View: 6628|Reply: 65
|
[Tempatan]
{5} Cikgu jual kereta mewah curi ! pic
[Copy link]
|
|
5 April 2014
Melaka: Satu sindiket menjual kereta curi di negeri ini tumpas apabila empat lelaki termasuk seorang guru ditahan dalam dua serbuan berasingan iaitu masing-masing di Peringgit dan Batang Tiga, di sini, pada 30 dan 31 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, hasil tangkapan suspek berusia 24 hingga 33 tahun itu, pihaknya merampas lima kenderaan mewah terdiri daripada dua Toyota Estima dan masing-masing satu Honda Civic, Subaru dan BMW.
Katanya, serbuan dilakukan pasukan siasatan curi kereta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.
“Tiga suspek berusia 24 hingga 33 tahun termasuk seorang guru ditahan dalam serbuan pertama yang dilakukan kira-kira jam 5 petang, 30 Mac lalu di Peringgit dan kita turut merampas sebuah Toyota Estima dengan nombor pendaftaran MCL1079.
“Hasil semakan mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima itu adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Prai, Pulau Pinang, tahun lalu dengan nombor pendaftaran asal PJY6469,” katanya pada sidang media di IPK negeri di sini, semalam.
Menurutnya, hasil soal siasat, pihaknya menahan seorang lagi lelaki berusia 24 tahun di Batang Tiga kira-kira jam 4 petang keesokan harinya dan merampas baki empat kenderaan berkenaan yang semuanya dipercayai dicuri.
Katanya, siasatan mendapati guru terbabit membeli Honda Civic yang dirampas, malah seorang pensyarah lelaki berusia 30-an yang membeli salah sebuah daripada Toyota Estima berkenaan turut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Modus operandinya adalah mencuri kereta di luar Melaka dan menjualnya di sini dengan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.
“Sebagai contoh, Toyota Estima itu dibeli pensyarah terbabit pada harga RM30,000 berbanding RM80,000 mengikut harga pasaran,” katanya.-myMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
RAJA Shahrom Raja Abdullah menunjukkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan pada antara lima kenderaan mewah termasuk sebuah BMW, Honda Civic, Subaru dan dua buah Toyota Estima yang dirampas daripada sindiket menjual kereta curi. |
|
|
|
|
|
|
|
Guru tu membeli ke menjual?......
Klu ikut cerita, guru tu bersalah sbb beli keta curi...... |
|
|
|
|
|
|
|
beli kereta tak payah cek puspakom ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia tau mmg kete curi tp tetap nak beli, mmg sah salah.
Kalau dia mmg komplot menjual, terang2 lagi salah . |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, siasatan mendapati guru terbabit membeli Honda Civic yang dirampas, malah seorang pensyarah lelaki berusia 30-an yang membeli salah sebuah daripada Toyota Estima berkenaan turut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
padan la muka..nak sgt kete mewah dgn rege murah, last2 kene panggil dgn polis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mewahnye kereta estima berharga 80k.
Kalau gitu keta proton inspira exec 2.0 dikategorikan sebagai kereta ape? Kereta supermewah? Extramewah? Mewah melampau2? |
|
|
|
|
|
|
|
pendidik ada lah 1 kerja yg mulia yg sepatutnya dilakukan oleh org yg berperangai mulia...meski guru bukan malaikat tapi sepatutnya dalam keterdesakan kerajaan melatih/mengambil guru pelatih....saringan ketat harus dibuat.....suatu ketika dahulu cari kerja amat susah...utk senang dpt kerja org bilang jadi cikgu.....itu yg ada jadi cikgu tapi tak ikhlas....perangai mcm samseng... |
|
|
|
|
|
|
|
kurang sangat ke gaji sampai sanggup buat keje2 gini.... |
|
|
|
|
|
|
|
yang pembeli pun agak agaklah...beli kereta mewah dengan harga yang lebih murah takkan tak syak apa apa. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu ni dlu bercita2 nk jadi penjual kereta gaknye..
|
|
|
|
|
|
|
|
theotherfriend posted on 5-4-2014 12:32 PM
Pecat saja cikgu tu.
org kerja kerajaan mana blh di pecat.....
tukar mengajar kat pendalaman je nanti.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Guna kereta nak sedap n murah je......zaman ni,.. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 5-4-2014 12:47 PM
org kerja kerajaan mana blh di pecat.....
tukar mengajar kat pendalaman je nanti.......
Ye ke?
tapi dia langgar undang2, pekerja awam x boleh buat kerja sambilan
Ke apa ntah istilahnya., |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu... melayu... suka baca cerita x abis. Abiskan la baca artikel, baru komen. |
|
|
|
|
|
|
|
...Katanya, siasatan mendapati guru terbabit membeli Honda Civic yang dirampas, malah seorang pensyarah lelaki berusia 30-an yang membeli salah sebuah daripada Toyota Estima berkenaan turut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
pensyarah tu kena tangkap tak? sama2 beli kan..!? |
|
|
|
|
|
|
|
Estima hanya rm80k? Zamanbatu punya estima ke nih?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dovahkiin posted on 5-4-2014 01:08 PM
Melayu... melayu... suka baca cerita x abis. Abiskan la baca artikel, baru komen.
so kau tau le tahap org yg komen tapi baca tak habis tu kan......
|
|
|
|
|
|
|
|
Apsal bawah komen aku tu ada iklan ubat kawalan kencing......
Sapa punya kerja ni....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|