CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283337|Reply: 765

Pesawat MAS masuk ke dunia 4 dimensi

  [Copy link]
Post time 9-3-2014 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Thread ni versi yg agak pelik sikit berkaitan pesawat MAS yang hilang masa nak ke Beijing. Lepas aku terbaca berita yang hampir serupa dengan kejadian pesawat MAS pasal pesawat yang hilang...

Dunia ini memang penuh dengan misteri yang belum terjawab. Sebuah peristiwa aneh terjadi pada 4 September 1945. Pada masa itu penumpang dan kru sebuah perusahaan penerbangan, terbang dan lalu tiba-tiba menghilang di atas langit Atlantik. Kejadian itu menggemparkan  seluruh dunia.




Anehnya, setelah 35 tahun kemudian, tepatnya pada 12 Oktober 1980, pesawat ini mendarat di Porto Alegre, Brasil tanpa pemberitahuan terhadap menara kawalan Bandara.

Ketika pintu pesawat dibuka, sejumlah orang tercengang melihat para penumpang pesawat tersebut yang berjumlah 92 orang itu telah kurus kering.


Menurut penelitian, pesawat ini merupakan pesawat Sandiego yang hilang dan telah kembali lagi. Menurut dugaan, pesawat ini telah melalui ruang 4 dimensi dan tersesat di black hole selama 35 tahun, sebelum akhirnya kembali mendarat.

Lihat video di bawah ini :



cerita kedua pulak hampir sama dengan cerita pertama. pasal sebuah kapal yang hilang tapi kru2 kapal dan penumpang kapal ditemukan semula beberapa puluh tahun kemudian dan semua mangsa yang ditemukan dalam keadaan sihat dan sama seperti waktu mereka hilang walaupun ada antara mereka ni dah beratus tahun hilang.. ada saintis kata, black hole atau dimensi yang menyedut tu tak boleh dilihat oleh manusia, sebab ia ada pada dimensi yang dipisahkan oleh manusia sama macam Jin dan makhluk2 ghaib lain......

mungkin ke pesawat MAS yang hilang sekarang ni ade kaitan dengan kisah2 kat atas tu?? lagipun pelik pesawat tu hilang secara tiba2 tanpa ada sebarang kesan walau sikit pun.

walau papepun aku harap mangsa2 yg terlibat dalam keadaan selamat.. Amin

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lain2:

Berikut ialah garis masa yang menjelaskan kronoloogi peristiwa-peristiwa sekitar kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum ditemui.

  12:41 am : Penerbangan MAS MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA). Kapalterbang Boeing 777-200 itu membawa 239 orang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal. 38 orang daripadanya dilaporkan adalah rakyat Malaysia.

2:40 am : Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini di ruang udara Vietnam.Pesawat itu belum memasuki ruang udara dikawal oleh China dan tidak membuat hubungan dengan pengawal udara di China.

6:40 am: Penerbangan dijadualkan tiba di Beijing , China.

10:15 am: laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China diterbitkan. Didedahkan sebagai tidak benar dalam beberapa minit.

11:55 am : laporan palsu pihak penerbangan Vietnam menerima isyarat pesawat diterbitkan. Laporan dibukti palsu dalam beberapa minit.

12:00 pm : Dalam satu sidang akhbar di Sepang MAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza.

Penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria. Penerbangan ini adalah merupakan satu rancangan perkongsian dengan China Southern Airlines.

12.30 pm: MAS berkata tkali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Baru di Laut China Selatan

12:50 pm : Seorang pegawai penyelamat Vietnam menafikan ada isyarat pesawat Malaysia MH370 yang hilang telah dikesan. 1.00 pm : China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang.

1:10 pm : Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur talian hotline bagi semua soalan yang berkaitan dengan kehilangan penerbangan MH370. Semua panggilan yang berkaitan dengan kejadian itu boleh ditujukan kepada +86 10 6532 2531 /2/ 3.

1:30 pm: Satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kerajaan Vietnam berkata bahawa pesawat itu terputus hubungan berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau apabila ia telah bersiap untuk memindahkan kawalan trafik udara ke Ho Chi Minh. Pemindahan itu tidak berlaku

2:00 pm : Senarai penumpang semua kapalterbang didedahkan kepada umum. ke Ho Chi Minh

2:20 : Laporan tidak Rasmi di media Vietnam dan China telah memetik Tentera Laut Vietnam sebagai berkata penerbangan MH370 berada di Laut China Selatan. Kapal Penyelamat telah dihantar ke kawasan itu, kata Al -Jazeera.

3:00 pm : Tentera Laut Malaysia berkomunikasi dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan melihat bahawa bangkai penerbangan MH370 dieksani berhampiran sebuah pulau di sebelah selatan negara ini.

MAS meminta dua keluarga terdekat setiap penumpang berada di KLIA pada pukul 6 petang hari Sabtu.

4:20 p, : Vietnam kerajaan mengesahkan bahawa penerbangan MH370 hilang di ruang udara Vietnam.


Kehilangan Pesawat MAS MH370 Jadi Liputan Utama Portal Berita Seluruh Dunia



Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang sedang dalam perjalanan dari sini ke Beijing awal pagi Sabtu telah mendapat liputan meluas pelbagai agensi berita antarabangsa dan dunia.

