View: 4318|Reply: 36
|
[Tempatan]
Royalti minyak, gas Sarawak dari 5 % naik ke 20%
[Copy link]
|
|
KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam meluluskan usul untuk memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada negeri ini daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.
Usul yang dibentang Abdullah Saidol (BN-Semop) itu mendapat sokongan sebulat suara daripada 68 anggota dewan yang hadir.
Ketika membentangkan usul tersebut, Abdullah berkata semakan semula bayaran royalti itu akan membolehkan negeri ini mendapat hasil tambahan untuk disalurkan secara khusus bagi melaksanakan pembangunan luar bandar.
"Sudah tentu Kerajaan Persekutuan akan mendengar dan menerima permohonan kami ini kerana kami, sebagai Barisan Nasional Negeri, adalah rakan akrab mereka, yang mempunyai wakil majoriti dalam kerajaan yang memerintah sekarang," katanya.
Abdullah berkata beliau sedar permohonan penambahan kadar royalti itu memerlukan semakan semula dibuat terhadap undang-undang dan perjanjian tertentu antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Abdullah berkata semakan semula bayaran royalti itu akan membolehkan Sarawak mempercepatkan rentak pembangunannya agar setanding dengan tempat lain yang sudah maju di Semenanjung.
Katanya untuk mencapai tujuan itu, kewujudan dana lebih besar sahaja tidak memadai kerana ia juga memerlukan negeri ini berada dalam keadaan aman dan stabil.
"Tiada gunanya bercakap tentang royalti jika tidak ada kesetiaan dalam kalangan rakyat kita terhadap makna sebenar keamanan dan semangat bersatu-padu," kata beliau.
Sementara itu, Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa), ketika menyokong usul itu menyuarakan harapannya agar dana tambahan yang diterima kelak akan diguna secara telus, adil dan saksama.
"Melalui sokongan kuat sebulat suara dewan ini, (kejayaan mendapat bayaran royalti lebih tinggi) boleh memberi manfaat besar kepada Sarawak," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dapat 20%.. adakah 20% akan disalurkan pada rakyat? Atau.. 20% pergi pada projek yang 100% dijalankan oleh kroni? Heheh |
|
|
|
|
|
|
|
ARTIKAL BERKAITAN
Husam: Negeri lain juga patut tuntut 20 peratus
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa negeri pengeluar petroleum mengikut jejak langkah Sarawak yang meluluskan usul menuntut bayaran royalti petroleum dinaikkan kepada kadar 20 peratus. Selain itu, bekas anggota Exco Kelantan itu juga menuntut agar negeri berkenaan menuntut pemilikan saham dalam syarikat petroleum negara, Petronas untuk membolehkan negeri tersebut menikmati agihan lebih adil. "Saya mengucapkan tahniah di atas keberanian kerajaan Sarawak. Saya berharap tiga negeri pengeluar yang lain (Kelantan, Terengganu, Sabah) dapat mengambil langkah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
http://www.malaysiakini.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti petronas bangkrap? |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan banyak ke petroleum dia?kalau sikit tak adil nak tuntut sama macam 3 negeri pengeluar yang lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya dari dulu kena minta...tp skang rajah taibrooke dah takda...elok masa ni dibuat dengan adil dan saksama....tu kelantan negeri penuh dengan etnik melayu tulen dari melayu kelantan dan patani serta melayu terengganu...takdapat pon royalti |
|
|
|
|
|
|
|
manifesto PR jugak diambik..tahniah!
Pakatan: Semua negeri pengeluar minyak dapat 20 peratus royalti
KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat mengulangi jaminan akan melaksanakan kenaikan royalti kepada semua negeri pengeluar utama minyak meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Pembayaran royalti itu ditingkatkan dari 5 peratus kepada 20 peratus.
Penekanan ini dinyatakan dalam dokumen Manifesto Pakatan Rakyat pada muka surat 12 yang diumum Isnin lalu.
“Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5 peratus ke 20 peratus,” tulis dokumen itu. |
|
|
|
|
|
|
|
kompem kena tolak punya... |
|
|
|
|
|
|
|
BN Sarawak diorg bukan berpolitik mcm korg di Malaya. Kalau idea dari pembangkang tu bagus, diorg akan amik kira what. Hari tu Wong Ho Leng (wakil rakyat DAP) sakit, kerajaan BN Sarawak tak fikir panjang utk bagi kemudahan perawatan di Singapore utk dia. Kitorg kat sini lebih utamakan rakyat. Even dlm BN sendiri pun ada mindset mcm pembangkang. Semuanya utk memberi yg terbaik kpd rakyat Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pusat tak berani tolak coz Pusat bergantung pada undi Sarawak utk survival BN |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun pusat sama sayang pada sarawak..tapi wana rasa untuk meningkat payah sikit..
sebab kalo sarawak naik, negri lain bawah BN xnaik???xperlu kata kelanatan..sabah, pahang???tu BN kuasa besar tu... terengganu agak goyah gak...xsekuat sabah, sarawak dan pahang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah sarawak layak.....kelantan x layak sbb dbwh pentadbiran org2 buta hurup |
|
|
|
|
|
|
|
mintak lah, umno dah lemah... |
|
|
|
|
|
|
|
power tak power sabah, sarawak ni dia kutuk umno pun umno kena tunduk diam
talian hayat la katakan |
|
|
|
|
|
|
|
Swak mmg layak dpt lebih sbb pengeluar utama gas di malaysia...mlng yg kat bintulu tu lah kompeni paling kaya dlm petronas. |
|
|
|
|
|
|
|
biosfree posted on 8-5-2014 11:25 AM
Sabah sarawak layak.....kelantan x layak sbb dbwh pentadbiran org2 buta hurup
layak kalo tak dapat2 tak guna gakkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 posted on 8-5-2014 11:47 AM
power tak power sabah, sarawak ni dia kutuk umno pun umno kena tunduk diam
talian hayat la katakan ...
tu aku tergelak bila ada org kata UMNO leh idop sendiri dalam BN...pgfffthhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 8-5-2014 10:09 AM
BN Sarawak diorg bukan berpolitik mcm korg di Malaya. Kalau idea dari pembangkang tu bagus, diorg ak ...
Wahh.. bagusnyer kerajaan serawak muntz... musti dah tak wujud pakai cawat kat sana skarang nih kan..... jalan raya pun musti gred A tak macam semenanjung berlobang2 tampal sana sini... air paip jangan citer laa, semua tempat musti lengkap kan.....syukurnya org sarawak....
|
|
|
|
|
|
|
|
Totok baru perasan ke.....tula asik berpolitik smpi buang taik pn masih berpolitik.....ni la org2 sana.....nafsu berpolitik melebihi segalany:lol |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 posted on 8-5-2014 11:47 AM
power tak power sabah, sarawak ni dia kutuk umno pun umno kena tunduk diam
talian hayat la katakan ...
sabah & sarawak ada kuasa autonomi sendiri..... both bertaraf 'negara'
|
|
|
|
|
|
|
| |
|