CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

  [Copy link]
Post time 15-4-2014 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
eva posted on 15-4-2014 12:32 AM
ada.. kwn i sendiri kena..

uiam gombak baru buka, so my friends antara batch awal2 dok kat sana ...

Omg..so scary..tp diorg masih berani lg ni nk masuk toilet..klu saya,cancel n lari lintang pukang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2014 10:13 AM | Show all posts
eva posted on 15-4-2014 12:32 AM
ada.. kwn i sendiri kena..

uiam gombak baru buka, so my friends antara batch awal2 dok kat sana ...

eii...berani jugak dia orang ni gi toilet..sib baik beramai2..

Tak ada main mata ngan cik pon ke time tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 10:52 AM | Show all posts
# Tak tahu antu apa...

Ni nak citer satu kisah, masa Ipo kecik2 dulu. Time tu darjah tiga kalau tak silap. Balik sekolah, lepas makan terus pergi main dgn kawan2 sampailah ke petang/senja. Balik rumah, belum sempat nak rehat, mak suruh pulak pergi mintak limau nipis kat jiran belakang rumah. Rumah jiran tu agak jauh sikit dari rumah. Ni kat kampung. Jadi, nak ke rumah jiran tu kena lalu jalan kecil cukup untuk pejlaan kaki. Kiri kanan rumput dan semak2 kecil . Sepanjang nak lalu di situ, ada sebatang pokok besar, entah apa nama pokok tu tapi Ipo panggil pokok tu pokok ulat bulu sebab batangnya yg sebesar pemeluk orang dewasa tu selalu sangat penuh dengan ulat bulu berwarna sama ngan batang pokok tu. pernah Ipo tersandar di pokok tu, habis lebam dan gatal2. Bila tengok balik, mak ai...dah mcm sardin ulat bulu tu bertepek kat pokok tu. Di kiri jalan kecil tu, ada sebuah surau. Di kanan jalan kecil tu plak, ada sebuah rumah papan. Jiran jugak la.

Berbalik citer Ipo pasal antu (tak tahu jenis antu apa) tadi, Ipo pun terkedek-kedek la berjalan sambil menyanyi2 nak ke rumah jiran tu, yg Ipo panggil Chik (dia imam kat surau). Sampai kat pokok besar tu, Ipo berhenti jap. pandang pokok tu..memang ada lagi ulat bulu tu. Ipo jauhkan sikit dari pokok tu sebab dah fobia kena ulat bulu tu. Sambil jalan tu, Ipo senyum bila terpandang Chik ni dah nak ke surau. ya la..time tu dah nak maghrib. jarak antara Ipo dan Chik tu kiranya tak jauh sangat la. kami berlainan arah, Chik nak ke surau dan Ipo plak nak ke rumah dia la. Bila dah dekat tu, Ipo sedekahkan senyuman lagi (ahaks...) tapi Chik tu buat dek je. Ipo dah berkerut kening. Selalunya dia balas senyuman..
Kami berselisih bila dah sampai dekat. Masa tu Chik tu pakai jubah putih dan kupiah. Dalam hati tertanya2...sejak bila dia pandai pakai jubah? selalunya pakai baju melayu dan kain pelekat je.. Ipo dah keliru..dah berkerut dahi..( Fikir punya lama time tu..macam la benda tu serius sangat kan.. )

Ipo tak puas hati, Ipo berpaling ke belakang sebab Chik tu dah ke arah surau dan Ipo dah ke depan menuju ke rumah dia. Ipo perhati lagi Chik ni..Gulp! sebaik terpandang Chik tu tadi..Ipo terkedu. Dia tak ada kaki. Jubah putih yg dipakai tadi macam terapung-apung je atas rumput. Tak jejak atau sentuh langsung rumput atau tanah. Cara jalan dia pun dah macam mak limah lenggang..sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan..melenggok-lenggok tapi tak jejak tanah. kiranya terawang-awang la gitu..boleh bayangkan forumer sume...hehehhe

Ipo garu kepala. Siap berfikir lagi...' mana pergi kaki dia?'...haaa...soalan keramat yg agak celupar
Malas nak cari jawapan, Ipo terkedek2 lagi berjalan ke rumah Chik tadi. Sampai di anjung rumah, Ipo beri salam. Muncul isterinya dari ruang tamu. Ipo terus cakap nak mintak limau nipis. Isterinya tu suruh petik je kat pokok yg terletak di tepi telaga. masa tu org kampung mana ada paip lagi. Semua mandi pakai air telaga.