Ini termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online (www.dailymail.co.uk) yang memaparkan kisah kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sebagai berita utama mereka.

Dengan judul 'Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777 mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from Malaysia', portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat.

Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.

Ini termasuklah malapetaka kegagalan enjin, juruterbang cuba mengelak pesawat berkenaan daripada bertembung dengan pesawat lain atau pun mungkin juga disebabkan oleh letupan.

Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari radar.

Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan.

Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula.

Tetapi memandangkan ia masih belum ditemui sehingga kini, logik menyatakan yang ia sudah pasti kehabisan bahan api jika tidak mendarat sekarang.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang sebelum ia sempat memasuki ruang udara China.

Ia membawa 153 orang penumpang warga China.

Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini sebagai berita utama mereka.

Dengan tajuk 'Contact lost with Malaysia Air plane' BBC turut memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga laporan wartawan mereka secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata yang beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan prosedur kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat.

Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan yang jadual ketibaan pesawat MH370 itu telahpun dikeluarkan dari senarai papan tanda elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia memaparkan status 'Tergendala' sejak beberapa jam yang lalu.

Sebuah lagi portal berita popular Britain, The Guardian (www.theguardian.com) turut menjadikan berita kehilangan pesawat MAS itu sebagai berita utamanya dengan judul 'Malaysia Airlines lose contact with plane – live'.

Malah portal berita ini membuat kemaskini secara langsung dari Beijing dan juga Malaysia. -mstar
-thestar



Malaysia Dapatkan Pengesahan Vietnam Berhubung Laporan Bangkai Pesawat
SEPANG: Tentera Laut Malaysia sedang berhubung dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan mengenai bangkai pesawat yang dikatakan dilihat berhampiran sebuah pulau di sebelah selatan negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sehingga pukul 2 petang, laporan itu diklasifikasikan sebagai tidak benar.

"Oleh kerana laporan itu menyebut Tentera Laut Vietnam, kami perlu mengesahkan perkara itu dengan mereka," katanya pada sidang akhbar, Sabtu.

Hishammuddin berkata kerajaan telah mengerahkan semua kapal Tentera Laut Malaysia ke kawasan berhampiran tempat di mana pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata penerbangan MH370 kali terakhir dikesan pada radar menara kawalan di latitud dan longitud 0653N 103343E.

"Lapangan terbang itu hilang dari radar pada 1.30 pagi," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan itu beroperasi seperti biasa.
-thestar



Insiden Kehilangan Pesawat MH370: Alat Pemancar Kecemasan Dikesan 300km Dari Pantai Vietnam
PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat pesawat MAS MH370 yang hilang di Laut China Selatan dikatakan telah mengesan isyarat Alat Pemancar Kecemasan (Emergency Locator Transmiter) kurang lebih 300 kilometer dari pantai Vietnam.

Menurut sumber-sumber, pasukan menyelamat kini menjurus ke arah isyarat yang dipancarkan dari alat tersebut.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang akhbar khas di KLIA lewat pagi Sabtu berkata, kali terakhir penerbangan MH370 berhubung dengan menara kawalan adalah pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, merentasi Laut China Selatan.

"Ia merupakan kawasan sempadan laut Malaysia - Vietnam," katanya pada sidang media khas di KLIA, Sabtu.

Beliau berkata, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa Vietnam dalam usaha menjejaki pesawat tersebut.

Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.

Penumpang lain ialah dari China (152 + 1 bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika (3+1 bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1), Austria (1).

Anak-anak kapal yang berada dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Zaharie Ahmad Shah, Farid Ab Hamid, Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.

MH370 berkongsi kod penerbangan dengan China Southern Airlines.

Menurut MAS, pesawat MH370 itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, seorang juruterbang veteran dengan mencatatkan 18,365 jam penerbangan.

Beliau menyertai MAS pada 1981.


Dalam penerbangan itu, beliau dibantu oleh Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid yang mempunyai pengalaman sebanyak 2,763 jam penerbangan.

Beliau menyertai MAS pada tahun 2007.



Senarai rakyat Malaysia dan anak kapal MH370 KL-Beijing yang hilang
1. Zaharie Ahmad Shah (Kapten)
2. Farid Ab Hamid (Pembantu Juruterbang)
3. Patrick Francis Gomes
4. Andrew Nari
5. Goh Sock Lay
6. Tan Ser Kuin
7. Wan Swaid Wan Ismail
8. Junaidi Mohd Kassim
9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan
10.Ng Yar Chien
11.Foong Wai Yueng
12.Tan Size Hiang

