Rawang: Seorang bayi berusia enam bulan kritikal dipercayai akibat keracunan selepas meminum susu yang dibancuh menggunakan air dimasak dari tangki sebuah pangsapuri di Kundang dekat sini, yang disyaki tercemar, baru-baru ini.
Kejadian pada Ahad lalu itu dikatakan berlaku ketika catuan air di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk membabitkan enam blok pangsapuri berkenaan yang didiami lebih 800 penduduk.
Ibu mangsa, Nurul Najwa Fuzi, 28, dikatakan membancuh susu menggunakan air paip yang dimasak sebelum Mohd Aidil Naufal yang juga anak keduanya mengalami cirit-birit dan muntah teruk.
Bapa bayi malang itu, Mohd Shahril Tumiran, 32, berkata pada hari kejadian, anaknya hanya minum susu dan dia juga tidak membeli makanan di luar.
“Seperti biasa, isteri memberikan anak saya susu botol, namun tidak lama kemudian, Mohd Aidil mulai cirit-birit menyebabkan kami panik lalu terus membawanya ke hospital.-myMetro
p/s klu air tangki dah susut, jadi yg tinggal keladak je!
Last edited by tongkatwaran75 on 8-3-2014 09:00 AM
Post time 8-3-2014 09:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Eeuu..air tangki kita ni jgnla diminum direct walu dimasak..tp masak nasik masak lauk bole lak aku pakai air paip. Minum kalu aku guna mesin air sewa tu pakai gelen je..ada panas ada sejuk..senang je dan insyaallah bersih.
Post time 8-3-2014 09:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
alamak ntah2 aku kena cirit birit n muntah2 pun sebab air paip gak
seksa dah seminggu walo dah tak teruk mcm hari2 sblmnya
kdg2 sakit pinggang tetiba, badan rasa ketat dan lemau.
Itu tgjwb siapa yg maintain tangki air kat flat tu. Aku pernah check tangki flat air satu flat tu, tebal giler keladak. Kat outlet valve dia hitam jer dgn keladak/lumut yg dah mereput. Minda 'maintenance' di kalangan kita mmg sangat kurang. Apalah susah sangat tiap-tiap bulan buatlah gotong-royong, bukan takat bersihkan parit/sampah bagai, tapi tangki air kenalah bersihkan jugak.
Bukan baby ni sorang je kena... Anak Kawan aku 6 bulan jugak baru keluar hospital cirit n muntah. Sudahnya aku tegur kwn bancuh la susu pakai air mineral buat masa ni.
Aduhhh aku haritu xde air kalau makan minum dan susu anak xberani nak guna air tangki yg lori hantar tu. Tu just utk mandi dgn cuci pinggan je, minum dgn masak pakai drinking water, sekotak tu tahan dlm 2 hari jugak lah
Hish.. husband aku baru2 baru bersi tangki... sbbnya hari tuh air takde tangki kering dia panjat bumbung... dia geli geleman... terus cuci hari tuh juga