CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7813|Reply: 3

Lagu 'Saya Anak Malaysia' - Anda Tahu Lagunya, Tapi Tidak Penyanyinya.

[Copy link]
Post time 23-3-2014 01:53 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi terkenal era 1980-an, dR. Sam (biasanya disebut Doktor Sam), telah ditemu bual oleh wartawan hiburan terkenal, Juwie, pada 1992 untuk ruanganSehari Dalam Hidup yang diterbitkan dalam akhbar sisipan Pancaindera (Mingguan Malaysia). Berikut ialah maklumat tentang dR. Sam yang terkandung dalam artikel hasil temu bual tersebut.
  • Nama sebenar dR. Sam ialah Salim Ibrahim.
  • Nama gelaran asalnya ialah "dR. Sam Rasputin", nama yang diberi oleh Ali Bakar (penganjur persembahan pentas) pada 1980. Nama gelaran itu kemudian dipendekkan menjadi dR. Sam.
  • dR. Sam lahir pada 23 Mei 1953 di Seremban, Negeri Sembilan.
  • Keluarga dR. Sam berasal dari Kampung Bayam, Kota Bharu, Kelantan.
  • Bapa dR. Sam bertugas sebagai anggota polis, maka keluarganya sering berpindah tempat tinggal.




  • dR. Sam mendapat pendidikan di Sekolah Rendah St. John, Kuala Lumpur (darjah 1 hingga 6); Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur (tingkatan 1 hingga 3); Sabah College, Kota Kinabalu (tingkatan 4 hingga 5); Institut Pendidikan, Kota Bharu (tingkatan 6 pada 1971).
  • Ketika berusia 20 tahun (1973), dR. Sam merantau ke benua Eropah "untuk menimba berbagai pengalaman baru".
  • Selama 5 tahun (1973-1978), dR. Sam menimba pengalaman sebagai 'busker' (bermain gitar & menyanyi di jalanan) di London, Jerman & Scandinavia.
  • Setelah lama merantau, dR. Sam pulang ke Malaysia pada 1979 dan meneruskan kerjaya sebagai 'busker' di pasar-pasar malam sekitar Damansara, Petaling Jaya & Kuala Lumpur.
  • Ali Bakar memperkenalkan "dR. Sam Rasputin" sebagai penyanyi pentas pada 1980 dalam persembahan Pesta Budaya di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur. dR. Sam mula menjadi terkenal setelah wartawan hiburan menulis mengenai persembahannya yang dikatakan "lain dari orang lain". dR. Sam pun meneruskan kerjaya barunya sebagai penyanyi pentas dalam banyak persembahan anjuran Ali Bakar di merata tempat.





  • dR. Sam melangsungkan perkahwinan dengan Fauziah Yunus pada 8 Ogos 1981.
  • Syarikat rakaman PolyGram menawarkan kontrak sebagaipenyanyi rakaman kepada dR. Sam dan beliau berjaya mengeluarkan album pertamanya, Abu Nawas (1983), diikuti oleh album Sayang Oh Sayang (1984).
  • dR. Sam bergabung dengan kumpulan Musafir dan mengeluarkan album Saya Anak Malaysia (1986) & Semarak Merdeka (1987), kedua-duanya juga terbitan syarikat rakaman PolyGram.
  • Syarikat rakaman EMI pula kemudian mengeluarkan album dR. Sam yang berjudul Sinar Harapan (1989).
  • Pada 1992, dR. Sam mengusahakan perniagaan khidmat penghantaran barangan di bawah nama dR. Express yang beroperasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Lagu Saya Anak Malaysia nyanyian dR. Sam dengan diiringi oleh kumpulan Musafir menjadi sangat popular pada 1986. Lagu yang menceritakan serba sedikit riwayat hidup dR. Sam itu dicipta olehnya sendiri manakala senikata lagu itu ditulis oleh S. Amin Shahab dan diterbitkan oleh M. Nasir. Pada tahun yang sama, dR. Sam muncul sebagai pelakon dalam filem Kembara Seniman Jalanan (1986) yang menceritakan tentang liku-liku hidup seorang penyanyi yang bermula di jalanan sehinggalah berjaya menjadi penyanyi rakaman, suatu kisah yang ada sedikit persamaan dengan kehidupan dR. Sam.


SAYA ANAK MALAYSIA
(pencipta lagu: dR. Sam / penulis senikata: S. Amin Shahab)


Sembilan belas lima puluh tiga, bulan lima aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama, Negeri Sembilan

Selepas itu aku dibesarkan, di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih, dekat dengan Pasir Puteh

Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia

Lepas sekolah aku merayau, negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali, tapi Malaysia tetap di hati

Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia





Sampai masa aku pun balik, makwe ku tengok dia pelik
Dia kata "You nak jadi apa?", aku kata "Itu Tuhan punya kuasa"
Lemah lembut sopan santun, sudah menjadi darah daging ku
Walaupun aku nampaknya kutu, aku hormat orang tua ku


Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia





Nota tambahan:
  • dR. Sam pernah diundang berlakon watak kecil dalam filemMekanik (1983). Dialognya dalam filem itu memberitahu bahawa nama 'Sam' adalah akronim daripada 'Saya anak Malaysia' (tapi lagu Saya Anak Malaysia belum pun wujud ketika itu & hanya dikeluarkan 3 tahun kemudian).
  • dR. Sam juga pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam filem Kepala Angin (1987) dengan membawakan watak sebagai doktor yang antara kepakarannya ialah merawat buah dada. Watak yang aneh dalam sebuah filem yang agak nakal.


dR. Sam Rasputin berlakon dalam filem

Mekanik (1983), Kembara Seniman Jalanan (1986) & Kepala Angin (1987)




Nota tambahan 2 (21.11.2013):
dR. Sam juga pernah berlakon dalam filem Matinya Seorang Patriot (1984) arahan Rahim Razali.

sos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2014 08:37 AM | Show all posts
tak perasan plk dia blakon citer Mekanik
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 10:22 PM | Show all posts
lagu zaman aku ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2014 12:54 AM | Show all posts
onnabila posted on 26-3-2014 10:22 PM
lagu zaman aku ni.

Saya juga.


Ada satu citer seram tue, scene2 awal dia orang tengah drive bukak lagu nie.
Dah tak ingat tajuk ape.
Best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.460704 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list