SHAH ALAM - Bagi memahami isu sebenar mengenai hudud, Sinar Harian media yang dekat di hati rakyat sekali lagi akan menjadi platform antara pemimpin dan rakyat berbincang mengenainya.
Oleh itu, Wacana Sinar Harian siri ke-27, membawakan kepada anda tajuk Hudud: Bersediakah Kita? untuk sama-sama kita berbincang secara ilmiah, mencari satu titik pemahaman mengenai isu yang penting ini.
Besar harapan wacana kali ini menjadi medan untuk berkongsi idea seterusnya mencetuskan penyelesaian bagi isu yang sentiasa diperdebatkan ini.
Wacana kali ini, kami tampilkan barisan panelis yang tidak asing lagi, ahli akademik dan bekas Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah; Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong.
Sementara moderatornya, Dr Maszlee Malik yang juga merupakan seorang penganalisis politik terkenal tanah air.
Jadi jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan wacana kali ini yang akan diadakan pada Rabu ini (7 Mei 2014), jam 2.45 petang di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) dan Nurkhairini (019-3371066).
yasinfi posted on 6-5-2014 10:53 PM
cubala laksanakan dulu..pastu baru menilai..ni dak belum dilaksanakan dah bagi beribu alasan utk tol ...
itu silap..patutnya bentangkan dulu draf tu pada umum..biar rakyat menilainya.....bukan dah laksanakan baru dinilai..kalau dah dilaksanakan..tangan dah dipotong...nak dinilai apanya?...boleh pasang balik tangan tu ke?.
ni bukan kuih bahulu..cuba dulu..tak sedap tolak...sedap terus makan..
Hey, kalo blom potong tangan orang pon, orang lain makan rasuah, orang lain yang kene jel, ape yang nak dihududkan sangat??
Ade ke sebijik dalil dalam Quran tu yang suruh potong tangan orang? Tangan pencuri??
Gile punye ulamak le kalo nak buat hudud ni. Sultan Brunei tu tetibe dapat penyakit bipolar nak buat hudud sebab dia dah jenuh mewah okay. Yang korang makan gaji kutip-katap nak berangan mengikut dia sebab ape???
Sekarang aku nak tanye, ape dia hukum hudud untuk perempuan yang pakai wig macam Dr Siti Hasmah? Ape dia hukum hudud untuk artis pompuan yang terang-terangan menayang bentuk tetek macam Neelofa?
Ape dia hukum hudud bagi YDP Agong yang membenarkan bisnes judi kat negara Islam macam Malaysia ni?
heharap semua org PR sedar, cuma sokong hudud PAS, bukan sokong hudud UMNO yg sembah bomoh setan, nanti konpem org PR jer yg kene potong tangan, org UMNO semua syok mengejek itu semua ketentuan Allah
dan macai UMNO perlu ingat, tuan korang freemason yg berpusat di Amerika takan sokong hudud, kalu korg mengada, tuan korg akan tarik ramai pelabur asing keluar, gaji macai dah takde, ada berani nak menguji ketentuan Allah ?
Post time 7-5-2014 01:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tumpanglalu74 posted on 6-5-2014 11:30 PM
Hey, kalo blom potong tangan orang pon, orang lain makan rasuah, orang lain yang kene jel, ape yang ...
Senang jer jawapannyer. Memana kesalahan yg tak dinyatakan hukumnya dlm Al-Quran, pemerintah boleh memasukkan dlm takzir atau guna sivil law sedia ada.
Contoh takzir dlm hukum bunuh? Gantung sampai mati, kerusi elektrik, injek maut, hatta, diikat kaki dgn batu berat buang ke laut tu pun jika ada yg buat etc.
Tuhan tau ape yang dalam hati aku terhadapNya. Sekarang ni usah nak ambik sepotong ayat and take it out of context. Ni dia susur-galur ayat dalam Surah Al-Maidah tu:
5: 32
Because of that, We decreed upon the Children of Israel that whoever kills a soul unless for a soul or for corruption [done] in the land - it is as if he had slain mankind entirely. And whoever saves one - it is as if he had saved mankind entirely. And our messengers had certainly come to them with clear proofs. Then indeed many of them, [even] after that, throughout the land, were transgressors.
5:33
Indeed, the penalty for those who wage war against Allah and His Messenger and strive upon earth [to cause] corruption is none but that they be killed or crucified or that their hands and feet be cut off from opposite sides or that they be exiled from the land. That is for them a disgrace in this world; and for them in the Hereafter is a great punishment,
5:34
Except for those who return [repenting] before you apprehend them. And know that Allah is Forgiving and Merciful.
5:35
O you who have believed, fear Allah and seek the means [of nearness] to Him and strive in His cause that you may succeed.
5:36 Indeed, those who disbelieve - if they should have all that is in the earth and the like of it with it by which to ransom themselves from the punishment of the Day of Resurrection, it will not be accepted from them, and for them is a painful punishment
5:37 They will wish to get out of the Fire, but never are they to emerge therefrom, and for them is an enduring punishment.
