View: 5200|Reply: 30
|
[Dunia]
MH370: Keluarga buat kecoh, siasatan dijalankan
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung tindakan lima saudara mara penumpang MH370 warga China yang cuba menceroboh pusat media di Hotel Sama-Sama, semalam.
"Kami kesal kejadian yang berlaku di sidang akhbar itu membabitkan beberapa saudara mara penumpang MH370. Kita hanya boleh membayangkan kesedihan yang terpaksa mereka alami," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Terdahulu, sejurus sebelum sidang akhbar yang dijadual bermula pada 5.30 petang, lima saudara mara penumpang pesawat berkenaan membuat kecoh apabila dua kali mereka cuba menceroboh pusat media.
Kali pertama mereka cuba memasuki pusat media ialah pada 4.45 petang dan menimbulkan kekecohan dengan tangisan serta jeritan selain turut membawa sepanduk bertulisan Mandarin. Taklimat media belum bermula ketika itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin turut menegaskan, Malaysia sudah melakukan apa yang terdaya untuk mencari pesawat yang hilang itu.
Last edited by cef_gango on 20-3-2014 10:34 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rakan percaya penumpang, kru MH370 selamat
KOTA BHARU - Pengarah Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Kelantan Azran Deraman, rakan karib Sofuan Ibrahim iaitu seorang daripada 227 penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 12 hari lepas, percaya rakannya itu masih selamat.
Beliau yakin Sofuan, yang juga pegawai Miti, masih hidup dan akan pulang dengan selamat akhirnya.
"Bukan Sofuan sahaja, semua penumpang dan kru masih selamat. Saya berdoa ia menjadi kenyataan buat semua," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azran berkata Sofuan pernah bersamanya menjalani latihan untuk Pegawai Tadbir Diplomatik dan bertugas bersama di kementerian sebelum beliau bertukar ke Kelantan beberapa tahun lalu.
Beliau berkata Sofuan ke Beijing, China adalah kerana bertugas di sana dan sebelum ini telahpun beberapa kali menangguhkan pemergian ke sana.
Kali terakhir Azran bertemu Sofuan adalah kira-kira seminggu sebelum rakannya itu berlepas ke Beijing.
Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam Jumaat.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkembangan hari ke-12 misi mencari MH370
KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Sepang, Selangor hari ini:
Kenyataan pengenalan
Pencarian MH370 diteruskan. Seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar semalam, usaha kini membabitkan masyarakat antarabangsa.
Fokus utama kami kekal operasi mencari dan menyelamat. Kami kini berusaha mengecilkan koridor carian melalui:
- pengumpulan maklumat satelit
- menganalisis data radar
- menambah aset udara, laut serta darat, dan
- menambah bilangan pakar teknikal.
Kami turut mengambil langkah untuk menangani keperluan keluarga pada masa yang sukar ini.
Perkembangan terkini operasi
Saya akan mulakan dengan memberi taklimat berhubung perkembangan terkini operasi.
Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, pencarian MH370 membabitkan cabaran dari segi diplomatik, teknikal dan logistik.
Sehubungan itu, pasukan teknikal utama yang mengendali operasi mencari dan menyelamat dipecah kepada tiga kumpulan:
- satu pasukan diplomatik diketuai Kementerian Luar
- satu pasukan penempatan aset dan logistik diketuai Angkatan Tentera Malaysia
- satu kumpulan teknikal yang mengekalkan kawalan keseluruhan operasi diketuai Jabatan Penerbangan Awam.
Di barisan depan diplomatik, kesemua 26 negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat telahpun secara lisan bersetuju membantu operasi ini dan Malaysia secara rasmi sudah memohon kerjasama dari semua negara yang berkaitan.
Sejumlah aset kini hanya menunggu kebenaran diplomatik bagi memulakan operasi.
Sebaik menerima kebenaran rasmi, kami boleh mempercepat penempatan aset di sepanjang koridor carian.
Seperti yang saya nyatakan semalam, meskipun pencarian masih diselaras oleh Malaysia, rakan kita kini mengambil alih operasi di wilayah mereka dan di sektor yang dipersetujui. Kami mengalu-alukan langkah ini dan sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kita atas bantuan serta sokongan mereka yang berterusan.
Saya boleh mengesahkan bahawa kami menerima beberapa data radar namun tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperoleh dari negara lain.
Saya merayu kepada semua rakan kita untuk terus secara sukarela memberi sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan pencarian MH370.
Mengenai laporan bahawa pesawat itu dilihat di Maldives, saya boleh mengesahkan bahawa panglima angkatan tentera telahpun menghubungi rakan sejawatan beliau di Maldives, yang kemudian mengesahkan bahawa laporan itu adalah tidak benar.
Titik Laluan
Saya sedar tentang spekulasi yang menyatakan bahawa titik laluan ditambah kepada laluan penerbangan pesawat itu. Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu terbang di laluan normal sehingga ke titik laluan IGARI.
Tiada titik laluan tambahan didokumen di pelan penerbangan MH370 dan ini menggambarkan laluan normal sepanjang perjalanan pesawat itu ke Beijing.
Siasatan Polis
Berhubung siasatan polis, sepertimana yang disahkan oleh ketua polis negara, kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan. Semua penumpang, anak kapal dan kakitangan yang mengendali pesawat sedang disiasat.
Kami berkongsi semua maklumat berkaitan kes ini dengan semua agensi penyiasatan antarabangsa yang memerlukannya.
