View: 6554|Reply: 30
|
[Tempatan]
Buat maksiat dalam banglo berhantu!
[Copy link]
|
|
Keadaan dalam banglo yang dipercayai menjadi tempat remaja melakukan perbuatan sumbang dan menghidu gam.
BUKIT BERUNTUNG - Lokasi tersorok dan jauh daripada pandangan awam menjadikan sebuah banglo dua tingkat berdekatan sebuah kelab golf di sini sasaran golongan remaja melakukan maksiat.
Kegiatan remaja lelaki dan perempuan berusia lingkungan 12 hingga 17 tahun seringkali dihidu penduduk di kawasan sekitarnya.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai nenek, 69, berkata, kumpulan remaja terbabit sering memasuki kawasan hujung minggu di antara jam 5 hingga 7 petang.
“Selalunya nenek tengok budak naik motor beramai-ramai ke belakang nak hidu gam.
“Nenek dengar budak itu buat perkara tak senonoh lelaki dan perempuan. Lebih sedih perempuan dijadikan habuan bila ada perlumbaan motosikal,” katanya.
Manakala seorang lagi penduduk yang bekerja di kelab golf berkenaan dikenali sebagai Selvadewi, 40, berkata, dia dan suaminya pernah terserempak sekumpulan remaja bermotosikal kemalangan berdekatan banglo tersebut.
“Pakcik (suami) bersama pemain golf pernah tolong seorang budak perempuan yang cedera sebab jatuh bersama motosikal dalam longkang.
“Pakcik tanya budak tu, kamu perempuan buat apa dalam hutan ni dengan ramai budak lelaki, tapi lepas diselamatkan budak tu terus lari,” katanya.
Menurutnya, ini bukan pertama kali dia terserempak remaja bermotor masuk ke kawasan banglo itu kerana hampir setiap hujung minggu dan cuti sekolah pasti ada kumpulan bermotor masuk ke kawasan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
pada satu ketika dahulu (once upon a time)
ada dua tiga budak hisap dadah tengah hayal
datanglah pontianak mengilai bagai nak raqk semasa dia tengah tidur
betul2 di sebelah dia
oleh kerana terganggu dia terus marah dan maki hamum pontianak tu
serta kejar ponti tu
apa lagi ponti tu terus lari bertaburan selamatkan diri
lepas peristiwa tu no more ponti dikawasan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik.. jika dah selalu terserempak.. awst x tangkap or report polis.. nak glamer masuk paper jer... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau budak laki pompuan nak beromen bersetuuh buat maksiat
segala hantu pontianak tidak akan ganggu
hantu ganggu kalau nak pergi surau masjid tengah malam je... |
|
|
|
|
|
|
|
Ak tergelak baca perenggan ketiga itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri btol nama nenek tu 'nenek'
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 25-3-2014 08:53 PM
Misteri btol nama nenek tu 'nenek'
:lol
dia mahu dikenali sebagai nenek jer tawwww... apa-apa hal panggil dia nenek jer, kalau dia betul betul nenek, itu petanda reporter dah pecah amanah nenek tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
PerKasa posted on 25-3-2014 06:13 PM
pada satu ketika dahulu (once upon a time)
ada dua tiga budak hisap dadah tengah hayal
Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
nenek dah diinterview.
selvadevi dah diinterview.
pakcik (suami) dah diinterview.
hantunya mana? title banglo berhantu. |
|
|
|
|
|
|
|
hantu "nakal" tapi masih ingat Tuhan... |
|
|
|
|
|
|
|
mereka2 tulah yang hantu sebenarnya! |
|
|
|
|
|
|
|
berancuk posted on 25-3-2014 10:18 PM
dia mahu dikenali sebagai nenek jer tawwww... apa-apa hal panggil dia nenek jer, kalau dia betul b ...
Hahahahaha wartawan pemalas nak pikir alias agaknya terus letak 'nenek' |
|
|
|
|
|
|
|
hantu betul budak2 tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
port baik.....nak cakap apo... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu dah nampak dan tau ada aktiviti tak bermoral tu, tepon la polis. tepon reporter wat apa. macam la budak-budak tu takut dengan reporter (kalu kisah ni betul la).. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku jadi nenek tu, aku pakai telekong, jalan bongkok-bongkok bawa tongkok g skodeng bebudak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
damsel_fiji posted on 26-3-2014 01:37 AM
itula pasal..misteri plak nenek tu..nenek kebayan ke
Kalau aku jd nenek tu aku g sergah je |
|
|
|
|
|
|
| |
|