CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12542|Reply: 82

Tiada nafkah zahir dan batin

[Copy link]
Post time 27-4-2014 01:55 PM | Show all posts |Read mode
salam forumer semua. Aku berkahwin bulan November lepas setelah hampir 6 tahun bercinta. Memang suami aku pilihan hati sendiri. Tapi setelah sebulan kahwin, aku dapat tahu dia ada perempuan lain yang dia kenal dekat Wechat few months before kami kahwin. Dan yang mengejutkan, dia selalu mesej lucah dan voice chat dengan perempuan tu dekat Wechat. Itu pun setelah terkantoi tanpa disengajakan. Few weeks after that, aku dapat tahu aku pregnant dan sekarang aku dah pregnant more than 20 weeks.

Untuk pengetahuan semua, aku cuma rasa hubungan seks dengan dia ketika 2 minggu setelah berkahwin. After that, dia tak pernah nak walaupun macam-macam cara aku buat. Aku pun tak tahu apa silapnya. Setiap kali aku cuba berborak pasal hal ni, dia akan bagi alasan dia penat dan tiada masa. Kami masih menyewa berasingan walaupun jarak rumah aku dengan dia cuma 5min je driving. Banyak kali aku ajak dia sewa dan stay sekali, tapi dia macam tak kisah. Bila aku cari rumah yang within our budget, setiap kali aku dah deal nak view rumah tu, dia pasti akan ada hal or bagi alasan busy. Aku bukan apa, aku tengah pregnant dan teringin sangat nak duduk serumah dengan suami sendiri. Bila aku kata dia tak boleh nak tinggalkan zaman bujang dia, dia akan argue dan kata aku tak pernah nak faham dia. Pada dia lebih jimat duduk berasingan. Padahal pada aku lebih membazir sebab kos makanan, transportation. Setiap malam aku akan masak dan hantar makanan dekat dia. Dah membazir minyak kereta aku dekat situ. Kadang-kadang bila aku dah masak, dia cakap dia dah makan luar. Bila aku tak masak, dia marah. Padahal tu semua pembaziran. Even before kahwin aku dah siapkan semua furniture so that bila kahwin, aku fikir just cuci tangan je. Tak perlu beli apa-apa lagi bila duduk bersama. Tapi aku silap.

Sekarang ni pun aku pregnant, tak pernah sekali dia teman aku buat check-up. Kalau aku discuss dengan dia pasal hospital mana aku nak bersalin pun, dia macam endah tak endah. Kadang-kadang aku tak faham. Dia langsung tak teruja aku pregnant or nak simpan duit untuk beli kelengkapan baby. Sekarang pun, memang aku kumpul duit sendiri untuk bersalin. Sampai dah pasrah kalau dia langsung tak nak support kos bersalin aku nanti. Tapi bila dengan kawan-kawan or family, dia akan bercerita seolah-olah dia la orang paling excited nak dapat anak. Aku pregnant berapa bulan pun dia tak pernah tahu.

Pernah satu tahap aku terfikir nak bercerai. Aku dah tak sanggup. Tapi family dia akan kata, jangan buat keputusan terburu-buru sebab family dia tak tahu hal sebenar. Dia akan pretend seolah-olah takde apa terjadi antara kitorang. Aku tahu dia sayang aku sebab kalau kitorang tidur bersama-sama, dia akan peluk dan cium aku tanpa henti. Tapi setakat itu je la. Takde aksi-aksi terlampau pun. Jadi aku tak tahu dia sayang aku sebagai isteri or hanya kawan je. Dia selalu hilang tengah-tengah malam. Alasan dia, dia nak keluar pergi lepak minum or uptown dengan kawan dia. Bila aku tanya nama kawan dia, jawapan dia Zul. Tapi aku tak pernah kenal Zul tu dan secara tiba-tiba je Zul tu muncul dalam hidup dia. Aku kenal his circle of friends dan bila aku tanya siapa Zul, dia akan cakap aku tak kenal.

