CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 30-3-2014 07:22 PM | Show all posts
“ Abang betul betul stress dengan Mama dan Papa. Why can’t I live my life the way I want? Kenapa Mama dan Papa tak boleh terima pilihan Abang? Teruk benar kah kalau abang kawin Zahira?  Bukan kita kacau sesiapa pun.” keluh Muaz sambil meraup muka. Dua tahun dia di US sikit pun tidak memalapkan cintanya pada Zahira.

Memang teruk kalau Muaz tahu apa yang berlaku dan siapa Zahira sebenarnya. Tapi Qayyum sudah berjanji dengan Mama, dia tak akan pecah rahsia. Bimbang kalau Muaz tak akan balik ke Malaysia selamanya.

“ Chill lah. Ramai jer sekarang orang bercinta lepas kahwin.” Qayyum cuba memujuk. Aikkk… memandai jer aku. Inilah  akibat bila kerap menemani Mama tengok drama TV.

“ Fat chance! Ingat aku senang berubah hati? Kau tu budak lagi, apa kau tahu.”

“Hmm… abang rasa Azalea tahu pasal Zahira? Mana tahu mungkin dia pun buat background check pasal abang.”

“ Abang tak kisah kalau dia tahu. Lagi bagus, mungkin dia back out. Ha!!! Apa kata Qai hantar gambar Zahira dengan Abang kepada dia?” Buat pertama kali senyuman terukir di wajah Muaz. What a great idea!

Qayyum jadi serba salah. Takkan aku nak sabotaj rancangan Mama dan Papa. Abang Muaz selalu pentingkan diri sendiri, tak pernah nak fikirkan orang lain. Spoilt brat! Dia mengutuk dalam hati.

“ Janganlah macam tu , bang. Banyak persiapan dah di buat. Kad dah di hantar pada tetamu.  Malu besar kalau tak jadi. Abang kena fikir perasaan orang lain juga”

“Apa, Qai ingat abang ni selfish ke? Sebab Abang fikirkan perasaan orang lain lah Abang tak nak kahwin dengan si Azalea. She will be miserable. I cannot be a good husband to her. Berapa lama dia boleh tahan? Kalau kami berpisah, Mama dan Papa juga yang malu. Abang tak faham kenapa Mama dan Papa sanggup buat begini. Bukan saja mereka rosakkan hidup abang, tapi juga Azalea. Tak pasal pasal jadi janda.”

“ Abang jangan cakap camtu. Bila abang tahu siapa Zahira dan siapa Azalea sebenarnya….”

Ayatnya tergantung bila pintu bilik di ketuk. Siapa pula kacau aku malam buta ni? Kebiasaannya seisi rumah tidur awal.

“ Siapa tu?” laung Qayyum

“ Mama. Kamu tak tidur lagi?”  Pintu yang tak berkunci di tolak. Qayyum memberi isyarat pada Muaz dan perbualan mereka di putuskan tanpa pamitan. Yang tinggal di skrin hanya homepage Google.

“ Qai cakap dengan siapa tadi?” tanya Datin Sakinah penuh syak wasangka.

“ Cakap telefon dengan kawan. Takkan Mama ingat Qai ada imaginary friend?” Qayyum berlelucon. Samsung Galaxy yang memaparkan gambar Azalea dan rakan rakannya di padam segera. Mama sangat suka ambil tahu hal orang.  Dia tak senang duduk kalau tak tahu semua yang berlaku dalam rumah ini, waima kalau kucing mengandung sekalipun. Tapi di sebalik “ke- busybody –an” nya, Mama baik hati dan penyayang. Sejak ibubapa Qayyum meninggal dalam kemalangan waktu dia berusia 5 tahun, Mama dan Papa yang membesarkannya. Mereka bukan orang asing pun, Mama adalah kakak sulung pada ibu kandungnya. Ketika itu, Muaz dan Amy sudah remaja dan sentiasa sibuk dengan aktiviti bersama rakan rakan. Qayyum lah menjadi pengubat sunyi di rumah agam itu.