Ipo pun pergi ke arah kiri rumah tu sebab telaga tu terletak kat situ. Pokok limau tu plak kat tepi telaga tu je. Tak besar mana pun pokoknya tapi buah lebat. Sampai kat pokok tu, sekali lagi Ipo terkedu. Gulp! Chik yang Ipo nampak pakai jubah putih tadi ada kat telaga tu sedang mandi. Timba dihumban ke dalam telaga/perigi dan diangkat guna tali. Cruuu...air disimbah ke badan. Timba dihumban lagi ke perigi tu.
Ipo dah mati kutu kat situ. dalam otak fikir lagi. Yang mana satu Chik yg real? yg ni ke (hanya pakai kain pelekat dan dah habis basah sbb mandi) ..atau yg tadi (pakai jubah putih dan kupiah)..
Ipo cuba senyum. Ipo tanya dia yang sedang mandi tu. "Err..bukan ke Chik pergi surau tadi?'
Chik tu jawab , " Dok eh...baru nak mandi ni ha..kejap lagi nak pergi la. '
Gulp! Dalam otak..habis siapa yg aku jumpa tadi???
Lepas tu, dah ambik limau tu, aku tak lalu dah jalan tu, terus ambik jalan lain yg agak jauh dan jalan tu banyak rumah kiri kanan..

Sampai rumah, muka dh pucat. Mak tanya, kenapa pucat muka. Ipo tak jawab. Malam tu lepas solat isyak baru tanya mak..mak hanya senyum. Hmm..misteri sampai ke hari ni..


Last edited by Ipo on 17-4-2014 08:13 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:31 AM | Show all posts
eva posted on 15-4-2014 12:32 AM
ada.. kwn i sendiri kena..

uiam gombak baru buka, so my friends antara batch awal2 dok kat sana ...

haihhh tingat masa zaman u dulu.. windulah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:20 PM | Show all posts
zaman uni memang zaman paling best..
pak guard biasanya banyak cerita kan?
kalau depa dah nasihat tu maknanya ada lah history tu kat tempat tu

err takde ke yang nak share pengalaman ternampak kereta yang kena tumpang?
kot2 ada forumer yang pernah melalui situasi cam ipo cuma dari sudut pandangan pemandu lain yang ternampak situasi cam ipo cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:24 PM | Show all posts
ilahkhatibrani posted on 15-4-2014 11:31 AM
haihhh tingat masa zaman u dulu.. windulah pulak

you u mana nie?

uiam jugak ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2014 01:29 PM | Show all posts
p.timur3831 posted on 15-4-2014 09:04 AM
Omg..so scary..tp diorg masih berani lg ni nk masuk toilet..klu saya,cancel n lari lintang pukang

mmg dorang pun lebih kurang kuat..
dorg kata takkan la berak dan kencing kat bilik.. baik dorang pergi toilet.
masa kejadian dlm pukul 11malam..
awal lagi kan

menurut batch yg awal2 ditempatkan kat gombak mmg scary gila pengalaman mereka..

bila kami ikut pindah semester kemudiannya.. kurang la sikit gangguannya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:30 PM | Show all posts
Ipo posted on 15-4-2014 10:13 AM
eii...berani jugak dia orang ni gi toilet..sib baik beramai2..

Tak ada main mata ngan cik pon k ...

hehehe..
dorang kata buruk gila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2014 02:50 PM | Show all posts
eva posted on 15-4-2014 01:29 PM
mmg dorang pun lebih kurang kuat..
dorg kata takkan la berak dan kencing kat bilik.. baik dorang ...

hmm..mostly asrama dan U ni berhantu kut..hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 02:50 PM | Show all posts
eva posted on 15-4-2014 01:30 PM
hehehe..
dorang kata buruk gila

nak juga jumpa cik pon yg cantik lawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 03:00 PM | Show all posts
cloudy_83 posted on 15-4-2014 01:20 PM
zaman uni memang zaman paling best..
pak guard biasanya banyak cerita kan?
kalau dep ...

citer yang ada benda tumpang kereta ke?..huhu..Ipo pernah dengar dulu, masa kat U jugak..hehehe..member  (lelaki ok) keluar makan area Ampang..tak ingat restoran mana exactly..mereka naik teksi sebab nak pergi beramai2 (4 org) . Motorsikal plak ada satu je..kalau bonceng baru cukup 2 org. jadi mereka naik teksi..masa tu dah pukul 12 lebih dah..nak masuk kul 1 pagi.

