View: 9248|Reply: 110
|
[Dunia]
Changi Singapura dipilih lapangan terbaik dunia
[Copy link]
|
|
SINGAPURA - Lapangan Terbang Changi dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pengguna udara buat tahun kedua berturut-turut dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2014, pada Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol pada Rabu.
Ia adalah kemenangan kelima oleh lapangan terbang itu dan pertama kali dalam sejarahnya memenangi kejayaan itu untuk dua tahun berturut-turut.
Incheon International Airport di tempat kedua, Munich Airport (3), Hong Kong International Airport (4), Amsterdam Schiphol Airport (5), Tokyo International Airport (Haneda) (6), Beijing Capital International Airport (7), Zurich Airport (8), Vancouver International Airport (9) dan London Heathrow Airport (10).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Skytrax Edward Plaisted berkata: "Kemenangan menerima anugerah berprestij itu buat kali kedua berturut-turut menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Changi bukan sekadar sebuah lapangan terbang.
Beliau berkata, ia menawarkan pengalaman pengguna dan terus membangunkan standard kualiti untuk sekali lagi dipilih menjadi lapangan terbang pilihan.
"Lapangan Terbang Changi terkenal sebagai pemimpin dan peneraju industri lapangan terbang yang menggembirakan dan mengejutkan pelancong yang bertuah dapat menikmati kemudahan di situ. Ia menunjukkan cara untuk mengalami dan menikmati pengalaman lapangan terbang sebagai sebahagian daripada pengalaman yang menarik, penting dalam dunia yang pantas bergerak hari ini," kata Plaisted dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Skytrax.
Changi turut memenangi anugerah Lapangan Terbang Terbaik bagi Kemudahan Santai.
CEO Lapangan Terbang Changi Lee Seow Hiang berkata: "Kami bangga atas kejayaan ini.
"Kami menghargai sokongan yang diberikan oleh pengguna dari seluruh dunia.
Perakuan ini memberikan motivasi dan dorongan untuk kami terus menetapkan matlamat pencapaian yang lebih tinggi.
Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu yang meruoakan perakuan paling berprestij dalam industri lapangan terbang, diundi oleh pelanggan dalam kajian kepuasan pengguna lapangan terbang dunia terbesar setiap tahun.
Anugerah itu adalah berasaskan kepada 12.85 pencalonan pelanggan udara dari 110 negara, melibatkan 410 lapangan terbang di seluruh dunia.
Kajian itu menilai kepuasan pelanggan dalam 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan dan produk lapangan terbang - daripada pemeriksaan masuk, ketibaan pemindahan, membeli-belah, keselamatan dan imigresen, sehinggalah pelepasan di pintu berlepas. - Bernama
wow,,, tahniah Changi,,,KLIA no berapa ? |
|
|
|
|
|
|
|
changi airport kedekut wifi |
|
|
|
|
|
|
|
Oh yes..memang best...kadang2 kalu balik mesir naik sia dan stay di hotel transit dlm 6-9 jam..macam2 boleh buat...ada mini cinema, kids playgrounds etc..changi no 1 aku tak heran sbb memang patut pun... |
|
|
|
|
|
|
|
kemudahan yg disediakan mmg terbaik tp aq lebih rasa BEBAS berada di Negara ku MALAYSAI BOLEH !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kordi posted on 27-3-2014 03:54 PM
changi airport kedekut wifi
maybe sebab dia sediakan pc untuk berlili lala dengan internet diorang... |
|
|
|
|
|
|
|
artcrime posted on 27-3-2014 04:17 PM
congratz @kak_sue
Terima kasih....memang kita pun bangga dgn airport kita. Ramai yg suka jalan2 cari makan kat changi.........
FYI ramai handling agent / pekerja kat changi are malaysian....
|
|
|
|
|
|
|
|
best ke iols ingat macam sendu. Gua tengok daripada exterior nya lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah!!! Suka lepak languk2 di changi epot. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Teringat zaman kegemilangan KLIA dulu. Skg dh bnyak sangat airport kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapork terpaksa make their airport in suchh a way because they dont have any other resources... Bila seseorang tu ada limited resources utk survival, mereka akan buat sehabis baik...
Pada aku airport changi takde la best sgt pun, biasa je, aku rasa lemas kat terminal 2 dan 1 sbb siling rendah... Aku ttp lebih suka klia sbb lapang dan luas Last edited by Leonarzi on 27-3-2014 07:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah sesat kat airport changi tyme transit....
mujur iols jumpa bilik transit yang betul... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya tak payah letak nama changi pun x pe... Satu je kot international airport kat spork tu... Letak je singapore international airport, mcm hongkong international airport |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...jauh spore tinggalkan msia...kalau govt dan rakyat tak corrupt, kita pun blh jadi yg terbaik.. |
|
|
|
|
|
|
|
kordi posted on 27-3-2014 03:54 PM
changi airport kedekut wifi
Betul..ko kena ada no enpon bolehlah dpt pswd...tp Beijing lg teruk...only local line je leh dpt pswd..abes kita br smpi dr negara luar takkan setakat sengah jam nk beli prepaid dia. Hong Kong n KLIA best sbb login hhehehee |
|
|
|
|
|
|
|
Cahngi, Airport Contoh Buat Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya lah....Elohim itu maha adil.....
|
|
|
|
|
|
|
|
NonaNaga posted on 27-3-2014 08:08 PM
Betul..ko kena ada no enpon bolehlah dpt pswd...tp Beijing lg teruk...only local line je leh dpt p ...
Setakat ni di mana2 terminal Changi, saya cuma ke info counter minta password mcm yg login page suruh. Nanti dia kasik kertas kecik yg ada password bole pakai. Tktau pulak kalau baru berkuatkuasa. Bulan lepas masih kasik password free atas kertas tanpa perlu no phone spore.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|