“ Muaz tak contact kamu? Email ke? Telefon ke? “ Datin Sakinah melabuh punggung atas katil. Tipulah kalau dia tak risau pasal Muaz yang akan bernikah tak lama lagi. Anak lelakinya itu rela dalam terpaksa. Harap harap janganlah dia buat perangai. Malu aku nanti!

“ Tak ada. Dia busy kot. “ Qayyum menggeleng. Matanya di larikan. Orang tua ni cepat saja tangkap kalau aku cakap bohong. Dia menguap dan merebahkan tubuh di katil. Mudah mudahan Mama faham isyarat yang di beri.

“ Mama risau kalau dia buat sesuatu yang bodoh. Malu Mama dengan Papa kat besan kami dan kawan kawan. Mama dah pilih calon yang paling baik untuk Muaz. Tapi dia buat tak kisah langsung.  Jangan dia tak balik dari America sudah!”

“ tak..tak… kan lah.. jadi… camtu” Mata Qayyum tertutup. Datin Sakinah melepaskan nafas berat. Budak ni! Tak sempat aku nak korek cerita.

“ Jangan lupa bangun solat Subuh besok” pesan Datin Sakinah sebelum menutup lampu dan meninggalkan bilik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2014 08:44 PM | Show all posts
Errr...zahira da Kwin ke?

Next cepat2!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 02:02 PM | Show all posts
citer twist.... azalea end up dgn Qai...

speku seposenggg!


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 03:09 PM | Show all posts
mana akak smiley ni...sambung lg pls
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 03:18 PM | Show all posts
nak lagi...nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 12:25 PM | Show all posts
sambung lg pls
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2014 11:16 AM | Show all posts
Bab 4

Hari yang  di tunggu akhirnya tiba. Di tunggu oleh siapa? Klise punya stetmen.  Yang pasti Azalea sudah mula menyesal. Dia kecut perut sebaik pelamin kecil di ruang tamu siap di hias dengan bunga bunga segar awal pagi tadi. Tapi sudah terlambat untuk dia menukar fikiran. Kini dia terpaksa redha kerana itu keputusan yang di pilih. Nak tolong keluarga konon. Puuuhhh! Padan muka, siapa suruh tunjuk hero (heroin).

“ Elok cuaca hari ni. Malaikat rahmat lebarkan sayap” komen  saudara sebelah emak Azalea yang masuk ke bilik pengantin.

Nak sedapkan hati aku lah konon. Macam lah aku tak tahu propa nenek nenek dan makcik makcik ni semua. Yang aku ingat ustazah sekolah menengah kata hari mendung selepas malam Lailatul Qadr kerana sayap malaikat yang naik semula ke langit. Ini bukan bulan Ramadhan pun.

Datin Azwa dan Datuk Razali cukup teruja untuk menerima menantu pertama. Lebih lagi Ahmad Muaz anak pada kawan karib Datuk Razali. Meskipun hubungan anak dan bakal menantunya bukan berdasarkan cinta tapi mereka pasti cinta akan berputik selepas kahwin, apatah lagi Muaz punya pakej yang  lengkap, dambaan semua gadis dan ibu bapa. Datin Azwa macam lipas kudung memastikan yang hantaran, hiasan pelamin  dan makanan untuk tetamu semuanya tip top sementara Datuk Razali dengan pekerja dari syarikat perancang perkahwinan menyelaraskan tempat duduk tetamu di bawah kanopi. Perkahwinan ini yang pertama untuk keluarga kecilnya, tentulah dia ingin memastikan segalanya sempurna untuk satu satu anak gadisnya.

