CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pailang

Pesawat MAS masuk ke dunia 4 dimensi

  [Copy link]
Post time 15-3-2014 11:51 AM | Show all posts
kt6315 posted on 15-3-2014 11:27 AM
xde..cuma nmpak ekor terbakar pastu hilang..

ooo...tq..mungkin dihilangkan gitu?..
kalau mcm tu..teori hijack..hilang..kalau kita satu kan camana?..
contoh la katakan lah ye...dalam perjalanan flight tu,dalam masa pertukaran radar msia ke radar vietnam..tiba-tiba kapal terbang itu berlaku pergelutan untuk rampasan kapal terbang,masa berlaku apabila radar military 1 jam sebelumnya di jammed kan...dan mereka menunggu bila pertukaran radar itu..masa dah disetkan..mungkin mereka dah study..mereka buatkan letupan yg palsu atau membunuh salah seorg tebusan untuk memaksa pilot berpatah balik @ menuju ke destinasi yg diinginkan..tiba tiba ia hilang!!!...ia dihilangkan sementara oleh ALLAH supaya bumi msia selamat dr ancaman besar dan fitnah..@ mungkin peringatan dariNYA..untuk melindungi bumi nusantara yg sinar islamnya terpelihara..sbb bumi msia sinar agama islam baru nak bertatih dari merangkak..para ulama,ustaz2,semua rakyat mencari sinar sebenar dr mereka-mereka yg arif..dr tak bertutup kepala sekarang dah berhijab..dari tiada niat nak menutup kepala sekarang dah pasang niat..pada masa yg sama,setiap waktu solat ,masjid dipenuhi warga islam utk bersolat disamping berdoa keselamatan para penumpang,tak kurang juga kita yg bersolat malam..ada juga org dah pandai solat dhuha..wallahualam..
cuma spekulasi je kak..hehehe..jgn marah ye..
Last edited by DumBell on 15-3-2014 12:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2014 12:02 PM | Show all posts
DumBell posted on 15-3-2014 11:51 AM
ooo...tq..mungkin dihilangkan gitu?..
kalau mcm tu..teori hijack..hilang..kalau kita satu kan cam ...

huhu..x terjangkau dek akal fikiran..cuma mlm tadi sebelum tidur akak sedekahkan alfatihah untuk mereka semua yg muslim..pastu terlelap sekejap tp akak terjaga sbb terbau wangi sgt..kita doakan yg baik2 je..walaupun harapan nmpk semakin tipis..kalau ikut bomoh x bertauliah aka anak akak dia kata ptg ni jumpa..kat laut..hehehe budak kecik kan dia ckp main hembus je...

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:05 PM | Show all posts
kt6315 posted on 15-3-2014 12:02 PM
huhu..x terjangkau dek akal fikiran..cuma mlm tadi sebelum tidur akak sedekahkan alfatihah untuk m ...

amin..biasa la kak..teori saya teori kaki tgk DVD..ekekekek..
harap2 jumpa lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2014 12:29 PM | Show all posts
http://www.bomohgadgets.sto.my/ website bomoh jual balik barang2 yg dibomohkan masa dalam tv tu. murah2 je semua. tikar Aladin RM 99,999,00 sahaje






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2014 12:32 PM | Show all posts
MsAzr posted on 15-3-2014 09:44 AM
aka baca thread sini sejuk hati .. tiada unsur bobgkak dan tunjuk pandai seperti di bod satu lagi

Alhamdulillah.. doakan aku xjadi macam tu. tapi apa tu bobgkak..?  hehe..







Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:33 PM | Show all posts
Latest news, teori rampasan pesawat dah disahkan.
bukan lagi 1 teori, tapi kenyataan. - dari Yahoo News.

http://news.yahoo.com/malaysian- ... CQN2CNT4gsAqTzQtDMD
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2014 12:51 PM | Show all posts
al-tapahi87 posted on 15-3-2014 12:33 PM
Latest news, teori rampasan pesawat dah disahkan.
bukan lagi 1 teori, tapi kenyataan. - dari Yahoo  ...

kira dah kompom ke?..risaunya saya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 01:33 PM | Show all posts
al-tapahi87 posted on 15-3-2014 04:33 AM
Latest news, teori rampasan pesawat dah disahkan.
bukan lagi 1 teori, tapi kenyataan. - dari Yahoo  ...