5:38 [As for] the thief, the male and the female, amputate their hands in recompense for what they committed as a deterrent [punishment] from Allah . And Allah is Exalted in Might and Wise.
5:39
But whoever repents after his wrongdoing and reforms, indeed, Allah will turn to him in forgiveness. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful.
5:40
Do you not know that to Allah belongs the dominion of the heavens and the earth? He punishes whom He wills and forgives whom He wills, and Allah is over all things competent.
Bukan ke Allah turunkan hukuman ini kepada disbelievers? Then ayat 5:39.
Hudud bukan hanya untuk rakyat bawahan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
7 Mei 2014
Dr Asri Zainul Abidin Dr Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara.
Dr Asri yang juga merupakan bekas Mufti Perlis berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah.
"Sebagai Muslim kita wajib menyokong hukuman hudud.
"Tetapi perlaksanaan hudud perlulah untuk semua golongan, bukan untuk rakyat bawahan sahaja.
"Sebab kalau ikut hadis Nabi, kalaulah Fatimah mencuri, beliau wajib dipotong tangan.
"Oleh itu untuk perlaksanaan hudud kita perlu pastikan semua golongan akan dikenakan hudud, walaupun orang tersebut merupakan golongan istana," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
p/s:- Ye...yg bab semua golongan kena tu semua org tahu datuk..macam mana tentang yg bukan islam..mereka kena hudud tak?..
Bukan Islam kena takzir dalam hudud
NIZAM ZAIN
7 Mei 2014
Mohd Amar Nik Abdullah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi penjelasannnya bahawa bukan Islam boleh dikenakan takzir dalam hukum hudud jika sabit melakukan jenayah.
Menurutnya, walaupun ketika pembuktian gagal mendatang empat saksi, bukan Islam itu boleh dikenakan takzir sahaja.
"Takzir itu adalah seperti undang-undang jenayah yang diamalkan di negara sekarang.
"Mana-mana kesalahan bukan Islam tidak akan dikenakan di mahkamah syariah, tapi dikenakan di mahkamah sivil," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Bukan mudah jatuh hukum babit bukan Islam
NIZAM ZAIN
7 Mei 2014
Wacana Sinar
SHAH ALAM - Perselisihan jumhur ulama mengenai pelaksanaan hukum hudud sewaktu zaman sahabat menunjukkan bahawa bukan mudah untuk menjatuhkan hukum khususnya melibatkan bukan Islam.
Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah berkata, mengikut mazhab Maliki, hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam.
"Undang-undang Jenayah Islam hudud itu menjadi perselisihan antara jumhur ulama khususnya mazhab Maliki mengatakan isu zina hanya terpakai kepada orang Islam.
"Sebaliknya pendapat ulama lain mengatakan kafir zimmi atau bukan Islam yang taat setia kepada pemerintah Islam boleh dikenakan hudud khususnya isu mencuri dengan potong tangan," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah kita di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
p/s:- jadi kafir zimmi dimalaysia ni kalau mereka minta dikenakan takzir..adakah mereka digolongkan sebagai kafir harbi?..
Bukan Islam tertakluk hudud jika jejas keamanan
NIZAM ZAIN
7 Mei 2014
SHAH ALAM - Orang bukan Islam boleh dikenakan hukum hudud jika sesuatu kes jenayah itu boleh menjejaskan keamanan sejagat serta mencabul keadilan semua pihak.
Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah berkata isu meminum arak dan zina tidak berkaitan dengan keamanan sejagat dan hanya terpakai kepada umat Islam.
"Hudud bukan untuk tujuan sembahyang dan ibadat, ia untuk menjaga keamanan bagaimana hendak wujudkan keamanan jika hanya Islam dikenakan potong tangan.
"Dalam isu mencuri semua orang boleh dikenakan hudud kerana ia bukan ibadat malah menjaga dan memberi keadilan kepada semua pihak," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah kita di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
p/s:- So...hudud ini sebenar2nya dikenakan pada org bukan islam sekali ke tidak?..
Setelah saya mendengar sampai habis wacana hudud bhg 1 ni...saya simpulkan bahawa Dr Maza dan Dr Mushaddad dari JPM sependapat bahawa ada kes hudud sepatutnya dikenakan pada org bukan islam...nak tahu hudud yg mana..sila dengar sampai habis...setidak2nya belajar dari pendapat Dr Maza tu..jangan macam Tim MB Kelantan tu..boleh cakap main rasa2 plak dan minta Dr Maza membantunya..dia sendiri nak laksanakan hudud diKelantan...dia sendiri pun tak yakin dgn apa yg dia sendiri cakap...
tengok macam mana Dr Maza menjelaskan fakta2..dgn hadis2...tak main lah ngan rasa2..dia begitu yakin mengupas isu ni secara terbuka..