Dalam bilik pengantin yang di hias dengan warna tema krim dan dusty pink, Azalea menyerahkan muka untuk di solek oleh jurusolek yang di tempah oleh ibunya, Cik Tasha. Matanya di pejam dan dia cuba tenangkan diri sambil memikir benda benda yang indah. Banana Royale Sundae dari Baskin Robbins, pavlova dari Alexis, beg tangan Celine Trapeze, gaun malam  Valentino, percutian di Maldives dengan Lee Min Ho….. aikks. Tersasar pula. Astaghfirullah!   Gila weiii! Sejam lagi aku akan jadi isteri pada lelaki yang aku tak kenal. Ego tahap gunung pula tu. Nak jumpa pun tak sudi. Apa, dia ingat aku desperate sangat nak kawin dengan dia? Mangkuk betul!

“ Dah siap dah. Akak tahu orang muda sekarang suka natural look. Cantik kan? ” tanya Cik Tasha lebih kurang 30 minit kemudian. Dia puas hati dengan hasil tangan yang membangkitkan seri pengantin.

“ You look gorgeous Lea” puji Kerina dan beberapa orang sepupu yang menempel dalam bilik pengantin.

“Okaylah. Thanks, Cik Tasha”  
Selesai menyalin pakaian, Azalea mengenakan selendang dengan bantuan Kerina. Okay, I’m ready to go to war, bisik hatinya. Datin Azwa menjenguk dari pintu bilik dengan wajah agak tegang.

“ Rombongan lelaki lambat sikit. Setengah jam lagi baru sampai”

“ Kenapa cepat sangat? Tak payah datang pun tak apa” sindir Azalea. Datin Azwa cuma menggeleng kepala dan berlalu pergi. Tak kuasa nak layan  Azalea  yang tak berapa betul sehari dua ini. Lebih manafaat  melayan tetamu yang ramai di bawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 11:20 AM | Show all posts
“ Kau ni dah kenapa?” tanya Kerina.

Azalea menaikkan bahu. “ Isn’t it obvious? Nampak sangat si Muaz  tak nak kawin dengan aku. Entah entah dia cabut lari. Atau pun dia di beri ubat tidur supaya tak lari pastu tak boleh bangun tidur. Atau dia saja buat perangai diva. ”

“ Merepek lah kau ni! Jalan sesak kot.”

“ Yeah, sure.  Rumah dia di Jalan Beringin, jalan kaki pun tak sampai setengah jam.” Apalah nasib aku kena paksa berkahwin dengan orang yang tak sudi. Berapa lama agaknya kami boleh bertahan? Itupun kalau jadi nikah hari ini. Dia berjalan ke tingkap dan memandang laman yang di pasang tiga buah kanopi putih dengan kain scallop dusty pink. Empat kaunter buffet sudah tersedia. Perutnya berkeriuk.

“ Aku lapar lah. Kau tolong turun ambil kan makanan untuk aku. Entah pukul berapa baru aku dapat makan. Pengsan aku nanti” pinta Azalea

Tak  lama kemudian Kerina muncul dengan segelas air sirap dan beberapa potong kuih Melayu.
“ Kuih saja? Aku ingat kau nak ambil nasi minyak” Sepotong seri muka masuk ke mulut yang bergincu merah samar.

“ Nanti kau sendawa bau kari masa sarung cincin. Gross! Buat malu tau! ” tempelak Kerina.

Azalea ketawa kecil dan meneguk sirap. Baru nak capai kuih bingka,  ibu saudaranya masuk memberitahu yang rombongan pengantin lelaki telah tiba. Jantung Azalea mula bergerak pantas. Its the final countdown. Sebentar lagi aku akan berubah status. Hakmilik akan berpindah tangan dari bapa ke suami. Scary nya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2014 11:22 AM | Show all posts
“ Aku terima nikahnya Nur Azila binti Razali dengan mas kahwin RM80 ringgit tunai” lafaz Muaz. Jurunikah memandang wali dan saksi.

“ Nur Azalea bukan Nur Azila. Kita ulang sekali lagi”

“ Aku nikahkan engkau dengan anak perempuan ku, Nur Azalea binti Razali dengan maskahwin RM80 tunai” Dato Razali menggenggam tangan bakal menantunya. Ini sudah kali ketiga. Kali pertama silap sebut nama aku, Razali jadi Ghazali. Jangan jangan si Muaz sengaja nak sabotaj pernikahan ini.