Kami telahpun menerima laporan berkaitan latar belakang penumpang dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia, yang kedua-dua rakyatnya turut berada dalam pesawat itu. Setakat ini, tiada maklumat yang didapati signifikan berkaitan mana-mana penumpang.
Kepakaran tempatan dan antarabangsa diambil untuk meneliti simulator penerbangan juruterbang terbabit. Beberapa data didapati telahpun dipadam daripada simulator itu dan kerja-kerja forensik untuk mendapatkannya kembali sedang dilakukan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Demi keluarga mereka, saya minta agar kita jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menyulitkan lagi keadaan.
Pasukan Peringkat Tinggi
Saya ingin mengumumkan bahawa sebagai tambahan kepada pasukan sedia ada di lapangan, Malaysia kini menghimpun satu pasukan peringkat tinggi yang akan berlepas ke Beijing secepat mungkin.
Pasukan ini akan memberi taklimat dan perkembangan kepada waris berkaitan situasi terkini dan pelan operasi mencari serta menyelamat.
Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.
Pasukan itu akan diketuai Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal Abdul Samad (Komander Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia), dibantu oleh Ahmad Nizar Zolfakar (Pengarah, Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat 777.
Kenyataan Penutup
Kami akan berusaha bersungguh-sungguh. Fokus utama kami ialah operasi mencari dan menyelamat. Kami kini melakukan segalanya bagi mengecilkan kedua-dua koridor carian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga penumpang dari China buat kecoh
Keluarga mangsa dari Beijing datang ke Hotel Sama-Sama sewaktu sidang media untuk bertemu media bagi mengetahui perkembangan pencarian Pesawat MH370 di Sepang hari ini. - Foto Sinar Harian Oleh: Zulfadhli Zaki
SEPANG - Keadaan di Hotel Sama - Sama kecoh seketika apabila sekumpulan ahli keluarga penumpang dari China menyerbu bilik sidang media dengan membawa kain rentang yang tertulis "Kerajaan Malaysia sembunyikan kebenaran".
Suasana menjadi tidak terkawal apabila wartawan luar negara menyerbu ahli keluarga terbabit.
Salah seorang ahli keluarga mula menangis dan menjerit menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Malaysia menangani masalah kehilangan pesawat MH370.
"Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi," kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin.
Seramai 153 penumpang China yang menaiki penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Menyedari keadaan itu, pihak berkuasa meminta ahli keluarga berkenaan bersurai dan keluar daripada bilik sidang media.
Kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dan terus membuat kecoh di lobi hotel berkenaan.
Kejadian yang berlaku kurang setengah jam sebelum sidang media rasmi berlangsung.
|
|
|
|
|
|
|
|
SEPANG - Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas.
"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat MH370 di sini hari ini.
Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu.
AKAN MENYUSUL
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian...
da lama sgt menunggu..sampai hilang sabar..
apa2 pun kena redha & pasrah...serah sja pd ketentuan Allah
baru boleh sabar & tenang.. |
|
|
|
|
|
|
|
haryatie posted on 20-3-2014 10:38 AM
kesian...
da lama sgt menunggu..sampai hilang sabar..
apa2 pun kena redha & pasrah...serah sja pd ...
Da muak dah kan.. media pun dah penat kut. ulang berita sama je pun kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau nak kata ape dah..
Kesian pada keluarga2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Malaysia pun makin lama makin merudum....sebab kapal x jumpe2....aduiii |
|
|
|
|
|
|
|
Australian search planes have been diverted to find two objects in the southern Indian Ocean "possibly related" to the search for missing Malaysia Airlines flight MH370. tgu pengesahan, betul atau tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
lor..
nk siasat pe lagi..
tutup ajala pntu, abis cite.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.. harap sabar kpd keluarga yg terlibat... easier said than done... |
|
|
|
|
|
|
|
Nk sembumyikan apa? Dh btol xjmpa2 g.dok diam2 sambil berdoa kn lg bgs dr merintih meraung cmtu.
jgn susahkan pihak atasan lah.bukan xusaha.
taw nk tnjuk perasaan jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Htr balik jelah cina prc nehh
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2x naik menyampah plak la sampai serang2x bagai.. nak kesian pun dah bercampur aduk... |
|
|
|
|
|
|
|
uolls boleh cerita tak apa yang keluarga prc kecoh2 tu exactly cakap? i tak tengok berita ni, tak faham apa yang dia jerit2 tu..
tapi tadi ada media oz kata ada isteri pax prc komplen yang nak check-in hotel kena tunjuk dokumen nikah berkali-kali untuk pengesahan, ni salah satu yang buatkan family prc marah..
orang hotel everly boleh ceritakan u punya side tak? |
|
|
|
|
|
|
|
hurm.... ntah ler.
kalo family ssundirik yg ditimpa malang cam nie, tak tau ler berapa lama leh menahan jiwa yang stress and depress ... at one point, sure burst punya |
|
|
|
|
|
|
|
susah2 antar je la diorg balik, dah konfem jumpa baru bgtau, nak sorok mende dah berpuluh negara terbabit kot, igt senang ke nak sorok info dr beribu mereka yg terlibat, bukan org kita je pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar je cina2 bukit ni balik..memekak melalak mcm family dia je yg ilang..ceh.. Kalo meraung tu dia sorg la yg paling kuat...meluat plak aku tgk. Da bg layanan baik..korang nk apa lg?? Sama2 doa la.. Xde plak tgk family2 bangsa lain buat kecoh.. Benci btol aku kt dorg nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|