Sampai ke simpang nak ke restoran tu (tak ingat dah restoran apa..sebab dah lama sangat citer ni), driver teksi tu macam pucat mukanya. kereta dipecut laju. Marahlah member dalam keta tu sebab dah terlepas restoran tu..tup2 driver tu berhenti kat stesen lrt. member (A) yg ada dalam keta tu tanya kenapa? Driver tu cakap, tak nampak ke tadi?
Si A plak tercengang, nampak apa?
Sorang lagi member (B) pun dah pucat muka. Dia duduk di seat belakang dekat ngan cermin tingkap keta tu. Dia pandang driver tu. Dia terus tanya driver tu..pakcik nampak ke apa yang saya nampak?
Driver tu cakap, nampak apa?
Si A : laa..apa hal dia orang ni? Tanya macam dah dalam citer P.Ramlee...aku tanya, ko tanya balik..dia garu kepala.
Akhirnya si B ni cakap yang dia nampak cik pon tertepek kat cermin keta sebelahnya masa tu. Tersengih kat situ.
Driver tu plak angguk2 , sebab tu pakcik tu dia drive makin laju!




Last edited by Ipo on 15-4-2014 03:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 03:05 PM | Show all posts
Ipo posted on 15-4-2014 02:50 PM
hmm..mostly asrama dan U ni berhantu kut..hehehe..

hahaha cik pon x reti nak buat plastic surgery..
trademark dia la tu huduh tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 03:06 PM | Show all posts
Ipo posted on 15-4-2014 05:00 PM
citer yang ada benda tumpang kereta ke?..huhu..Ipo pernah dengar dulu, masa kat U jugak..hehehe..m ...

adoiyai tepek muka kat tingkap memang horror la!
biasa baca orang akan cerita nampak kain putih melayang je..
kalau dah nampak muka macam kisah-kisah ipo ni i rasa pasti tak lena tidur

banyak pengalaman ipo dan kawan-kawan kan.

tq sebab sudi share kisah-kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 04:56 PM | Show all posts
Ipo posted on 13-4-2014 11:15 PM
Cik Pon bertenggek atas motor

Malam ni mata belum mengantuk..jadi Ipo nak tepek lagi satu kisah m ...

apsal x baca manter JC
berkesan menghalau antoo


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 05:33 PM | Show all posts
leenaz posted on 15-4-2014 04:56 PM
apsal x baca manter JC
berkesan menghalau antoo

hehehe...bila berdepan cam tu, satu hapa pun tak ingat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 07:28 PM | Show all posts
# Hantu Cari Waris

Kisah ni pun kat asrama gak. Time tuh Ipo SPM. Tau2 la bila dah dekat exam..mcm2 kes terjadi..mostly histeria tak ingat tuh!