Entah la... aku dah tak tahu apa boleh aku buat sekarang. Aku minta maaf curi masa korang semua baca kisah aku, tapi aku tak tahu nak luah kat siapa. Kat forum ni takde siapa kenal aku. Aku tak nak cerita dengan family dan kawan-kawan sebab aku malu. Sampai sekarang ni, aku tak tahu dia masih ada hubungan dengan perempuan lain atau tak. Patut ke aku proceed dengan mohon cerai after aku bersalin nanti? Sebab aku tak tahan terseksa macam ni. Nafkah zahir dan batin langsung takde. Dia tak pernah hulur duit belanja dekat aku. Batin lagi la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 02:35 PM | Show all posts
ntah2 laki ko ada pompuan lain...... bertabah la TT..... apapun ko tunggu la sampai anak lahir ok...

kalu lepas anak ko keluar pun dia tak berubah, tak nak duduk serumah, itu ini bg alasan, aku pesan ko jgn gi court mohon cerai..... ko file taklik.... itu je
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh sah2 laki tt dh ade pompuan lain
Wat apa nk tunggu lagi
Jantan mcm ni,sekali dh mula akan berterusan percaya la
Walaupn dia mengaku dh berubah, namun jantan.....

Kawen pn x nk duk sekali
Ape cer...nmpak sgtkn
Dah la tu...
Start frm now just be ready.....
Fokus on yr bby dan pikir diri sendiri melebihi segala
InsyaAllah tt boleh....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 03:54 PM | Show all posts
Ntah laki TT ada sakit kot...atau sakit yg xmo jangkiit kat TT nanti...
Slow2 selidik...lps bersalin bg satu tempoh masa...katalah 3 bln...lps tu kalo dia still xberubah ajak pi kaunseling kt pjbt agama. Kalo dia xnk ajak family campur tgn...lps tu baru buat keputusan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah...tak dapat nak bayangkan...baru nak rasa nikmat berumah tangga..dah jadi mcm tu...pregnant pulak tu...

Kitorang pjj...dah cukup faham rasanya hidup berasingan mcm mn...mana2 pompuan pun akan suka nak duduk sekali...hidup dengan suami...mcm org laen...

Ermmm...jangan dibiarkan benda2 mcm ni...cuba bincang baek2...tak guna hidup berumah tangga kalau suami mengelak dari kita...sedangkan sepatutnya suami akan tak sabar2 nak pindah serumah dengan bini dia...bukan mengelak...

Bukan bermaksud saya cadangkan bercerai...tapi berusaha cari penyelesaian secepat mungkin...selidik...terus terang dengan orang terdekat spt mak bapak atau mak bapak mertua... mungkin dorang boleh membantu...

Kita simpan sorang2..tambah2 ngandung ni...tak elok untuk mental...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 07:12 PM | Show all posts
johndoe17 posted on 27-4-2014 03:54 PM
Ntah laki TT ada sakit kot...atau sakit yg xmo jangkiit kat TT nanti...
Slow2 selidik...lps bersali ...

tq.. dia memang ada sakit. tapi batu karang. dan tak kronik pun. even batu tu dah pecah pun. takkan sebab penyakit tu, dia langsung takde perasaan dengan aku. sedih kadang-kadang bila fikir. ni weekend ni langsung tak jumpa dia. ajak pegi warehouse sale beli barang baby pun tak nak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2014 07:18 PM | Show all posts
shahana posted on 27-4-2014 05:44 PM
Ya allah...tak dapat nak bayangkan...baru nak rasa nikmat berumah tangga..dah jadi mcm tu...pregnant ...

tu lah. memang sengsara sangat rasa. hari tu masa bulan februari, terpaksa ambik unpaid leave sebab terkejut dengan perangai dia n masa tu sampai bleeding teruk. tapi itulah.. dia endah tak endah. pernah mengadu dengan mak mertua...tapi mak mertua suruh bersabar je. dengan mak sendiri tak berani nak cerita sebab takut keadaan jadi makin lebih teruk.

Kalau memang kami duduk lain daerah atau negeri takpe.. tapi masing-masing duduk dekat je. kadang-kadang malu dengan orang sekeliling. Yelah, perut besar tapi suami tak nak duduk sekali. Jiran-jiran semua bertanya sampai pelik. Ikutkan hati nak je sewa rumah lain dan duduk sorang-sorang and pujuk dia slowly untuk stay bersama...tapi risau kalau dia tak nak. Nanti aku gak yang parah nak menanggung sewa rumah sorang-sorang.