Kali ketiga lafaznya lancar dan sempurna. Phewww! Semua yang hadir melepas nafas lega. Ada sekumpulan orang muda yang bertepuk tangan. Muaz bersalaman dengan bapa dan bapa mertua nya sebelum membaca lafaz taklik.

Azalea mendengar dengan tenang. Mindanya kosong seolah menonton rancangan Raikan Cinta di TV, sikit pun tak tersentuh. Datin Azwa memeluk dan mencium pipinya dengan mata yang berkaca.

“ Anak Mak dah jadi milik orang.” bisik Datin Azwa ke telinga satu satu anak perempuannya.

Siapa suruh Mak bagi kat orang?  Orang yang kita tak kenal pula tu. Orang yang ego dan perasan diva.  Azalea mendengus dalam hati tapi bibir tetap mengukir senyuman plastik.

Muaz melangkah ke arah pelamin kecil. Betul kata orang, isteri nya cantik. Lagi cantik dari gambar yang di tunjuk Qayyum. And she looks icy cold! Wajahnya tak beremosi. Macam patung. Kalau aku sengaja buat silap sepuluh kali masa ijab kabul, adakah dia akan berubah riak?

“ Awak tak solat sunat dulu?” Azalea bertutur perlahan tapi jelas di telinga suami. Muka Muaz berubah.  Ingat aku ni stok ustaz pembimbing isteri ke jannah ke? Oh, you are so mistaken. Wuduk pun aku tak ambil.

Cincin bertatahkan tiga butir berlian di sarung ke jari manis isterinya. Tangan Muaz di kucup. Azalea pula menyarungkan cincin platinum ke jari suami. Dahi isteri di kucup. Selesai. Babak nikah sudah sempurna di lakunkan. Dua dua tiada perasaan, tiada jantung yang berdebar tak tentu hala. Okay, sekarang posing time. Berpuluh puluh kamera, smartphone dan tablet merakam gambar pasangan yang nampak sempurna bak pinang di belah dua. Tapi senyuman dan gaya mereka nampak fake, tak ada  jiwa, kimia, kilau di mata dan kasih di hati. Tiba tiba Azalea membentuk huruf T dengan kedua tapak tangan.

“ Cukup. Terima kasih ya, semua photographers. Minta maaf, saya nak makan. Perut dah lapar sebab lama tunggu pengantin lelaki. Tak tahan lah…Sedap betul lah bau nasi minyak”  Dia melemparkan senyum sambil melangkah pergi dari pelamin tanpa mempedulikan suaminya maupun pengapit yang terlopong.

Muaz tersentak. Boleh tahan kerek makcik ni. Tunggu kau!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 11:47 AM | Show all posts
wah..ada sambungan...

sungguh tak pernah jumpa langsung depa ni...







Last edited by UsuFie on 4-4-2014 11:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 07:26 PM | Show all posts
Best!

Next!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 03:32 PM | Show all posts
best...bab bab awal pun dah teruja...tertanya tanya dengan tajuk...siapakah cik yah dan che mamat itu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 04:22 AM | Show all posts
Wah bestnya Smiley dah ada karya terbaru lagi.... lagi.... Smiley tak sabor nak tau apa jadik kat pengantin baru neh heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 05:25 PM | Show all posts
best..smiley..
dah lama tunggu....
new story
superb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 06:09 PM | Show all posts
UsuFie posted on 4-4-2014 11:47 AM
wah..ada sambungan...

sungguh tak pernah jumpa langsung depa ni...

skrg dah jumpa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 06:09 PM | Show all posts
sarizu posted on 4-4-2014 07:26 PM
Best!