ramai tuan guru termasuk dr haron din bagitau pesawat di alam lain. exp pilot sendiri pun tolak kemungkinan hijack awal2 lagi

mungkin berita hijack ni semata2 nak panjangkan masa siasatan dan redakan pertanyaan masyarakat sedunia sementara dorang still investigate secara senyap2 di belakang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2014 02:59 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 15-3-2014 01:33 PM
ramai tuan guru termasuk dr haron din bagitau pesawat di alam lain. exp pilot sendiri pun tolak ke ...


baca kt mana ckp Harun Din gtau cmtu?? bukan apa sbb me curious gak takde ker sapa2 yg mintak tolong dr Ustaz Haron Din..

hari ni dah hari sabtu..teringat kata2 syeikh nazim kalo tak jumpa apa2 lepas hari Jumaat..ermmmm..



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 09:41 PM | Show all posts
err..kalau aku x salah bukan salah seorang perawat..rasanya ciklah kot bg gmbaran pasal perang2 ni.. masa tu kes lahad datu..kita tgah sibuk2 nk thu perkembangan lahad datu, tp perawat2 ni tgah berdepan dengan ahli2 shir hitam dri seluruh negara..
kalau aku silap..maaf lah yer
byk sgt teori konspirasi yg dibaca, smpai dah x ingat hujung pangkal
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pailang posted on 15-3-2014 12:32 PM
Alhamdulillah.. doakan aku xjadi macam tu.  tapi apa tu bobgkak..?  hehe..



bongkak la non.. maafkan la jejari takruncing akak ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 12:47 AM | Show all posts
clarizsa posted on 11-3-2014 09:58 PM
1207# LaksamanaSunan 03-11 21:43

MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN

UPDATE..

MISTERI BIN AJAIB…MAS MH370 STORY

admin / 2 days ago

NOTA PENULIS : INI ARTIKEL TERAKHIR SAYA KETIKA HANGATNYA ISU MH INI,

1. Saya sudah update blog saya pada 11 Mac, apa yang saya tulis dalam artikel pesawat MH370 sebelum ini
memberi manifesasi kepada pembaca bahawa kononnya pesawat telah jatuh sebab ditarik masuk oleh dimesi lain, kalau di baca pada artikel itu, tidak ada satu ayat pun yang merujuk kepada perkara tersebut.
2. Pada perenggan 4, artikel lama tersebut, saya memberitahu bahawa saya menolak semua teori yang menyatakan
bahawa pesawat sudah dirampas, juruterbang melarikan pesawat atau buat tindakan tidak masuk akal.
3. Yang saya silap ialah pada peringkat awal saya mengaitkan jatuhnya MH370 disebabkan kena tembak dengan
peluru berpandu atau perbuatan sabotaj macam letupan bom (anda boleh merujuk kepada perenggan 2 artikel itu).
4. Tidak ada sebutan pun yang menyatakan ia jatuh disebabkan tarikan kuasa ghaib.
5. Di sini, peranan saya bermula dalam Facebook apabila memainkan penanaman program atau kawalan,
brainwashing , thought reform ke dalam minda dengan memasukkan unsur-unsur ghaib, apa pun, laman Facebook adalah bersifat peribadi (Bolehlah mengarut sedikit pasal ia bersifat peribadi)
6. Kerana saya tahu orang Melayu khususnya suka dan minat kepada perkara mistik, tapi jangan salah sangka,
semua pengalaman mistik yang saya ceritakan dalam Facebook adalah pengalaman sebenar.
7. Hasilnya dalam sekelip mata, ramai yang menjadi “freind” saya dan ini akan membantu keadaan blog yang merundum akibat masalah “Bandwith Limit” sampai orang ingat blog saya sudah ditutup, jadi untuk sementara boleh akses dr FB lah..
8. Ini sekaligus akan menyelesaikan masalah kegagalan enjin pencari Google untuk mengesan blog saya (kerana
kemudahan bot crawler untuk enjin pencari saya sudah nyahaktifkan).
9. Sekaligus ini akan menyelesaikan masalah “Bandwith Limit” yang selalu blog saya hadapi (saya haraplah kerana
untuk menambah Bandwith memerlukan wang)

