ARTIKAL BERKAITAN...
Habuan ‘perempuan’: Imigresen minta bukti dari Ikhlas
Zefry Dahalan | May 9, 2014
SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) bahawa pegawainya bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di pusat borong Nilai 3 dan menerima habuan ‘perempuan’ sebagai hadiah. Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Omar berkata semua kerja yang dijalankan anggotanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Saya meminta Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah (gambar) mengemukakan bukti lengkap terhadap setiap dakwaan tersebut. “Keputusan sama ada menahan atau melepaskan warga asing itu ditentukan Peguam Negara.
http://www.freemalaysiatoday.com/
Patut le ..bersepah ket negaro kito |