Next!

tenkiu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2014 06:10 PM | Show all posts
sapp73 posted on 5-4-2014 03:32 PM
best...bab bab awal pun dah teruja...tertanya tanya dengan tajuk...siapakah cik yah dan che  ...

nama kucing kot
kaka juna sudah kering idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 06:11 PM | Show all posts
Banana posted on 7-4-2014 04:22 AM
Wah bestnya Smiley dah ada karya terbaru lagi.... lagi.... Smiley tak sabor nak tau apa jadik kat pe ...

kena sabar
sbb smiley pun tak tahu apa jadik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 06:11 PM | Show all posts
iwimz posted on 8-4-2014 05:25 PM
best..smiley..
dah lama tunggu....
new story

mana ada superb
superbly late ada kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 06:13 PM | Show all posts
Bab 5

Azalea meregang tubuh.  Akhirnya, selesai sudah semua majlis. Nikah,  majlis resepsi belah perempuan, majlis sambut menantu bertali arus. Macam masuk acara triathlon.  Malam ini aku nak tidur puas puas, qada tiga malam punya tidur. Gaun pengantin di gantung dalam almari dan pyjamas kain kapas di keluarkan dari overnight bag. Sorry… no sexy lingerie untuk orang kahwin paksa. Jangan harap aku nak menggoda atau lancarkan projek memikat suami. Itu semua cuma berlaku dalam drama ya, tuan tuan dan puan puan.

Dia merebahkan tubuh atas katil king size di bridal suite Mandarin Oriental.  Tentunya si Muaz tak nak tidur dengan aku. Tak ada masaalah. Bilik ni cukup besar untuk dua orang. Ada sofa panjang, lantai berkarpet tebal pun ada.

Pintu di ketuk dan Azalea menarik nafas. Walaupun dia tak ada apa apa perasaan pada si suami tapi jantung terloncat juga. Masa dia naik ke bilik tadi, Muaz masih rancak berbual dengan geng dia. Tak tau lah geng apa, geng bas sekolah atau geng mengaji atau geng surau. Takkan cepat benar habis, katanya dua tahun tak jumpa.

“ Lea, mak dengan abang kat luar” terdengar suara sayup dari sebalik daun pintu.

Pintu segera di buka. Ibu dan abangnya mengambil tempat di sofa berangkai tiga depan TV. Abangnya Hazif  memasang TV dan mencari cenel yang menarik. Tanpa di pelawa terus saja buat macam bilik sendiri. Dasarrr! Azalea mencemuh dalam hati.

“ Muaz mana? ” tanya Datin Azwa

“ Tengah borak dengan kawan kawan kat bawah.” Azalea mengambil dua tin Coke dari peti ais mini untuk mereka.

“ Kenapa Lea tinggalkan dia? Tak manis lah gitu. Muaz mesti nak kenalkan Lea pada kawan kawan dia.“

Huk eleh, Muaz tak perasan pun aku ada atau tak ada. Kerina dan Adam pun dah balik, yang tinggal cuma kawan rapat dan keluarga belah lelaki.  Baik aku naik ke bilik dari tercegat macam tiang letrik.

“ Penat lah Mak. Kaki dah nak cramp. Kasut Lea tinggi benar. Takkan nak cabut kasut depan orang.“ jawab Azalea. Betul apa! Dia terpaksa pakai kasut Jimmy Choo setinggi 5 inci supaya gaun pengantin tidak meleret di lantai. Tapi memang berbaloi, ramai memuji penampilannya. Cewahhh!

Datin Azwa meminta kebenaran untuk menggunakan bilik air. Tinggal Azalea dan Hazif berdua yang mengunci mulut. Dulu mereka berdua sangat rapat kerana beza umur cuma setahun. Semua aktiviti Hazif dan kawan kawannya buat, Azalea mesti turut serta. Tak kisahlah orang nak gelar tomboy ke apa. Di mana ada Hazif , di situ ada Azalea dan sebaliknya hingga mereka dapat gelaran kembar Siam. Cuma kebelakangan ini pelbagai angkara timbul yang menjarakkan hubungan mereka adik beradik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.172893 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list