TEORI KENA HIJACK TIDAK BOLEH DITERIMA

10.Orang kata pesawat ini sudah dirampas…sedarkan saudara sekelian bahawa selepas insiden 9 September yang
menyebabkan World Trade Centre tumbang, semua pintu kokpit pesawat diperkukuhkan dengan bahan kalis peluru dan umpil, ia juga dilengkapi dengan sistem kekunci kod dan kamera litar pintas. Ia hanya boleh dibuka dari dalam.
11.Jika perampas mahu membawa pesawat kemana-mana lapangan terbang dalam sesebuah negara, Air Traffic
Controller dengan kebenaran jabatan penerbangan negara tersebut mempunyai hak untuk tidak membenarkan pesawat yang dirampas mendarat walaupun untuk mengisi minyak (Ini ada disebut dalam peraturan Federal Aviation Federation dan pernah berlaku apabila pesawat Mas yang dirampas tidak diizin mendarat oleh Jabatan Penerbangan Singapura di Paya Lebar untuk mengisi minyak dan kemudian terhempas di Tanjung Kupang, Johor tahun 70an).
12.Adakah negara-negara yang dituduh berpakat dengan pengganas seperti Russia dan China sanggup berdepan
dengan masyarakat dunia dengan terbabit dalam insiden rampasan seperti ini? Tambahan pula tidak ada tuntutan yang dibuat selepas masuk hari kelima atau keenam pesawat dirampas?
13.Kemudian ada teori yang menggunakan alasan radar jammer  untuk tujuan “menculik” pesawat tersebut,
saya tidak kata mustahil dan boleh berlaku tetapi tidak ada sebab atau objektif untuk senario ini dipakai dalam insiden MH370.
14.Hakikat sebenarnya pesawat hilang dari radar disebabkan, ia sudah jatuh terhempas. Itu sahaja.
15.Pesawat MAS seperti MH370 dari jenis Boeing 777 mempunyai kapasiti untuk mengisi minyak yang mampu
bertahan selama 11 atau 13 jam penerbangan.
16.Bagaimanapun untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke lapangan terbang Beijing, China, secara kebiasaanya
akan diisi dengan separuh tangki bergantung kepada laluan dan jarak penerbangan.
17.Dalam senario MH370 ini, penerbangan mengambil masa selama lebih kurang lima jam, jadi bahan api yang diisi
adalah mencukup untuk lima atau enam jam penerbangan termasuk minyak tambahan untuk sejam atau dua jam penerbangan sebagai tindakan kecemasan.
18.MAS atau mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa yang mengambil laluan jarak jauh tidak
mengamalkan polisi mengisi minyak penuh kerana ini akan membebankan pesawat dan akan meningkatkan kos bahan api (lebih berat, lebih banyak bahan api dibakar).
19.Pesawat untuk laluan jarak jauh akan mengambil langkah untuk mengisi minyak atau refuelling di destinasi
ketibaan sebelum balik semula ke Malaysia.
20.Jadi, untuk sebuah pesawat dengan minyak yang boleh bertahan maksima enam jam sahaja, ia tidak akan
mampu terbang ke pulau Diego Garcia atau Mongolia.