Lepas isyak, kami semua form 5 kena studi kat library. WAJIB! Sapa yg tak masuk library, kena denda berdiri kat tepi dinding dengan sebelah kaki diangkat ke lutut.Kaki kiri atas lutut kaki kanan..bukan seminit dua tapi sampai habis prep! Boleh pengsan wei!
Ok, habis prep kul 10.30 . berpusu student ke kantin dan dewan makan. Kebetulan malam tu, kami dihidangkan dgn kuih tradisi ganu..akok..tapi kali ni akok tu keras dah boleh dibuat piring terbang. kalau gigit, dah sah2 patah gigi... makanya, ada yang tak puas hati. Dindinglah jadi mangsa, bertepek akok tu kat dinding. mana yang tak suka, pergi beli makanan kat kantin di tingkat atas dewan makan tu. Ipo and geng, kami bertiga, malam tu pun beli je makanan kat kantin. kena beratur masa nak beli mee goreng dan kuew teow goreng..punyalah panjang beratur, sampai boleh habis satu novel Ipo baca..  ( intro tak der kene mengena ngan tajuk..)
tengah syok beratur tu, ada satu student lelaki ni, same batch, form 5, siap usik kita orang. Dia kata, kat asrama kita orang tu ada perempuan hodoh cari waris.
Ipo cakap kat dia, ko jangan nak takutkan kami. Mana ko tahu semua tu?
Dia cakap, dia pernah nampak. Ipo sengih sebab memang sah2 dia tipu sbb lelaki tak dibenarkan masuk hostel pompuan!
Dia cakap lagi, memang betul, masa tu dia dan dua orang lagi kawan dia tengah mandi kat kolam..(kolam ni, utk pengetahuan forumer, kolam kumbahan...hahahha, dekat ngan asrama pompuan). kan dah kantoi aktiviti mereka tu!

Ok berbalik citer hantu cari waris tadi tu, lepas je dah dapat beli mee goreng yang beratur sampai berjnaggut tu, Ipo and geng pun balik asrama. Time tuh dah hampir sebelah setengah malam. Lights off plak, kul dua belas malam. kelam kabut kami makan dn cuci pinggan dan gelas. warden datang check. Lights off!!!! jerit warden macam komander bagi arahan.
kami cepat-cepat tutup lampu kalau tak, kena denda satu hostel tu berdiri macam tadi..heheheh.

Ok, bila dah lights off tu...semua gelap. Mana yg rajin benor studi tu, siap buka torch light pulak..
Ipo dan member lain sembang..time macam tu la sibuk nak bukak citer hantu bagai. dari satu topik ke satu topik sampailah ke citer yg budak lelaki usik tadi tu pasal pompuan hodoh cari waris.
Ipo: betul ke citer tu?
Jem: entah ler..kalau betul, aku nak jugak tengok...hehhee..
Pijot : ko jangan nak mengada jem..celupar tu wei!

Masa tu, sedar tak sedar kami bertiga je yang masih bersembang. Yang lain sudah lena dibuai mimpi.
tengah asyik sembang tu, tiba-tiba ada suara mencelah..
Korang sembang apa?
Masing-masing saling berpandangan..aku tengok kau, kau tengok aku..
Senyap jap.
Kemudian bunyi lagi suara tu..
Tak tidur lagi ke?
Kami semua dah pucat. Entah suara dari mana bertanya macam tu..
Jem pandang Ipo, psssttt...siapa yg tanya tu?
Ipo jongket bahu. Pijot plak dah dekat ngan Ipo.
"Siapa tu?" Ipo beranikan diri tanya.
' Saya nak cari waris...' suara tu menjawab dgn nada sayu. macam menangis.
kami bertiga berpelukan..serentak kami bangun dan berjalan ke arah tingkap sebab dengar suara tu dari tingkap. mana tahu budak lelaki tu yg nak menyakat kan..
Tiba kat tingkap tu..terbeliak kami pandang. memang ada pompuan di tepi tingkap dengan dua wajah. Sebelah hodoh sebelah lagi lawa. Pompuan tu menangis merayu2.
masa tulah plak kami rasa macam dah kena gam kaki tu..mulut plak dah kena zip/jahit.
Pompuan tu cakap lagi yg dia nak cari waris dia sebab nak bagi ilmu. Ilmu apa entah!
kami apa lagi, bila dah sedar tu, terus cabut lari masuk bilik. bertindan tidur atas satu katil.



Last edited by Ipo on 17-4-2014 08:15 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 11:30 AM | Show all posts
hai TT.
cite best gile..
nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 03:05 PM | Show all posts
next story pleaseeeeeeeeeeeeeeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 03:52 PM | Show all posts
sapeka posted on 16-4-2014 11:30 AM
hai TT.
cite best gile..
nak lagi...

Thanx...kalau terjumpa lgi minah n mamat antu, Ipo hapdate k!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 03:52 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 16-4-2014 03:05 PM
next story pleaseeeeeeeeeeeeeeee...

coming soooooooon...kalau ada antu bersidai dan sudi kongsi their story
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.358535 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list