Senarai Penumpang Malaysia

1. Anne Cathrine Daisy,56
2. Biby Nazli Mohd Hassim,62
3. Chan Huan Peen,46
4. Chen Wei Hoing,43
5. Chew Kar Mooi,31
6. Chong Mei Ling,33
7. Dina Mohamed Yunus Ramli,30
8. Guan Hua Jin,34
9. Hue Pui Heng,66
10. Jee Jing Hang,41
11. Lee Kah Kin,32
12. Lee Sew Chu,55
13. Maria Mohamed Yunus Ramli,32
14. Mohamad Sofuan Ibrahim,33
15. Mohd Khairul Amri Selamat,33
16. Muhamad Razahan Zamani,29
17. Muzi Yusop,50
18. Ng May li,37
19. Noorida Mohd Hashim,57
20. Norfadzillah Mat Rahim,39
21. Norlia Akmar Hamid,33
22. Ramlan Safuan,32
23. Sim Keng Wei,53
24. Suhaili Mustafa,31
25. Tan Ah Meng,46
26. Tan Chong Ling,48
27. Tan Sioh Peng,32
28. Tan Wei Chew,19
29. Tee Lin Keong,50
30. Teoh Kim Lun,36
31. Tong Soon Lee,31
32. Wan Hock Khoon,42
33. Wong Sai Sang,53
34. Yap Chee Meng,39
35. Koh Tiong Meng
36. Tan Teik Hin
37. Lim Pow Chua
38. Puspanathan Supramaniam


















Single Polls, Total 220 Users voted
7.62% (17)
8.07% (18)
84.30% (188)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2014 11:33 AM | Show all posts
This is Qada' and Qadr. Now, we put our trust in Allah. Hopefully they're keep on safe. Last edited by CikAffi on 9-3-2014 11:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 01:01 PM | Show all posts
Kna tggu 35 thn lg...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 01:26 PM | Show all posts
92 orang yang kurus kering tu memang sahkan yg dorang masuk dunia lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 03:11 PM | Show all posts
pasal video pesawat hilang 35 tahun...mesti kalau mendarat berita besar2an kan? Takde cite hape pun....video pun dok recycle stock footage....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 03:39 PM | Show all posts
berita btl ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2014 05:46 PM | Show all posts
ko patut tambah lg satu, ni suma hoax.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Misteri kehilangan MH370 ade kaitan ngan mistik kah??
Memang clueless....tiade sebarang petunjuk pun lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2014 06:07 PM | Show all posts
Misteri nusantara....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah blackholes benar2 wujud? huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 10:14 PM | Show all posts
apa kata kalau sesuatu yang bukan dari bumi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 08:15 AM | Show all posts
ada gak yg mcm ni ek...
mmg x tercapai akal..
yg kurus kering tu idop ke dh mati...
lama tuuu 35 thn...cam x logik jeh
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 08:53 AM | Show all posts
dah tengok pun video tu dlm FB.. tp betul ke tu... klu 35 tahun semuanyer dah tua2 lah ye... klu baby dah besar la ni... ada tak dorang citerkan apa yg terjadi... walahualam.. kuasa Allah tiada yg mustahil... tp klu betul kene ada bukti lah drpd mangsa2.. citer drpd mereka apa yg terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 09:31 AM | Show all posts
Tadi kat MHI dorang ada panggil sorang Prof yg terlibat dalam misi mencari di Barrio dulu. dia cakap sebagai seorang Islam, elok juga kita mintak pada Allah agar dibukakan 'apa2 yg menutupi'. Dia tak ada sebut spesifik apa yg dimaksudkan dengan 'yg menutupi' tu.
Tapi dia ada sebut pasal tragedi di Bario dimana para penyelamat dari USA yg gunakan peralatan canggih2 pun tak dapat kesan lokasi tempat crash tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 09:31 AM | Show all posts
ak syak berita ni tak benar.. sb cari kat gugel mcm takde kesahihan pun. iyelah at least ade pkmbangan cerita diorg yg tlibat lps 35 tahun hilang... interview etc..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 09:55 AM | Show all posts
ermmm ... kekadang kita kena guna logik akal jgk ... secara fizik seorang manusia hanya mampu hidup tanpa air maksimum 5 hari jerrr ... tak kiralah berada dlm dimensi ke berapa pun!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2014 09:58 AM | Show all posts
Ak rse hijab kite teryutup kot... rsenya pesawat tu ada kt stu2 gak cuma mata kite x nmpk. Mcm org hlg kt utan... orgnya kt stu kt je x nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 10:00 AM | Show all posts
yg kes ilang 35 tahun pastu jumpa semula memang aku tak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 10:04 AM | Show all posts
Hari ni pagi2 memang nak cari thread untuk tahu komen mengenai MH370. Memang nak tahu pandangan dari sudut lain selain fakta. Saya percaya disebalik usaha pencarian dan kerahan tenaga, tak lupa juga bantuan dari pakar2 ilmuan mistik yang akan membantu tanpa kita ketahui.

P/s: Doa dan mengharapkan yang terbaik. Semoga MH370 ditemui.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 10:26 AM | Show all posts
shida81 posted on 10-3-2014 09:58 AM
Ak rse hijab kite teryutup kot... rsenya pesawat tu ada kt stu2 gak cuma mata kite x nmpk. Mcm org h ...

Mungkin jgk tu....Tu semua x mustahil...apa2 pon yg maha mengetahui perkara sebenar di mana kapal tersebut ialah hanya ALLAH SWT je yg tahu....moga2 ALLAH SWT mempermudah kn segalanya...AMIN..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.081118 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list