SEBAB-SEBAB TERHEMPAS

21.Tidak ada orang pun mampu memberikan jawapan ini, pembaca seperti anda termasuk saya boleh mencipta
pelbagai teori tetapi sebarang hipotesis harus ada pembuktian dan ketika ini, bukti sedang berada di bawah laut dengan
kedalaman di antara 300 ke 1,000 meter.
22.Kita ambil teori yang paling ringan iaitu kerosakkan sayap MH307, inilah teori yang paling tidak ekstrem tetapi
tidak suka disentuh orang kerana tidak ada “aksi” atau elemen konspirasi.
23.Pesawat dilaporkan pernah mengalami kemalangan di lapangan terbang Shanghai, China pada tahun 2012 pada
bahagian sayap.
24.Walaupun sudah dijamin selamat dan lulus untuk terbang seperti yang disahkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif
Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, kita tahu bahawa “kredibiliti” pesawat ini sudah tercalar.
25.Saya berpendapat, selepas terbang melebihi ketinggian 30,000 kaki dan mengalami beratus-ratus kali penerbangan, kemungkinan sayap pesawat yang pernah rosak dahulu telah mengalami keretakan sehingga menjejaskan penerbangan dan membahayakan pesawat.
26.Selepas dua tahun kemalangan berlaku, saya tidak pasti jika pihak Boeing atau MAS ada membuat ujian kedua
dan ketiga untuk menguji integreti struktur sayap yang rosak atau integriti sambungan sayap kepada badan akibat kemalangan pada tahun 2012 tersebut.
27.Dengan kelajuan yang mungkin telah mencecah lebih kurang 900 kilometer sejam dan dengan tekanan udara
yang sangat tinggi, keretakan pada sayap pesawat yang pernah rosak ini mungkin telah berlaku lagi.
28.Tanpa sempat berbuat apa-apa termasuk panggilan kecemasan, pesawat barangkali telah mengalami penurunan mendadak sebanyak 10,000 ke 20,000 kaki dari ketinggian 30,000 (berpunca kepada kerosakkan sayap pesawat/patah/bengkok or what ever).
29.Penurunan mendadak ini yang disokong oleh tujahan enjin jet mampu menyebabkan pesawat mengalami daya tekanan graviti yang tinggi sehingga lebih daripada 5g.
30.Kita juga tahu bahawa daripada radar pihak tentera, pesawat dilihat seperti berpusing tetapi kita tidak tahu
radius pusingan pesawat.
31.Kalau pusingannya ketat, kita tahu bahawa kemungkinan besar pesawat telah membuat “Sudden Maneuver”
yang terhasil dari tujahan enjin yang terjejas dari salah satu sayap pesawat yang bermasalah.
32.Soalnya kalau benar pesawat telah membuat pusingan balik, sudah tentu juruterbang akan memaklumkan
sebab-sebab beliau berbuat demikian dan jika berada dalam keadaan kecemasan seperti rampasan pesawat, juruterbang
masih mampu menghantar amaran tetapi kalau keadaan sudah mencapai tahap gawat seperti daya hentaman g pada tubuh badan, juruterbang akan kaku dan melekat pada kerusi akibat penurunan darah yang mendadak sehingga otot menjadi kejang.
33.Seorang manusia akan mengalami pengsan pada tahap 2g atau 3g ke atas dan integriti pesawat mungkin akan terjejas jika ia mengalami tekanan 6g ke atas, bayangkan ini hanyalah pesawat awam atau penumpang yang bukan direka untuk bertahan dari tekanan g yang tinggi seperti pesawat atau juruterbang pejuang.
34.Penurunan mendadak ini ditambah dengan kelajuan yang tinggi mungkin telah menyebabkan sindrom apa yang
kita namakan sebagai “G-LOC atau G-force induced Loss Of Consciousness) sehingga boleh menyebabkan juruterbang atau penumpang pitam untuk beberapa saat (bergantung kepada kekuatan tubuh) atau beberapa minit.

