Nabi disihir
Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku. Disebut dalamhadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripadaBani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi.
Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan,baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukansesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengankatanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, makasalah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanyabertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?
Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkanorang. Ditanyalagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab­nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain(sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barangtersebut? Dijawab­nya, ditanam dalam sebuah periginamanya Perigi Darwan.
Makaditanya lagi, dengan apa­kah kita akan merawatkan Muham­mad ini? Maka dibacakanbeberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w.sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa­sanya, Allah SWTtelah menyem­buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalanganmanusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
MusuhIslam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahajauntuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadissahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari ba­rang-barangsihir tersebut, dikeluar­kan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disa­makan dengan manusiadi zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan,menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripadamelakukan kerja harian.
Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasaada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang me­ngetahui,Aishah pun tidak menge­tahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki(malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayatpelindung penyakit sihir.
Ia merupakanpanduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidakmengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahubahawa baginda telah matbub (disi­hirkan).
Jika Nabi sendiri tidak menge­tahui bagindadisihirkan, bagaima­na orang hendak berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba sipengubat mengatakan ‘kamu telah kena sihir’ Datang pesakit lain, dikata ‘kamutelah kena buatan orang’, ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘ka­mu telah disihir fulan bin si fulan.’
Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir,ini­lah masalah yang kita hadapi. Tidak sepatutnya berlaku sede­mikian kerana hanya Allah sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya. Pengubatan disyariatkan,tetapi jangan sampai mendakwa orang itu kena sihir atau menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
http://www.darussyifa.org/002_NabiDisihir.php
Last edited by tongkatwaran75 on 26-3-2014 07:00 AM
|