejung.

                “Ayah! Cepat ayah...” laung Suriani. Kedengaran detapan langkah mendekatinya.

                “Kenapa Ani?” soal Rashid. Terkejut dengan laungan anaknya tadi.

                 “Abang Nizam ayah...” dia tidak mampu bertutur apa-apa. Jerutan pilu kian kuat menjerut dirinya.

                 “Nizam, mengucap nak. Lailahaillallah...” berkali-kali dia mengulangi ungkapan itu ke telinga kanan menantunya.

                 “Abang, mengucap bang...” air matanya sudah tidak henti-henti mengalir. Saat itu hampir tiba.

                  Mata hitam Nizam sudah naik ke atas. Suriani menyembamkan wajah di sisi kepala suaminya. Tubuh Nizam yang tadinya kejung, perlahan-lahan mengendur. Dadanya sudah berhenti berombak. Mendatar sahaja sekarang. Mata Nizam yang hanya tinggal sebelah, tertutup rapat. Suriani memeluk jasad yang sudah kaku itu. Tidak pula dia meraung kerana hatinya sudah merelakan pemergian suami tercinta. Air matanya sahaja yang bercucuran jatuh.

                  “Innalillahiwainnailaihiroji’un..” ucap Rashid. Air mata lelakinya menitis satu demi satu. Menantu kesayangannya telah dijemput oleh Yang Maha Esa. Rashid terduduk terjelepuk di sisi jasad kaku itu. Tangannya mengusap kepala menantunya.

                  “Berbahagialah kau di sana, nak. Insya Allah, ayah akan menyusul kelak.” Perlahan dibisikan kalimah itu. Lantas dia mengucup dahi Nizam.

                 “Abang, tunggu Ani di sana..” ujar Suriani. Lembut jari-jemarinya mengusap wajah lelaki itu. Begitu lama suaminya menanggung derita, hari ini segala-galanya sudah berakhir. Dua tahun suaminya berperang, melawan penyakit barah matanya.


*****

                  Selepas dua puluh tahun, semuanya masih tidak terpadam dari kotak ingatannya. Saban hari ‘rakaman’ itu seringkali diputarkan kembali olehnya. Dia benar-bena rpasrah. Pemergian suami tercinta tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus berjuang. Selama itulah hidupnya diabadikan di rumah kebajikan An-Nur. Anak-anak di sini, pengisi kekosongan jiwanya.

                  Suriani sedang merehatkan dirinya. Kerusi malas yang dahulunya menjadi peneman Nizam kini semakin akrab dengannya. Helaian warkah, coretan terakhir Nizam sebelum arwah suaminya itu tenat, di buka. Entah sudah berapa ratus kali surat itu dibacanya. Mujurlah sudah dibaluti dengan pembalut yang tebal warkah itu jika tidak, pasti sudah lunyai. Matanya menatap satu demi satu baris yang tertera disitu.


                  Wahai isteriku..

                  Tiada bahagia yang tidak disulami dengan derita, begitulah sebaliknya. Adanya kamu disisiku, aku terlalu bahagia hingga terlupa sejenak akan segala kesakitan yang kian hari kian ganas mengasakku. Aku, suami yang hanya tahu membebanimu dengan bermacam-macam masalah hingga terlalu banyak tertangguh hutang nafkahku, zahir dan batin. Namun kau sesekali tidak pernah mengeluh. Tetap sahaja diri ini dilayani umpama seorang raja yang bersemayam gah di atas takhta. Pada hakikatnya aku sedang menghitung hari, menanti malaikat Izrail datang menyapaku.

                  Bertabahlah wahai isteriku. Penderitaanmu pasti akan berakhir tidak lama lagi. Jika mata yang melihat diriku ini sebak, aku lagi sebak menatapmu wahai isteriku. Peluang walaupun hanya singkat hidup bersamamu akan ku abadikan sehingga bercerai rohku dari jasad. Engkaulah isteriku dunia dan akhirat. Maaf kerana tidak mampu meninggalkan harta untuk kau nikmati. Hanya segugus memori indah yang tercipta antara kita untuk diabadikan dalam lipatan kenangan sewaktu kita bersama. Relakan pemergianku. Buat terakhir kali,
                  ‘Aku Cinta Padamu, Nur Suriani binti Rashid.’
                                                     
                                                                                                                                                              Nizam...  