SEBAB-SEBAB TEORI TERRORISME/HIJACKING  DIPOPULARKAN AMERIKA SYARIKAT

35.Kita sedia maklum bahawa pesawat tersebut merupakan produk buatan Amerika Syarikat (AS)
36.Pesawat milik Malaysia Airlines itu baru berusia 11 tahun dan masih ada jaminan 14 tahun lagi oleh Boeing
(Setiap sebuah pesawat komersil diberi jaminan 25 tahun).
37.Terhempasnya pesawat ini jika terbukti disebabkan kerosakkan teknikal akan menyebabkan reputasi Boeing
jatuh teruk.
38.Boeing pula sedang menerima saingan sengit dari pembina pesawat komersil Peranchis iaitu Airbus.
39.Kuasa besar seperti AS akan menggunakan apa sahaja termasuk kekuatan medianya untuk menjaga
kepentingan negaranya dan dalam hal ini, AS mungkin sedaya upaya cuba meletakkan tanggungjawab kepada Malaysia
dengan mengaitkan dengan kelemahan piawaian keselamatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
40.Malangnya….media Malaysia termasuk sebahagian besar rakyat negara ini termakan dengan teori ini
hijack/rampasan/pengganas ini hanya berdasarkan laporan passport yang hilang (Passport hilang atau palsu ini digunakan oleh macam-macam orang, agen perisik, pengedar dadah, mereka yang bangkrup dan bukan perampas pesawat sahaja).
41.Jika terbukti bahawa kemalangan berpunca disebabkan kelemahan integriti sayap pesawat yang telah dibaiki dan
dijamin oleh Boeing, bayangkan berapa banyak kerugian dari insuran dan ganti rugi yang terpaksa di bayar oleh syarikat
penerbangan itu.
42.Ketika artikel ini ditulis, saham Boeing sedang jatuh menjunam dan syarikat itu melalui pesawat model
terbarunya iaitu 787 Dreamliner sedang berhadapan dengan masalah pada struktur pesawat.
43.Untuk meletakkan tanggungjawab pada kerajaan Malaysia, AS demi untuk kepentingan dirinya akan cuba
mengaitkan pengganas dengan MH370 dan kerana itu dengan pantas telah menghantar pegawai FBI dari kalangan pakar
keganasan ke Kuala Lumpur.
44.Tindakan penghantaran FBI ini dibuat kerana AS bimbang, insiden kemalangan MH370 akan membantutkan
pasaran pesawat terbaru Boeing dan kehadiran FBI memberikan imej palsu kepada pelanggan Boeing bahawa “Ini semua
kerja terroris, our plane is safe”.

TEORI ALAM GHAIB “KICK IN” DAN KETIADAAN DEBRIS ATAU BAHAGIAN PESAWAT/PENUMPANG YANG
TERAPUNG

45.Bab ini paling susah nak jawab.
46.Entah macam mana, pesawat mungkin tidak terhempas dalam keadaan menjunam atau berpusing sampai
badan pesawat tegak 90 darjah.
47.Ia mungkin terhempas secara glide atau mengelungsur (bab ini kuasa Allah, saya sukar hendak jelaskan)
sebelum masuk ke dalam Laut China Selatan.
48.Kegagalan sistem penggera pada Blackbox atau kotak hitam juga menimbulkan satu misteri. Sistem ini yang
mengaktifkan pemancar lokasi pada Blackbox sepatutnya berfungsi sebaik sahaja pesawat menghentam air (Bab ini juga saya serahkan kepada Allah)
49.Bagaimanapun secara teorinya, sistem ini hanya akan berfungsi apabila muncung pesawat menghentam air
dalam kelajuan atau kederasan tertentu.
50.Jika ia berfungsi sekalipun, kemungkinan disebabkan keadaan air laut yang dalam, gelombang yang dipancarkan
mungkin bersifat lemah dan gagal dikesan oleh mana-mana alat receiver dan ini terpakai untuk lain-lain sistem elektronik pada pesawat.
51.Berbalik pada teori alam ghaib (saya sebenarnya tidak tahu ayat apa yang sesuai dipakai). Menimbulkan satu
keanehan, bagaimana pesawat boleh terhempas atau “Glide” seolah-olah seperti ada kuisyen lembut yang menahannya dari berkecai sehingga tiada kelihatan “debris” atau pecahan pesawat.
52.Melalui kebolehan orang-orang Malaysia dan Indonesia yang bermunajat kepada Allah, kelihatan pada mata
kasyaf bahawa pesawat sudah berada di dalam laut dengan kedalaman di antara 300 hingga 1,000 meter.
53.Dalam keadaan demikian, suhu yang sejuk di dalam laut akan melambatkan proses pereputan.
54.Malah diberitahu oleh orang-orang ini, pesawat berada dalam keadaan yang O.K dan tidak hancur di dalam
jurang yang agak gelap.
55.Fisulaj atau badan pesawat ada sedikit rosak, misalnya muncung pesawat rosak (saya jangka disebabkan
hentaman ke dalam permukaan dasar laut), salah satu sayapnya patah.
56.Oleh kerana sebab-sebab sensitif, saya tidak mahu lagi menerangkan keadaan dalam pesawat.
57.Kita tidak boleh menolak pengaruh makhluk lain selain dari manusia kerana kita ini berkongsi alam.
58.Blog saya bukan sebuah paparan akademik atau ilmiah yang memerlukan setiap penjelasan dari lojik akal dan
saya fikir, tidak perlulah kita merendah atau tertawa dan mengutuk kebolehan orang yang mampu melihat jauh ke dalam lautan dan berkomunikasi dengan makhluk-makhluk Allah ini yang turut membantu memberikan lokasi secara kasar kepada mereka yang telah bermunajat kepada Pencipta Alam Semesta ini.
59.Orang-orang itu bukan saya, tetapi sebahagian kecil dari mereka yang ada di Malaysia dan kiai-kiai pensantren
agama di Indonesia yang membuat hubungan yang rapat dengan saya, dari mereka….saya titipkan artikel ini dan sebelumnya untuk kita sama-sama berkongsi ilmu baik perkara yang lojik mahupun tidak.
60.Saya seperti anda….dan apabila saya meminta saudara semua mengenali Allah melalui Ilmu Tauhid dalam laman
Facebook, saya tidak maksudkan anda terus mendapat keajaiban tetapi kita belajar untuk kita mengenal Sifatnya, dan apabila kita faham…Insya Allah minda kita diberi kebolehan untuk memahami kejadian atau ilmu lain yang tidak diketahui. Saya rasa sangat sedih kerana seruan saya “bab belajar Tauhid/usuluddin/akidah” ini dijadikan bahan caci oleh mereka yang saudara seagama dengan saya dalam sebuah forum popular tanahair.

