CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2111|Reply: 11

[Tempatan] Edisi Ranah Minangkabau : 'Bila ditegur, kami pula diserang'

[Copy link]
Post time 6-5-2014 09:26 AM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN – Bukan saja membuat bising, tetapi hampir setiap hari sekumpulan anak muda menjadikan deretan rumah kedai kosong berhampiran Taman Ixora 137, Seremban 3, di sini sebagai ‘port' minum arak.

Bukan itu saja, malah sekiranya ditegur, penduduk pula akan dibaling dengan botol arak menyebabkan masing-masing terpaksa mendiamkan diri dan menahan sabar.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan, Zainal Abidin Hamzah berkata, situasi itu mula dihadapi penduduk di kawasan perumahan itu sejak kira-kira dua tahun lalu.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada kumpulan anak muda hingga mencecah 10 orang berkumpul di situ bermula 6 petang sehingga larut malam, membuat bising sambil meminum arak.

“Mereka akan membuka radio kereta sekuat-kuatnya seperti pesta menyebabkan kami di sini terganggu,” katanya.

Menurutnya, paling membimbangkan apabila kumpulan terbabit pernah bergaduh sesama sendiri menyebabkan penduduk risau kemungkinan ada yang bertindak lebih ganas.

"Kita sudah beberapa kali memaklumkan perkara itu kepada polis. Apabila polis datang, mereka hilanglah sekejap, tapi kemudian akan berkumpul semula selang beberapa hari.

“Mungkin mereka memilih lokasi rumah kedai ini sebagai ‘port’ sebab ia masih kosong dan berada di tempat agak tersorok tanpa perlu bimbang diganggu pihak berkuasa,” katanya di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, dia mewakili penduduk berharap polis dapat melakukan sesuatu agar kumpulan itu tidak lagi berani berkumpul di situ.

“Kami tidak boleh buat apa-apa kerana jika ditegur, kami bimbang mereka akan bertindak ganas," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati, terdapat hampir 20 botol arak kosong bersepah di kawasan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 09:31 AM | Show all posts
pantau hari2 la abang polis..smpai diorg dah x dtg situ n cari port lain kat hutan2 sana.. sian anak2 kecik penduduk kena kacau.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 09:54 AM | Show all posts
Boleh panggil unit amal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm... nogori sombilon songol
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 10:09 AM | Show all posts
beli paintball gun sebijik.. tembak dari pagar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 10:21 AM | Show all posts


mamat ni dtg gegar konfom budak tu terus jadi kaki masjid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2014 10:32 AM | Show all posts
tak silap aku kalau ikutkan berkumpul beramai macam tu salah..pergi je la report polis..kalau polis tak mau datang ko cakap je ada orang nak buat demo gst..kejap je polis sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 10:48 AM | Show all posts
Polis buat apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 07:08 PM | Show all posts
report tv3suku... masuk tv laju sikit polis buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:36 PM | Show all posts

...nak halau mulayu senang aje, cer letak babi kat situ, gerenti tak datang...



Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:40 PM | Show all posts
cuba lepaskan babi dekat mulayu tu sumua, maka bertempiaran lari lah mureka, tapi kalau arak kalu, no hal
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 11:35 AM | Show all posts
pyropura posted on 6-5-2014 07:36 PM
...nak halau mulayu senang aje, cer letak babi kat situ, gerenti tak datang...

Pandai pon..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.210383 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list