Sumber: Malaysian Digest
.
Sejak kembali semula ke pangkuan ibunya pada awal tahun lalu, aktor kontroversi, Afiq Muiz berkata dia gembira dan bersyukur dengan kehidupannnya sekarang. Kata pemuda berusia 22 tahun ini dia juga mahu membersihkan namanya dan fokus terhadap kerjaya lakonan.
Pada masa sama, dia juga berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang mengaitkan dia dengan bekas teman wanitanya iaitu pelakon Eina Azman.
"Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya dah minta ampun pada ummi saya dan dia pun dah ampunkan saya. Dia pun bersyukur kerana saya dah tinggal bersamanya semula. Sekarang ini saya mahu bersihkan nama saya. Sekarang saya tengah kumpul duit nak bawa ibu saya pergi umrah. InsyaAllah rancang nak pergi bersamanya pada Januari tahun depan.
"Saya dengan Eina tiada apa-apa hubungan lagi. Kami pun sudah lama tak berjumpa kerana masing-masing sibuk. Dia pun sudah ada kekasih. Tolong jangan kaitkan lagi saya dengan dia. Dia dah tak ada dalam fikiran saya. Teman wanita saya sekarang adalah ummi saya", katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baru portal berita, mStar online di Alexis The Gardens, petang semalam.
Tahun lalu, Afiq mencetuskan kontroversi apabila ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 49, membuat pendedahan eksklusif meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu. Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman hingga dia dilabel sebagai 'anak derhaka'.
Dalam pada itu Afiq juga berkata, kontroversi lalu banyak mengajar dan menjadikan dia kini lebih matang.
"Saya ada pesanan untuk orang diluar sana terutama yang bergadu atau berselisi faham dengan ibu mereka, balik minta maaf. Semua orang tak sempurna. Saya bersyukur kerana Allah berikan saya ujian ini. Banyak hikmahnya dan buat saya kini jadi lebih matang.
"Banyak yang saya belajar daripada kesilapan lalu. Sewaktu saya susah dulu saya sudah tahu siapa kawan dan siapa lawan", katanya.
Mengenai perkembangan karier, mulai Jun ini Afiq memberitahu dia akan kembali bernaung di bawah pengurusan produksi Global Station. Selain itu dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama 'Gerimis Salju Naminara' yang menjalani penggambaran di Korea. Juga drama 'Dingin Sahara', yangmenjalani penggambaran di Bandung, Indonesia.
http://www.malaysiandigest.com/h ... gan-eina-azman.html
|