TIMBUL PESAWAT

61.Apa yang diberitahu oleh mereka ini kepada saya, pesawat dijangka timbul atau dalam bahasa lain akan dikesan dan diberi petunjuk mulai hari ini iaitu PENGHULU SEGALA HARI, hari Jumaat yang mulia ini.
62.Saya bukanlah mendahului sesiapa tetapi apa yang diberitahu, bermula hari ini, Sabtu atau Ahad, ia akan
dilepaskan dari lingkaran ghaib yang melitupi pesawat atau setidak-tidaknya minggu hadapan.
63.Kemungkinan besar….ia ditemui oleh nelayan.
64.Bab lokasi saya tidak mengetahui secara tepat…saya difahamkan, di perbatasan negara…mungkin dalam
sempadan laut Malaysia/Vietnam atau mungkin Malaysia/Siam.

APA PUN SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…SAYA TIDAK MEMAKSA ANDA PERCAYA, MUNGKIN SAYA
SILAP DAN MUNGKIN ANDA BENAR.


http://militaryofmalaysia.net/20 ... ib-mas-mh370-story/
Last edited by manganini on 16-3-2014 12:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 01:14 AM | Show all posts
manganini posted on 16-3-2014 12:47 AM
UPDATE..

MISTERI BIN AJAIB…MAS MH370 STORY

ada logiknya jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 07:21 AM | Show all posts
clara_nur posted on 15-3-2014 06:59 AM
baca kt mana ckp Harun Din gtau cmtu?? bukan apa sbb me curious gak takde ker sapa2 yg mintak to ...

pesbuk ustaz aku

ustaz haron din ade ulas pasal MH370 dalam ceramah dia baru2 ni. ustaz2 alim2 ulama sume mungkin da gerak tolong dalam misi MH370 ni cume mungkin kita xperasan sbb tak diwar2kan. dorg mesti humble punye
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 10:20 AM | Show all posts
4 dimensi..??
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 12:33 PM | Show all posts
donut_1752 posted on 16-3-2014 10:20 AM
4 dimensi..??

dah undi lom?..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2014 12:48 PM | Show all posts
dari blog shahpaskal..

46.Entah macam mana, pesawat mungkin tidak terhempas dalam keadaan menjunam atau berpusing sampai
badan pesawat tegak 90 darjah.

47.Ia mungkin terhempas secara glide atau mengelungsur (bab ini kuasa Allah, saya sukar hendak jelaskan)
sebelum masuk ke dalam Laut China Selatan.

48.Kegagalan sistem penggera pada Blackbox atau kotak hitam juga menimbulkan satu misteri. Sistem ini yang
mengaktifkan pemancar lokasi pada Blackbox sepatutnya berfungsi sebaik sahaja pesawat menghentam air (Bab ini juga saya serahkan kepada Allah)

49.Bagaimanapun secara teorinya, sistem ini hanya akan berfungsi apabila muncung pesawat menghentam air
dalam kelajuan atau kederasan tertentu.

