View: 7156|Reply: 41
|
[Tempatan]
NOFA tetiba menghilang, ibu susah hati
[Copy link]
|
|
KOTA TINGGI 24 April - Seorang ibu, Zarini Yanisar, 40, kini sering termenung sambil menyebut nama anaknya, Nofa Henndini Emnasdi, 18, yang menghilangkan diri selepas ‘membuang air’ di tandas awam Dataran Pulau, Mersing sejak 14 Mac lalu. Abang sulung Nofa, Mohamad Hanafi, 28, berkata, sejak kehilangan adiknya itu, ibunya sering sakit kerana terlalu merindui Nofa.
Pulanglah adik, emak tak sihat rindukan adik," katanya yang meminta bantuan media untuk menyiarkan gambar adiknya yang hilang itu ketika ditemui di sini semalam.
Mohamad Hanafi memberitahu, ibunya yang berniaga pakaian pada Ekspo Kembara Usahawan Tenggara di Dataran Pulau bersama Nofa untuk ke tandas awam di situ kira-kira pukul 5 petang.
“Sebaik sahaja kembali semula ke khemah perniagaan, ibu dapati Nofa tiada di situ dan dia kembali semula ke tandas awam namun Nofa tidak kelihatan.
“Ibu bertanya kepada seorang penjaga tandas awam di situ dan dia mendakwa ada terlihat Nofa mengikut seorang lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam. Puas kami berusaha mencarinya di sekitar bandar Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru selain menghubungi kawan-kawannya, namun hingga kini masih gagal menemuinya," katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Mersing pada hari yang sama.
Mohamad Hanafi berkata, ibu­nya kini sering menangis kerana me­rindui Nofa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.
Menurutnya, Nofa baru sebulan berhenti daripada meneruskan pe­ngajiannya dalam bidang perundangan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Bandar Penawar.
“Difahamkan dia ambil keputusan berhenti belajar kerana mahu membantu ibu berniaga. Kami tidak dapat menghubungi Nofa sebab semasa kejadian, dia tidak membawa bersama telefon bimbitnya kerana rosak," katanya.
Mohamad Hanafi turut meminta orang ramai yang pernah terserempak atau mengenali Nofa menghubunginya di talian 017-7305988 dan 017-7984487.
Last edited by crossfire on 25-4-2014 09:28 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
esok dah susah tu, balik la dia |
|
|
|
|
|
|
|
Nofa Henndini Emnasdi.....mersing...johor.....
nama serupa nama indon jah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak logik ibunya umur 40, anak sulong umur 28..apa kah? |
|
|
|
|
|
|
|
pmpuan ke ni?? napa nama dia adoi... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti esok dah takde duit balik la dia |
|
|
|
|
|
|
|
mcm pergi dgn rela je...
# terlihat Nofa mengikut seorang lelaki menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam# |
|
|
|
|
|
|
|
Eliadaisy83 posted on 25-4-2014 09:29 AM
Tak logik ibunya umur 40, anak sulong umur 28..apa kah?
anak angkat kooooott...
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm bkn kes ikut orng ja... elok2 beniaga tetiba hilang...
takutnya dipukau suruh ikut orng...
kesian klu jd apa2 kat budak tu...
semoga allah melindungi dia dri segala kejahatan makhluk... |
|
|
|
|
|
|
|
uih lawa....mana la larinya |
|
|
|
|
|
|
|
pakweneelofa posted on 25-4-2014 11:01 AM
uih lawa....mana la larinya
ada iras2 LOFA
|
|
|
|
|
|
|
|
dah sampai ke lombok kot...tak pun dah sampai ke nepal nun... |
|
|
|
|
|
|
|
diminta puan Zarini Yanisar, 40 sila ke tempat kejadian untuk tabur garam satu guni, atas kehilangan anak nya Nofa Henndini Emnasdi, 18... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti susah nofa akan balik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|