Sekarang ni dah betul-betul redha n pasrah. Tak sangka bercinta lama...tapi jadi macam ni. Padahal aku tak pernah push dia untuk berkahwin sebab takut dia tak ready lagi. Tapi dia yang nak sangat masuk meminang dan berkahwin. Sekali jadi macam ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 07:23 PM | Show all posts
amiraira posted on 27-4-2014 03:35 PM
Dh sah2 laki tt dh ade pompuan lain
Wat apa nk tunggu lagi
Jantan mcm ni,sekali dh mula akan berte ...

tak berani nak tuduh dia ada perempuan lain atau tak sebab jarang ada dengan dia. if ada dengan dia pun, handphone dia sentiasa silent n memang ada password. tapi hati ni berat kata dia memang ada orang lain. cuma tak pasti hubungan serius atau cuma flirt. bila depan famliy dia, dia memang tunjuk as dia seorang yang caring sangat. cuma aku tak berani nak lawan atau bergaduh dengan dia sebab dia pernah ada history naik tangan sebelum ni. kadang-kadang terfikir nak pindah ke tempat lain luar daerah n mula hidup kat sana. aku yakin aku kuat untuk hidup tanpa dia..tapi tak boleh bayangkan anak ni hidup tanpa bapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita tak taw nak jadi macam ni...mcm tt ckp tak paksa pown..so maksudnya kalau ada benda yang dia sembunyikan sebelum kahwin tu bkn salah tt...kita bagi dia sepenuh kebebasasn buat keputusan..tak de paksaan...

kalau memang keje jauh tu tak pe la duduk asing...alangkan daerah keje lain2 pun orang sanggup berulang alik walaupun makan masa 1 ke 2 jam sehari sebab nak duduk sekali...ni dekat je...

ermmm...suami tu agak2 boleh dibawak berbincang ke tak...sebab ade cakap die ade kiss2 time nk tido...mungkin masih ada perasaan suami kat ko..

mak mertua taw ke tak cite sebenar? Ape hal yang anak die dah buat? Ke dorang ingat hal2 remeh je?

Ape2 pun...ingat...suami kalau dah tak sayangkan kita tak ade ape yang kita mampu nak buat sangat...tapi walau ape pun kena tabah untuk anak...insyaAllah...kalau ditakdirkan anak tt membesar tanpa bapa pun..die masih ade maknye... kalau ade bapak pun buat tak endah kat die buat ape jugak kan...sekadar bapak pada nama...

tapi ape pun cuba selesaikan elok2..selagi boleh selamatkan try selamatkan rumah tangga dulu...

dapatkan dulu ape punca suami berubah...lepas tu baru boleh carik penyelesaian...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bidacool posted on 27-4-2014 02:35 PM
ntah2 laki ko ada pompuan lain...... bertabah la TT..... apapun ko tunggu la sampai anak lahir ok... ...

Bida...mohon cerai dgn file taklik beza eh?
bel x faham
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm...bila bacs kisah ni hati aku terus rasa somi tt ni gayah. Kawin pun sekadar nk ikutkn keluarga or nk tutup mata org lain. Tu aku agakla...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 07:51 PM | Show all posts
beldandy posted on 27-4-2014 07:33 PM
Hurmmm...bila bacs kisah ni hati aku terus rasa somi tt ni gayah. Kawin pun sekadar nk ikutkn keluar ...

haha! aku pun tak pasti dia gayah ke apa. tapi rasanya dia tak gayah kot. cuma maybe dia rasa dia handsome kot. tapi sebenarnya dia takde la handsome pun..cuma dia ni awet muda. tak nampak macam umur 30. ramai yang ingat dia umur dalam 23 tahun. dan kadang-kadang rasa dia tak puas hidup as a young man. yelah, dia struggle for his life n education masa young age. Kerja part-time untuk dapatkan degree since umur 18tahun. start dengan sijil, diploma n baru degree. so takde masa nak enjoy agaknya.

tapi serius sekarang aku buntu apa aku nak buat dengan life kitorang. aku tak kisah kalau dia tak nak bagi nafkah duit sebab Alhamdulillah, aku mampu tanggung hidup aku. cuma aku buntu. patut ke aku teruskan perkahwinan kitorang? certain times nampak dia sayang aku..tapi sayang je la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 08:01 PM | Show all posts
beldandy posted on 27-4-2014 07:31 PM
Bida...mohon cerai dgn file taklik beza eh?
bel x faham

Tak sama sayang...... mohon cerai = minta laki dtg court lafaz talak.... klu laki tak nak dtg, sampai sudah la ko tunggu buang masa..... ni yg jd kes gantung tak bertali.....
File taklik........ baca balik lafaz taklik yg ada disebut ms akad nikah.... tiap negeri lain2 lafaz taklik lain2 tp lebih je..... antaranya jika suami tinggalkan bini lebih 4 bln berturut takde nafkah, laki menyakiti tubuh bini, kalu bini tak suka gi report kt court...... taklik ni dh mcm janji laki la, biasa sabit je aduan bini jatuh talak satu.... tp kalu bini tak report mcm TT yg dh bunting pun tak dpt nafkah ni, tak jatuh la talak...........