50.Jika ia berfungsi sekalipun, kemungkinan disebabkan keadaan air laut yang dalam, gelombang yang dipancarkan
mungkin bersifat lemah dan gagal dikesan oleh mana-mana alat receiver dan ini terpakai untuk lain-lain sistem elektronik pada pesawat.

51.Berbalik pada teori alam ghaib (saya sebenarnya tidak tahu ayat apa yang sesuai dipakai). Menimbulkan satu
keanehan, bagaimana pesawat boleh terhempas atau “Glide” seolah-olah seperti ada kuisyen lembut yang menahannya dari berkecai sehingga tiada kelihatan “debris” atau pecahan pesawat.

52.Melalui kebolehan orang-orang Malaysia dan Indonesia yang bermunajat kepada Allah, kelihatan pada mata
kasyaf bahawa pesawat sudah berada di dalam laut dengan kedalaman di antara 300 hingga 1,000 meter.

53.Dalam keadaan demikian, suhu yang sejuk di dalam laut akan melambatkan proses pereputan.

54.Malah diberitahu oleh orang-orang ini, pesawat berada dalam keadaan yang O.K dan tidak hancur di dalam
jurang yang agak gelap.

55.Fisulaj atau badan pesawat ada sedikit rosak, misalnya muncung pesawat rosak (saya jangka disebabkan
hentaman ke dalam permukaan dasar laut), salah satu sayapnya patah.

56.Oleh kerana sebab-sebab sensitif, saya tidak mahu lagi menerangkan keadaan dalam pesawat.

57.Kita tidak boleh menolak pengaruh makhluk lain selain dari manusia kerana kita ini berkongsi alam.

58.Blog saya bukan sebuah paparan akademik atau ilmiah yang memerlukan setiap penjelasan dari lojik akal dan
saya fikir, tidak perlulah kita merendah atau tertawa dan mengutuk kebolehan orang yang mampu melihat jauh ke dalam lautan dan berkomunikasi dengan makhluk-makhluk Allah ini yang turut membantu memberikan lokasi secara kasar kepada mereka yang telah bermunajat kepada Pencipta Alam Semesta ini.

59.Orang-orang itu bukan saya, tetapi sebahagian kecil dari mereka yang ada di Malaysia dan kiai-kiai pensantren
agama di Indonesia yang membuat hubungan yang rapat dengan saya, dari mereka….saya titipkan artikel ini dan sebelumnya untuk kita sama-sama berkongsi ilmu baik perkara yang lojik mahupun tidak.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 12:53 PM | Show all posts
Ke mana menghilangnya MH370?
satu dunia tertanya2 ke mana menghilangnya kapalterbang mh370..macam2 persoalan timbul. macam2 spekulasi yg "diwujudkan"..dan yg paling memalukan malaysia dan rakyatnya ialah bila bomoh temberang mengadakan upacara yg ntah apa2 kononnya utk mengetahui di mana kapalterbang tersebut mgkn telah disembunyikan "bunian/jin"!!

beri masa dulu.. clah nak gelak guling2..

cuba korang renung2kan.. dlm kejadian ini, kita boleh nampk bagaimana cara kita mengatasi sesuatu masalah. ada yg berusaha sambil mendekatkan diri kpd al-Khaliq. ada juga yg berusaha tapi lagi jauh dari Yg Maha Esa.

kenapa kejadian ini berlaku?
kenapa msia?
apakah rahsia besar yg Allah sembunyikan disebalik semua kejadian ini?
apakah hikmah disebalik kejadian ini?
kenapa tiada seorg tok guru/ustaz/ustazah/perawat(tak termasuk clah) yg terkenal yg terer scanning pun yg tahu di mana ia?

bersambung..
ciklah cute dah masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 01:10 PM | Show all posts
clara_nur posted on 12-3-2014 01:53 PM
err dah baca blog tu..mmg hampr serupa..pulak tu dia ckp salu mimpi2 buruk yg dia alami mesti j ...


hurmmm...dah la tempat keje tepi laut...
berdebar plak hati baca apa
yg u post post dari blog tersebut...

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 02:17 PM | Show all posts
DumBell posted on 16-3-2014 12:33 PM
dah undi lom?..hehehe

baru je undi..abam dumbell
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083659 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list