View: 17794|Reply: 214
|
[Tempatan]
Novel Perempuan Nan Bercinta disahkan HARAM
[Copy link]
|
|
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan pengharaman sebuah buku yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012.
Novel Perempuan Nan Bercinta karangan novelis Faisal Tehrani yang sebelum ini diharamkan Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), didakwa mempunyai unsur Syiah.
Pewartaan itu dibuat pada 22 April lalu di bawah subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana KDN berpendapat novel terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia itu (ITNM) itu "mungkin memudaratkan ketenteraman awam".
Ketika dihubungi petang ini, Faisal berkata beliau berterima kasih kepada kementerian dan "mendambakan" status terbarunya itu kerana akan dikenang sebagai seniman dan pemikir tertindas.
"Terima kasih mengangkat saya dari makam caci maki ke makam haram.
"Ini status dambaan, kerana karya saya ini senasib dengan karya George Orwell, John Milton, Voltaire, Pra dan Solzhennitsyn," katanya.
Faisal turut menyindir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa pemimpin itu akan diingati dan dikenang dalam sejarah sebagai kerana mengharamkan buku.
'Pemikir tertindas'
"Saya akan dikenang sebagai seniman dan pemikir tertindas," kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Faizal Musa.
Pada 6 Julai 2012, tiga hari selepas dilancarkan oleh Najib, Jakim dilaporkan membincangkan kewajaran mengambil tindakan mengharamkan novel Perempuan Nan Bercinta yang dikaitkan dengan fahaman Syiah.
Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui karya pengarang terkenal itu sedang dipertimbangkan untuk diharamkan jabatan itu pada November 2013.
Novel itu merupakan novel kedua Faisal yang diharamkan selepas Sebongkah Batu di Kuala Berangpada 2011, yang dipercayai novel tempatan pertama diharamkan selepas merdeka di negara ini.
Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.
Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.
|
|
|
|
|
|
|
|
sh!t nak baca. apa yg sensitif sgt sampai kena gam. Ade elemen Syiah yg macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
najib ni baca ke novel ni dlu?.. |
|
|
|
|
|
|
|
melayu ni bnyk haram dari halal.itu haram ini haram .mne satu halal aku x taw lalol |
|
|
|
|
|
|
|
Ler
..unsur syiah la
.gay la..
Ape naseb faizal... |
|
|
|
|
|
|
|
semuanya haram kecuali ada dalil halal |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada cap haram JAKIM |
|
|
|
|
|
|
|
elok sangat la tu,lucut kerakyatan pun bagus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala nk carik publisiti je ni
Mcm buku shahnon ahmad dulu tu kn?
(betul kah) |
|
|
|
|
|
|
|
Tak penah aku nk rajin2 baca novel bagai ni...... tp kdg aku bosan jugak msia ni, asyik2 haram, asyik2 banned, sesat la, syiah la, rosak moral la....... tgk2 bohsia bohjan, agama sesat tetap merata jugak....... |
|
|
|
|
|
|
|
Susahnya semua haram! Ada aku kesah klu aku nak baca jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
oh well last time kat pesta buku antrabangsa belek jugak kot
I tak faham sangat laras bahasa sastera melayu lagu ni
dr faisal tehrani...
hmm...suke jugak cara dia hentam filem apa tu ntah
but yes ade elemen bebenda yg hmm dalam buku tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 30-4-2014 02:23 AM
Tak penah aku nk rajin2 baca novel bagai ni...... tp kdg aku bosan jugak msia ni, asyik2 haram, asyi ...
novel melayu...haha...saya belum baca secara langsung secara serious...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa novel dia lebih bagus dibanding Ramlee Awang Murshid
Antara y prnah ku baca
Last edited by tepisket.. on 30-4-2014 02:29 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 30-4-2014 02:27 AM
novel melayu...haha...saya belum baca secara langsung secara serious...
Same here..... kisahnya terlalu 'berat' nak digest
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua haram semua hal jabatan agama nak bagi fatwa, menyusahkan org je, meluat sungguh jabatan ni! Dah le byk mecahbelahkan perpaduan rakyat msia msia yg berbilang kaum n agama, mcm sial! |
|
|
|
|
|
|
| |
|