Klu tak blh buat taklik buat fasakh..... mcm kes TT ni bila aku baca balik dia tau keberadaan laki dia dmana, laki tak kasari dia..... so maybe lebih mudah proses fasakh kot..... mana2 TT, apapun tunggu la beranak lps tu citer sini baru kita bg pendapat......



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bidacool posted on 27-4-2014 08:01 PM
Tak sama sayang...... mohon cerai = minta laki dtg court lafaz talak.... klu laki tak nak dtg, sam ...

Yup..betul! Baru teringat pasal taklik..kalau ikutkan lafaz taklik masa nikah hari tu,kat tempat aku memang kalau tak dapat nafkah 4 bulan automatik jatuh talak. Masalahnya how should i consider that? Sbb tgh pregnant kan? In case la tiba2 dia nak bersama dengan aku, haram ke camne hukumnya? Ya Allah..pening sudah kepala
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane posted on 27-4-2014 07:23 PM
tak berani nak tuduh dia ada perempuan lain atau tak sebab jarang ada dengan dia. if ada dengan di ...

Dh la x nk duk sama
Hp lak silence
Naluri isteri mengandung selalu tepat
Just tepuk dada tanya selera
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bidacool posted on 27-4-2014 08:01 PM
Tak sama sayang...... mohon cerai = minta laki dtg court lafaz talak.... klu laki tak nak dtg, sam ...

Hurmmm...ok2 bel faham skang.
bida yg biasa org renew taklik bila laki kawin lain tu apa taklik tambahan ya?

proses cerai taklik ni perlu pembuktian juga ke? Dan isteri harus buktikan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
TT...

Sabar yea...awk pregnant...kne byk2 berdoa..doa org pregnant ni mudah termakbul...

Berbincang ngn hsbd elok2...sy hrp awk jgn la fkrkn cerai tanpa ade ape2 action...

Tlg la jdkn penceraian last option!
Klu ikutkn hati...mmg perit...tp...kte kne cuba smpi langkah terakhir...bru kte berpuas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 09:56 PM | Show all posts
prizadane posted on 27-4-2014 08:13 PM
Yup..betul! Baru teringat pasal taklik..kalau ikutkan lafaz taklik masa nikah hari tu,kat tempat a ...

Aku tak ajar buat jahat tp aku rasa la kalu ko skrg gi pej agama ngadu psl laki ko ni...... dorg akan buat sessi kaunseling..... ms tu ko bg tau psl laki tak nk usaha tinggal serumah..... sbg tanda protes juga, ko jgn ikut kemahuan dia nk main selagi dia tak usaha nk buat korang tinggal serumah...... tp nnt ada pulak yg kata 'dosa bini tak penuhi kemahuan laki' sampai kisah blkg bontot unta pun keluar tambah lagi dilaknat malaikat bagai.....hahahaha

Ko terima ancaman yg aku tulis atas td hanya dosa bila laki ko tu dh usaha laksana tanggungjawab dia sbg laki ok..... kalu taraf laki ko yg tak bg nafkah ni, dosa ke ko tak layan nafsu dia........ hanya Tuhan yg maha mengetahui.... pegang kata Tuhan adil pd hambaNya..... so protes selagi boleh!!!! Aku tak ajar aku tulis je.... guna akal sendiri....



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 10:04 PM | Show all posts
beldandy posted on 27-4-2014 09:03 PM
Hurmmm...ok2 bel faham skang.
bida yg biasa org renew taklik bila laki kawin lain tu apa taklik t ...

Renew taklik ni bila2 blh buat, tak payah tunggu laki nk kawin lain........ biasa aku dgr klu laki nk kawin lain org file harta sepencarian..... maka siap2 semua harta yg dikumpil selama perkahwinan di bg 50-50 atau ikut ratio brp byk sumbangan...........

Eh apa soalannya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke mental somi tt nih, dah kawen tp taknak dok serumah....akak dulu masa baru2 kawen dulu terus dok sekali walaupun hanya mampu sewa bilik je.....punyalah excited nak jalani kehidupan suami isteri...ni boleh dok dekat2 tp dok berasingan...apa guna kawen kalu begitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.314674 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list