Ketua Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen gusar anggota Parlimen BN dari Umno akan menyokong usul membenarkan pelaksanaan hudud di Kelantan yang mungkin diusulkan PAS.
"MCA sudah berulang kali memberi amaran sekiranya PAS membentangkan rang undang-undang untuk membenarkan hudud, MP Umno dikhuatiri tidak akan membangkangnya," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Chai, ini kerana perbincangan tentang undang-undang hudud di Terengganu sewaktu ia diperintah PAS juga tidak pernah dibantah Umno.
"Ia pernah berlaku di Terengganu sewaktu PAS menjadi kerajaan negeri, dan sekarang saya risau ia akan berlaku lagi," katanya.
MCA memohon bantuan DAP untuk memastikan PAS tidak membentangkan usul itu di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan di Kelantan.
Dakwa Chai, ini kerana DAP bertindak mempertahankan PAS sebagai sebuah parti yang kini lebih terbuka dalam kempen pilihan raya umum lalu.
"Sekarang apabila PAS secara terbuka mengumumkan akan menggesa MP mereka untuk membentangkan usul bagi membenarkan negeri Kelantan melaksanakan hudud, semua 38 orang MP DAP perlu tegas dan bertanggungjawab terhadap perkara ini," kata Chai.
MP Ketereh dari BN, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menyokong usul hudud Kelantan dengan syarat sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat tidak membantah cadangan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, juga telah menyatakan kesediaannya untuk menyokong usul tersebut.
==giler jahat bangsat tuan besar UMNO nih.... Last edited by totokreturn on 4-4-2014 12:12 AM
[size=15.555556297302246px]Menurut Chai, ini kerana perbincangan tentang undang-undang hudud di Terengganu sewaktu ia diperintah PAS juga tidak pernah dibantah Umno.'
Post time 4-4-2014 10:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
huwaaaaa mengapakah pkr tak menang pilihanraya lepas.....tak sabar nk tgk pkr mmg akan jadikan hukuman hudud nt...hemmm akanku pangkah pkr lepas ni...mana tau kot2 malaysia aman sentosa ...
Post time 6-4-2014 07:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kuang ajar mca ni. Parti komponen bn, sama ngan umno. Nape umno biarkan parti begini dalam bn? Racist dan perabihkan duit rakyat je parti mca ni. Kenape? Kenapa umno biarkan mca memperkudakan umno? Takut kat mca ke? Takut kat bos ke?
"Aku dulu ingat nak join umno jugak, tapi sebab umno bekerjasama ngan parti racist mca, terus tak jadi. Kalau idak boleh jugak berketuanan" kata pakcik miskam samiron.
Post time 6-4-2014 08:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
oh,no please no hudud, nanti rakyat biase je yg kene hudud,raja2 menteri semue lepas belaka,bukan sbb hudud x elok tp implementatn as we know org bsr2 akan tlepas,even undang2 civil mcm skang ni pon menteri2 yg bom org dgn c4,raba waitress,rogol budak bwh umor kat melaka pon boleh lenggang2 bkeliaran kat mukabumi ni tlps segale hukuman bagai