Sumber: Malaysian Digest
.
Melihat perwatakannya yang ceria, mungkin ramai tidak percaya bahawa pelakon komedi Aliza Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Enot sebenarnya menangguh derita sakit kanser usus tahap dua, sejak setahun lalu.
Menurut Enot, dia menolak untuk meneruskan rawatan secara perubatan moden sebaliknya dia sekarang mengamalkan cara rawatan kampung.
"Dah setahun saya menghidap penyakit ini. Sebenarnya selama ni memang saya rasa sakit tapi saya fikirkan itu hanya sakit biasa. Hinggalah saya mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Kemudian bila saya buat pemeriksaan, doktor sahkan saya mengidap kanser tahap kedua.
"Doktor cadangkan buat pembedahan dan kimoterapi tetapi saya tidak mahu kerana mengikut pengalaman, ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana rawatan kimoterapi. Jadi sekarang ni saya amalkan ubat kampung. Saya amalkan makan daun belalai gajah. Daun tu saya beli di Seremban. Selain tu Didie Alias sarankan saya minum produknya, ABP26.
Tapi saya masih dapatkan nasihat doktor dan makan ubat. Alhamdulillah keadaan saya sekarang bertambah baik dan saya dapat teruskan rutin macam biasa", kata Enot ketika ditemui pada sidang media Mega Bazar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia 2014, di restoran Serai, Kuala Lumpur, semalam.
Lebih menyedihkan, Enot juga memberitahu sehingga kini dia tidak lagi mendapat tawaran berlakon. Namun demi meneruskan kelangsungan hidup, Enot menjalankan perusahaan jualan biskut buatannya,Enot Cookies and Cake, menerusi online.
"Sudah setahun juga saya tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi untuk meneruskan hidup, saya teruskan dengan jualan cookies secara online.
Terus-terang hidup saya dan anak-anak saya sekarang tidak mewah. Kami berjimat cermat. Tapi Alhamdulillah, kami dapat teruskan kehidupan seperti biasa.
"Anak-anak lah kekuatan saya dalam menghadapi semua dugaan ini. Saya cukup tersentuh apabila anak-anak sanggup bergilir-gilir menjaga saya..............................................
Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... r-usus-tahap-2.html
|