CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4334|Reply: 3

Cerpen Hati Yang Terluka

[Copy link]
Post time 2-4-2014 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Maria sedang membersihkan permaidani di rumah banglo dua tingkatmilik Sabri menggunakan penyedut hampagas. Rumah itu terletak di atas bukitKampung Sungai Ramal, Kajang. Suasana keliling aman dengan rimbunan pokokbuah-buahan dan bunga. Bunyi ketak ayam betina berselang seli dengan bunyiberciap anak ayam serta siulan burung yang bebas berterbangan menambah ceriasuasana.
      Azman, anak bongsu Sabridari empat orang adik beradik yang masih tinggal menemani Sabri datang daridapur dengan mulut menguyah, di tangan kirinya memegang buku yang terbuka tandadia sedang membaca sementara tangan kanan memegang biskut. Telefon berdering,Maria hendak mematikan mesin hampagas membatalkan niatnya bila melihat Azmanmenuju ke meja telefon. Azman mengangkat gagang dan memberi isyarat tangan agarMaria mematikan mesin hampagas. Maria patuh. Azman menyondongkan badan hala kedapur.
      “Makcik… pakcik nakcakap ni!”
      Maria segera mendekatiAzman tetapi Azman mengangkat gagang tinggi dengan cemik nakal.
      “Bukan nak cakap denganMaria.”
      Maria berdiri lutut,mengambil tuala dan mengelap meja sambil matanya mengikuti langkah Azizah kemeja telefon. Azman menyerahkan gagang tetapi tidak berganjak kerana mahumendengar sambil makan biskutnya.
      “Ya, ada apa bang?” Wajah Azizah berubah cemas. “Kak Mek?”
      Maria terkejut mendengar nama yangdisebut oleh Azizah. Setelah mendengar bersungguh-sungguh selama beberapa saat,Azizah meletakkan gagang keresahan. Azizah memandang Azman yang kehairanan dankemudian beralih kepada Maria yang telah dapat menduga sesuatu pasti akanberlaku bila mendengar nama ‘Kak Mek’ disebut.
     “Maria, cepat berkemas…kita kena pergi.”
      Azman terkejut. “Pergi?”
Manaf memberhentikan motosikal sebaik sahaja melalui rumah pekerjayang telah kosong hampir enam bulan lalu sedang dibersihkan oleh beberapa orangpekerja ladang. Pasti ada keluarga pekerja baru akan menduduki rumah kecil duabilik berdinding papan dan beratap zing. Tinggi rumah itu lima kaki dari tanah.Kebanyakkan rumah di kawasan ladang bapanya memang dibina tinggi untukmengelakkan binatang liar dan banjir. Hanya rumah banglo bapanya diperbuat daribatu tanpa tiang kerana dibina di atas bukit.
      “Assalamualaikum, EncikManaf.”
      Manaf agak terkejutditegur oleh Manan, salah seorang pekerja ladang yang sudah lama berkhidmatdengan bapanya. Malah rumah Manan yang terletak hanya sepelaung dari situ sudahdiubah suai menjadi lebih besar dan selesa sesuai dengan pertambahan jumlahahli keluarga Manan.
      “Waalaikumsalam, pakcik.Ada orang nak duduk sini ke?”
      “Aha, kawan lama pakcik.Kebetulan jumpa masa balik kampung hari tu. Dia nak pindah ke sini tak lamalagi.”
      “Elok juga. Pokok pisangpun dah mula berbuah, adalah orang yang tolong pakcik.”
      “Begitulah. Eh, Encik Manaf darimana ni?”
      “Dusun… banyak jugabunga durian musim ni.”
      “Kalau cuaca terus baikbegini tentu menjadi…”
      “Harap-harap begitulah.Saya minta diri dulu, pakcik.”
      Manan menganggukkankepala dan mengangkat tangan kepada Manaf yang menghidupkan enjin motosikal.Manan berdiri memerhatikan Manaf berlalu seketika kemudian berjalan ke rumahyang sedang dibersihkan. Manan amat menyenangi Manaf, anak Haji Samad, majikantempat dia bekerja. Haji Samad adalah pemilik beratus ekar tanah yang ditanamdengan kelapa sawit, pisang dan dusun buah-buahan.
      Rumah pekerja ladangkelapa sawit terletak hampir dengan pekan Temerloh, dusun agak ke pendalamansementara dia dan beberapa orang pekerja tinggal tidak jauh dari rumah bangloHaji Samad menjaga ladang pisang dan kebun buah-buahan di sekeliling rumah HajiSamad. Untuk ke Temerloh mereka ada dua jalan, melalui sungai yang menjadijalan pintas atau melalui jalan besar dengan jarak dua kali lebih jauh.Biasanya mereka menggunakan jalan sungai sahaja kemudian berjalan kaki sekitarsatu kilometer sebelum menaiki bas atau teksi sapu ke Temerloh.
Di ruang tamu rumah banglo Sabri, Malim duduk tunduk muram. Sabri disebelahnya tenang sementara Azman keresahan.
      “Saya memang tak ada haknak menghalang abang sekeluarga berpindah tetapi cuba fikirkan semula, bang.Kita dah seperti keluarga… kalau ada yang tak memuaskan hati, kenapa takberitahu? Kita boleh berbincang…”
      “Di sini amat memuaskanmalah lebih dari itu, abang berterima kasih sangat tetapi kami kena pergi… demikebaikan bersama.”
      “Apa hal sebenarnya,pakcik?”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 12:28 PM | Show all posts
Aduh, berpinar mata nak baca. Bagi kemas sikit susunan perenggannya sayang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 05:05 PM | Show all posts
Maaf ya copy past dari word. Nanti cuba dibaiki
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 11:11 PM | Show all posts
Perlu lebih kekemasan... Dan sebolehnya elakkan penggunaan emot atau icon dalam penceritaan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.074651 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list