                  “Ani rindukan abang. Nantikan Ani. Allah...” bisiknya. Mengalir air matanya. Rindu yang tidak tertahan terhadap suaminya semakin ganas mengasak.

                  “Ibu Ani. Jom, minum petang.” Panggil suara itu. Digoyang lembut tubuh wanita yang telah banyak mencurah bakti terhadap rumah kebajikan An-Nur itu.

                  “Ibu,kenapa ni?” cemas nada suaranya saat melihat wanita itu hanya diam, kaku sahaja. Tangan wanita itu terkulai, warkah yang dipegangnya terus terjun menyentuh lantai.

                 “Ibu...”teriak gadis itu. Dia menangis.

                 "Innalillahiwainnailaihiroji’un..” ucap gadis itu sambil mengiamkan tangan wanita yang sudah separuh abad usianya. Penantian untuk bertemu suaminya di sana, akhirnya termakbul.


Last edited by wipers81 on 3-3-2014 06:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 06:25 PM | Show all posts
Nah, nukilan saya setelah agak lama menyepikan diri. Karya yang saya abadikan untuk arwah teman saya. Betapa pilunya hati sebaik mengetahui penderitaannya selama ini. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:31 PM | Show all posts
wipers81 posted on 3-3-2014 06:25 PM
Nah, nukilan saya setelah agak lama menyepikan diri. Karya yang saya abadikan untuk arwah teman saya ...

Ya Allah, sedihnya........... berjurai2 airmata akak baca... moga di tempatkan bersama orang2 yg beriman.... Al-Fatihah...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2014 09:37 AM | Show all posts
sellie003 posted on 3-3-2014 11:31 PM
Ya Allah, sedihnya........... berjurai2 airmata akak baca... moga di tempatkan bersama orang2 yg b ...

terima kak Sellie. saya yang menulis ni pun, bergenang air mata, membayangkan arwah yang ceria orangnya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 09:56 AM | Show all posts
wipers81 posted on 4-3-2014 09:37 AM
terima kak Sellie. saya yang menulis ni pun, bergenang air mata, membayangkan arwah yang ceria ora ...

Tulahkn dugaan yg sakit & yang menjaga....mmg x tau nak kata...kita x merasa lagi keadaan camtu. Moga2 diringkn azab di sana ....kekadg bila azab sengsara di terima dibumi...akan diringan azab di akhirat....Insya Allah...arwah dikalgn org2 yg diringkn azab itu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2014 10:00 AM | Show all posts
Err...wiper nyer novel dulu tuh...bila nak publish?...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 10:47 AM | Show all posts
wipers81 posted on 4-3-2014 09:37 AM
terima kak Sellie. saya yang menulis ni pun, bergenang air mata, membayangkan arwah yang ceria ora ...

Nanti baca yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2014 10:58 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 5-3-2014 10:47 AM
Nanti baca yer...

ok je Nayla.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 07:07 PM | Show all posts
Best!

Sedih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 07:16 PM | Show all posts
sarizu posted on 5-3-2014 07:07 PM
Best!

Sedih

Terima kasih Sarizu. Sudi juga awak membacanya.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 08:26 PM | Show all posts
Sudi je kalu cite best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 10:00 PM | Show all posts
sarizu posted on 5-3-2014 08:26 PM
Sudi je kalu cite best!

Ye ke. Terima Kasih daun keladi sebab sudi menyokong karya saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 06:45 PM | Show all posts
Nantikan yang terbaru dari saya...

Menadah Harapan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 08:17 AM | Show all posts
sedihnya... ... masih adakah insan sebegini mulia di dunia ini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2014 09:56 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 7-11-2014 08:17 AM
sedihnya...  ... masih adakah insan sebegini mulia di dunia ini....

Sebab adalah Zam akak buat cerpen ni.

Al-Fatihah untuk sahabat akak Md Nizam bin Tahar. Mendengar cerita tentang dia dari kawan-kawan akak... sebak. Tambah bila dengar perngorbanan isteri dia yang sanggup berhenti kerja. Memang sedih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2014 10:43 AM | Show all posts
wipers81 posted on 7-11-2014 09:56 AM
Sebab adalah Zam akak buat cerpen ni.

Al-Fatihah untuk sahabat akak Md Nizam bin Tahar. Mendeng ...

Al Fatihah utk arwah kawan akak... takziah utk isteri & keluarga arwah sis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.087156 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list